Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Sunday, September 6, 2009

Antara Garisan


Antara kebaikan dan kejahatan, hanya ada satu garisan halus



Ana tertarik dengan dialog ini, dalam drama antara garisan yang ditayangkan di Astro Ria semalam. Kisah mengenai seorang ustaz dan wanita ahli maksiat, yang di pengakhirannya bertukar tempat!

Na'uzubillah.

Manusia sememangnya gemar menghukum. Seringkali juga manusia merasa bahawa diri mereka adalah yang terbaik. Justeru, atas satu kesilapan yang dilakukan oleh insan lain, kita sering memandang jelik, menghukum manusia lain tanpa kita sedari, kita ini juga hanyalah seorang insan lemah yang sering melakukan dosa!

Justeru, syaitan yang sememangnya telah berjanji dengan Allah akan merosakkan anak cucu Adam, senang sahaja 'masuk jarum' dengan manusia-manusia yang mempunyai penyakit bangga diri di dalam hati.

Seperti dalam drama antara garisan, seorang ustaz yang waro' akhirnya tersungkur dengan hasutan syaitan. Bermula dengan menghukum ahli maksiat tanpa belas kasihan atas slogan 'amar ma'ruf nahi mungkar', seterusnya bertindak ganas dengan slogan 'jihad' dan akhirnya dirinya sendiri tersungkur ke lembah zina! Seterusnya, bertemu kembali dengan wanita ahli maksiat yang pernah dibelasah beramai-ramai tapi dalam situasi yang berbeza. Wanita itu elok bertelekung di masjid dan ustaz itu berada dalam keadaan yang amat memalukan.

Na'uzubillah

Begitulah... Kita manusia harus selalu beringat bahawa kita tidak layak menghukum kerana di sisi Allah terdapat satu pengampunan yang besar ;

Kemudian hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah : 199)


Berhati-hatilah. Jangan sesekali merasakan diri sendiri adalah yang terbaik, dan memandang hina mereka yang kelihatan jauh dariNya,kerana kuasa untuk membolak-balikkan hati itu ada pada Allah. Justeru, mohonlah padaNya agar ditetapkan keimanan kerana andai sekali Allah ingin menguji dengan ditarik kembali hidayah yang telah diberi dan diberi pula kepada mereka yang kita pandang jelik, bagaimana?

Antara kebaikan dan kejahatan ; hanya ada 1 garis halus, bila-bila masa sahaja kita boleh melintasinya.

Moga, di pengakhiran usia kita nanti... Tercatat satu peristiwa manis, kerana kita mampu melafazkan syahadah dan mati dalam keimanan yang jitu, meninggalkan mereka yang telah dibimbing kembali ke jalan yang benar, biar seisi dunia menangis, sedang kita tersenyum bertemu Ilahi.... Amin!



“Carilah hatimu sewaktu membaca al-Qur’an, jika kau tidak temui, maka carilah hatimu ketika mengerjakan solat…Seandainya tidak temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati, jika tetap gagal menemuinya…berdoalah kepada Allah, pintalah hati yang baru…”



Wallahu'alam

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .