Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Sunday, April 5, 2015

Yakin, percaya, berlapang dada



Saya ada beli barang online. Tapi atas beberapa faktor, lama barang tu tersangkut kat kl. adalah dalam 3-4 hari. 

So, bila cek tracking number harini barang tu dah in delivery process. Saya excited sungguh. Tunggu je postman depan pintu. Tak sabar. Sifat syaitonirrojim. Astarghfirullah :') 

Tapi tiba-tiba mak kata, "wa jom pergi beli barang dapur." 

Alamak. Saya berfikir-fikir. Mak nak singgah tempat lain dulu, baru pergi beli barang. Mesti makan masa yang lama. Sekurang-kurangnya Asar baru sampai rumah, dan by that time mesti postman telah pun berlalu pergi. Oh. 

Hancur hatiku nak dapat barang hari ni, nak tak nak kena tunggu esok baru dapat. Takpelah bukan penting, saya memujuk hati, walhal dalam hati tak putus berdoa Ya Allah mudahkanlah, izinkanlah dapat barang hari ni, walaupun saya sedar peratus untuk ia menjadi nyata hampir sahaja kepada sifar.

So pergi beli barang, tepat jangkaan saya, Asar baru sampai rumah. Saya pun pergi ke peti surat, nak tengok slip daripada poslaju, tiba-tiba jiran sebelah yang tengah bersihkan kereta panggil,

"Mastura mastura"

"Ya?"

"Kejap kejap." Dia pantas masuk ke rumah dan membawa keluar satu bungkusan.

"Nah. Kebetulan tengah bersihkan kereta poslaju sampai. Kalau tak jauh awak kena ambik"

Peh. Hampir menitik airmata mengenang kebesaran Tuhan. Dalam terik petang itu, saya memuhasabah diri. 

Pertama, tunaikanlah permintaan ibu bapa walaupun terasa seperti kepentingan kita diketepikan. Sungguh Allah akan merancang sebuah perjalanan yang lebih baik untuk kita. Berkat itu penting.

Kedua, Allah Maha Mendengar. Doa jelah walaupun rasa benda tu tak logik, tak mungkin. Kalau Allah tak bagi yang seperti didoakan yakinlah bukan Allah tak dengar tapi Allah nak bagi yang lebih baik. Nothing is impossible for Him. In fact, he had created the solution before u face the problem. 

Ketiga, berbaiklah dengan jiran terangga. Mereka saudara terdekat kita.

Yakin, percaya, berlapang dada.

Oh Allah, i've learned the lesson. 

;)

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .