Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Saturday, December 20, 2008

Indonesia Oh Indonesia..

Sememangnya dalam hidup ini kita seringkali berhadapan dengan dua atau lebih pilihan yang mungkin sukar untuk kita membuat pilihan. Mungkin itu yang ana baru sahaja alami. Cuti yang telah dianjak ke hadapan oleh pihak pengurusan menyukarkan pihak keluarga ana yang telah merancang satu percutian keluarga ke indonesia dan natijahnya ana harus membuat pilihan : Mohon pelepasan kelas atau tidak pergi bercuti..

Aduh! kead
aan yang mendesak benar-benar membuat ana pening kepala. Ana istikharah dan alhamdulillah Allah tunjukkan dan permudahkan jalan ana untuk membuat pilihan-mohon pelepasan kelas.

Pada
mulanya ana merasakan bahawa ana mungkin kerugian kerana tertinggal banyak kelas, namun ana sedar ana tersilap kerana sebaik sahaja ana menjejakkan kaki di Surabaya,ana memeperolehi banyak pengalaman yang tidak mungkin ana dapat di dalam kelas..

Ana masih ingat satu p
eristiwa sewaktu ana ingin membeli senaskhah Al-Quran poket berserta terjemahannya.. "Adik ambil tahfiz?" Seorang makcik bertanya.. "Nggak" Ana menjawab ringkas.. "Adik masih muda, masih belum tercemar, masih belum terlambat untuk menjadi tahfiz" Ana terharu, dalam keharuan itu ana cuba jua mengeluarkan ayat "Iya, makcik doakan saya ya" Tanpa berlengah, dengan senyuman makcik itu membalas "Ayuh, teruskan berjuang"

Subhanallah! Itu belum lagi cerita di pesantran.. Akhlak-akhlak mahmudah yang ditonjolkan mereka di sana benar-benar mendesak hati ana untuk terus sahaja tinggal di situ.. Namun, apakan daya ana masih lagi punya tanggungjawab di Malaysia..

Terlalu banyak cerita y
ang ana ingin coretkan di sini sehingga ana buntu untuk bermula daripada mana...




Bonda sewaktu menunggu ketibaan pesawat AK 630 dari lapangan terbang senai,johor..











Pemandangan Surabaya dari dalam kapal terbang..











Di hadapan makam salah satu daripada wali songo.. Mampukah kita beramal seperti para wali Allah?..















Makam wali Allah dan keluarganya...










Di sinilah tempatnya wali Allah disemadikan.. T.T









Kejadian yang menginsafkan.. Minyak diteroka namun lumpur yang menjelma, sekaligus melenyapkan 16 buah kampung..








Ana jatuh sayang pada bi'ah di pesantren babul khairat..
Semoga kalian terus berjuang demi menegakkan kalimah lailahailallah muhammadurraasulullah di muka bumi ini...








Makan malam yang diberi oleh mudir babul khairat.. Syukran jazilan, fi amanalillah!










Indahnya alam ciptaan Allah..












Kitab kesayangan ana yang sempat dibeli di Kedai Mesir, Surabaya..
















On the way ke kolam air panas!!









Tangan siapakah ini?
Adakah hati kita jua sedang berkocak seperti air ini? Maka kembalikanlah hatimu pada fitrahnya =)













Abi wa umi menikmati epal segar ciptaanNya.. Subhanallah...












Semoga adik ini berjaya menggapai cita-citanya..










On the way ke Gunung Berapi Bromo..









Ini gunung berapinya.. Ana hampir-hampir sahaja tidak dapat bernafas kerana bau sulfur yang terlalu kuat..
Maha Suci Allah!








Kami berjaya mendaki gunung walaupun pecah semua lemak di kaki.. hehe..

Alhamdulillah!









Dan akhirnya kembali ke Malaysia daripada airport Surabaya dengan menaiki pesawat AK 631...


Terima Kasih ya Allah atas nikmatmu yang tidak terhingga..
Moga ini bukan istidraj...








Subhanallah.. banyak cerita yang ana ingin kongsikan dan mungkin boleh diambil pengajaran namun ana tidak tahu bagaimana ingin menyusun tiap bait kata itu kerana pengalaman ini sungguh tidak ternilai hingga ana sendiri kelu untuk berbicara..

Konklusinya, ayuhlah kita berjuang demi Islam tercinta..

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .