Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Wednesday, April 8, 2009

Bersabarlah saudaraku...



"Mas, macam mana nak kawal marah?" tanya seorang sahibah.

Ana diam berfikir. Ya, tidak ana nafikan, tinggal di asrama kolej dengan pelbagai jenis ragam manusia yang bukan semuanya berlatarbelakangkan asrama benar-benar menguji kekentalan jiwa,emosi,mental dan juga iman..

Bilik bersepah, tandas kotor, pinggan tak bercuci... Semua itu merupakan satu ujian untuk menguji kekebalan jiwa kita yang selama ini dirasakan sudah cukup beriman kepadaNya...

"Hm... terima rakan seadanya." jawab ana..

Sahibah itu kelihatan tercengang. Mungkin masih tidak faham dengan lafaz yang mengandungi seribu satu makna tersirat. Setiap orang memiliki persepsi yang berlainan, jika dilihat dari sudut negatif, mungkin itu salah satu sebab mengapa berlakunya salah faham namun jika kita teliti dengan baik, itulah merupakan salah satu tanda kebesaranNya menandakan bahawa kita sebagai manusia ini haruslah saling melengkapi.

"Kalau nak marah tu, ingatlah segala kebaikan yang dia dah lakukan... Mungkin kita juga ada lakukan kesilapan tanpa kita sedari, kenapa kita nak marah sedangkan kita sendiri masih tidak sempurna?"

"Maksudnya?"

"Macam ni... contohnya rakan anti tu lupa nak basuh pinggan, anti pun marah. Tapi anti ingatlah balik, selama ni bilik bersepah, dia yang sapu, anti lapar dia tolong belikan makanan, bila hujan, dia angkatkan baju."

"Oh..."

Hidup dalam dunia yang fana, yang dijanjikan tidak akan kekal abadi sungguh benar-benar menguji daya tahan diri, teringat ana pada firmanNya dalam surah As-Syams:

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا (8) قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا (9) وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا (10


maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. (8) sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, (9) dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (10)

nafsu cakap "MARAH..MARAH"
Iman cakap "SABAR...SABAR"

nafsu membawa kepada kekotoron jiwa sedang iman membawa kepada kesucian jiwa... yang mana satu kah yang selalu menjadi pilihan kita? Memang best ikut cakap nafsu... best untuk masa beberapa saat sahaja... Selepas kita marah, tanpa kita sedari apsti ada jiwa yang terguris, apabila ada jiwa yang terguris mungkin persahabatan kita tidak seindah dulu..

Tidak salah andai mahu menegur rakan, tapi berhikmahlah.... Jangan turuti hawa nafsu, kelak kita yang lesu!

Antara untung dan rugi, yang mana satu menjadi pilihan? Ingatlah! pada hari akhirat nanti, kita semua akan berada dalam penyesalan yang nyata...

"Oh.. kenapa aku tak beramal ketika di dunia"
"Oh.. mengapa aku tidak lebihkan sedikit amalan aku agar aku dapat menetap dalam syurga yang lebih baik"
Dan mungkin juga..
"Kalau aku tak marah kawan aku dulu, tentu aku ditinggikan darjat!"

وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

(Al-Imran:139)
Maksudnya : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

Untuk jiwa menjadi tenang, lakukan 4 perkara ini :
1) Lupakan keburukan orang kepada kita.
2) Ingat kebaikan orang kepada kita.
3) Lupakan kebaikan kita kepada orang lain.
4) Ingat keburukan kita kepada orang lain.

Peringatan buat diri ana jua yang sering lalai dan alpa....

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ

(Al-Baqarah : 44)
Maksudnya : Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berfikir?"

akhirul kalam..

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah : 286)

wallahualam..

2 comments:

ibtisamsyarha said...

Salam adikku yang di kasihi ALLAH..
Begitulah realitinya orang yg menuntut ilmu, pengorbanan perlu ada dalam segenap aspek, apatah lagi berjauhan dengan keluarga tercinta, jiwa boleh jadi tidak terarah di buatnya. tapi di sini, perlu ada pengorbanan itu, mencari ilmu umpama jihad yang tiada tandingannya , kerana apbila mati kita di medan iimu, di umpamakan mati syahid.

Ingatlah kami semua bersama-sama mu, saling menguatkan dirimu. Mahabbah ini di taut kerana ALLAH, jadilah kita sebuah usrah yang saling memburu keredhaan ALLAH dan juga keredhaan kedua orang tua etrcinta.

Nahnu nuhhibbuki fillah..ALLAH daiman ma'aki.

ibtisamsyarha said...

Salam adikku yang di kasihi ALLAH..
Begitulah realitinya orang yg menuntut ilmu, pengorbanan perlu ada dalam segenap aspek, apatah lagi berjauhan dengan keluarga tercinta, jiwa boleh jadi tidak terarah di buatnya. tapi di sini, perlu ada pengorbanan itu, mencari ilmu umpama jihad yang tiada tandingannya , kerana apbila mati kita di medan iimu, di umpamakan mati syahid.

Ingatlah kami semua bersama-sama mu, saling menguatkan dirimu. Mahabbah ini di taut kerana ALLAH, jadilah kita sebuah usrah yang saling memburu keredhaan ALLAH dan juga keredhaan kedua orang tua etrcinta.

Nahnu nuhhibbuki fillah..ALLAH daiman ma'aki.

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .