Suatu ketika, Saidatina Aisyah menyandarkan kepalanya pada bahu Rasulullah lalu dia bertanya, “Ya Rasulullah, adakah perkara yang lebih menyakitkan berlaku kepadamu daripada kesakitan yang engkau rasa ketika peperangan Uhud?”
Peperangan Uhud. Adakah kita tahu apa yang berlaku kepada Rasulullah pada saat itu? Wajahnya terluka, giginya patah, malah pakcik yang dicintainya - Saidina Hamzah gugur syahid beserta 70 orang Muslim yang lainnya.
Adakah perkara yang lebih menyakitkan daripada itu? Begitulah Sang Humaira’ tertanya-tanya.
Lalu baginda menjawab, “Ada.” Rasulullah sambung bercerita,
“Aku mendatangi penduduk-penduduk di Thaif untuk mengajak mereka kepada Allah, lalu salah seorang dari mereka berkata, tirai ka’bah tentunya terkoyak sehingga Allah perlu mengutus seorang Rasul, yang lainnya pula menyambung, apakah Tuhanmu tidak punya orang lain untuk diutus? Dan yang terakhir mengucapkan, aku tidak mahu berbicara denganmu. Jika engkau benar-benar seorang Rasul, aku khuatir aku akan mendustakanmu. Jika engkau bukan seorang Rasul, maka tak layak bagiku berbicara dengan seorang pendusta!
Lalu aku pun menelusuri setiap sudut Thaif selama 3 hari, mengetuk setiap pintu yang ada dan menawarkan Islam kepada orang-orang yang aku temui. Namun mereka terus menerus mendustakan, mengusir dan menghina aku.
Sehinggalah aku tiba di Qarn Ats-Tsa’lib, ketika aku mengangkat kepalaku, terlihatlah malaikat Jibril, dia memanggilku sambil berkata, “Sesungguhnya Rabbmu mengetahui apa yang telah kaummu lakukan, maka DIA mengutus malaikat penjaga gunung ini untuk kau perintahkan sesuka hatimu.
Lalu malaikat penjaga gunung pun berkata, “Ya Rasulullah, perintahkanlah maka aku akan terbalikkan gunung Akhsybain ini agar menimpa semua yang memperlekehkanmu.
Aku menjawab, “Tidak! Sungguh aku ingin diriku diutuskan sebagai pembawa rahmat, bukannya penyebab azab, Bahkan aku ingin agar dari rahim-rahim mereka akan ada keturunan yang mengesakan Allah.”
Begitulah Rasulullah mengakhiri cerita. Ternyata yang menyakiti baginda bukanlah ketika giginya patah atau pipinya terkoyak. Hidupnya yang penuh liku-liku duka tiada satu pun yang menyakitinya.
Malah ketika baginda dilempar batu, kepalanya dipijak dan dilemparkan najis ketika menunaikan solat, dituduh gila, diugut bunuh…itu semua bukanlah perkara yang paling menyakiti baginda.
Yang menyakiti baginda adalah ketika orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri mahu dibinasakan sewenangnya, yang berat bagi kekasih Allah itu adalah dalam gementar menahan sakitnya zahir dan batin, peluang membalas segalanya dibentangkan kepadanya.
Maka terujilah jiwanya, terbuktilah cintanya… boleh sahaja baginda menjawab ya, lalu malaikat pun meruntuhkan gunung dan membinasakan seluruh manusia yang memperlekehkan baginda. Namun nyata, itu tidak mampu ‘menghibur’kan malah menyakiti sanubari baginda.. baginda menolak dengan harapan yang segar :
Kalau pun mereka engkar semoga keturunannya kelak akan beriman!
T_T
ya Rasulullah,
Sungguh aku rindu….
No comments:
Post a Comment