Saat jari-jemari ana laju menekan keyboard ini, ana terfikir, apakah khabar sahabat-sahabat ana yang mungkin sudah lama tidak ana hubungi.. Sihatkah iman mereka? Adakah mereka mendapatkan nikmat Islam itu sebagaimana yang dilalui oleh sahibah di sini.. mendengarkan satu khabar yang agak kurang enak tentang rakan sekelas ana dulu sudah cukup membuatkan jiwa ana luruh..
Ya Allah.. apakah yang telah ana lakukan?
Betapa tegarnya hati ana membiarkan mereka kesunyian tanpa arah sedang ana sedang leka dengan nikmat yang dikurniakanNya di sini...
Betapa mementingkan dirinya ana ini kerana ingin menjadi baik seorang diri, mungkin..
Betapa teruknya ana kerana membiarkan mereka dengan hidup mereka sekarang..
Seorang sahabat yang dulunya 'kaki surau' kini terjebak dengan pergaulan bebas.
Seorang sahabat yang dulunya sopan berbahasa kini terjebak dengan keruntuhan nilai budi bahasa.
Seorang sahabat yang dulunya sosial kini makin sosial.
Seorang sahabat yang dulunya bertudung kini sudah hilang tudungnya.
Dan mungkinkah ana masih tidak sedar akan semua ini? Ana tidak menjalankan amanah ana sebagai seorang sahabat.. Pilunya hati ana kerana baru tersedar akan semua ini.. Apakah yang mampu ana lakukan? Ana jauh... Tapi mungkin itu hanya satu alasan.
Jauh. Alasan yang mungkin diciptakan iblis untuk ana semakin jauh dari mereka. Namun hakikatnya ana seolah-olah hampir berputus asa dengan dugaan yang melanda. Ana seolah-olah putus harap dengan mereka yang masih tidak mahu bebas dari unsur sekularisme.. Ya Ilahi, ampunilah hambaMu ini.. Aku lemah ya Allah..
Ana seolah-olah terlupa bahawa Nabi kita yang mulia tidak pernah berputus asa malah sentiasa juga tersenyum dengan dugaan malahan kerendahan hati baginda, sifat pemaaf dan penyayang yang memikat hati-hati mereka yang keras umpama batu seolah-olah luput dari ingatan ana. Mungkin juga ana mahu keluarkan alasan sibuk, tapi ana terlupa bahawa rutin hidup Rasulullah jauh lagi sibuk daripada ana namun baginda masih dapat menjalankan amanah sebagai seorang suami, ayah, nabi, dan seorang hambaNya...
Sungguh hebat helah syaitan dan betapa lemahnya iman ana... Melihat suasana para remaja harapan agama yang seolah-olah tidak beragama membuatkan hati ana semakin meruntun... Ya Allah.. selamatkan mereka dari terus hanyut dengan arus dunia...
Ayuh sahabat seperjuanganku...
Bangkitlah... mereka memerlukan kalian...
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa" (Al-A'raf:164)
No comments:
Post a Comment