Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Thursday, September 10, 2009

Hati ; sihatkah?


Damai.. Indah.. Tenang... Begitulah perasaan kebanyakan antara kita, termasuk ana tatkala pulang ke kampung halaman, tempat di mana kita dibesarkan. Kerana di situ ada fitrah kita, tiada satu tempat pun yang mampu menandinginya...

Begitu juga dengan hati....

Hati itu fitrahnya suci dan bersih, jadi andai ada secalit kekotoran menghinggapinya, akan gundah gulanalah hati, akan tidak kena lah hidup, terumbang-ambing, bagai ada sesuatu yang tidak lengkap. Kita seringkali bertanya

"Mengapa? Mengapa seolah-olah hidup ini tidak sempurna?"

Kita mundar-mandir di atas pentas dunia, mencuba berbagai jenis perkara yang pada fikiran kita mampu untuk menghiburkan hati nan lara. Tapi diri tetap terus-terusan gelisah, tidak keruan. Malah mungkin berasa semakin teruk.

Kita terlupa, pada satu ketul daging yang berada di dalam diri, andai elok daging itu, maka eloklah keseluruhannya, jika rosak daging itu, maka rosaklah kesuluruhannya. Itulah hati... Kita terlupa untuk membersihkannya, justeru hati itu memberontak untuk kembali ke fitrahnya yang suci... Yang bersih...

Hati yang diselubungi iman, akan sentiasa rindu pada Ilahi

"Enti, kenapa ana rasa letih... penat je..."

Saidina Ali r.a pernah berkata, hati itu boleh menjadi letih dan penat sama seperti penatnya badan. Oleh itu carilah segi-segi kebijaksanaan untuk kebaikan hati.

Kita ini manusia biasa, yang kadangkala tewas pada tuntutan nafsu yang menipu, kita merasa lemah. Hati berasa penat, bahkan mungkin benci pada segala kebaikan. Oleh itu, carilah segi-segi kebijaksanaan seperti mendengar tazkirah, berkumpul dengan orang-orang soleh, baca artikel-artikel ringan mengenai Islam dan pelbagai cara lagi untuk menghiburkan hati...

Ayuh sahabatku, Ayuh renovate semula hati kita agar kehidupan kita menjadi lebih bermakna......

~Ramadhan..... ku merinduimu...~

Wallahu'alam

5 comments:

Mohamad Hilmi said...

syukran..
ana selalu kena mcm ni..
lemah je kadang2..

syukran sbb bg solution utk ana..

Anonymous said...

sahabatku yg disayangi krn Allah..
bangkitlah sahabtku....
doakan ana di sini jgk...
dan ingatla Allah sentiasa membantu hambanya yg memperjuangkan agamaNya...


~muslimah~

Mastura MY said...

hilmi

Alhamdulillah, mg sama2 mendapat manfaat

muslimah

insyaAllah.. mari kita sama-sama berpimpin tgn mencari redhaNya...

adilah md shah said...

salam..mudah-mudahan kita semua beroleh ketenangan hati..

Mastura MY said...

adilah

Salam... insyaAllah ukhti, amin :)

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .