Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar
Subuhnya
di mana aku berada masih enak dalam kelambu rindu sambil berpoya-poya dengan waktu masa bagaikan menderu langkah tiada arah tuju fikiran terus bercelaru terlupa aku semakin dihujung waktu..siapa aku di depan Tuhan ku.
Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan kehausan dan rehatku aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku aku bertolak ansur dengan waktu aku gembira membilang keuntungan aku terlupa betapa besar kerugian jika aku mengadaikan sebuah ketaatan..siapa aku di depan Tuhan ku.
Asarnya
aku lupa warna masa cepat berubah bagaikan ditolak-tolak aku masih dengan secawan kopiku terlupa panas tidak dihujung kepala aku masih bercerita tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka..siapa aku di depan Tuhan ku
Maghribnya
aku melihat warna malam tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya mencari sisa-sisa keseronokan tidak terasa ruang masa yang singkat jalan yang bertongkat-tongkat ruginya bertingkat-tingkat..siapa aku di depan Tuhan ku.
Isyaknya
kerana masanya yang panjang aku membiarkan penat menghimpit dadaku aku membiarkan kelesuan mengangguku aku rela terlena sambil menarik selimut biru bercumbu-cumbu dengan waktuku..siapa aku di depan Tuhan ku.
kini aku menjadi tertanya-tanya sampai bila aku akan melambatkan sujudku? apabila azan berkumandang lagi,aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati..bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini jika ruangku dibiarkan kosong
tanpa di isi dengan amalan hari esok. jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang. Azan dilaungkan ketika kita di lahirkan, Solat di sempurnakan ketika kita ‘pergi’.
Antara AZAN & SOLAT, alangkah singkatnya...
RENUNGKANLAH... SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU???
Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)
Friday, December 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment