Pejam celik. Pejam celik. Sebentar sahaja Ramadhan kian pergi meninggalkan kita. Bulan penuh berkat, bulan penuh keistimewaan, sudahkah kita beramal sebaiknya?? Entahkan jumpa atau tidak dengan Ramadhan seterusnya...
Situasi di Malaysia
'Selamat hari raya, hari yang bahagiaa'
Ana terkejut bercampur hiba, Ana masih ingat, pada 2 Ramadhan itu ana ke shopping complex untuk membetulkan jam tangan. Lagu raya dipasang di sana-sini, seolah-olah Ramadhan ini tiada maknanya...
Jika dahulu para sahabat bergembira tatkala Ramadhan tiba, kita bersedih dengan kedatangannya. Bahkan mungkin pengumuman puasa baru diumumkan, kuih-kuih raya dan baju-baju raya sudah siap dirancang berapa banyakkah akan dibeli...
Sedih, benar-benar sedih.
Perancangan untuk mengimarahkan masjid tiada. Perancangan untuk menambah amal ibadat tiada. Perancangan untuk memperbaiki diri tiada. Bahkan perancangan untuk menghormati Ramadhan juga tiada.
Kita dan Mereka
Kita benar-benar sibuk untuk bergembira di sini sehingga kita terlupa dengan saudara-saudara kita yang sedang berada dalam keperitan, yang hendak keluar rumah pun dalam ketakutan bahkan terpaksa akur bahawa esok tidak menjanjikan kehidupan yang aman bahkan mungkin esok tiba masanya untuk menghadap Allah Yang Esa!
Mungkin kita semua lupa pada mafhum hadith Baginda Rasulullah S.A.W ; Tidak lengkap iman seseorang itu selagimana dia tidak mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri...
Kita sibuk dengan baju baru, mereka sibuk dengan kain kapan baru. Kita sibuk dengan kuih raya, mereka terpaksa akur dengan juadah air kosong. Kita malas ke masjid, mereka sedih melihat masjid mereka dikepung. Kita sibuk bermain mercun dan bunga api, mereka terpaksa menghadapi bom dan peluru setiap hari...
Itukah kita yang mengaku sebagai seorang Islam?
Sedarlah diri, sedarlah sahabat.... Hari Raya adalah hari kemenangan untuk kita yang telah dapat menahan diri selama sebulan lamanya, tapi Hari Raya bukan bermakna hari untuk kita lupa diri dan berseronok hingga ke pagi. Jangan dilupa, pada hari raya itu para syaitan laknatullah telah dibebaskan dari ikatan, jangan sampai kita dan mereka menjadi teman!
Berhari rayalah seadanya, moga segala persiapan dan perancangan mendapat redhaNya...RAMADHAN DUA ZAMAN- THE ZIKIR
Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa diawal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira kerana kedatangan mu
Kami gembira dengan pemergian mu
Malam mereka meriah disimbah nur al quran
Tp malam kami muram bertemu dengkur
Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa
Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga
Wallahu'alam
Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)
Wednesday, September 16, 2009
Ramadhan ; Kita dan Mereka
Labels:
Secebis Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment