بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
1)Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2)Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3)Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4)Yang menguasai di Hari Pembalasan
5)Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
6)Tunjukilah kami jalan yang lurus,
7)(Iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
***
Hari-hari, insyaAllah paling kurang pun 17 kali kita membaca Al-Fatihah, namun tahukah kita rahsia di sebalik Al-Fatihah itu? Suka ana untuk berkongsi sedikit kupasan mengenainya, moga dapat kita bersama-sama mengupgrade solat kita, insyaAllah…
Al-FATIHAH merupakan surah pertama dalam Al-Quran namun ia BUKANLAH ayat pertama yang diturunkan kerana ayat pertama yang diturunkan ialah surah Al-Alaq…
“Kamu dah hafal surah Alhamdu ?” Tanya seorang pakcik kepada anak saudaranya
“Ha? Surah Alhamdu? Mana ade, pak cik ajaran sesat ke ape ni, ape-ape jelah..”
“Kamu tak hafal? Macam mana kamu solat ni?”
“Pak cik, kat sekolah, ustaz tu ajar nama surah Al-Fatihah, mana ada surah Alhamdu”
“Owh, pak cik dulu ngaji ustaz cakap surah Alhamdu”
Maka berbalahlah kedua-dua saudara ini, sedangkan hakikatnya surah Al-Fatihah ada banyak nama.. antaranya ialah :
· الفتحة (pembukaan)
· أم الكتاب (ibu Al-Quran)
· السبع المثاني (7 yang diulang)
· الشاقية (penawar)
· الوافية (penyempurna)
· الكافية (pencukup)
· الأساس (asas)
· الحمد (pujian)
· الرقية (jampi)
· الصلاة (solat)
Pada suatu hari ada pemuda yang sedang bermusafir singgah di sebuah kampung kerana pada zaman dahulu tiada lagi R&R mahu pun warung-warung tepi jalan untuk beliau berhenti duduk-duduk sambil bincang tentang politik negara mahu pun main dam sebentar…
Lalu, sebaik sahaja pemuda ini tiba di sebuah kampung, dia merasa terkejut kerana dia tidak disambut oleh sesiapa pun, sedangkan adat orang arab ialah mereka akan menyambut tetamu, menjamu tetamu makan percuma dan sebagainya… Jadi si pemuda itu sambil runsing memikirkan apa yang tak kena dengan kampong tersebut, perutnya pula berbunyi minta diisi..
Dengan izinNya, ketua kampung tersebut telah disengat oleh binatang berbisa, maka runsinglah seluruh kampong, pelbagai cara telah dicuba untuk menyembuhkan ketua kampong yang disayangi itu. Tiba-tiba muncul satu cadangan..
“Apa kata kita suruh pemuda yang baru tiba di kampong kita ni mengubati ketua kampong ni”
“Elok juga tu”
Setelah kata sepakat dicapai, maka mereka memanggil pemuda tadi untuk menyembuhkan ketua kampong. Pemuda yang terkejut itu dengan secara spontannya telah mengambil air dan membaca surah Al-Fatihah lalu menghembus ke dalam air itu dan kemudian diberi kepada ketua kampong (sama ada di sapu atau diminum ana tak pasti) dan dengan izinNya ketua kampong itu pun sembuh, maka gembiralah penduduk kampong lalu menjamu pemuda tadi sepuas-puasnya dan selepas itu membekalkan pula pemuda tadi dengan seekor kambing hidup untuk menemani perjalanannya.. huhu
Tiba-tiba, pemuda itu terfikir :
“Eh, boleh ke aku mengambil ganjaran ni?”
Dengan resahnya dia pun bertemu dengan Rasulullah dan berlakulah perbualan (lebih kurang)
“Ya Rasulullah, bolehkah aku mengambil ganjaran daripada surah Al-Fatihah itu?”
Rasulullah pun membalas “Wahai pemuda, bagaimanakah kamu tahu bahawa surah Al-Fatihah itu boleh dijadikan jampi?”
Secara spontan pemuda itu membalas “Lapar……”
Begitulah asal-usulnya yang diceritakan oleh ustaz kepada ana… Sewaktu surah ini belum diturunkan, Rasulullah dan orang Islam pada ketika itu bersolat dengan tidak membaca Al-Fatihah, selepas ia diturunkan, Al-Fatihah termasuk dalam rukun solat… Jika kita lihat, dalam surah Al-Fatihah, 2 kali disebut bahawa Allah s.w.t itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, perlu diingat, kasih sayang Allah adalah untuk hambaNya yang taat sedangkan sifat pemurahNya untuk seluruh alam..
Rasulullah s.a.w ada bersabda (mafhumnya) : Tidak ada seorang pun yang lebih sabar daripada Allah..
Memang benar, lihat saja situasi kita pada hari ini, kita buat baik, orang tak ucap terima kasih pun mampu membangkitkan kemarahan kita, tapi Allah s.w.t, tetap bersabar dengan hambaNya yang tak tahu bersyukur, melanggar perintahNya, sembah benda lain…
Allah hu Akbar…
“Waktu solat tu sebenarnya kita sedang bercakap dengan Allah”
“Ha? Ye ke, macam tipu je…”
Benar, ketika kita sedang solat dan membaca surah Al-Fatihah, Allah s.w.t telah menyahut kata-kata kita tanpa kita sedari… ketika kita membaca ;
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Allah berkata : Hamba Aku memuji Aku
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Allah berkata : Hamba Aku memuji Aku
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Allah berkata : Hamba Aku memuji Aku
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Allah berkata : Hamba Aku memuji Aku
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Allah berkata: Ini antara Aku dan hambaKu
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Allah berkata : Ini adalah untuk hambaKu dan untuk hambaKu apa yang dia minta..
Apa yang kita minta, mungkin Allah beri di dunia atau pun di akhirat, atau Allah tidak beri tetapi menggantikannya dengan lebih baik.. Allah memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu walaupun kita menyangka apa yang kita mahu itu yang kita perlu, namun Allah lebih mengetahui segala sesuatu… Sama sahaja bagi seorang anak kecil yang mahukan sebilah pisau, pasti tidak akan diberi oleh ayahnya sedang itu yang dia mahu, tapi bukan itu yang dia perlu..
Oleh itu wahai sahabat-sahabatku, apa yang kita tunggu lagi? Allah sedang menantimu, Allah rindu rintihanmu… Ingatlah, Allah menjawab doamu dengan 3 cara :
1) Dia memberi apa yang kamu minta
2) Dia kata tunggu dan memberi sesuatu yang lebih baik
3) Dia kata tidak! Dan menggantikannya dengan yang lebih baik…
Semoga kita bersama-sama berada dalam cintaNya.. Kita tidak kelihatan langsung dari angkasa, namun mengapa masih sombong dengan Allah…?
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment