"Kemas rumah sebelum pergi jalan." Umi sering berpesan, setiap kali kami ingin pergi ke mana-mana.
Tangannya ligat mengemas itu dan ini. Mencapai vakum, bulu ayam, dan kain basah sehingga peluh-peluh kelihatan di wajahnya yang bersih.
"Kenapa?" Sesekali ana bertanya, saja mahu berbual. "Nanti senang, bila balik rumah dah kemas."
Natijahnya : Semua senang hati, kerana setelah berpenat lelah berjalan, balik ke rumah, rumah sudah tersedia kemas.
Aplikasi di Universiti
"Ada rekreasi ni nanti hari jumaat sampai ahad. Nak pergi?" Seorang sahibah bertanya, penuh berharap. Keputusan harus diberi segera. Hanya 2 hari masa diberi untuk membuat pertimbangan.
Ana menilai kembali, ada assignment IT dan e-commerce, Hati tidak senang memikirkan semua itu.
Ana mula merancang jadual sendiri, menyiapkan assignment ketika ada masa terluang dan tidak lupa untuk memberi sedikit ruang untuk mengeratkan ukhwah bersama sahibah.
Alhamdulillah.. Allah memudahkan segalanya. Ketika program berlangsung, fikiran tenang, tidak kelam-kabut memikirkan assignment dan segala kerja yang ditinggal di kolej.
Ketika pulang semula ke kolej, badan penat dan terfikir kembali ; Alhamdulillah, semua kerja sudah siap.
Terima kasih buat umi yang mengajar ana agar sentiasa mengutamakan yang lebih utama.
Bahagi Kerja
Menjadi seorang khalifah, pendakwah dan mahasiswa bukanlah satu amanah yang bisa dipandang enteng. Bahkan, semua itu menuntut banyak pengorbanan. Berkorban masa, berkorban tenaga dan berkorban waktu untuk berseronok. Benarlah, jika kita benar-benar bekerja untuk Islam, maka tiada waktu untuk berseronok.
"Ala, bosanlah hidup macam tu ukht"
Hakikatnya, dunia bukanlah satu tempat untuk kita mengisi waktu dengan berseronok, tetapi dunia adalah tempat semaian kita dan hasilnya akan diperoleh di akhirat kelak.
Mari kita selusuri kisah seorang Rasul, ayah, suami dan khalifah ini ; Baginda Rasulullah s.a.w sibuk berdakwah di siang hari, melayan isteri, anak, cucu dan rakyatnya.. Terkadang ditimpakan ujian, namun baginda tetap bersabar.. Biarpun dicaci, biarpun dihina, biarpun semua manusia memandangnya dengan perasaan jelek, baginda tetap mara memartabatkan Islam di mata dunia.
Adakah waktu untuk baginda berseronok? Jawapannya : Ada.
Baginda berseronok di sepertiga malam terakhirnya, ketika semua orang sedang nyenyak diulit mimpi, baginda sedang berseronok di tikar sejadahnya, menadah tangan kepada Yang Esa, sehingga bengkak kaki baginda kerana terlalu asyik menunaikan solat.
Subhanallah, mulianya pekerti seorang kekasih Allah!
Wahai mahasiswa Muslim sekalian, ayuh mari kita menilai kembali diri sendiri.. Kita pergi ke kelas dan pulang ke asrama. Bergelak ketawa bersama rakan, terkadang tertidur di dalam kelas. Ada pula yang mengisi masa terluang dengan berchatting, bersiar-siar, kita tidur lewat kerana sesuatu yang sia-sia sehingga terlepas waktu qiamulail, malah terkadang solat subuh di pengakhiran waktu.
Dan akhirnya kita mengeluh, "Ah, penatnya!"
Apa yang memenatkanmu sahabat? Adakah penat itu terisi dengan perkara berguna atau sia-sia? Kenang kembali kisah Rasulullah yang tidak ada walau sedikit waktu untuk bersenang-lenang namun tidak pernah dia mengeluh kepenatan.
Astarghfirullahalazim...
Astarghfirullahalazim...
Astarghfirullahalazim...
Mudah benar kita ditipu dengan dunia yang telah dihias cantik oleh para syaitan laknatullah sehingga kita terlupa pada satu negara yang kekal abadi di akhirat sana. Syurga atau neraka yang akan kita diami...?
Menjadi Mahasiswa Bertaqwa
Jika menjadi manusia, biarlah menjadi manusia yang berguna. Jika menjadi mahasiswa, biarlah menjadi mahasiswa bertaqwa.
Menjadi mahasiswa bertaqwa tidak lah semudah ucapan di bibir. Mahasiswa bertaqwa perlukan kecekalan mental dan fizikal yang tinggi, kerana jalan yang dilalui penuh dengan ranjau yang berduri.
Ada sesetengah mahasiswa yang berpendapat bahawa cukuplah dengan hanya berdakwah tanpa perlu mengutamakan akademik, dengan hujah, jika kita menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kita.
Benar, Allah benar-benar akan menolong kita tetapi Allah juga menyuruh kita agar berusaha untuk mendapatkan sesuatu.
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. (Al-Imran : 159)
Apa maksud tawakal sahabat? Tawakal bermaksud berserah diri kepada Allah setelah berusaha. Maka, jika tidak ada usaha, maka tidak ada istilah tawakal kepada Allah!
Menurut seorang ulama; Ramai orang dilahirkan pandai, tetapi sedikit sekali yang menangis kerana Allah.
Benar, berapa ramai mahasiswa yang skor 4.0 setiap semester masih tidak tahu asas agama. Berapa ramai pelajar cemerlang yang tidak menutup aurat. Berapa ramai pelajar gemilang yang leka dengan duniawi..
Ingat! Menjadi seorang pelajar juga adalah satu amanah dari Allah, juga dari ibu dan bapa. Justeru, dalam kita berusaha menjadi pelajar yang cemerlang, jangan lupa untuk mencemerlangkan juga diri kita di jalan Allah..
Amanah itu sungguh-sungguh amat ringan di dunia tapi berat di akhirat kelak.
Wallahu'alam.
Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)
Monday, May 24, 2010
Ayuh Menjadi Mahasiswa Bertaqwa
Labels:
Secebis Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
masyaAllah..ya ukhti! moga ALLAH sentiasa merahmatimu..amin..
salam
aduh!!!sgt2 tkesan dgn penulisan enti. ble dikira semula dlm 24jam,brape lame yg digunakn utk dunia dan brape lame pula utk akhirat...sedangkn akhirat itu kekal.
sy sedang mengalami transformasi diri...mencuba mengejar syurga Dia tetapi kkadang tersungkur.
Moga enti slalu d bwh perlindunganNya.
~farhana
anonymous
Subhanallah.. moga Allah merahmatimu juga.
farhana
wslm... Subhanallah, moga Allah sentiasa memimpin hati enti di setiap langkahan kakimu.. Jazakillah atas doanya.
Post a Comment