Ana memandang langit.. Cerah, terkadang terlihat beberapa ekor burung sedang riang berterbangan, membelah langit biru..
Ana tunduk, memandang jauh ke lubuk hati.. Mengapa suram yang ditemui? Entahlah, ana bingung. Sudah lama ana tidak tersenyum yang benar-benar tersenyum...
Sahibah ; dirimu ku temui
Alhamdulillah. Hari khamis, 10 septemper 2009 dan hari ahad 12 september, para sahibah berkesempatan menjenguk ana di sini. Pertama kali bertemu, pelukan yang hangat serta air mata yang mencurah-curah jatuh ke bumi. Tapi satu perasaan pelik menyelinap ke dalam hati. Ana menangis, tapi hati terasa damai, indah, tenang sekali.... Senyuman sahibah umpama pelangi yang menghiasi hati...
Sudah lama ana tidak berperasaan demikian.
"Mas, tahu tak ikan salmon tu ketika berada di air masin, tekanan tinggi, badan dia sakit dan akhirnya dia pergi ke air tawar, tapi sayangnya badannya berdarah-darah. Setelah bertelur, telur tu diselaputi dengan selaput putih dan akhirnya ikan salmon pun mati"
Sahibah bersuara. Satu peringatan yang amat bermakna untuk ana. Seekor ikan yang rela berkorban dan tabah dengan ujian membuatkan diri ini terasa malu kepada Allah.. Ana yang lemah, yang hina, setandingkah dengan ikan salmon itu?
"Buaya pula, akan masukkan anak-anak dia dalam mulut supaya tak diganggu haiwan lain"
Subhanallah! Penyayangnya binatang yang dianggap ganas itu..
"Jadi, tak bolehlah gelar lelaki jahat buaya darat lagi?"
Kami tersenyum bersama.
Ambil gambar
"Uncle.. boleh tolong ambilkan gambar kami?" Seorang sahibah bersuara, meminta pertolongan daripada seorang pakcik berbangsa cina untuk mengambil gambar kami berempat.
"Boleh, boleh"
Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Tiba-tiba seorang sahibah menadah tangan ;
"Ya Allah, berilah dia hidayahMu"
Kami bersama mengaminkan, dan meneruskan perjalanan di tasek seremban... Tenang.. Damai... Sedamai hati kami ketika itu..
Setiap pertemuan ada perpisahan
Detik-detik perpisahan, merakamkan seribu satu kenangan pahit, beratnya hati melepaskan mereka pergi, tapi Allah telah merancang segala-galanya. Malam itu, saat tangan melambai, hati menangis, jiwa merintih, emosi bergelora.
Pelukan demi pelukan diberi seerat mungkin. Sahibahku, beratnya hati untuk melepaskanmu!
Berat rasanya... Di dalam jiwa... Untuk melangkah, meninggalkan semua... Kasih dan cinta yang terbina... Ia kan selamanya...
Sahibahku, uhibbuki fillah
Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)
Saturday, September 12, 2009
pertemuan dan perpisahan
Labels:
Cerita Hati,
Secebis Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bertemu dan berpisah semuanya krn Allah..
Walaupun jasad kita berjauhan,tp hati2 kita ttp brsatu krn Allah.
saat bersama pd ptg khms itu,akn sentiasa dikenang..
uhibbuki fillah aidhon =)
-chy mlmku-
Post a Comment