Hidup ini memang penuh dengan menunggu. Menunggu-nunggu bila kau akan berhenti menunggu.
Menunggu-nunggu bila kau akan berhenti menunggu di hadapan pintu yang tertutup, hingga kau tak sedar banyak lagi pintu terbuka. Sedangkan Allah sengaja tutup pintu itu, kau tak tahu apa bahaya yang menunggu.
Move on lah, kawan. Hidup ini umpama menunggang basikal beroda dua. Kau harus terus mengayuh, biar pun perlahan jangan sekali pedal kau lepaskan.
Kerana, bila keputusan kau ambil untuk berhenti mengayuh..
Kau akan jatuh.
Tersungkur.
Rebah.
Lalu berhentilah cuma pada satu saat yang pasti ; mati.
No comments:
Post a Comment