Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Monday, September 28, 2009

Al-Quran Dan As-Sunnah Dihayati, Evolusi Mahasiswa Bestari


"Mas.. enti nanti jangan berhenti bagi nasihat ya" Sahibah ana memeluk ana sambil menangis.

Ana mengangguk

"Ni.. tudung enti ni, jangan makin lama makin kecil pulak" Dia menyambung, tangisan semakin deras, pelukan semakin erat.

Ana juga tidak mampu menahan air mata daripada tumpah, setitik demi setitik. Berat rasa hati mahu meninggalkan bumi KUIS tercinta.

Pesanannya membawa seribu erti dalam pelaksanaan sebagai mahasiswa bestari... seribu perkaitan disimpulkan kepada dua perkara tumpuan : AMANAH DAN TAQWA. Kata kunci dalam pencapaian matlamat - Mahasiswa bestari

Amanah

Amanah merupakan sesuatu perkara yang ditanggungjawabkan ke atas mahasiswa untuk dilaksanakan. Menurut al-Tabari ;

الأمانة : الفراءض التي افترضها الله على العباد
Amanah: Kewajipan yang difardukan Allah ke atas hambaNya.

Justeru, adakah amanah mahasiswa hanyalah belajar dan cemerlang dalam peperiksaan? Jawapannya TIDAK! Jangan dilupa bahawa mahasiswa itu adalah seorang manusia, iaitu khalifah di muka bumi ini.

"Jomlah, keluar pergi konsert.. enjoy!" Bicara seorang mahasiswi cemerlang sambil mewarna-warnikan wajahnya.

Amanah bagi seorang mahasiswa yang sebenarnya adalah, menjaga jati diri di samping meraih keputusan cemerlang. Apalah gunanya keputusan yang baik andai diiringi dengan jati diri yang buruk. Apalah ertinya jati diri yang baik jika diiringi dengan keputusan yang teruk. Kedua-duanya saling berkaitan dan merupakan amanah yang wajib dilaksanakan.

Mari kita lihat, sesungguhnya amanah itu amat ringan di dunia tetapi amat berat di akhirat kelak. Allah meninggalkan banyak pesan berkaitan amanah dalam kitab suci Al-Quran. Antaranya ;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَخُونُواْ اللّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُواْ أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
(Al-Anfal :27)
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.

"Ala enti.. tak ada pengecualian ke?"

Daripada Anas ibn Malik beliau berkata : Tidaklah Nabi s.a.w berkhutbah kepada kami melainkan baginda bersabda : Tiada iman bagi orang yang tidak amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang kepada janji.

Jadi, andai amanah sebagai mahasiswa dan juga khalifah Allah itu masih mahu dikhianati, maka tiada imanlah kamu. Jangan dilupa kepada kisah isteri Nabi Luth dan Nabi Nuh, mereka telah mengkhianati Nabi dan kesannya, mereka dimasukkan ke dalam neraka dan tiada siapa yang mampu menolongnya!

ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلاً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا اِمْرَأَةَ نُوحٍ وَاِمْرَأَةَ لُوطٍ كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صَالِحَيْنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمَا مِنَ اللَّهِ شَيْئاً وَقِيلَ ادْخُلَا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ
(Al-Tahrim : 10)
Ertinya : Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)".

"Tapi enti...... Ana dah berusaha, keputusan ana masih belum mencapai tahap cemerlang.. Adakah ana tidak menunaikan amanah itu?"

Allah menilai usahamu, bukan hasil yang kamu dapat. Justeru itu, andai sudah berusaha jua bertawakal, jangan khuatir pada keputusan yang kurang cemerlang itu. Apa yang ana tekankan tadi, mahasiswa/i seharusnya mempunyai jati diri yang cemerlang, seiring dengan keputusan yang memberangsangkan.

Taqwa

Taqwa dari segi bahasa bermaksud menjadikan sesuatu sebagai pelindung daripada perkara yang ditakuti. Daripada segi istilah ;

* Perlakuan seseorang hamba
* Perlindungan daripada azab Allah
* Melaksanakan segala suruhan Allah
* Menjauhi segala larangan Allah.

"Ah.. Lecturer ni memang kedekut! Suka bagi markah sikit-sikit, suka failkan student" Senget-senget mulut seorang mahasiswa tatkala melihat keputusan peperiksaan yang rendah.

Mari kita renungkan... Taqwa bagi sayyidina Ali adalah ;

* Ketakutan kepada Allah al-Jalil
* Melaksanakan segala tuntutan wahyu
* Meredhai rezeki yang sedikit
* Bersedia untuk hari kematian.

Bukankah Allah telah berfirman , apabila kamu sudah berusaha, maka bertawakallah kepada Allah. Mungkin usahamu belum cukup lagi, maka redhalah dengan rezeki yang sedikit itu... Bukankah Allah telah menjanjikan ilmuNya bagi sesiapa yang bertaqwa?

وَاتَّقُواْ اللّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللّهُ وَاللّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ...
(Al-Baqarah :282)
Ertinya : ... Dan bertaqwalah kamu kepada Allah dan Allah akan mengurniakan ilmu kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Menjadi Mahasiswa Amanah dan Bertaqwa

Matlamat ilmu yang sebenar adalah supaya kita dapat membezakan yang benar dan salah. Justeru, bagaimanakah mahu membezakan apakah yang perlu dan tidak untuk menjadi Mahasiswa yang amanah dan bertaqwa?

Bagaimana dan bagaimana? Mari kita sama-sama muhasabah diri semula, adakah kita sudah ;

* Ikhlaskan niat
* Jauhi maksiat
* Beramal dengan ilmu
* Merendah diri
* Memuliakan guru dan para ulama
* Sabar dalam menuntut ilmu
* Sikap berlumba-lumba dalam menuntut ilmu
* Jujur dan amanah
* Menyebarkan ilmu
* Zuhud(bersederhana) dalam urusan dunia
* Menggunakan masa dengan sebaiknya
* Sentiasa bermuzakarah
* Menjaga maruah dan kehormatan
* Menjalin persahabatan.

Sudahkah, antum dan ana lakukan? Fikir-fikirkan, renung-renungkan... Semoga sama-sama menjadi mahasiswa dan hamba yang Amanah dan Bertaqwa :)

Wallahu'alam

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .