Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Sunday, February 22, 2009

Khas Buat Pemuda Harapan Agama


Bismilahirahmanirahim....
Ana ingin mencuri masa yang ada untuk mengupas sedikit isu yang ana rasa dah menjadi barah dalam masyarakat Islam, di Malaysia khususnya..

Masjid memang banyak.. yang besar, yang kecil, yang buruk, yang baru, yang mahal, yang murah. Bahkan berpusu-pusu orang nak menderma untuk buat masjid, kononnya supaya pahala berpanjangan...

Namun sayang seribu kali sayang.. Nampaknya yang menderma untuk pembinaan masjid itu terpaksa menahan sebak di dada, bukan sahaja masjid kian kosong, bahkan menjadi tempat para Pemuda dan Pemudi Islam harapan syaitan laknatullah melepaskan nafsu.

Marah? ya.. memang ana marah! Salahkah ana marah kerana Allah? Sebaknya hati hanya Allah yang tahu... Tapi ana bukanlah sesiapa, bahkan bercakap dengan muslimin pun jarang sekali, apatah lagi untuk menasihat kaum Adam ini agar mendekatkan diri dengan masjid... Apa yang termampu ana lakukan adalah menaip pada blog yang dhoif ini, entahkan ada yang membaca entahkan tidak...

Allah...

Kaum muslimin khususnya, tidakkah anda semua ingat pada kisah Rasulullah menyuruh sahabat mengumpulkan kayu api, apabila ditanya mengapa, Rasulullah bersabda bahawa baginda ingin membakar rumah-rumah mereka yang tidak mengerjakan solat secara berjemaah di masjid sebaik sahaja azan dilaungkan. Tapi tidak jadi bakar kerana adanya wanita dan kanak-kanak..

Wahai akhi harapan agama...

”Sesungguhnya apabila salah seorang diantara kamu berwudhu dengan baik, kemudian pergi ke Masjid dengan tujuan solat berjemaah, maka setiap langkahnya akan dihitung satu darjat pahala, sekaligus di hapuskan satu dosanya.” (HR. Muttafaq’alaih)

Renungkanlah... Allah amat menyayangi kalian, namun mengapa masih berat lagi untuk melangkahkan kaki, bersusah payah sedikit demi mencapai redha Allah s.w.t.. Ana amat sedih apabila berkunjung ke masjid tapi hanya 2-3 saf sahaja yang mampu dipenuhi oleh kaum sejenis kalian dan mereka itu hanyalah sebaya AYAH jua DATUK ana... Pernah jua ana bersolat bersama seorang WANITA yang sudah tidak berkemampuan berdiri namun masih GAGAH ke masjid SETIAP WAKTU!

MALULAH KALIAN....

Allah masih belum menarik nikmat yang ada pada diri kalian, yang kalian megah-megahkan. Kaki itukah yang laju berjalan? kaki itukah yang pantas melangkah di pusat-pusat membeli belah? kaki itukah yang jarang sekali melangkah ke masjid? Ingatlah, SUATU HARI NANTI.. kaki itu akan menjadi saksi atas segala perbuatan yang telah kalian lakukan...

MALULAH KALIAN....

Ana ingin berkongsi sesuatu dan moga ana dijauhkan dari sifat-sifat riak, ujub dan takbur... Ana seringkali berjalan bersama sahibah di Johor Bahru, berjalan dari rumah ke masjid, kadang-kadang beserta dengan makcik-makcik yang duduk berhampiran, sepanjang perjalanan akan kelihatanlah para pemuda yang kononnya pelapis agama dan negara duduk berpeleseran, makan-makan, minum-minum, sembang-sembang...

Oh!

Apakah warung itu lebih berkat dari rumah Allah? Apakah warung itu yang menjamin kesejahteraan kalian? Kami wanita berjalan kaki. Kalian ada motor.
Kami ini kan wanita... Kami inikan tercipta dari tulang rusuk yang bengkok... Bagaimanakah kalian mahu membentuk kami andai diri kalian pun kami yang terpaksa aturkan?

MALULAH KALIAN...

Hajat di hati sangat tinggi. Inginkan isteri seorang yang solehah, menutup aurat dengan rapi, amal-ibadat serta budi bahasa di jaga... Sedang kalian tidak beradab pun dengan Allah... Berkunjung ke rumahnya sahaja tidak selalu... Duhai Muslimin, suka ana mengingatkan disini bahawa hati wanita solehah itu milik Allah, maka kalian harus mencariNya untuk berjumpa dengan hati tersebut....

Bukankah pada zaman Rasulullah ada seorang buta tapi masih mampu berjalan meminta izin untuk tidak sembahyang di masjid tapi Rasulullah TIDAK MENGIZINKAN... Kalian? Kalian sakitkah? Kalian cacatkah?

"Ukhti, ukhti tak faham ke, ana ni bz, ana pun solat juga di rumah, bukannya tak solat pun, ukhti kena faham, kami cari duit, kami penat" Allah... moga duit itu bukan istidraj, bukankah rezeki itu datangnya dari Allah.. Andai kepada Allah pun kalian ambil endah tak endah, fikirlah, rezeki itu diberi secara baik atau dicampakkan ke arah kalian?

Astarghfirullah... Ana benar-benar sebak, marah, kecewa.. Jangan sampai nanti masjid semua sudah dirobohkan, masjid sukar dimasuki seperti masjid Al-Aqsa, baru kalian tersedar akan pentingnya MASJID itu sendiri....

Marah kerana Allah...
Sedih kerana Allah...

Moga Muslimin tidak lagi memejamkan mata atas isu ini....
Maafkan salah silap ana...

TAKBIR!! 3x
Wallahua'alam..

2 comments:

Azim said...

assalam
ke masjid sebab tiada Imam seperti Rasulullah di masjid di akhir zaman ini...
Tiada Imam seperti Saiyidina abu Baka yang selalu menangis di waktu lail...

umpatan ada di dalam masjid...

di masjid ...bukan semuanya berAqidah benar...
kami yang ada buat silap sebab jahil di pandang hina
Akhir Zaman yang sedang memasak makanan lebih Alim dari yang ada di masjid...
pandangan ana yang dhoif

Mastura MY said...

Wslm ya akhi,
syukran atas pandangan..

Suka ana mengungkap kata-kata ini..
'pada setiap benda itu ada hitam dan putihnya, andai hitam yang kita pandang, maka jadi hitamlah ia, andai putih yg dipandang,maka jadi putihla ia'

Fenomena yang akhi cakap tu,bkn shj berlaku di masjid, bahkan di mana-mana. Jadi, akhi sebagai pemuda harapan Agama bangkitlah segera.. Lihat sekeliling akhi, betapa ramai insan yang memerlukan insan seperti akhi utk memimpin mereka menuju redha Allah yang Esa..

Andai akhi berasa sedih,lemah, ucaplah lahaulawalaquwatailabillah, jgn biarkan diri terus-terusan lemah, krn diri akhi amat berguna utk agama..

Ya akhi, jgn letakkan pergantungan akhi pada manusia, krn andai manusia itu jatuh dan futhur mungkin akhi akan kecewa, tp letaklah pergantungan sepenuhnya pada Allah yang Maha Esa....

Akhirul kalam...
Ayuh berjuang!! Allah bersama anda...

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .