“Nama saya Mastura binti Mohd Yusuf. Asal Johor Bahru. Umur 19 tahun” Ana memperkenalkan diri seringkas mungkin dalam sesi ta’aruf di kelas.
“Status?” Ana tatap satu-satu wajah teman yang galak bertanya mengenai status diri yang hina ini. Sudah berpunyakah? Ana tersenyum. Satu nafas yang panjang diambil.
“Ehem.” Suara dibetulkan.
“Saya sudah berpunya.”
Diam.
“Saya kepunyaan Allah, insyaAllah”
Ya, ana adalah kepunyaan Allah sepenuhnya, dan dikongsi sedikit dengan ibu bapa serta ahli keluarga yang lain. Oleh sebab itu ana merasa masih terlalu hina untuk menagih cinta manusia sedangkan cinta daripada pencipta tidak lagi diperoleh sepenuhnya.
Siapa ana untuk meminggirkan pemberi rasa cinta itu?
Siapa ana untuk menyerahkan diri kepada seseorang yang tidak berhak?
Siapa ana untuk mengundang rasa murka Allah?
Rasa cinta itu terlalu suci untuk dikotorkan dan rasa cinta itu hanya akan ana berikan kepada yang berhak, iaitu suami ana sendiri, insyaAllah. Buat masa sekarang, biarlah rasa cinta itu diberikan kepada Allah, Rasululullah,kedua ibu-bapa ana, serta ahli keluarga yang lain. Kepada yang selain itu, biarlah rasa yang paling maksimum di dalam hati ana adalah rasa sayang yang terlalu luas...
“Cinta ada 3 jenis cinta, cinta daripada syaitan, cinta daripada jin, dan cinta daripada Allah. Cinta daripada syaitan-kamu keluar berdua, pegang tangan dan akhirnya si perempuan mengandung dan kamu berkahwin dengannya. Cinta daripada jin pula- kamu menyukai perempuan itu, perempuan itu tidak menyukai kamu, kamu bomohkan dia dan akhirnya berkahwin. Tapi, cinta daripada Allah-kamu suka kepada seorang perempuan, beritahu ibu bapa, masuk meminang dan berkahwin”
Ana tertarik dengan dialog ini. Salah satu babak yang diselitkan dalam filem syurga cinta. Keadaan amat menekan di sini, berdua-duaan, bergelak-ketawa dalam keadaan yang meragukan antara lelaki dan perempuan sudah langsung tidak dititik-beratkan lagi. Bahkan tidak langsung berasa malu untuk makan bersuap antara lelaki dan perempuan meskipun belum berkahwin!
Allah... apakah yang tinggal untuk kenangan selepas kahwin nanti setelah apa yang perlu dikecapi setelah berkahwin sudah diperoleh sebelum berkahwin....
Sedih hati ana melihat budaya tidak sihat ini semakin menjadi-jadi. Bertambah sedih lagi apabila ana hanya mampu memandang hambar, menegur dengan hati dan itulah selemah-lemah iman....
Ana seolah-olah dapat melihat syaitan sedang berpesta-ria, mentertawakan kita, berguling-guling ketawa sehingga meleleh air mata. Kita sudah terperangkap. Ya, kita bakal menjadi teman syaitan di api neraka. Sanggupkah?
“Alah enti.. ana tak buat pun, nak takut apa?”
Benar! Rutin harian antum hanyalah keluar membuat urusan dan seterusnya balik ke bilik. Dalam perjalanan antum melihat budaya yang tidak sihat berlaku. Antum tundukkan pandangan, dalam hati berkata ‘biarlah, buat apa sibuk hal orang.’ Ya, antum amat rajin beribadat, solat fardhu selalu di awal waktu bahkan disulami dengan amalan-amalan sunat. Nampaknya, antum benar-benar yakin dengan diri sendiri. Mungkin antum lupa pada surah Al-A’raf ayat 164 ;
وَإِذَ قَالَتْ أُمَّةٌ مِّنْهُمْ لِمَ تَعِظُونَ قَوْماً اللّهُ مُهْلِكُهُمْ أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَاباً شَدِيداً قَالُواْ مَعْذِرَةً إِلَى رَبِّكُمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
164. dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa".
Lihat, Allah tidak akan memberi azab kepada orang yang membuat kemungkaran semata-mata bahkan kepada seluruh kaum yang ada di situ. Bukankah kita ini seorang khalifah yang seharusnya mentadbir bumi dan berani untuk menegur?
Oh Allah... moga kau ampuni kami yang lemah...
Moga kita sama-sama terhindar daripada menjadi bahan bakar api neraka....
Nauzubillah...
Jika api di dunia ini pun kita sudah tidak tahan dengan panasnya, mengapa masih mahu bertangguh dengan api neraka??
Wallahu’alam....
Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)
Monday, August 10, 2009
Ana Sudah Berpunya?
Labels:
Secebis Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam Ukhwafillah...
Tepat pada masanya saya buka laman sesawang kala hati ini perlukan sebuah jawapan kepada satu bentuk persoalan yang sentiasa hadir dan menekan jiwa. SOAL HATI. SOAL CINTA. Tidak dapat tidak saya adalah insan kerdil yang kadangkala lupa, leka dan alpa pada cinta dunia dan melupakan cintaNya. kadangkala hati berbicara sendiri, adakah aku diciptakan hanya untuk menjadi hamba kepada dunia? bilamana hati ini dirudung malang, barulah kaki melangkah mencari Tuhan. Terima kasih atas peringatan. Cinta kepada yang lebuh berhak. Kerana cinta itu suci dan tidak wajar kita kotori dan nodai.
Jazakallah atas komennya..
tapi jgn dilupa, antara sabar dan syukur, syukur itu lebih tinggi nilainya. Seperti yg akhi katakan, ketika susah baru kaki melangkah mencari Tuhan. Lantaran itu, berapa ramaikah di antara kita yang mampu merendah diri dan mengucapkan 'alhamdulillah' atas segala nikmat yang dikurnia? utamakan cinta Allah, berikan hatimu hanya untukNya, nescaya akan dipertemukanmu pemilik yang terbaik...
salam juang..
alhamdulillah...
cinta kepada Allah, cinta hakiki..
ana bab cinta kpd manusia, ana serahkan kepada Allah. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
buat masa sekarang.. cinta ana hanya untuk Allah, rasulNya,ibu bapa...
syukran..
Alhamdulillah..
moga terus thabat di jalan ini..
Post a Comment