Hari-hari berlalu...
Dan ku hanya mampu berdiri lemah,
Nun jauh di pelosok dunia,
Memandang hambar,
Segala kemaksiatan terpampang di hadapan mata,
Aku Lemah! Aku Hina!!
Hari kian tamat,
Dan aku masih hanyut bergelumang dosa,
Hari ini taubat ku pohon,
Namun esok dosa itu diulangi lagi..
Hari demi hari,
Cabaran datang menjengah,
tangan diangkat menadah doa,
Namun.. jauh di sudut hati kecilku berbisik,
'Oh Allah, adakah doaku diterima?'
Aku kotor berpalit dosa,
Aku tertunduk malu...
'Ilahi... Siapakah aku dihadapanMu?'
Andai esok masanya ya Allah..
Andai esok saat kematianku tiba...
Adakah Engkau jijik untuk melihatku?
Aku kotor beraja nafsu....
Saat nikmatMu kuterima,
hati berbisik kecil,
'Oh Allah, adakah ini istidraj untukku?'
Aku tidak mahu kesenangan yang mampu membuatku jauh dariMu,
Aku mahu hatiku sentiasa dekat denganMu!
Ku cuba cari hati tatkala membaca Al-Quran, tidak ku temui..
Ku cuba cari hati tatkala mengingati mati, jua tidak ku temui..
Allah.. berikanku hati yang baru..
Berikanku hati yang sentiasa mengingatiMU..
Dalam tidurku, dalam bangunku..
Ku mahu sentiasa dekat denganMU.....
Allah.. Allah... Allah.....
No comments:
Post a Comment