Ana cuti, tapi apa yang sedihnya ana tak pulang ke kampung halaman.. Melihat rumah yang kosong, rakan-rakan mengusung beg untuk pulang membuatkan diri ini seakan tidak bermaya untuk menaip.. Astarghfirullah, betapa lemahnya iman ana..
Baru-baru ini kolej ana telah dikejutkan dengan satu tragedi yang tidak disangka-sangka.. Seorang kanak-kanak lingkungan umur 3-5 tahun telah jatuh dari tingkat 4 asrama ana dan pergi bertemu Ilahi... Allah! Ana benar-benar terkejut dengan peristiwa itu.. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Al-Fatihah..
Peristiwa ini mengingatkan ana pada satu peristiwa yang berlaku pada tahun lepas, sewaktu arwah mak angkat ana pergi menghadap Ilahi.. Telefon yang berdering pada pagi sebelum subuh itu membuatkan hati ana tidak tenteram.. Ana tidak tidur, dan sewaktu akak ana masuk ke bilik dan berkata "Wa, mak dah takde" Ana tergamam..
Subhanallah...
Betapa pilunya hati, hny Allah yang tahu.. Melihat wajah arwah yang tenang, membuatkan air mata ini mengalir seolah tiada hentinya.. Namun ana cuba kawal agar air mata itu tidak terkena pada arwah... Dan tragedi yang berlaku benar-benar menyentap tangkai jantung ana, seolah-olah ana hilang separuh daripada semangat ana.. Melihatkan ibu arwah kanak-kanak itu, membuatkan ana terasa seperti hendak pitam juga...
Ya Allah, pulihkan semangatku...
Peristiwa ini menyedarkan ana bahawa yang hidup itu pasti akan mati. Itu pasti. Cuma waktunya sahaja yang kita tidak tahu bila. Mungkin hari ini, esok, lusa, minggu depan? Sememangnya tiada jawapan akan persoalan ini.. Mengenangkan amal ibadat ana yang masih terlalu kurang membuatkan jiwa ini kian sebak.. Cukupkah amalan yang ingin dipersembahkan kepadaNya?
Ya Allah...
Sahabat-sahabtku, ingatlah, dunia ini adalah landasan untuk kebahagiaan di akhirat, janganlah terleka kerana maut tidak mengenal waktu... Semoga kita bersama-sama dapat melihat wajahNya nanti.. itulah nikmat yang terbesar... insyaAllah..
Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)
Sunday, December 28, 2008
Sesuatu Yang Pasti...
Labels:
Cerita Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hehe... nangeh lah tu...
sy pon x blk gok...
ceria sokmo!!
big girls don't cry.. :p
Meh dtg cni meh.. hehe
Post a Comment