Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Friday, May 21, 2010

Hidayah Milik Allah


“Allah hu Akbar.. Allah hu Akbar…” Suara azan mendayu-dayu keluar dari corong speaker Masjidil Haram. Maziyah yang berada betul-betul di hadapan Ka’abah mengalirkan air mata, tersentuh dengan laungan azan yang mempunyai maknanya tersendiri.

Maziyah bangun, mengibas sedikit bajunya. Jemari runcingnya pantas mengesat air yang sudah mula mengalir dari kedua-dua matanya. Beg kecil berwarna putih disebelahnya disangkut ke bahu. Kaki kiri dan kanan yang lengkap berstokin hitam melangkah berselang-seli, menuju ke tempat solat wanita yang dilindungi dengan rak-rak Al-Quran.


Maziyah masuk, terus sahaja bibirnya menguntum senyuman melihat seorang kanak-kanak Arab yang ralit bermain di sisi ibunya. Tangannya pantas mengelus lembut rambut kanak-kanak perempuan itu.

“Min aina enti?” Ibu kanak-kanak itu ramah bertanya. Kamu dari mana?, begitulah maksudnya. Maziyah mendongak sedikit. Matanya terpaku.

Subhanallah, cantiknya!


Wajah putih bersih itu sentiasa dilindungi purdah kecuali ketika berada di kawasan yang semuanya wanita. Mulut mungil Maziyah kembali menguntum senyuman.

“Ana min Malizi. Wa enti?” (Saya dari Malaysia, kamu
pula?)

Tenang sahaja Maziyah menjawab sambil tangannya masih lembut mengelus rambut anak wanita itu.

“Ana min suria.”

Hampir sahaja kedua-dua kening Maziyah bercantum akibat kerutan dahinya. Suria? Negara apa tu?

Mujur, segera sahaja dia teringat cerita temannya mengenai perbualan dengan wanita dari ‘suria’ atau lebih dikenali dengan nama Syria.

Perbualan segera ditamatkan. Maziyah mengambil tempat di dalam jemaah kerana bilal telah pun melaungkan iqamat. Wanita Syria bergegas juga mengambil tempat di sebelah Maziyah.

“Subhanallah! Enti solehah. Enti solehah” Laju sahaja ayat itu keluar dari mulut wanita Syria yang manis itu usai solat. Maziyah terpaku.

“A.. Ana s..solehah?”

“Na’am, na’am” Wanita Syria mengangguk-angguk sambil berlalu pergi bersama anaknya yang comel.

Aku? Solehah?

Maziyah memejamkan mata. Kenangan silam menggamit ingatan.

Layakkah aku mengambil gelaran itu?


***

Lampu-lampu pelbagai warna yang sekejap malap sekejap terang amat menghiburkan hati Maziyah, begitu juga dengan muzik-muzik rancak yang membingitkan telinga, ditambah dengan air mahal berjenama Carlsberg yang ditonggaknya sebotol demi sebotol, Maziyah berasa bagai di awang-awangan.

“Woi!” Seorang wanita seksi yang memegang segelas wine menepuk bahu Maziyah yang sedang asyik menari seorang diri.

Maziyah tidak mengendahkan.

“Woi!” Suara wanita seksi itu bertambah kuat.

“Kau nak apa Su?!” Maziyah meninggikan suara. Kacau daun betul lah perempuan ni.

“Aku panggil kau.. tak dengar ke?!”

“Ha?! Bisinglah sini!”

Suraya merentap tangan Maziyah dan membawanya jauh sedikit dari sekumpulan manusia yang sedang rancak menari.

“Ish! Sakitlah! Kau nak apa?!” Maziyah menggosok-gosok pergelangan tangannya yang memerah.

“Parents kau tak kisah ke kau datang sini?”

“Aik? Sejak bila kau kisah pasal parents aku pulak ni?” Maziyah menjeling tanpa berhenti melenggok-lenggokkan tubuh mengikut rima muzik.

“Diorang busy, cari duit. Dunia ni kan sementara sis! So, kena nikmatilah sepuas-puasnya.”

Serentak, mereka ketawa.

“Wei Maz, jom balik.. Aku rasa penatlah malam ni.” Suraya memujuk. Sungguh, badannya terasa lesu. Mungkin kerana kerja yang semakin bertimbun di pejabat. Data-data yang perlu dilihatnya saban hari sungguh melelahkan.

“What?! Balik? You must be joking… It’s just 12 a.m. Malam masih muda. Kau demam eh?! Hik..” Maziyah meletakkan tangannya ke atas dahi Suraya, satu aksi yang biasa untuk menilai tahap suhu badan. Mulutnya yang berbau arak masih tidak berhenti ketawa, kelakar dengan permintaan Suraya.

“Wei, jomlah. Aku seriously penat.”

“Yelah-yelah!” Maziyah mendengus.

***
“Woi! Tak ingat mati ke?!” Seorang jejaka bermotor yang kebetulan lalu di hadapan mereka menjerit nyaring.

Bulat mata Maziyah dan Suraya kerana dijerkah begitu. Nafas Maziyah turun naik, menahan sabar yang masih bersisa.

“Blah lah kau! Hik. Perasan bagus! Hik.” Suraya menghamburkan kemarahannya.

“Dahlah Su, dahlah.. Hik”

“Hei, dia ingat dia tu dah bagus sangat ke?” Suraya masih tidak berhenti-henti
membebel, menghamburkan kemarahan dan kelukaan hati, dalam keadaan separuh jiwanya di alam khayalan.

“Su, kau bawa kereta ke? Hik..” Mulut yang berbau arak itu bergerak menutur kata, tanpa ada rasa bersalah di jiwa, lantaran kejahilan yang merajai diri.

“Hik.. Tak.. Hik… “

Kaki mereka pantas berjalan.

“Habis.. macam mana nak balik? Hik”

“Entah. Hee” Suraya tersengih, menampakkan giginya yang kuning. Kakinya pantas melangkah ke hadapan sedikit, meninggalkan Maziyah 1 meter di belakangnya.
Suraya mendepangkan tangan sambil memusing-musingkan badan. “Dunia ini aku yang punya! Hik!”

‘Pon!!’

Sebuah kereta Iswara berwarna hijau yang sedang dibawa dalam kelajuan 100 km/j membunyikan hon.

“Su!!!”

Pemandu kereta Iswara hijau itu gagal mengawal keretanya, dan setelah bahagian depan kereta menyentuh tubuh Suraya yang mengakibatkan Suraya melambung dan terhempas, Maziyah tercengang.

“SUUU!!!” Teriakannya bertambah kuat. Kakinya pantas melangkah ke arah tubuh Suraya yang terbaring lesu dan berlumuran darah.

“SUUU!!”

Tiada sahutan.

Pemandu kereta Iswara itu kelam-kabut, barangkali tidak menyangka kejadian seperti itu akan berlaku.

Tangannya pantas menekan nombor ambulan dan polis agar kes itu segera diselesaikan.
Dan… Raungan Maziyah semakin kuat, memecah kegelapan malam.

***

Renungannya panjang. Merenung apa sahaja dihadapannya. Satu renungan tanpa makna. Satu renungan yang entah di mana penghujungnya.

“Apa nak jadi dengan kau ni Maziyah.” Puan Lily menggeleng-gelengkan kepalanya. Gusar melihat satu-satunya anak yang dimiliki berubah murung dan pendiam.

“Yang dah pergi tu dahlah.” Encik Suhaimi menyambung.

Maziyah masih begitu. Merenung jauh tanpa penghayatan.

“Maziyah.” Puan Lily menepuk bahu anak kesayangannya itu.

Maziyah menoleh sekelas. “Kenapa, ma?”

“Ni.. ada surat tawaran ke Universiti.”

Diam.

“Maziyah! Dengar tak mama cakap ni?” Suara Puan Lily sedikit meninggi, berang dengan reaksi Maziyah yang acuh tak acuh.

“Dengar.”

“Isi borang-borang ni.” Puan Lily mengarah, tangannya yang mulus meletakkan sampul surat bersaiz kertas A4 di atas meja.

Maziyah bungkam.

“Maziyah!” Sekali lagi, Puan Lily meninggikan sedikit suaranya, seolah-olah tidak memahami hati seorang anak yang sedang dilanda kesedihan.

“Ish!” Maziyah bangun, dan terus masuk ke dalam biliknya di tingkat 2 rumah banglo itu.

Pintu dihempas.

Badan dilontar ke atas katil.

Air mata mengalir deras.

***

Baby t-shirt dan seluar jeans ketat membaluti tubuhnya. Maziyah berjalan laju, menuju ke pusat pendaftaran universiti.

Mata-mata lelaki yang memandangnya ghairah memberi satu perasaan bahagia di dalam hatinya.

Maziyah melepasi sekumpulan pelajar wanita bertudung. Wanita-wanita bertudung memandang Maziyah dengan satu pandangan pelik. Satu pandangan yang tajam diberi.

Kenapa diorang ni.

***

“Fuh. Selesai juga akhirnya pendaftaran.”

Maziyah duduk di cafe yang berhampiran asramanya. Wanita-wanita bertudung yang duduk berhampirannya memandang Maziyah dengan satu pandangan yang tajam.

Maziyah berang, bibirnya pantas bergerak, “Ye, kenapa? Ada apa yang saya boleh bantu?”

Wanita-wanita bertudung tersentak. “Tak tahu tutup aurat ke?”

“Kau sibuk-sibuk pasal aku ni kenapa. Kau ingat kau pakai tudung, kau baik sangat? Antara aku dengan Allah, biar lah aku dengan Allah. Korang ni sape?” Terhambur segalanya. Api kemarahan Maziyah sudah mencapai tahap maksimum.

Maziyah melangkah meninggalkan cafe. Hatinya sakit bagai dicorek-corek.

Korang ingat, korang dah terjamin masuk syurga?


Takungan air mata Maziyah pecah lagi. Peristiwa dijerkah oleh penunggang motorsikal dan seterusnya kemalangan yang menjerut nyawa kawan karibnya bermain-main di birai mata. Tangan kanannya mengesat air mata yang kian deras.

***

Wanita berjubah coklat dan bertudung labuh berwarna krim itu memandang Maziyah dengan penuh simpati. Bangku yang disediakan di perkarangan asrama itu seolah-olah panas sehingga dia tidak mampu untuk duduk diam.

Maziyah yang berjalan sambil mengesat air matanya benar-benar menyentuh hati wanita berjubah itu!

Kakinya pantas melangkah, menghampiri Maziyah yang masih menangis.

Mata bening Maziyah menangkap pergerakan seseorang menuju ke arahnya. Dia pantas memandang tepat ke arah wanita bertudung labuh itu.

Ah... Wanita bertudung lagi. Yang ni pasti lebih bahaya.


Otak Maziyah pantas membuat andaian berdasarkan pengalaman yang baru dilaluinya. Kakinya pantas menghala ke arah lain, mahu menjauhi si wanita berjubah.

“Assalamualaikum.” Tanpa sedar, wanita berjubah itu sudah menghampiri dirinya.
Maziyah menatap wajah lembut itu.

Maziyah kelu.

“Baru daftar ye?” Wanita berjubah itu tersenyum, sekaligus meruntun hati Maziyah.

“Ya.”

“Oh, samalah kita. Nama saya Balqis.” Tangan dihulur.

Maziyah teragak-agak menyambutnya. “Maziyah.”

Baliqis tersenyum lagi. “Duduk bilik nombor berapa?”

“Em... B209.”

“Subhanallah! Samalah kita.”

“S...sama?”

“Ye, mari.. saya tunjukkan bilik kita.”

***

“Balqis.” Maziyah memanggil. Posisi duduknya dibetulkan.

Balqis yang sedang membaca buku memandang Maziyah penuh kasih, buku ditutup
sebentar. “Ya Maziyah sayang.. Apa yang patik boleh bantu?”

Maziyah tergelak kecil. “Balqis ni, ada-ada je.”

Balqis senyum, “Kenapa sahabatku?”

“Balqis tau tak.. Dulu, saya takut sangat dengan wanita bertudung.”

“Kenapa?”

“Sebab, mereka memandang saya seolah-olah saya ni adalah orang yang akan dilemparkan ke neraka.”

Balqis bangun dari tempat duduknya dan mengambil tempat di sisi Maziyah.

“Balqis...”

“Iye..”

“Tidak adakah ruang untuk orang seperti saya di hati wanita-wanita yang bertudung? Sedangkan mereka tidak pernah tahu siapa saya, mereka tidak tahu masalah saya, dan mereka tidak pernah tahu apa masalah saya”

Hati Balqis diruntun sayu., Segera tangannya mengusap lembut tangan Maziyah.

“Tak.. Sebenarnya mereka tak faham lagi.”

“Maksud awak?”

“Sebenarnya kan Maziyah... Manusia ini bukannya Tuhan, jadi manusia tidak boleh menghukum. Hakikatnya, tiada manusia yang sempurna. Masing-masing ada kisah silam mereka sendiri. Masing-masing ada kesalahan yang dilakukan. Jadi sebagai manusia, apa lagi pendakwah, kita kena dekati dan kenali dulu orang yang mahu didakwah. Itu cara yang paling baik. Tidak ada manusia baik yang tidak mempunyai kisah silam dan tidak ada manusia jahat yang tidak mempunyai masa depan. Kan?”

Maziyah mengangguk. “Mula- mula dulu, saya takut nampak awak. Tapi lepas awak senyum dan nak memulakan perkenalan, rasa takut tu semua hilang.”

Balqis tersenyum.

“Balqis..”

“Ya.”

“Ajar saya pakai tudung. Saya tidak mahu buat perkara yang Allah tak suka lagi. Awak pun ada cakap yang tanda kita sayang Allah adalah dengan hati, lisan dan perbuatan kan?”

Balqis memeluk Maziyah erat-erat. Air mata mereka tumpah jua, menyaksikan satu ukhwah yang telah terbina.

***

Maziyah mengesat matanya yang berair. Kaabah yang tersergam di hadapan mata membuai jiwa. Wajah Balqis dan kata-katanya yang sentiasa berhikmah menggamit ingatan.

“Balqis.. Maz rindu Balqis...”

Segera tangannya diangkat, memohon rahmat dari Allah untuk Balqis yang menunggunya di Malaysia. Tidak lupa juga doa buat temannya yang telah maut sebelum sempat bertaubat.

Maziyah menangis. Besar sungguh nikmat Allah yang sebelum ini tidak disedarinya.

“Balqis.. Maz rasa Allah sayang Maz, sebab tu DIA hadirkan Balqis dalam hidup Maz.”
Maziyah bermonolog, masih lagi rindu kepada sahabat yang sering membimbingnya tanpa jemu. Seorang sahabat yang sering berhikmah dalam menegurnya.

Terima Kasih Allah...


Air matanya mengalir lagi...

6 comments:

miaorururu said...

terkesan dengan kata-kata "Tidak ada manusia baik yang tidak mempunyai kisah silam dan tidak ada manusia jahat yang tidak mempunyai masa depan. Kan?”

alhamdulillah.. nice article..

Mastura MY said...

=)

insyaAllah, ini hanya sebuah cerpen yang dibuat dengan separuh jiwa.

maaf kerana ana tidak menulis dengan hati. maaf kerana kualitinya yang kurang menarik.

semoga mendapat manfaat...

adibah said...

Moral of the story, don't judge a book by its cover. ada kaalnya insan y "takde apa2" ni lah sgt dahagakan bimbingan n hidayah...

mastura said...

masyaAllah..

na'am.. setiap manusia ada masa depan sendiri, insyaAllah.

Sedangkan khalifah Umar yang dahulunya tidak percayakan Allah boleh menajdi sehebat-hebat sahabat,kan?

Allah ma'ana =)

cahaya hati said...

thanks..wlpun ditulis tak sepenuh hati..tp, masih boleh bagi kesan pada hati "manusia yang takde pape ni."

Mastura MY said...

subhanallah,

akak.. mari kita bersyukur pada Allah yang telah memegang hati-hati kita... :)

rindu lillah

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .