Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Wednesday, April 22, 2009

Dunia Realiti Ini..



Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1.Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2.Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3.Zakat dijadikan hutang.
4.Suami memperturutkan kehendak isteri.
5.Anak derhaka terhadap ibunya,
6.Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7.Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8.Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9.Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10.Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12.Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13.Para artis-artis disanjung-sanjung.
14.Muzik banyak dimainkan.
15.Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

(H.R Termizi)


Ana mulakan kalam dengan hadith riwayat termizi disebabkan oleh situasi yg semakin hari semakin membimbangkan…

“wuu.. Sedihnya, artis aku tersingkir”

“Ish, apsal dia kahwin dengan orang ni, bukan orang tu”

“Cantiknya fashion artis ni pakai… nilah namanya up-to date”

Dan pelbagai lagi situasi yang amat dan sungguh membimbangkan… Rancangan reality TV tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, berbeza dengan rancangan-rancangan ilmiah berbentuk diskusi agama yang jika tumbuh pun kurang mendapat sambutan-khususnya buat golongan remaja, si pelapis agama….

Terfikir ana, apakah nasib Islam pada masa akan datang? Adakah masih seutuh zaman kegemilangan khilafah, segoyah zaman millennium kini atau sehancur zaman masyarakat jahiliah? Kita marah bila ada orang hina Islam… Kita melenting bila ada orang mempermainkan Nabi, kita sakit hati bila saudara kita dikhianati…

TAPI….

Kita sendiri yang menghancurkan imej Islam itu… Kita berpakaian seperti golongan kafir, kita berkelakuan seperti golongan jahiliah….Para ilmuwan Islam diketepikan.. Hukum Halal Haram yang ditetapkan Islam tidak diendahkan… Para artis dipuja dan disokong.. Perkara tak berfaedah gemar kita lakukan… Masjid sentiasa lengang tapi disko tidak pernah putus dengan kunjungan… Lantas siapakah yang lebih wajar dipersalahkan?

Bolehkah kita kata “Ini semua salah media massa… diorang yang asyik terbitkan kisah para artis, cerailah, kahwin baru lah apelah, kisah para ulama’, kisah-kisah agama.. alahai sikit bebeno!” Ya, memang boleh dan mudah pula untuk kita menuding jari kea rah perkara lain..

TAPI INGATLAH!!

Pada saat hari pengadilan, alasan itukah yang bakal diberi? “Ya Allah… semua bukan salah aku… semua salah media massa… diorang yang asyik terbitkan kisah para artis, cerailah, kahwin baru lah apelah, kisah para ulama’, kisah-kisah agama.. alahai sikit bebeno!”

Tahukah anda? Perbezaan manusia dan monyet hanyalah 2% dan 2% itu adalah akal yang dimiliki manusia… Oleh itu, jika kita tidak menggunakan akal yang diberi… apakah bezanya monyet dan kita? “Eh,monyetlah kau ni” Sering ana terdengar suara-suara yang memonyetkan rakannya… Dan mungkin mereka itulah yang telah ‘disumpah’ oleh rakannya sendiri lantas tidak mampu berfikir secara baik…

Entahlah…

Kita menangis tatkala artis yang dipuja besedih… tapi kita tak menangis apabila saudara kita disakiti… Kita sanggup berhabisan duit demi menaikkan nama artis, tapi kita lupa ada saudara kita yang masih hidup merempat… kita kutuk orang yang mengutuk artis yang kita sanjungi tapi kita tak sedar Allah sedang mengutuk perbuatan kita yang terkutuk…. Kita sanggup berjaga malam untuk menonton TV tapi liat sungguh untuk kita melakukan tahajjud kepada Allah….

Itukah kita yang mengaku… “Saya orang Islam”

Jika benar, buktikanlah!

Ayuh kita bersama-sama bangkit, dan bencilah… bencilah untuk kembali kepada kesilapan silam.. Bencilah untuk kembali kepada kekafiran… Ayuh kita bersama-sama menegakkan kalimah lailahailallah muhammadurrasulullah kembali di muka bumi ini!
Tapi bagaimana? Tuntutlah ilmu dunia dan akhirat… Kerana menuntut ilmu itu juga merupakan ibadah jika niat hanyalah kerana Allah… tuntutlah ilmu dengan bersungguh-sungguh, bukan dengan sambil lewa… Kerana, malas itu bukanlah sifat orang mukmin…! Orang mukmin harus bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukan… orang mukmin itu berilmu, orang mukmin itu berwawasan, orang mukmin itu tidak mudah berputus asa..

Maka..

Jadilah mukmin yang berilmu,beriman dan beramal….

Salam juang…

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .