Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Monday, January 26, 2009

Doa dan Kita



"Doa? buat ape nak doa? apa yang aku dapat hari ni semua adalah dari hasil usaha aku sendiri.. buat apa nak doa?"

"Aku dah penatlah doa, tapi macam takde pape effect pon."

Hm, sering ana terdengar dialog-dialog yg bernada pesimis seperti di atas. Mungkin mereka lupa pada firmanNya dalam surah Al-Mu'min ayat 60 yang bermaksud :

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".

Bukankah doa itu adalah senjata orang mukmin? Rasulullah pada suatu ketika dahulu menangis sehingga basah janggut baginda ketika berdoa, Rasulullah adalah kekasih Allah, sedang kita?..

"Ana rasa takde apa-apa pun yang berlaku lepas dah banyak kali berdoa"

Jika ayat ini yang berlegar-legar dalam kepala kalian, maka ingatlah surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud ;

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Mungkin apa yang kita fikir baik untuk kita sebenarnya tidak baik untuk kita, kita tidak mengetahui sedang Allah itu lebih mengetahui...

Teringat ana pada satu peristiwa ketika ana masih kanak-kanak ribena dahulu... Ana sering sahaja berdoa agar Malaysia ini didatangkan DINASOUR supaya ana boleh berjumpa dengan ULTRAMAN!

Oh!

Ana tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi andai Allah memakbulkan doa ana pada ketika itu, bukankah doa kanak-kanak yang suci tanpa dosa itu terus sahaja naik ke langit tanpa sebarang sekatan? Ana sering sahaja merintih mengapa doa ana masih tidak dimakbulkan kerana ana sangat-sangat ingin berjumpa dengan ULTRAMAN! namun, setelah ana dewasa, barulah ana tersedar... MUJURLAH ALLAH TIDAK MEMAKBULKAN DOA ANA PADA KETIKA ITU...

Jadi janganlah berhenti berdoa... seorang sahibah ana pernah berkata, andai doa kita tidak dimakbulkan, setiap doa yang dirintihkan itu akan menjadi penghapus dosa-dosa kecil kita.. Baiknya Allah kan?

So, do not stop from praying because Allah answers prayers in 3 ways ;

1- He gives u what u want.
2- He says WAIT and gives u SOMETHING BETTER.
3- He says NO and gives u THE BEST.

Ingatlah,, kita ini hanyalah seorang HAMBA, seorang hamba tidak seharusnya bersikap sombong dengan tuannya... Sesungguhnya Allah amat merindui rintahan suara kita, tidak mahukah kita menjadi kekasihNya?

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda : "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman : Barangsiapa yang memusuhi waliKu, maka Aku isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqarrub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dia dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya.
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Jadi, marilah kita berdoa untuk Palestin dan jangan sesekali menghentikan doa kita itu, kerana Allah mendengar setiap rintihan yang keluar daripada mulut kita, insyaAllah!

Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersolat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”


Read More......

Saturday, January 24, 2009

Speechless?



Oh Allah.. i am speechless.. Let's take a look at all those pictures and then i bet u'll be as speechless as me too..

Our beloved Palestin... Is Palestine is just for Palestinian or it's for ME,YOU,US?


“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga.” [al-Taubah: 122]


Read More......

Thursday, January 22, 2009

Wanita = Rama-Rama?


Wanita Ibarat Rama-rama..
Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang...

Ya Allah.. Selamatkanlah wanita-wanita di Palestin, agar mereka juga bisa menjadi seperti rama-rama indah yang terbang bebas.....

Source : forward e-mail.

Read More......

Saturday, January 17, 2009

Nasi vs Manusia


Semalam ana masak nasi lembik.. Oh! Rentetan daripada peristiwa nasi lembik itu, ana terfikir.. Apakah kesilapan yang telah ana lakukan sehingga fizikal nasi itu semakin menghampiri bubur..

Sukatan air yg seperti diajar oleh umi ana telah ana lakukan… Air pun ana guna air paip bukan air sirap atau kopi… Sungguh gundah hati ana.. Oh,Mastura, takkan masak nasi pun enti tak tau! Ana telah mengambil inisiatif untuk bertanya pada yang lebih pakar – umi ana.

“Emak, kenapa eh nasi yang ana masak kat kuis tu lembik je.. sukatan air sama je dengan ana masak kat rumah” Ana memulakan perbualan dengan umi tercinta..

“Oh.. memanglah, ada nasi yang kena guna air lebih, ada yang kena guna kurang air.. Maybe, beras yang digunakan kat kuis tu, kena kurang air…”


Yes! Ana puas hati dengan jawapan itu, maknanya bukan ana tak tahu masak nasi, tapi beras tu yang salah! Hehe…


Apa-apa pun, ana dapat satu pengajaran dari kesilapan yang ana lakukan… Ada nasi yang kena guna air lebih, ada yang kena guna kurang air.. Dalam ketidak sedaran kita dengan perkembangan arus modenisasi dunia yang telah mengukuhkan hedonisme dalam diri hampir kesuluruhan umat manusia, dan mungkin kita yang mempunyai kesedaran nilai-nilai islam yang harus diterapkan terus sahaja mengambil langkah untuk berdakwah tanpa kita sedar..


Ada beras yang kena guna air lebih, ada beras yang kena guna kurang air..


Ada orang yang boleh menerima dakwah secara berat, ada orang yang perlu didakwah secara ringan sahaja… Apa yang ana lihat, ramai insan yang menjadi benci pada dakwah kerana mereka tergolong dalam golongan insan yang perlu didakwah secara santai, secara ringan tapi kita secara seriusnya berkata “Kamu tak boleh tengok tv… Haram! Masuk neraka!” Atau “Eh,apebende ko mengumpat orang ni, ko tak ingat mati ke? Nanti kang ko nak makan daging sedare ko sendiri?”

Oh!

Dan apabila kita dimaki setelah melontarkan kata-kata itu, dalam hati pun berkata ‘Takpe.. Aku berjihad fi sabilillah…’ Oh.. Benarlah, ilmuwan itu lebih tinggi darjatnya daripada ahli ibadat.. Dapat kita lihat di sini, para da’ie yang tidak tahu situasi mad’u nya sentiasa sahaja melakukan kesilapan kerana apa yang penting yang harus diketahui para da’ie adalah.. sentuhlah hati para mad’u anda.. Andai hati mereka telah dapat anda sentuh, maka insyaAllah mudahlah kerja anda, ingatlah, Rasulullah dahulu juga berdakwah secara berhikmah.. Pada yang su’ul zhon mungkin akan menyalahkan mad’u yang tidak mahu mendengar kata, dan mungkin diri sendiri akan merasa sedih pada dakwah yang seolah-olah tidak bermakna..


So..


Tukarlah ayat-ayat anda yang kasar tadi kepada “Enti nak tengok tv boleh.. tak salah pun, tapi kalau boleh tu, tengoklah dulu rancangan-rancangan yang soleh, bukan apa, ana sayang kat enti, ana tak nak enti dirosakkan oleh media massa’ atau ‘enti, enti suka tak makan daging kambing?’ dan apabila rakan anda menjawab ‘suke’ lanjutkan pertanyaan ‘enti suka makan daging ana?’ rakan anda mungkin akan terkejut dan sambunglah lagi pertanyaan ‘ana pernah belajar dulu, ustaz ana cakap orang yang mengumpat ni macam makan daging saudara dia sendiri.. enti sanggup ke makan daging ana?’

Namun, masih ada juga ‘beras yang memerlukan banyak air’.. Dalam kes ini, andai anda berkata dengan bahasa-bahasa kiasan yang berbunga-bunga, mungkin mereka akan tidur sahaja. Namun, tidaklah ana maksudkan disini anda harus ‘menghentam’ mereka dengan kata-kata yang kasar. Namun, anda boleh lah straight to the point (lebih-lebih lagi kepada golongan Adam) mungkin anda boleh sahaja cakap macam ni ‘Eh, apesal pakai seluar pendek lak nak pegi main bola, kan aurat lelaki daripada pusat sampai lutut, bukan pusat dengan lutut je!’ Entahlah.. ana tak pandai buat ayat.. Asif jiddan!

Konklusinya… walaupun ada nasi yang perlu guna banyak air, ada perlu guna sedikit air, namun ketahuilah air yang digunakan itu bukanlah air kopi, air sirap, mahupun oren.. Air yang digunakan itu haruslah air mutlak yang suci lagi menyucikan cuma jenis air itu yang membezakannya sama ada anda ingin menggunakan air paip biasa, RX water, atau Diamond water...terpulanglah..

ketahuilah, dengan siapa anda ingin menyampaikan dakwah anda itu.. Kenali mad’u anda… Bukankah Rasulullah S.A.W telah bersabda ‘barangsiapa yang berusaha tapi tidak berdoa, mereka adalah golongan yang sombong, barangsiapa yang berdoa tapi tidak berusaha mereka adalah golongan yang malas’


Maka, berusahalah untuk memberi dakwah yang sehabis baik, dan kemudian berdoalah.. Jangan bersedih andai mad’u masih tidak berubah.. Jangan juga berputus asa..

Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.(Al-Kahfi : 17)


Give a man a fish and you feed him for a day, Teach a man to fish and you feed him for a lifetime..

Wallahu’alam


Read More......

Wednesday, January 14, 2009

Our Beloved Palestine...


I don't know why i would like to post an article in English today. Maybe it's simply because what im going to write is a global issue. Palestine, im very sure that every and each of the person in the world knows what palestine is. A country which needs our help, a country which desires a freedom since about 30 years ago... A country of ours.

Do we know that Al-Aqsa is the first qiblat for muslims? Do we know that at Al-Quds, our Prophet S.A.W experienced isra' mikraj.. And don't we know that all muslims are related? And now, we just can watch and read the news about our brothers and sisters at Palestine who had died terriblely....

Hey, wake up! muslims they could not even enter Al-Aqsa peacefully... They were killed while they were praying... They were innoscent!



We do no action...

We do not even worry...

We do not know that they have the right upon us...

Do we even pray for them?




Please... boycott those products that have the link with israel and america.. please don't give them money anymore to shoot our brothers and sisters.. Don't we just love them? Hey, remember.. we are related, aren't we? Hurting them is just as same as hurting our family, isn't it?

Yes, i know that we cannot boycott all those things but at least do boycott as much as we can, because this is our responsibility.. Dont blame Hamas because Hamas just wanted their right as much as we wanted freedom 50 years ago... Everybody needs freedom isn't it? Did we forgot our history? Did all the soldiers who had fight against the terrorist to protect their country were at the wrong place?

Think.. do we happy if someone suddenly get into our house and we even need to go to another place? Is the action to protect our house is wrong? Ridiculous!

Come on, let's holding hand to free our brothers and sisters.... Please... don't give them money to kill our family there...

Read More......

Monday, January 12, 2009

Jihad Oh Jihad


“Penatlah, pegi beli air nak?”

Ana bersuara sewaktu melangkah bersama sahabat ana, Ayuni untuk pulang ke asrama daripada Kongres Ekonomi Islam ke-3.

“Jom”

Sebaik kaki jejak ke café… Aduh! Pandangan yang terpampang di depan mata benar-benar menyentuh kalbu… 1 pasangan- seorang lelaki dan seorang perempuan sedang duduk berhadapan.. Oh.. Baru sahaja semalam kami pulang dari program khalifah, belajar cara-cara berdakwah yang betul dan hari ini maksiat terpampang di depan mata..

“Ayuni, praktik la apa kita belajar semalam”

Ana cuba memberi cadangan, namun hakikatnya kami berdua masih kurang kekuatan untuk mencegahnya.. Oh, maafkan kami ya Allah…

Ana berfikir sejenak… Apa yang menyebabkan diri ana sendiri begitu gentar mencegah kemungkaran? Penat? Entahlah… Mungkin iman yang terlalu nipis membuatkan ana gementar memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku…

Mungkin juga ana harus mendekati mereka secara bersendirian nanti, tapi bagaimana? Bagaimana untuk memulakan teguran secara berhikmah, ana tidak mahu dia terasa…

Oh!

Ana benar-benar buntu… bukankah ilmu tanpa amal itu ibarat pohon yang tidak berbuah? Ana tidak mahu termasuk di dalam golongan orang-orang yang rugi, tapi mengapa mata masih tegar melihat kemungkaran sedang fizikal tidak melakukan apa-apa?

Benar, akal dan nafsu tidak pernah akan seiring.. Dan selalunya, nafsu pasti akan menang sewaktu berlawan dengan akal. Nafsu itu pula dipimpin oleh hati, sebab itulah jangan terlalu ikut kata hati… ana beri contoh…

Ada seorang lelaku memuji antenna cantik, pada yang sedar, akal antenna pasti mengatakan “jangan dilayan perbualan begini” namun, tidak dapat tidak, hati antunna pasti akan merasa bahagia, kerana pujian juga merupakan ‘reward’ pada diri antunna, dan seringkali juga hati itu dapat mengubah akal daripada mengatakan bahawa tidak perlu layan kepada.. “erm, takpelah, layan sikit-sikit je.. bukannya apa pun”

Dan selepas itu.. Jadilah perkara berdua-duaan yang begitu menyakitkan mata…
Seperti juga mereka yang berzina.. Mereka tidak terus berzina, sebaliknya dimulakan dengan lelaki meminta no telefon dengan pujian yang melambung-lambung dan wanita itu pula membalas “ok” selepas itu lelaki mula mengajak keluar dan wanita membalas “ok” selepas itu lelaki ajak pergi ke disko dan wanita membalas “ok” selepas itu ajak bermalam di hotel dan wanita membalas “ok” dan selepas itu terciptalah anak tanpa bapa… anak tanpa bin/binti… dan anak yang hilang keyakinan diri sewaktu dewasa…

Kadangkala ok membawa kepada k.o

Kadangkala k.o membawa kepada o.k

Fikir-fikirkanlah….

Teringat ana pada satu kisah yang diceritakan oleh seorang ustazah... Seseorang telah pergi ke Palestin dan bertanya "Apakah yang boleh saya lakukan demi membantu Palestin" Semangatnya begitu berkobar-kobar sekali demi melihat Palestin kembali gemilang, pada waktu itu, orang Palestin itu melihatnya dan berkata "Baliklah.. baliklah kamu ke negara kamu dan didiklah anak-anak kamu, kami di sini tidak tahu bila akan syahid..."

Sebak dada ana mendengar kata-kata itu... Ayuh, kita berjuanglah di sini kerana mungkin itu sahaja yang mampu kita lakukan selain berdoa... Didiklah diri kita dan orang sekeliling kita agar menjadi ummah yang gemilang... insyaAllah..

*Doakan ana dan sahabat-sahabat yang akan menduduki peperiksaan pada minggu ini cemerlang, dan juga doakan jihad kami pada hari ahad ini demi Palestin berjalan lancar… insyaAllah.. Maafkan ana, ana xdpt selalu update blog atas sebab-sebab tertentu.. Maafkan ana juga atas penulisan yang tidak bermutu... Asif Jiddan!

Read More......

Thursday, January 8, 2009

Ya Allah.. Selamatkan Palestin..



Anak-anak kecil menggoncangkan ibunya, yang lemah longlai.. tak lagi bernyawa, jeritan suara batinnya.. tiada siapa yang mendengarnya...

seronok sungguh kita mendendangkan lagu damai yang hilang, pitching tidak lari ke laut, nada pun ok.. tapi untuk siapakah kita tujukan lagu itu? untuk suka-suka? atau untuk menghiburkan hati yang lara?..

Mungkin kita terlupa atau buat-buat lupa bahawa situasi lagu yang kita seronok dengar, nyanyi sambil terjerit-jerit itu sedang berlaku di bumi palestin, gaza khususnya yang baru sahaja dibedil oleh Israel laknatullah telah menyebabkan beratus-ratus nyawa hilang tiada berganti..

Dan apakah yang kita lakukan?

Ya.. kita telah menyanyi lagu damai yang hilang untuk menunjukkan betapa protesnya kita sambil minum air COCA-COLA kerana dahaga... Rakan kita memanggil dan kita yang baru sahaja menangis kerana melihat video tentang Palestin melonjak gembira kerana rakan kita telah membelikan bedak JONHNSON&JOHNSON kita yang telah habis..

Keesokan harinya, hati kita terguris melihat saudara-saudara kita di Palestin yang telah hilang tempat bergantung sambil tangan leka makan roti bersama air MILO..

Oh! inikah pengorbanan kita? Sedang anak-anak Palestin sibuk melawan tentera Israel laknatullah, kita enak pula membekalkan wang kepada Israel untuk membunuh saudara-saudara kita di sana.. Maafkan kami saudara-saudaraku sekalian, sesungguhnya iman kami terlalu nipis, mungkin lebih nipis daripada kulit bawang.. Enak pula kami berbicara, kami tidak boleh hidup tanpa barangan-barangan mewah Amerika dan Israel laknatullah..

Kita melaungkan BEBASKAN PALESTIN!!! tapi dalam masa yang sama wang masih disalurkan ke arah Israel.. Selepas itu, akhbar dibaca, kita pun menangis sambil bengkak-bengkak mata melihat kekejaman yang telah berlaku tanpa kita sedari, kita lah penyumbang ke arah kehancuran itu...

Tidak tahukah kita bahawa orang yahudi sememangnya berdendam dengan orang Islam khususnya orang Arab kerana kaumnya pernah dihalau nabi dari Madinah pada suatu ketika dahulu.. Dendam mereka tidak pernah akan surut, anak-anak mereka sejak kecil lagi sudah diajar untuk MEMBENCI ISLAM.. tidak lihatkah kita gambar-gambar anak-anak yahudi sedang menandatangani roket-roket hasil sumbangan kita yang akan dihantar ke Palestin sebagai 'salam persahabatan' dari mereka..

Oh! sungguh hebat syaitan bertopeng manusia itu..

Hebat juga kita kerana terpedaya...

Ayuh sahabat-sahabatku sekalian.. mereka adalah saudara kita, mereka ada hak terhadap kita... lakukanlah solat hajat, jangan tinggalkan Qunut Nazilah setiap kali lepas solat.. Berdoalah agar Allah selamatkan bumi Palestin, Selamatkan Al-Quds, Selamatkan Al-Aqsa-nadi umat Islam... Bukankah doa itu senjata orang Mukmin?.....

Jangan sampai di akhirat nanti mereka tuntut HAK mereka ke atas kamu...


Fatwa Dr. Yusuf Qardhawi: ” 1 Rial (Ringgit) Untuk Produk AS, Sama Dengan Satu Peluru Untuk Tubuh Saudaramu di Palestine”

Ya Allah.. ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah mengabaikan saudara-saudara kami di Palestin.. Kami berseronok di sini, alpa dengan dunia yang telah disogok oleh musuh-musuhMu hingga kami lalai walau untuk mendoakan keselamatan saudara-saudara kami di sana... ampunkanlah kami, ampunkanlah saudara-saudara kami, selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin ya Allah dan hancurkanlah musuh-musuhmu..

Amin ya rabbal alamin..

Read More......

Sunday, January 4, 2009

Ayuh Berdakwah!



“Laparlah…” Pada suatu malam yang hening ana bersuara.

“Makanlah nasi tu” Sahabat ana memberikan satu cadangan bernas, namun cepat pula ana bersuara “Nak keropok ikan” oh.. sungguh tak tahu bersyukurnya ana… tapi sampai sekarang tak dapat lagi keropok ikan (kepada sahabat-sahabat ana yang baca ni, tlglah belikan ana keropok ikan) hehe.. gurau2…

Tanpa menghiraukan ana yang mengada-ngada, sahabat ana terus bangkit dari meja makan dan mengambil roti.. “Nak buat apa ni?” Ana pura-pura bertanya.. “Makanlah..dengan ayam”

Ayam?

Oh tidak.. ana sangat suka akan ayam! Maka ana pun secara tidak langsungnya terkongsi makanan dengan sahabat ana yang ana jual mahal tadi…

“Sedapkan?” ana bersuara..

“A ah”

“Makanan kat syurga mesti lagi sedap kan?” Ana bertanya secara tidak langsung..

Dan kami diam memikirkan perkara itu..

Bercakap soal syurga.. Layakkah kita ke sana? Dan yang paling utama, layakkah kita untuk melihat wajah Allah? Apakah usaha yang telah kita lakukan? Nak mengharapkan kita berjihad seperti para sahabat Nabi, mungkin agak mustahil… Bagaimanakah pula dengan berdakwah? Sudahkah kita melaksanakannya?

Teringat ana pada satu kisah…
Mus’ab bin Umair adalah seorang hartawan, namun demi Islam, dia rela meninggalkan segala kemewahannya. Sewaktu peperangan Uhud, Mus’ab telah diamanahkan untuk memegang bendera. Malangnya, musuh sempat mengesan Mus’ab dan tgn kanannya telah terkerat sewaktu berlawan dengan musuh, dan Mus’ab menyambut bendera dengan tangan kirinya. Apabila tangan kirinya jua turut terkerat, Mus’ab mendakap bendera ke dadanya sehinggalah ahkhirnya, satu anak panah menembusi dadanya… Mus’ab rebah namun apa yang menyayat hati, baju yang dipakainya tidak cukup untuk menutupi mayatnya… Ini jelas menunjukkan betapa Mus’ab RELA BERKORBAN DEMI ISLAM… subhanallah!

Mampukah anda, saya, kita semua menjadi seperti Mus’ab? Tepuk dada Tanya iman, jangan Tanya aiman nanti dia jawab “Aiman tak kisah”…

Ummah yang semakin hancur… Adakah kita tidak sedar atau pura-pura tidak sedar? Tidak ingatkah kita pada firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat yang ke 164 (maksudnya):

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum Yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka Dengan azab Yang amat berat?" orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa".

Bagaimanakah cara-cara berdakwah? Boleh ke campur adukkan unsur-unsur jahiliah dengan islam? Contoh yang jelas, majalah hiburan diselitkan dengan tazkirah… renungkanlah tafsir surah Al-Kafirun ini..

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
2. "Aku tidak akan menyembah apa Yang kamu sembah.
3. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) Yang Aku sembah.
4. "Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
5. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat.
6. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

Jelas di sini bahawa TIDAK ADA TITIK PERTEMUAN ANTARA ISLAM DAN JAHILIAH.. maka jika anda ingin berdakwah, berdakwah lah seperti Rasulullah.. berlemah lembut, sopan, baik sangka, pemaaf.. Itu semua adalah satu medan dakwah jua…

Cukupkah jika berdakwah di blog sahaja? Sedang ummah di luar sana tak ramai yang suka untuk baca blog-blog dan laman web islamik.. Ayuh! Gerakkan enjin dakwah anda, jadilah teman mereka agar mereka jua dapat merasa nikmatnya Iman..

Akhir sekali.. renungkanlah..

Yusuf Al-Qardhowi berkata:
Kalau kamu mahu melihat Islam pada masa akan datang, lihatlah pemuda zaman ini…
- Kalau dilihat pemuda-pemuda zaman ini.. oh.. ana takut untuk berada pada masa akan datang… Ya Allah, selamatkanlah kami dari tergelincir ke lembah maksiat..

Imam Hasan Al-Banna berkata:
Orang yang ada kesedaran untuk berdakwah, membebaskan ummah daripada kejahilan ibarat berada dalam sebuah rumah yang terbakar di mana semua penghuninya sedang tidur.

INGAT!!
1) Orang yang berdakwah sentiasa mendapat tentangan, tapi sentiasa jua mendapat pertolongan dari Allah..
2) Lakukanlah qiamullail.. insyaAllah anda tidak akan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat…
3) Orang yang memikirkan soal ummah adalah seorang yang luar biasa kerana dia tidak memikirkan tentang diri sendiri…

Semoga rahmatNya sentiasa bersamamu, wahai pembela agama Allah....

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .