Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Thursday, July 31, 2008

Bacalah dengan nama Tuhanmu..

Bacalah

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?"

Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an :"Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayahnya dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Read More......

Monday, July 28, 2008

Bersabarkah kita?...

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu," Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.

Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan.

Dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.

Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

********
Renungkanlah... kita seringkali mengeluh apabila ujian melanda, meskipun mulut2 kita lancar mengatakan 'setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya' namun hati kita ttp masih lg tidak ikhlas menerima sesuatu ujian dari Allah yang Maha Mengetahui.. Renungkanlah, betapa hati2 kita seringkali tidak sabar menanti hikmah di sebalik ujian yang menimpa.. seringkali juga hati2 kita menyalahkan takdir atas segala yang berlaku..

Menyesal xsudah. itulah saya. itulah anda. itulah kita semua. Kita sering menyesali apa yang telah berlaku daripada terus melihat ke depan dan mengorak langkah serta mengatur strategi. Kita sering tidak bersyukur dengan apa yang kita ada dan masih lagi meminta yang terbaik, yang terbaik, yang terbaik. Sama juga halnya dengan seorang yang berkaki tempang, tidak akan pernah bersyukur dengan kurniaan kaki itu tp xpnh terfikir akan nasib org yg kudung kakinya. Mungkin sy hny mampu menaip, org kata berkata lebih mudah dari melakukan. Entah, no comment.

Namun, apa yang ingin saya kongsikan bukanlah untuk menghina sesiapa, tp sekadar untuk memberi kesedaran kepada semua, dan juga kepada diri saya yg sentiasa alpa,lalai dan leka dengan nikmat dunia yang sementara. Setiap patah kata yang saya taip juga untuk mengingatkan hati saya yang mungkin telah terpalit titik2 hitam yang semakin hari membuatkan diri saya semakin tidak bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah. Nauzubillah..

Apa yang saya huraikan di sini juga adalah untuk mengingatkan diri saya dan juga diri kita semua yang mungkin sering shj melakukan dosa, antara sedar atau tidak, dan mungkin ujian yang kita lalui itu adalah sebagai satu jalan untuk menghapus dosa-dosa kita. Percayalah, jika kita ditimpa sakit, walau hanya dengan tercucuk jarum, dosa kita akan terhapus. Begitulah sayangnya Allah pada kita semua, tp apa balasan kita? mengeluh, mencarut..itu balasan kita....Sedang Allah tidak pernah bosan untuk menerima taubat hamba2Nya..

Dan ingatlah:-


Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal,(iaitu) yang bersabar dan bertawakal kepada Tuhannya.(Al-Ankabut:58-59)

Devotees-setiap kali
Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan

kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan

oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini


seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku


Read More......

Monday, July 21, 2008

Apabila adab dicela..

Apakah yang benar-benar kita fahami tentang akhlak islami? Jika diteliti, Agama Islam ini terlalu indah, terlalu suci utk dinodai, setau saya, dan apa yang saya belajar, agama Islam itu terlalu teliti dengan adab-adabnya sehinggakan hendak masuk ke bilik air pun mempunyai adabnya tersendiri..

Tapi, semakin jauh perjalanan hidup saya, semakin banyak saya melihat umat-umat Islam bermegah-megah dengan adab yang telah tercela.. Apakah makna semua ini? Saya terkilan, apabila ada tetamu yang datang bertandang tidak menjaga adab-adab sebagai seorang tetamu, sedangkan saya sebagai tuan rumah harus meneliti setiap adab sebagai seorang tuan rumah agar tiada hati yang terguris. Saya paksakan hati utk ikhlas, utk redha meskipun hati ini terlalu sakit melihat setiap perlakuan-perlakuan itu...

Islam itu penuh dengan nilai-nilai murninya, adab-adab sopannya, saya tidak faham kenapa masih ada segelintir umat yang lebih suka meninggi suara daripada berkata-kata dengan penuh tawadhu'. Begitu juga dengan senyuman, wajarkah sebuah senyuman itu dibalas dengan jelingan tajam, wajarkah ketika tabung derma berjalan, seorang manusia yang berakal dan berperasaan tidak mahu menyambut huluran tabung itu dan wajarkah seseorang yang bergelar muslimah terjerit-jerit ketika melihat lelaki. Saya malu. Saya juga seorang wanita, rupa-rupanya, semakin jauh perjalanan hidup ini, semakin banyak adab muslimin dan muslimah yang tercela..

Jadi, bila Islam diperkotak-katikkan, kepada siapakah jari-jari kita ini menuding?...

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mu'min, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam keta'atannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu', laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu'min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mu'min, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.(Al-Ahzab:35-36)

Read More......

Sunday, July 13, 2008

Cebisan Kenangan... T.T..tibe2 rindu kat korg...

ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku
sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengenal erti penat jemu
ingatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi


*igt nak wat slide tp ade prob occur... so xde rezeki,anyway miss korg sgt2.. rina,thira,khai,fidah,ismah,kak ji,nadiah,ehan,kak long,n ramai lagik, xlarat nak taip.. igt x lagi time kitorg dilanda masalah besar..cane kitorg solve same2.. cane kitorg hadapi saat2 dingin tu.. cane kitorg stiase tlg menolong n bersatu hati..lagi2 da nak dkt spm tu, masing2 tgh tensen..cane time tu kitorg saling memahami...erm, ssh nak cari kwn yg cam korg skang.. even cam org ilang akal(hehe) tp dlm ati ade nur.. keh3.. saje amek ati lebey sket.. mcD satu! hehe...even time form 5 da terpisah blok asrama tp xde hal kan.. rindu sgt kat korg..mmg da xjmpe kwn cam korg...sbb tu aku syg sgt kat korg..rindu sgt...bile la nak jmpe lagi..bile la nak wat reunion..skarang sume da bz.. tunggu aku kawen la ye wat reunion kat umah aku..sape x dtg aku geget die.. hehehe... akhirul kalam, take care... keep in touch.. syg slalu..

Read More......

Thursday, July 10, 2008

Hati, bersabarlah dengan dugaan..

Ku akui kelemahan diri, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini,

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya

Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini

Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi

Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi

Yang ada hanyalah di jalanan

Saya pilu.terkilan.sedih.kecewa dan bermacam lagi perasaan berkecamuk dalam hati kecil saya. Terkadang terfikir, apakah salah saya sehingga saya diperlakukan begini. Lantas saya beristighfar. Ini adalah tarbiyah dari Allah. Pasti ada hikmah disebaliknya... mudah-mudahan...

Tipu kalau saya katakan saya tidak terasa dengan setiap perlakuan wanita itu. Hati saya tidak setabah Rasulullah dan para sahabat yang begitu tegar menongkah setiap mehnah dan fitnah. Hati saya terlalu rapuh, mungkin kerana iman saya terlalu nipis.. ya Allah,ampunilah diriku,keluargaku dan juga sahabat2ku... Saya tidak faham dan tidak tahu kenapa diri ini begitu dibenci oleh wanita itu, setiap perlakuan saya salah di matanya. Bahkan, saya juga dilibatkan dalam kes orang lain. Apakah semua ini?.. Saya pilu, bila diaibkan di hadapan sahabat-sahabatnya. Saya juga punya maruah. Maruah yang perlu dijaga. Saya juga punya hati, hati yang perlu dirawat...

Saya sudah mencuba untuk menjadi yang terbaik untuknya, setiap perlakuannya saya balas dengan senyuman, tidak pernah namanya meniti di bibir saya ketika saya berbual dengan teman-teman sekuliah untuk dicanang kelakuannya terhadap saya tapi mungkin saya masih bukan yang terbaik di hadapan matanya. Mungkin saya tidak mampu lagi menjaga hatinya meski hati saya sudah hancur luluh. Apa lagi yang boleh saya lakukan selain bersabar dan berdoa,moga Allah berikan wanita itu hidayah. Saya bukanlah siapa-siapa yang mampu membuat semua orang menyukai saya, dan juga bukanlah siapa-siapa yang layak untuk membenci insan lain, saya juga tidak layak untuk mengutuk orang lain kerana saya tau hanya Allah yang layak mengutuk,mencerca hambaNya. saya tidak setaraf dengan Allah bahkan jauh lebih rendah dari Allah, mungkin juga tidak layak lagi bergelar hambaNya yang bertaqwa..saya bertambah terkilan kerana wanita itu tinggi didikan agamanya..di manakah nilai agama yang dipelajari? sama-samalah kita renungkan diri, mungkin kita juga ada mengkhianati agama yang suci ini...ya Allah, terimalah taubat hamba berdosa...

Terkadang, air mata ini ingin menitis atas mehnah ini, tapi saya tidak benarkan kerana saya hanya akan menangis kerana takutkan neraka Allah..insyaAllah...


Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba

Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian

Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Ya Allah ampunilah dosa2 kami...

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya(Al-Baqarah:286)




Read More......

Monday, July 7, 2008

pemisahan 2 jiwa..

Hm, td pergi kubur arwah mak angkat. Ingatkan hati ni dah cukup tabah utk menghadapi kehilangan seorang yang amat penting dlm hidup nie tp rupenye masih goyah lg... Dah sebulan mak pergi, tp xsemudah berckp nak buang segala kenangan dgn mak..

Memule, masuk kawasan perkuburan hati dah mula sebak. Bila tgk kawasan kubur mak, hati tambah sebak. Tp control lg,sbb abah(abah kandung) ade kat sblh...saye nak control ayu la kunun..ekeke.. Tapi, bila lalu dpn umah arwah mak angkat lagila sebak, cam kosong je dah rumah tu... bile sampai uma saya, lps solat Dhuha, tetibe jek air mata laju je mengalir. Ya Allah, ampunkanlah hambaMu yang terlalu nipis ketabahan hatinya ni. Saya dah janji dgn diri, air mata ni cuma akan mengalir sbb takutkan neraka Allah..tp janji tinggal janji...T.T

Mak..semoga mak bahagia di sana, satu hari nnt, kami semua akan menyusul jgk.. Hm, kalau xde aral melintang igt nak melawat kubur mak lagi ari Jumaat ni sebelum wawa balik ke selangor.. Semoga segalanya berjalan lancar... xlama lagi dah nak ramadhan, pastu syawal..cane la syawal taun ni tanpa mak disisi...xdpt nak bygkan... sapela nak watkan popiah sesedap mak wat, or ayam sambal yg sdp tu.. =) wawa rindu sume tu...

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.(Al-Israa':23)

Read More......

Saturday, July 5, 2008

Mehnah ujian

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan


Alhamdulillah, dpt juga saya menaip sepatah dua kata pada hari ni.. hehe

3 minggu di tempat baru, alhamdulillah, suasana di sana mungkin susah nak dicari kat mana-mana tempat di Malaysia ni. Tp, sering saya mengingatkan diri,mehnah tidak mengenal tempat.
sayanggggg KUIS..

3 minggu mungkin tempoh yang terlalu singkat untuk saya membuat ulasan. Tp, suka, duka pahit manis, telah saya rasakan di sana. Mehnah itu ujian Allah, untuk menguji hambaNya, setiap mehnah yang diberi mempunyai hikmahnya yg tersendiri yg kita sbg hamba sering tidak sabar menanti hikmah yg mendatang.Bertemu dengan insan yang sering mengaibkan kita mungin perkara yang sungguh pedih,tp bersabarlah dengan ujian, kerana Allah ingin mengajar kita menghadapi hari mendatang...

The best housemate..Hana..

Fitnah itu perkara biasa, biasa bagi sesiapa yang mungkin terlalu cepat membuat penilaian tentang seseorang, mungkin terlalu biasa bagi sesiapa yang sering menyanjung diri sendiri sehingga perbuatan org lain dihukumkan salah! sesuai dengan lirik lagu sunnah orang berjuang-hijjaz berjuang menempah susah, menanggung derita menongkah fitnah tp harus kita igt, kita tidak boleh membuat semua org menyukai kita, namun kita tidak berhak utk tidak menyukai sesiapa, bersabarlah dengan dugaan, jadilah seorang pemaaf, kerana harga sebuah kesabaran itu manis.. terlalu manis.




Pernah suatu ketika, sahabat Rasulullah bermalam di rumah seseorang yang Rasulullah katakan ahli syurga, tapi sahabat hairan, org tu tak melakukan ibadat2 yg ekstrim macam qiamullail, sahabat pun bertanya apa rahsia org tu, lps tu org tu jawab "aku tidak mempunyai sebarang rahsia, cuma sebelum aku tidur, aku memohon maaf atas kesalahanku dan aku memaafkan semua orang yang pernah membuat salah pada aku" subhanallah. Semoga kita sama2 jadi seperti org itu.

I miss this time..


Saya juga insan biasa, yang mempunyai sekeping hati. Kadang2 hati saya juga getar dgn dugaan, kadang2 saya juga lemah sehingga menitis air mata dek kerana ujian Allah. Semoga Allah ampuni dosa-dosa saya. Semoga kita sama-sama hanya menangis kerana takutkan neraka Allah. insyaAllah.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabut:2)


Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .