"Mak suka kalau awak dapat masuk maktab perguruan"
Pernah pada suatu ketika umi berkata begitu. Ana diam.
Dan kini doa umi telah pun termakbul, alhamdulillah ana berjaya mendapat tempat di salah satu institut perguruan dan umi kelihatan begitu gembira sekali...
Tapi, pernah tak antum rasa betapa peritnya perpisahan? Perit sungguh apabila terpaksa merasakan perpisahan dengan para sahibah yang tercinta. Ana dan sahibah menangis semahunya pada malam terakhir ana di kuis.
"Ukhwah itu indah andai segalanya kerana Allah"
Itulah pesan salah seorang sahibah ana. Benar, ana sungguh-sungguh dapat merasai keindahan itu. Apabila jatuh ada yang menyokong, menangis bersama, berpesan-pesan andai terleka, mengejutkan bangun qiamullail... Semua kenangan itu membuatkan ana terfikir, mampukah ana terus berdiri tanpa mereka di sisi? Mampukah ana bangun andai ana rebah lagi?
Bawa Allah bersamamu...
Teringat ana pada satu kalimah agung yang pernah terlafaz daripada bibir ana sendiri... Ana tidak tahu apakah ana mampu untuk menjadi seorang yang kuat di tempat yang baru, adakah iman ana akan kekal sihat di tempat yang baru atau adakah sejadah iman yang dahulunya terkoyak tetapi telah terjahit kembali akan terkoyak lagi?
Ana tidak tahu. Tetapi apa yang ana tahu ana ada Allah bersama, di mana jua, setiap masa. Bukankah dia sebaik-baik penolong dan sebaik-baik tempat pengaduan? Ana juga ada pesanan-pesanan daripada para sahibah di dalam hati. Doakan ana agar terus kuat. Moga ini pilihan Allah yang terbaik untuk ana...
Laili : Mas nanti jangan lupa update blog ye.sehari mesti ada satu post.
insyaAllah Laili, andai masa mengizinkan ana akan cuba update blog selalu...
"Dahlah Mas jangan nangis lagi, kitorang redha lepaskan Mas, Mas jangan berubah ye"
Doakan. Doakan. Doakan.....
Program bersama adik-adik fasi
Bersama para sahibah tercinta ;
makan malam terakhir dan jalan-jalan terakhir
Semoga kita bersama dalam redhaNya!
~Ukhwah itu indah andai segalanya kerana Allah~
Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)
Monday, June 29, 2009
Bawa Allah Bersamamu..
Labels:
Secebis Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
asalamualaikum enti..
ana , sahabat baru enti. pelajar IPRM..
ukhwah itu indah, andai segala2 kerana Allah..
enti pernah ingatkan ana dlm YM, surah Ankabut ayat 2..
wasalam..
p/s; hati ibarat ikan di laut.. tinggal di laut tapi daging berasa tawar.. bila mati, cepat menjadi masin...
Syukran ya akhi kerana mengingatkan..
Fitrah manusia itu mudah untuk lupa dan itulah gunanya sahabat agar dapat saling mengingatkan dan menguatkan. Andai sahabat mampu untuk saling mengingatkan maka ukhwah yang dibina akan menjadi kuat umpama rumah yang dibina dengan batu-bata dan simen. Islam pula akan terus gemilang..
Moga berjumpa dengan sahabat yang mampu berjuang bersama enta..
Terima kasih krn mendoakan ana..
wallahu'alam
Post a Comment