Subhanallah.. Jadual ana benar-benar padat sebaik sahaja pulang dari bercuti.. Minggu yang penuh dengan exam dan pembentangan, benar-benar mencabar keimanan… Kesihatan ana terganggu, mungkin ujian dariNya buat ana yang makin terleka.. Alhamdulillah, saki-baki ubat masih ada kerana ana malas menapak ke klinik =) …
Cuaca yang kian terik ditambah pula dengan kesihatan ana yang kurang memberangsangkan.. seringkali jiwa ini diasak nafsu agar meninggalkan kelas, namun kugagahkan jua kaki menapak demi menimba ilmu Allah, bukankah menuntut ilmu itu satu ibadat jika niatnya hanya kerana Allah? Menuntut ilmu kerana Allah pasti tidak terasa penatnya. pada sahabat-sahabat ana, terima kasih yang tidak terhingga ana ucapkan kerana sering memberi sokongan buat diri yang lemah ini…
Ana tidak tahu apa yang mahu dicatatkan kerana fikiran ana buntu.. Jadual yang padat membuatkan ana rasa bersalah untuk menaip sedangkan amanah di sini belum dilunaskan, buat semua, jutaan kemaafan ana titipkan.. Marilah kita sama-sama menikmati satu tazkirah yang diambil daripada unit hal ehwal wanita kuis.. ini sahaja yang mampu ana sediakan.. sekali lagi, jutaan kemaafan ana titipkan..
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan, Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan, Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Doakan ana dan sahabat-sahabat sentiasa tenang, sabar dan tabah menempuh dugaan yang mendatang dan doakan kami berjaya di dunia dan akhirat.. insyaAllah..
Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)
Wednesday, December 24, 2008
Ambillah waktu..
Labels:
Cerita Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment