Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Sunday, February 22, 2009

Khas Buat Pemuda Harapan Agama


Bismilahirahmanirahim....
Ana ingin mencuri masa yang ada untuk mengupas sedikit isu yang ana rasa dah menjadi barah dalam masyarakat Islam, di Malaysia khususnya..

Masjid memang banyak.. yang besar, yang kecil, yang buruk, yang baru, yang mahal, yang murah. Bahkan berpusu-pusu orang nak menderma untuk buat masjid, kononnya supaya pahala berpanjangan...

Namun sayang seribu kali sayang.. Nampaknya yang menderma untuk pembinaan masjid itu terpaksa menahan sebak di dada, bukan sahaja masjid kian kosong, bahkan menjadi tempat para Pemuda dan Pemudi Islam harapan syaitan laknatullah melepaskan nafsu.

Marah? ya.. memang ana marah! Salahkah ana marah kerana Allah? Sebaknya hati hanya Allah yang tahu... Tapi ana bukanlah sesiapa, bahkan bercakap dengan muslimin pun jarang sekali, apatah lagi untuk menasihat kaum Adam ini agar mendekatkan diri dengan masjid... Apa yang termampu ana lakukan adalah menaip pada blog yang dhoif ini, entahkan ada yang membaca entahkan tidak...

Allah...

Kaum muslimin khususnya, tidakkah anda semua ingat pada kisah Rasulullah menyuruh sahabat mengumpulkan kayu api, apabila ditanya mengapa, Rasulullah bersabda bahawa baginda ingin membakar rumah-rumah mereka yang tidak mengerjakan solat secara berjemaah di masjid sebaik sahaja azan dilaungkan. Tapi tidak jadi bakar kerana adanya wanita dan kanak-kanak..

Wahai akhi harapan agama...

”Sesungguhnya apabila salah seorang diantara kamu berwudhu dengan baik, kemudian pergi ke Masjid dengan tujuan solat berjemaah, maka setiap langkahnya akan dihitung satu darjat pahala, sekaligus di hapuskan satu dosanya.” (HR. Muttafaq’alaih)

Renungkanlah... Allah amat menyayangi kalian, namun mengapa masih berat lagi untuk melangkahkan kaki, bersusah payah sedikit demi mencapai redha Allah s.w.t.. Ana amat sedih apabila berkunjung ke masjid tapi hanya 2-3 saf sahaja yang mampu dipenuhi oleh kaum sejenis kalian dan mereka itu hanyalah sebaya AYAH jua DATUK ana... Pernah jua ana bersolat bersama seorang WANITA yang sudah tidak berkemampuan berdiri namun masih GAGAH ke masjid SETIAP WAKTU!

MALULAH KALIAN....

Allah masih belum menarik nikmat yang ada pada diri kalian, yang kalian megah-megahkan. Kaki itukah yang laju berjalan? kaki itukah yang pantas melangkah di pusat-pusat membeli belah? kaki itukah yang jarang sekali melangkah ke masjid? Ingatlah, SUATU HARI NANTI.. kaki itu akan menjadi saksi atas segala perbuatan yang telah kalian lakukan...

MALULAH KALIAN....

Ana ingin berkongsi sesuatu dan moga ana dijauhkan dari sifat-sifat riak, ujub dan takbur... Ana seringkali berjalan bersama sahibah di Johor Bahru, berjalan dari rumah ke masjid, kadang-kadang beserta dengan makcik-makcik yang duduk berhampiran, sepanjang perjalanan akan kelihatanlah para pemuda yang kononnya pelapis agama dan negara duduk berpeleseran, makan-makan, minum-minum, sembang-sembang...

Oh!

Apakah warung itu lebih berkat dari rumah Allah? Apakah warung itu yang menjamin kesejahteraan kalian? Kami wanita berjalan kaki. Kalian ada motor.
Kami ini kan wanita... Kami inikan tercipta dari tulang rusuk yang bengkok... Bagaimanakah kalian mahu membentuk kami andai diri kalian pun kami yang terpaksa aturkan?

MALULAH KALIAN...

Hajat di hati sangat tinggi. Inginkan isteri seorang yang solehah, menutup aurat dengan rapi, amal-ibadat serta budi bahasa di jaga... Sedang kalian tidak beradab pun dengan Allah... Berkunjung ke rumahnya sahaja tidak selalu... Duhai Muslimin, suka ana mengingatkan disini bahawa hati wanita solehah itu milik Allah, maka kalian harus mencariNya untuk berjumpa dengan hati tersebut....

Bukankah pada zaman Rasulullah ada seorang buta tapi masih mampu berjalan meminta izin untuk tidak sembahyang di masjid tapi Rasulullah TIDAK MENGIZINKAN... Kalian? Kalian sakitkah? Kalian cacatkah?

"Ukhti, ukhti tak faham ke, ana ni bz, ana pun solat juga di rumah, bukannya tak solat pun, ukhti kena faham, kami cari duit, kami penat" Allah... moga duit itu bukan istidraj, bukankah rezeki itu datangnya dari Allah.. Andai kepada Allah pun kalian ambil endah tak endah, fikirlah, rezeki itu diberi secara baik atau dicampakkan ke arah kalian?

Astarghfirullah... Ana benar-benar sebak, marah, kecewa.. Jangan sampai nanti masjid semua sudah dirobohkan, masjid sukar dimasuki seperti masjid Al-Aqsa, baru kalian tersedar akan pentingnya MASJID itu sendiri....

Marah kerana Allah...
Sedih kerana Allah...

Moga Muslimin tidak lagi memejamkan mata atas isu ini....
Maafkan salah silap ana...

TAKBIR!! 3x
Wallahua'alam..

Read More......

Mencari Calon Solehah....


Hafiz berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang. Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran. Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu. “Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”

Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH. “Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan."

Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru!!!.

“ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ke?” eh, tiba-tiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar.

“Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah .” Harap-harap inilah alasan yang agak kukuh.

“Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz!!. Alamatnya, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajatnya. ”

“ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada lah jugak jumpa…” sempat juga aku melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng.

Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah. Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat! Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini.

Calon isteri yang solehah.Orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betu!!,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topik tersebut. Aku sekadar tersenyum. Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat. Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian.

“Raihanah ada sebarang pendapat? ” soal Tok Ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu.“Sekadar pendapat Tok Ayah. Jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips ". Riuh seketika. “Sebelum kita kaji dan tilik bakal isteri kita paling afdal kita tilik diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita!” aku sedikit terkelu. Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosongku, tidak terluah.

“Nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh ". Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu.

“Tapi, ada jaminan ke kita akan mendapat bakal isteri yang solehah? ” ada Qariah muda berani untuk mengutarakan soalan. “Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.” Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum.

“ Teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi . "

“Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga?...bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi... insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.” Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini.

“Hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia!!”. Kenyitan mata Syahid sewaktu menyerahkan surat bersampul unggu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya. Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah!! . Calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat Sarjana Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian CALON SOLEHAH.
Syukur Ya Allah!!! .

Diambil daripada :ILuvIslam

Read More......

Thursday, February 19, 2009

Secebis Luahan Hati....


Manusia yang seringkali diberikan nikmat akan tidak mensyukuri nikmat tersebut, sama seperti seorang anak orang kaya yang diulit kemewahan sejak lahir tidak akan begitu menghargai wang ringgit, tidak seperti ayahnya yang bersusah payah mencari wang ringgit..

Sama juga seperti seorang yang telah diberi nikmat ISLAM sejak lahir, tidak akan begitu menghargai Islam itu sendiri, kita sering mengeluh, merintih, mengapa umat Islam tidak menggambarkan imej Islam, namun begitulah sifirnya..

Penerima nikmat yang bertali arus akan menjadi sukar untuk bersyukur..

“Ya Allah.. Berikan aku kesabaran, kekuatan, ketabahan dalam menongkah arus dunia”

Dalam tidak sedar, mungkin jua seringkali kita merintih, meminta pertolongan daripada Allah tapi seringkali pula kita mengeluh tatkala Allah menimpakan ujian kepada kita.. Mengapa begitu?

“Allah dah tak sayang aku lagi”

“Kenapa lah malang sangat nasib aku ni..”

Sedarkah kita, sewaktu ujian sedang ditimpakan ke atas diri kita, sebenarnya Allah sedang mengajar kita untuk BERSABAR…. Allah sedang mengajar kita agar TABAH… Allah sedang mengajar kita supaya KUAT!!

Bukankah para nabi dan rasul juga ditimpakan ujian yang bertali arus? Adakah ujian yang kita lalui lebih teruk daripada ujian Nabi Ibrahim yang disuruh menyembelih anak kesayangannya sendiri.. Atau adakah kita dibaling najis, batu dan dicerca serta dihina seperti Rasul Junjungan kita, Muhammad s.a.w?

Sedih. Sungguh sedih hati ana apabila diberitahu ada ibu yang sanggup menggugurkan bayi nya kerana takutkan kemiskinan, sedang di luar sana terlalu ramai ibu yang mahu kan anak…
Lupakah mereka pada firman Allah yang bermaksud :

Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar (Al-Israa’:31)

Sedih. Sungguh sedih apabila mendapat tahu ada yang sanggup bunuh diri kerana kecewa bercinta..

Sedih. Sungguh sedih apabila ada yang sanggup menyalahkan ibu bapa lantaran kekecewaan yang mereka hadapi…

Allah….. lupakah kita pada firmanNya yang bermaksud, Allah membebani seseorang berdasarkan kemampuannya. Mengapa kita terlalu suka menghukum diri sendiri sedang Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani…

Kita ini kan hamba…. Hamba selayaknya mengabdikan diri pada tuan nya… Kita ini kan tak punya apa.. Seorang yang tak punya apa seharusnya meminta pada yang Maha Pemurah… Kita ini kan khalifah… Seorang khalifah seharusnya BERJUANG TANPA JEMU…

Terkilan juga rasa di hati apabila ada yang mencerca sekolah-sekolah agama. Mungkinkah fahaman mereka telah disekularkan? Ntahla…

“Buat apa masuk kan anak kat sekolah agama, belajar arab, orang arab b***h”

“Masuk sekolah agama nak kerja apa? Takde masa depan!”

Allah… Sampai begitu sekali umat Islam kini dimewahkan dengan hal duniawi… Kamu itu agama apa? Apabila anak telah teruk, sudah tak jadi seperti orang, barulah tahu PENTINGNYA AGAMA DALAM KEHIDUPAN..

Anak-anak yang nakal terus dimasukkan ke sekolah agama… Namun, rebung sudah menjadi buluh.. Jadilah sekolah-sekolah agama ini dipenuhi dengan kanak-kanak yang nakal dan ibu bapa mula bersuara..

“Nama je sekolah agama, tapi perangai macam takde agama!”

Allah….

Bukankah anak-anak itu ibarat kain yang putih.. Tugas guru kah untuk mencorakkan mereka?... Ibu bapa yang terkena penyakit wahn (cintakan dunia dan takut mati) seringkali menuding jari ke arah orang lain, tanpa mereka sedari, suasana di rumah mereka itu sendiri tidak menggalakkan Islam menyerap ke dalam hati anak-anak mereka…

Ana kelu. Buntu. Tak tahu hendak taip apa lagi… Sedih dengan masyarakat Islam yang tidak menonjolkan imej Islam, moga kita dilindungi daripada ujian kekafiran….

Andainya kamu berbuat dosa sehingga mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah member keampunan kepadamu.. (Riwayat Ibnu Majah)

Smile… coz Allah LOVES you!

Wallahu’alam….


Read More......

Tuesday, February 10, 2009

Gerhana Itu.......










Gambar Beberapa Minit Sebelum Gerhana.. (Klik pada image untuk besarkan, walaupun tak besar sgt.. ana dah kecilkan sizenya supaya senang upload.. afwan!)

Gambar Setelah Kejadian Gerhana

*****
*Entri yang ana taip utk di siarkan pada 10/2/2009.. tapi disebabkan oleh gangguan teknikal (huhu), baru dapat disiarkan hari ni.. (11/2/2009)

“Malam ni ada gerhana bulan, pukul 8.45” Message yang ana terima pada hari Isnin,9 Februari membuatkan ana tersentak.


“Hah? Gerhana bulan?” Jam dikerling. 8.30..

Tanpa membuang masa, ana terus sahaja memberitahu teman-teman serumah yang nampaknya begitu teruja juga… Dari balkoni rumah kami, kelihatan bulan purnama yang sungguh cantik, luar biasa cantiknya…

Kami menunggu..

5 minit…

10 minit…

Aduh! Betul ke ada gerhana malam ni? Berbekalkan secawan horlick di tangan, ana duduk di tepi tingkap sambil memerhatikan bulan, sempat juga ana ‘berlagak’ dengan teman serumah dengan kata-kata “Tengok bulan sambil minum horlick, nikmatnya..” Tak sangka pula ada orang yang sambung ayat ana… “Nikmatnya bersama-sama yang tersayang”

Hehe!

Ya wahai sahibah, ana memang sayang kat kamu semua…. Penat memerhati, ana berjalan-jalan dalam rumah sambil berlatih forum yang bakal dibentangkan esok (hari ini). Berkat kesabaran dan kekhusyukan kami bertafakur di tepi tingkap, -setelah pelbagai aktiviti dilakukan seperti rakam video orang yang bertafakur di tepi tingkap ( sape ye? ;-) ) akhirnya, dengan izin Allah, kami mula dapat melihat perubahan warna awan di sekeliling bulan..

Dari putih ke kemerah-merahan.

Kami setia menunggu.. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 9 malam. Dari rumah ana, masih kedengaran ceramah di masjid. Sebaik sahaja azan dilaungkan (sedikit lewat dari waktu isyak yang sebenar), kami dapat melihat, ada seperti benda berwarna hitam menutupi bulan itu, sedikit demi sedikit..

“Eh, bulan hilang lah..” ana bersuara sedikit terkejut+takjub+terpana sama seperti seorang kanak-kanak tadika yang baru beli gula-gula (perumpaan yang tepat? Hehe)

“Bukanlah.. tu awan” sahibah di sebelah ana bersuara..

“Ooo.. awan..” Ana terpedaya (hehe). Ana bermain dengan kamera di tangan ana yang memang ana ambil dari dalam bilik yang jauh dari ruang tamu (hehe) dengan niat untuk merakan gerhana bulan,

“Eh, bukanlah… tengok tu bulan hilang sikit-sikit, gerhana lah!” Kami yang sememangnya tidak pernah melihat gerhana sedikit, er, jakun pada malam itu…

“Ye la gerhana… tengok tu, bulan hilang sikit-sikit, lepas tu ada balik” Ana masih nak menang.

Serentak, mata kami tertancap ke arah bulan. Kelihatan ada seperti ‘benda’ hitam menutupi bulan itu perlahan-lahan, sedikit demi sedikit sehingga bulan hilang dari pandangan buat sementara dan selepas itu muncul semula, juga sedikit demi sedikit…
“Subhanallah! Cantiknya…” Terpacul perkataan itu dari mulut ana.. Seorang sahibah ana memeluk sahibah yang lain mungkin kerana terlalu takjub dan kami memerhati kejadian itu sehingga akhirnya… Seronok.. tapi…

Allah! Lupa nak rakam… Huhu..

Jadi hanya gambar sahajalah yang ana dapat kongsikan… Asif Jiddan!

~Betapa agung ciptaan Allah, hanya kita yang tidak menyedarinya… Pada yang sedar merendah diri, pada yang leka lupa diri~

Wallahu’alam =)


Read More......

Friday, February 6, 2009

Perjuangan Ini Bukanlah Mudah...


"Wa.. Baliklah, kan hari Isnin cuti Thaipusam" Suara umi ana di corong telefon sayup-sayup menusuk ke tangkai jantung ana.. Apatah lagi, ana benar-benar rindukan kampung halaman ana di Johor Bahru, biarpun tempat ana belajar sekarang ini masih lagi di Malaysia, Hm, entahlah.. tempat jatuh lagikan dikenang...

"InsyaAllah..." Ana tidak tahu apa ayat yang seharusnya dilontarkan buat seorang ibu yang jauh di mata... Pada saat artikel ini ditaip, hati ana terus-terusan sebak menahan kerinduan yang teramat sangat pada keluarga di Johor. Biarpun akhirnya ana terpaksa jua menuturkan bahawa ana tidak dapat balik kerana terikat dengan program-program kolej, namun ana yakin bahawa hati seorang ibu itu faham akan keadaan ana di sini...

"Takpelah, awak nak periksa kan..." Ayat itu, ana tidak tahu entahkan redha entahkan terpaksa, namun sedikit sebanyak menceriakan jua hati ana... Apatah lagi, inisiatif keluarga yang ingin menjenguk ana pada hari Ahad ini sedikit sebanyak menceriakan diri ini... Pengorbanan keluarga tidak pernah berhenti, amanah yang dipikul oleh seorang anak seperti diri ana dan kalian jua tidak pernah akan berhenti....

Ana buntu. Pada mulanya banyak benar pengalaman dan perasaan yang ingin ana coretkan dalam blog dhoif milik ana ini buat tatapan sahabat-sahabat sefikrah, entah kenapa tiba-tiba sahaja semua itu hilang, astarghfirullah...

Lagi seminggu sahaja peperiksaan akhir semester akan menjengah. Ana seolah-olah tidak sedar betapa pantas masa berlalu. Pada sahbat-sahabat ana yang masih belajar seperti diri ini, bersabarlah, mungkin kalian lebih banyak pengalaman daripada ana tetapi ingin ana berkongsi satu cerita buat pengajaran dan peringatan kepada semua termasuklah diri ini... cerita benar yang diceritakan oleh seorang ustaz ana kepada ana dan sahabat-sahabat di MRSM dahulu....

Khusyuk benar seorang pelajar itu beribadat kepadaNya, bermula dengan berdiri tegak, sehinggalah ke tahiyat akhir. Benar-benar khusyuk. Surau An-Nur yang tersergam indah itu menjadi saksi pengabdian diri seorang hambaNya. Pada satu sudut lain, sekumpulan pelajar bijak tapi nakal sedang khusyuk juga mentertawakannya. Mengejek, mencaci serta mengacaunya sembahyang. Mereka seolah-olah lupa di mana mereka berada. Namun, perbuatan mereka itu tidak langsung menjejaskan pelajar yang sedang asyik bersolat. Ya, memang seluruh maktab mengakui bahawa pelajar yang KHUSYUK SOLAT itu tadi adalah pelajar yang LEMAH+KURANG PANDAI dalam pelajarannya dan pelajar yang MENTERTAWAKANNYA itu adalah pelajar yang EXCELLENT dalam maktab. Pointer tidak pernah bwh daripada 3.5 sedang pelajar yang asyik bersolat pointernya tidak pernah jejak 3.0... Akhirnya, sebaik sahaja keputusan SPM keluar, pelajar yang KHUSYUK SOLATNYA mendapat keputusan CEMERLANG sedang pelajar yang MENTERTAWAKANNYA pengsan sebaik sahaja keputusan diterima. teruk. itulah natijahnya...

Allah itu kan adil.. Allah tidak akan biar kita lemah, Allah tidak akan biar kita jatuh andainya kita benar-benar yakin kepadaNya... Andainya kita jatuh, itu adalah petanda kasih sayangNya kepada kita, ujian Allah itu kan banyak, ujian sakit dan ujian senang.. Allah sentiasa sahaja memerhatikan kita cuma mungkin kita yang tak sedar... Seperti juga malaikat maut yang sentiasa menjenguk kita dan kita masih juga tidak sedar... Jadi andai anda merasakan bahawa anda tidak pandai, maka ketahuilah itu adalah ujian dariNya, jika anda katakan anda pandai maka ketahuilah jua itu ujian dariNya dan jika anda lihat seorang yang selalu engkar pada Allah namun sentiasa berjaya, ketahuilah itu adalah istidraj(nikmat yang diberi untuk menjadikannya semakin jauh dari Allah)..

Ana sendiri pernah mengalami peristiwa sebegini sewaktu darjah khas sekolah agama johor dahulu... Ana pulang ke rumah dalam keadaan menangis yang teruk kerana ana tergagap-gagap waktu ujian hafazan surah yasiin yang ditebuk di tengah-tengah ayat. Ntah kenapa ana jadi blur pulak... Balik ke rumah dalam keadaan menangis disaksikan umi ana... Ikutkan kata hati, ana memang nak quit terus daripada sekolah agama tu kerana jika ana gagal hafazan, bermakna ana gagal keseluruhan kerana hafazan adalah subjek teras selain ibadat, tauhid dan Al-Quran.

Syukur, ana tidak membuat keputusan secara terburu-buru. Ana teruskan jua perjuangan dalam keadaan lemah sehinggakan jadual peperiksaan bertulis juga ana tidak hafal, pernah ana sangka kan ujian mua'malat, rupanya hari tu periksa jenayat. Aduh! ana memang tak baca apa-apa. Pada saat itu ana hanya mampu redha dengan dugaanNya. Ana lemah...

Berkat doa umi dan mungkin jua doa ana yang dhoif ini... Sebaik sahaja keputusan keluar, alhamdulillah ana mumtaz! ana dapat pangkat satu... Subhanallah, ana sendiri tidak sangka....

Jadi sahabat-sahabatku sekalian...

Jangan mudah berputus asa kerana itu bukanlah sifat seorang mukmin...

Jangan menipu! maksud ana, jangan meniru.. Kalian mungkin dapat markah yang cemerlang hasil penipuan.. namun ketahuilah Allah itu MAHA MELIHAT... Biarlah buruk mana pun result, janji itu adalah hasil USAHA kita....

Yakinlah dengan Allah, berdoalah, menangislah kerana Allah merindui rintihan suara kalian...

Jangan mengeluh. Andainya kalian merasakan kalian tidak dapat jawab exam, teruskan berdoa...

Akhir sekali..
Mintalah restu ibu bapa, bangkitlah dari lena, berjuang dan teruslah berjuang, meski PERJUANGAN INI BUKANLAH MUDAH namun ketahuilah, berkat ukhwah islamiyah yang tulus keranaNya akan memudahkan perjuangan ini...

Salam Perjuangan....

Read More......

A letter from Gaza




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

My dear sisters and brothers I wanted to take this opportunity to send you a message from the sisters and brothers in Gaza. Please hear our situation and tell everyone that you know and don't know.

When the Zionists attacked us on 27th December 2008, they not only attacked Hamas, they not only attacked the Muslims of Gaza, they attacked Muslims everywhere. They attacked Islam in the hope that they will weaken it and ultimately destroy it and ummah of Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. And they will never stop here. They want the beloved Al Aqsa, they want the West Bank and believe me when I tell you that they want the whole of the Middle East. But they will never succeed. They will never remove the light of Allah inshAllah. Our situation is dire but our iman is strong Alhamdulillah, even though we have no water to speak of, and when we do, it is polluted and diseased. We have no money to buy mineral water. When we find the money those that sell it say that it is too dangerous for them to travel out to get new supplies. We have no gas, and have not had for the last four months. We cook the little food we have on real fires that we have learned to prepare. Our men have lost all of their jobs. They spend their days at home now. My husband can spend a day just going from place to place just for the basic need of water. He usually returns empty handed.

There are no schools, no banks from which we can withdraw our money. Few hospitals are open for our wounded. You are constantly aware that you risk your life when you go out and when you are indoors. They give us a curfew between 1-4pm. We can go out, they say, in safety to get your supplies, but that is a lie. They have often used that opportunity to add more shuhadaa to their list.

We eat one day rice and one day bread. Meat and milk are a luxury. They are using chemical warfare in the areas which are on the borders. They are killing us by bullets and tanks and B52s, but they are also killing us slowly by starving our children, inflicting indescribable diseases with their chemical warfare and laughing as our suffering becomes prolonged and unbearable. All this and we are being told that people demonstrate all over the world. MashAllah the fact that you go to embassies and leave your homes makes us feel truly that we are not alone in our struggle. But you go home at night and lock your door. We cannot do that. I have to leave my home on the second floor every night and stay with my sister on the ground floor. Should there be an attack, it's quicker to leave from the ground floor.

But the ummah is asking where are the Muslim armies? Where is the victory? And where is our true leader who will save us from this death? Where are the armies of Salahadeen Ayubi? Do not look to the UN, they recognised Israel in 1949 as a state and sealed our fate as it is today. Do not turn to America or Britain, did they not invade our ummah in Iraq and Afghanistan. Call the armies in Egypt, in Syria, in Turkey, in Saudi Arabia, and Pakistan. In Bangladesh, in the Gulf, in Indonesia and in Libya where are they? Are they content to watch women scream for their help as they bury their young children? Are the screams of their sisters and brothers falling on deaf ears? We have a right to eat and drink in safety and security. We have a right to laugh and live in hope, do we not? Yes we are tired.

When we hear rockets and bombs and see planes that fly too close to our building, I scream with my young son and my husband feels helpless. The brothers will know what it must be like to feel helpless to protect the honour and lives of your family. It kills something of him inside. We often wonder when will they sell our land cheaply, will it take one thousand or two thousand deaths. We wait to see. The Israelis have started to plan where their settlements will be in Gaza. This is what we have become. In all this there is no one but Allah سبحانه وتعالى that can save us.

Don't forget us because you are all that we have now. Your sadaqaat is not reaching us, and when they open borders it only reaches a few who can do nothing with it because we risk our lives just to buy food. They will kill anyone, anyone even if he is a five year old child carrying food for his family. We want to live from the sweat of our men, not from the sweat of others because we are dying. Keep up the work of Allah and pray and work for the victory that will come soon and rescue our ummah everywhere inshAllah. May Allah سبحانه وتعالى make us steadfast in our deen, during struggle and during ease. Ya Allah bring us the victory soon and re-establish Islam as the authority by which we live, Ya Allah send us the sons of Salahudeen, the army of Islam to rescue Mohammed's صلى الله عليه وآله وسلم ummah from the oppression under which we live. Ya Allah protect our children and remove the zionists from our land. Ya Allah witness today that we account our rulers, we pray that you return our true leader the Khaleefah soon.

Ameen.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


--Your sister umm Taqi--(from Gaza)

Sumber : www.iluvislam.com

Read More......

Monday, February 2, 2009

Pesanan Luqman dan Pesanan Ana


Pesanan Luqman

Hai anak-anakku!
Janganlah engkau menyekutukan Allah kerana sesungguhnya syirik itu satu penganiayaan yang besar. Allah mewajibkan manusia taat kepada ibu bapa. Ibunya telah mengandungnya dengan menderita lemah dan bertambah lemah serta menyusuinya selama dua tahun. Oleh itu, hendaklah bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa. Kepada Allah SWT tempat kembali.

Sekiranya kedua ibu bapamu memaksa engkau menyukutukan Allah SWT maka janganlah kamu taati. Tetapi layani mereka dengan sebaiknya dalam urusan dunia.

Hai anakku!

Sesungguhnya jika ada kebaikan walau sebesar biji sawi, biarpun di dalam batu atau di langit mahupun di bumi, nescaya akan diperlihatkan di akhirat kelak. Sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui.

Hai anakku!

Dirikanlah solat dan suruhlah manusia berbuat kebajikan. Laranglah perbuatan mungkar serta bersabar di atas sesuatu musibah yang menimpamu. Sesungguhnya berlaku sesuatu adalah dalam urusan Allah SWT. Janganlah engkau memalingkan pipimu daripada manusia kerana sombong dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri. Berlaku sederhanalah dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu dalam berbicara. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (surah luqman:19)

Beri Tauladan

Pemuda-pemudi Islam yang bersungguh-sungguh menyeru kebenaran
Ketahuilah! Sesungguhnya tauladan yang baik yang lahir dari peribadi sahabat Rasulullah SAW dan orang-orang yang mencontohi mereka sesudah itu, telah memudahkan Islam tersebar ke rantau dan Negara-negara jauh sama ada di timur mahupun barat.

Islam juga tersebar luas melalui pedagang dan pendakwah yang jujur. Mereka telah memberikan gambaran yang hakiki mengenai Islam dalam tingkah laku mereka. Mereka telah menunjukkan bicara manis dan nasihat berguna. Disebabkan yang demikian, datanglah berbondong-bondong orang ramai memeluk Islam. Akhlak mulia serta contoh yang baik telah menimbulkan kesan yang besar di hati manusia di serata pelosok dunia. Dengannya, manusia terpimpin kepada iman dan Islam.

Begitu juga dengan generasi Islam hari ini diharapkan member contoh tauladan yang baik. Tauladan yang dimaksudkan mesti mithali, yang boleh menarik pandangan dan memikat jiwa orang ramai. Jauhi sama sekali segala kelakuan buruk serta perkataan yang bertentangan dengan tingkah laku mulia. Juga sama sekali tidak menyuruh kepada perkara yang tidak kita sendiri lakukan. Dengan lain perkataan kebaikan yang kita serukan kepada orang lain terlebih dahulu sama-sama kita lakukan. Manusia seluruhnya juga cenderung kepada sikap lemah-lembut dan kejujuran. Akhlak mulia yang menarik akan mudah dicontohi. Ini akan menjamin kesejahteraan hidup insan sepertimana generasi terdahulu

Renungi dengan mendalam bait-bait syair berikut, agar diri kalian bangun dari kelekaan!

Masa pasti menyusur pergi,
Masa dahulu menjadi saksi,
Sehari berlalu pergi,
Ke atas kamu dia menyaksi.

Jika semalam kau kesali,
Kerana hina diri sendiri,
Hari ini berbuatlah bakti,
Agar menjadi orang terpuji,

Usah ditangguh amal bakti
Ke hari yang belum dikenal pasti,
Mungkin masa menjengah kembali,
Kamu pula telah kembali.

Dipetik daripada buku : Anak-Anakku bangunlah, karangan Ummu Anas.

Pesanan ikhlas daripada ana yg dhoif...

Andai semalam kalian terleka, maka hari ini bangkitlah!
Andai semalam kalian menangis, maka hari ini senyumlah!
Jika semalam kalian terlena, maka hari ini sedarlah!
Jika semalam kalian tersungkur, maka hari ini bangunlah!
Dan andai semalam kalian lemah, maka hari ini BERJUANGLAH!!!

Manusia tidak mungkin akan lepas dari kesilapan, kerana fitrahnya kita bukanlah maksum. Namun, harus diingati bahawa seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam lubang sebanyak 2 kali... Berjuanglah, sejarah tidak dapat diubah tapi masa depan masih boleh dicorak... La tahzan, la taghdab, Allahu ma'ana (Jangan bersedih, jangan marah, Allah bersama-sama kita).. =)

Pesanan ulama' terkemuka, Mustafa Mayhur ;
Tarbiah bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiah...

wallahu'alam

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .