Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Monday, January 26, 2009

Doa dan Kita



"Doa? buat ape nak doa? apa yang aku dapat hari ni semua adalah dari hasil usaha aku sendiri.. buat apa nak doa?"

"Aku dah penatlah doa, tapi macam takde pape effect pon."

Hm, sering ana terdengar dialog-dialog yg bernada pesimis seperti di atas. Mungkin mereka lupa pada firmanNya dalam surah Al-Mu'min ayat 60 yang bermaksud :

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".

Bukankah doa itu adalah senjata orang mukmin? Rasulullah pada suatu ketika dahulu menangis sehingga basah janggut baginda ketika berdoa, Rasulullah adalah kekasih Allah, sedang kita?..

"Ana rasa takde apa-apa pun yang berlaku lepas dah banyak kali berdoa"

Jika ayat ini yang berlegar-legar dalam kepala kalian, maka ingatlah surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud ;

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Mungkin apa yang kita fikir baik untuk kita sebenarnya tidak baik untuk kita, kita tidak mengetahui sedang Allah itu lebih mengetahui...

Teringat ana pada satu peristiwa ketika ana masih kanak-kanak ribena dahulu... Ana sering sahaja berdoa agar Malaysia ini didatangkan DINASOUR supaya ana boleh berjumpa dengan ULTRAMAN!

Oh!

Ana tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi andai Allah memakbulkan doa ana pada ketika itu, bukankah doa kanak-kanak yang suci tanpa dosa itu terus sahaja naik ke langit tanpa sebarang sekatan? Ana sering sahaja merintih mengapa doa ana masih tidak dimakbulkan kerana ana sangat-sangat ingin berjumpa dengan ULTRAMAN! namun, setelah ana dewasa, barulah ana tersedar... MUJURLAH ALLAH TIDAK MEMAKBULKAN DOA ANA PADA KETIKA ITU...

Jadi janganlah berhenti berdoa... seorang sahibah ana pernah berkata, andai doa kita tidak dimakbulkan, setiap doa yang dirintihkan itu akan menjadi penghapus dosa-dosa kecil kita.. Baiknya Allah kan?

So, do not stop from praying because Allah answers prayers in 3 ways ;

1- He gives u what u want.
2- He says WAIT and gives u SOMETHING BETTER.
3- He says NO and gives u THE BEST.

Ingatlah,, kita ini hanyalah seorang HAMBA, seorang hamba tidak seharusnya bersikap sombong dengan tuannya... Sesungguhnya Allah amat merindui rintahan suara kita, tidak mahukah kita menjadi kekasihNya?

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda : "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman : Barangsiapa yang memusuhi waliKu, maka Aku isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqarrub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dia dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya.
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Jadi, marilah kita berdoa untuk Palestin dan jangan sesekali menghentikan doa kita itu, kerana Allah mendengar setiap rintihan yang keluar daripada mulut kita, insyaAllah!

Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersolat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”


No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .