Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Saturday, September 26, 2009

Manusia dan Kecantikan


Wanita mana yang tidak mahu kelihatan cantik? Lelaki mana yang tidak mahu kelihatan tampan? Lumrahnya, makhluk Allah yang bergelar manusia baligh dan berakal itu senantiasa mahukan yang terbaik untuk dirinya bahkan mungkin berasa malu jika dipandang jelek. Justeru, adakah manusia yang tidak mahu kelihatan cantik, segak dan bergaya? Jawapan ana : Ada.

Iaitu manusia yang tidak waras.

Manusia dan Kecantikan

Kelihatan cantik, bagi seorang muslim sejati dan muslim atas dasar nama adalah dua perkara yang berbeza. Mengapa begitu?

"Orang suka tak kalau tengok aku ni.. cantik tak aku ni?" Luah seorang wanita sambil membetul-betulkan rambutnya.

"Ya Allah.. Engkau redha tak melihat aku begini?" desir hati seorang wanita sambil membetulkan tudungnya.

"Smart tak aku pakai seluar pendek ni?" Tanya seorang lelaki.

"Allah redha tak aku berpakaian begini?" Bisik hati seorang lelaki.

Lihat, seorang muslim atas dasar nama, apabila dia melihat ke cermin apa yang paling dirisaukannya adalah "Orang suka tak tengok aku". Tapi seorang muslim yang sejati, apabila dia melihat ke cermin, perkara pertama yang difikirkannya adalah "Allah redha tak melihat aku begini"

Islam Itu Cantik

"Ala, tak apalah pakai baju tak gosok ni... janji tutup aurat" Bicara seorang muslimah.

Islam bukanlah penghalang kepada kecantikan, Islam itu cantik bahkan Allah itu sendiri adalah cantik dan suka akan kecantikan. Jika orang Islam itu merasa tidak perlu bercantik-cantik maka itu adalah salah. Orang Islam perlu bercantik-cantik agar tidak menjadi fitnah kepada Islam, agar Islam tidak dipandang serong, tidak dipandang jelek.

Tapi bercantik-cantik yang bagaimana?

Bagi wanita, tidak perlu memakai blusher sehingga merah pipi atau mewarnakan bibir semerah-merahnya. Juga tidak perlu memakai bedak setebal 2 inchi. Juga tidak perlu mengenakan minyak wangi yang harum semerbak. Gunakan semua itu hanya untuk suamimu...

Bagi lelaki, tidak perlu memakai gel rambut sehingga semua rambut tegak berdiri, bak kata sahibah ana, cicak jatuh pun mati (hehe)

Islam telah meletakkan garis-garis panduan dalam berhias. MENUTUP AURAT bukan URAT,Jangan keterlaluan, jangan sampai mendatangkan penyakit hati kepada kaum yang bukan muhrim, itu kata kuncinya. Cukup sekadar kemas, tidak berbau dan menyenangkan mata memandang dan yang paling penting, berpakaian kerana Allah, semata-mata untuk mendapat redhanya.

Kita Adalah Da'ie

Setiap orang Islam sebenarnya adalah Da'ie. Kita sebenarnya adalah duta Islam, kita sebenarnya membawa Islam ke semua tempat dan ke semua perkara yang kita lakukan. Justeru, berpakaianlah menurut Islam, menutup aurat,cantik,kemas,menyenangkan mata memandang, dan tidak keterlaluan agar Islam dipandang tinggi..

Agar dakyah Islam kembali gemilang

Khas untuk kaum muslimah.. Jangan memakai kasut yang menarik perhatian, jika boleh, carilah kasut yang tidak dengar bunyi hentakan-hentakan kaki kalian agar kaum lelaki tidak tertarik untuk memandang...

Semoga kita menjadi hambaNya yang bertaqwa

Wallahu'alam

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .