Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Thursday, April 30, 2009

Pahitnya Perjuangan...


Tit..Tit…

Handphone jenama myiman kesayangan Khairunnisa’ berbunyi sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari bilik mesyuarat di blok pengurusan. Mesyuarat yang diadakan pada waktu malam memang sungguh memenatkan, namun demi tanggungjawab dan amanah yang digalas, dia redha…

Segera tangannya mencapai handphone di poket jubah birunya dan menekan butang read.

Assalamualaikum akak.. saya nak tumpang tanya sikit boleh?

Terukir senyuman di bibir gadis solehah itu sebaik sahaja melihat mesej daripada seorang insan yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Hidayah – namanya seindah tuannya, tidak pernah jemu mencari walau secebis cahaya Ilahi. Terkenang kembali detik-detik pertemuan mereka. Pada waktu itu Khairunnisa’ menyertai program wawasan desa anjuran kolejnya dan menginap di rumah Hidayah selama 4 hari. Di situlah ukhwah bermula, semuanya kerana Allah..

Waalaikumsalam adikku sayang… untuk adik, boleh je.. nak tanya apa ye?

Segera dia membalas. Sementara menunggu balasan, kaki terus dihayun menuju ke asrama. Bagaikan terbayang-bayang katil yang empuk di hadapan mata khairunnisa’. Segera dia beristighfar, mengelakkan diri dari mengeluh..

“Macam penat aje?” Sahabat karibnya, Aliyah menegur.

“Takpe. Sikit-sikit je.. awak pun penat juga kan?”

“Hm, lepas habis projek ni.. lega rasanya”

“InsyaAllah… ni baru kat kolej, dah kerja nanti mesti lagi banyak tanggungjawab kan? Amanah itu kan ringan di dunia tapi berat di akhirat”

Suasana senyap. Masing-masing cuba menilai prestasi diri… Kaki dihayun, hati berzikir…

* * *

Khairunnisa’ terduduk kepenatan. Rasa kasihan melimpah ruah melihat Aliyah terbaring kelesuan, apatah lagi tugas sebagai setiausaha yang disandang oleh Aliyah memang benar-benar menguji kredibilitinya. Khairunnisa’ yang hanya memegang tugas sebagai bendahari sudah terasa bahang kepenatan, ini kan pula sahabat yang dikasihinya itu..

“Bersabarlah sahabatku… Allah bersamamu”

Terasa ingin dikucup penuh kasih pipi milik sahabatnya itu, namun memikirkan kemungkinan dia akan terbangun, Khairunnisa’ membatalkan hasratnya…

Tit.. Tit…

Handphone myiman berbunyi nyaring. Khairunnisa’ bangun mendapatkan handphonenya.

New Message From Hidayah.

Tertera ayat itu pada skrin handphonenya. Butang read ditekan..

Macam ni akak, tadi saya pergi pasar malam… kat situ ramai lelaki-lelaki handsome, kalau tak ada iman memang dah lama dah habis saya ni… masalahnya kak, kalau saya jeling-jeling je lelaki tu boleh ke?

Khairunnisa’ termenung jauh. Mesej itu mengingatkannya pada firmanNya dalam surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud :

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.”

Sejenak, dia teringat peristiwa pada petang tadi….

* * *

“Nisa, teman Aliyah kejap pergi pejabat ye… Aliyah nak serahkan proposal projek ni”

“Ye… Tapi Nisa tunggu kat luar aje lah ye”

“Ok”

Sementelah Aliyah masuk ke pejabat, Khairunnisa’ menghampiri Syafiqah yang duduk keseorangan di kerusi hadapan pejabat. Asyik mereka berbual sehinggalah datang dua orang muslimin sekelas-Ilyas dan Saiful menghampiri mereka. Khairunnisa’ kelihatan gelisah. Muslimin itulah yang kerap benar mengganggu hidupnya. Lama mereka berdiri di situ. Khairunnisa’ menundukkan pandangan sebaik mungkin.

“Tak balik Johor ke?”

Berderau darah Khairunnisa’. Dia tahu soalan itu ditujukan khas buatnya namun sengaja dia berpura-pura tidak mendengar. Kepala ditolehkan ke arah lain.

“Khairunnisa’ ”

Tegas suara itu memanggil. Tiada pilihan, khairunnisa’ menoleh sekilas.

“Tak kot” Lemah dia menjawab, kepala kembali ditundukkan.

“Johor kat mana?” Saiful pula mencelah. Khairunnisa’ diam.

“Kat Larkin kan?” Ilyas pula yang menjawab. Khairunnisa’ hanya mampu mengangguk lemah. Malunya tidak terkata. Apatah lagi melihat senyuman asing yang terukir di wajah syafiqah. Terasa seperti maruah diri dirobek-robek.. mahalnya sebuah harga diri!

Mujur, kelibat Aliyah kelihatan baru keluar dari pejabat. Cepat-cepat Khairunnisa’ mengatur langkah pergi dari situ.

* * *

Adikku sayang.. wanita yang solehah itu tidak suka memandang dan tidak suka dipandang.

Setitis demi setitis air mata Khairunnisa’ gugur mengiringi mesej itu… Terkenang kembali kelemahan diri yang masih menjadi perhatian kaum Adam.

“Ya Allah, moga kau ampuni dosaku… Kau berilah hidayah kepada sesiapa sahaja yang berada di sekelilingku”

Khairunnisa’ tertidur dalam sendu yang masih belum berhenti…

* * *

“Alhamdulillah.. semuanya telah selesai.. proposal sudah pun diluluskan. Sekarang ni tinggal nak pergi je ke destinasi” ceria suara Aliyah menyampaikan berita gembira menghiasi pagi Khairunnisa’.

“Syukur ya Allah… berbaloi juga hasil kerja keras kita selama ini… tak sia-sia kita korban kan masa dan tenaga demi mendapatkan hasil yang terbaik… Allah sentiasa menolong hambaNya yang bertaqwa kan Aliyah?”

Aliyah tersenyum senang. Orang mukmin itu tidak akan mudah mengalah kerana orang mukmin itu sentiasa mahu kan yang terbaik, bukan untuk dirinya tapi untuk Islam tercinta…

“Lepas ni. Bolehlah kita relaks ye Aliyah”

“Nisa! Tak boleh… kan kita dah nak final exam… Nisa ingat tak ustazah pesan apa?”

“Maaf Aliyah, Nisa terlupa…”

“Hm, takpe, itulah gunanya sahabat… saling melengkapi… ustazah kan pesan jangan sampai diri kita ni jadi fitnah kepada Islam, jangan kerana kita sibuk berpersatuan pelajaran terabai… nanti mengundang fitnah”

“Astarghfirullah… terima kasih Aliyah…”

Perjuangan menuntut ilmu tidak pernah mengundang lega tetapi lelah semata kerana perjuangan menuntut ilmu itu dikira sebagai Ibadat di sisi Allah, yang menjadi bekalan kita di sana nanti. Perjuangan itu mengundang air mata yang tidak pernah kan berhenti. Bila ditanya mengapa berjuang itu pahit? Simpan jawapan ini kemas-kemas dalam hati… kerana syurga itu manis!

Bagai terngiang-ngiang suara ustazah memberi pesan seperti seorang ibu kepada Khairunnisa’. Khairunnisa’ tersenyum lega… segera dia teringat kepada hidayah.

Handphone dicapai dan dia mula menaip..

Adikku sayang fillah… Gadis yang solehah malunya mengatasi perawan, beraninya mengatasi pahlawan, cinta bukan pada gambaran, rindunya bukan pada pertemuan tapi hatinya tersirat takwa keimanan… moga adik beroleh hidayahNya yang amat berharga…

Message sent!

Read More......

Semoga Kau Istiqamah!


Karya pertama ana.. maaf atas kekurangan..

* * *

“Saya rimaslah pakai tudung labuh-labuh,baju besar-besar ni.. Panas”

Bagaikan terngiang-ngiang suara Khalida, teman yang dikenalinya semenjak orientasi lagi yang merangkap teman sebiliknya. Zinnirah melepaskan keluhan, rasa sebak kerana masih tidak mampu menerangkan syariat Islam sebenar kepada Khalida walaupun sudah lama mereka berkenalan.

“Zinnirah! Nak tengok tak gambar masa birthday party saya hari tu?”

Zinnirah tersentak. Suara lantang Khalida membuatkan Zinnirah berpaling ke belakang. Senyuman yang paling manis dihadiahkan,istimewa buat sahabat tercinta.

“Boleh juga”


Khalida girang,cepat sahaja tangannya menunjukkan beberapa gambar dalam handphonenya. Celoteh mulutnya bercerita itu dan ini sehingga tidak terlihat kerutan pada dahi Zinnirah, hampir-hampir sahaja kening halus milik Zinnirah bercantum.

“Khalida…” Zinnirah cuba bersuara setenang mungkin.

“Ye, best kan tengok gambar-gambar ni, sorrylah tak dapat ajak awak sama… awak kan selalu sibuk, persatuan tu lah, persatuan ni lah.. Lagipun…”

“Er, Khalida, kenapa awak tak pakai tudung?” Segera Zinnirah mematikan celoteh Khalida. Khalida terdiam, berkerut-kerut dahinya seolah-olah mencari satu jawapan yang konkrit untuk diberi.

“Ala… Kan hari tu special day saya, takpelah bukan selalu pun..”

Zinnirah beristighfar di dalam hati, jawapan yang diberi dirasakan seperti satu belati tajam yang menusuk lubuk hatinya. Hampir sahaja takungan air di kelopak mata Zinnirah jatuh ke bumi, namun Zinnirah masih cuba tersenyum.

“Kita harus mengenali siapa mad’u kita, jangan main hentam sahaja hendak berkata itu dan ini… Jangan main suka-suka bagi dalil-dalil Al-Quran dan Hadith kerana andai mad’u kita itu tidak memahami apa itu Islam sebenar, bagaimana mereka hendak menerima segala dalil-dalil tu?”

Bagaikan terngiang-ngiang suara Kak Harissah, naqibah halaqahnya. Zinnirah merenung kembali sejarah hidup sahabatnya yang seorang itu… Khalida telah kehilangan ibu seawal usia 12 tahun, terpaksa pula dia melayan karenah adik-adiknya seramai 5 orang kerana dia merupakan anak yang sulung. Dia hanya mendapat kasih sayang dari pembantu rumahnya yang tidak pernah mengajarnya apa itu Islam… Mengenangkan itu, Zinnirah kembali tenang…

“Zinnirah, awak marah saya ke?”

Zinnirah tersentak. Wajah Khalida dipandang dengan penuh kasih seorang sahabat. Lantas, senyuman terukir di bibirnya

“Taklah… cantik gambar-gambar awak ni… tapi saya suka gambar awak pakai tudung, cantik..”

Khalida diam. Seolah-olah mengerti apa maksud Zinnirah.

“Zinnirah, kenapa kita kena pakai tudung? Kan nikmat Allah tu harus dikongsi-kongsi, salah ke saya kongsi nikmat Allah macam rambut saya semua kat orang lain?”

Zinnirah menghela nafas.

“Khalida,kalau awak diberi pilihan untuk membeli sebiji batu permata… Dua-dua sama jenis, tapi yang satu tu diletak untuk tontonan ramai, banyak kali dibelek-belek, yang satu lagi dibungkus dengan kain, diletak dalam sebuah kotak baldu yang cantik, yang mana awak nak?”

“Mestilah yang dalam kotak tu.”

“Macam tu juga lah tanda kasih sayang Allah pada kita, kerana sayang, Allah suruh kita tutup semua yang patut agar semua tu diberi untuk yang teristimewa iaitu suami kita… kalau awak tak nak barang yang dah dibelek-belek, takkan awak sanggup nak bagi suami awak yang sisa-sisa sahaja?”

Khalida diam, merenung jauh…

* * *

Usai solat subuh, Zinnirah duduk di atas sejadah.. merenung kembali apa yang telah dilakukan..

“Zinnirah”

Terdengar suara Khalida memanggil, Zinnirah merenung muka Khalida, penuh kasih..

“Awak dah solat?” Zinnirah bertanya.

“Dah.. er, Zinnirah, saya ada hajat sebenarnya”

“Apa dia?”

“Saya… sebenarnya saya suka tengok cara awak pakai tudung..kemas.. Boleh tak ajarkan saya?”

Zinnirah tersenyum. Subhanallah! Sungguh dakwah itu bukan semata-mata melalui ucapan. Perlakuan, sikap, kekemasan diri semua itu perlu ada dalam diri seorang da’ie.

“Boleh..” Cepat sahaja Zinnirah melipat telekung, bersedia untuk membantu Khalida yang akan ke kelas sebentar lagi.

Zinnirah mendapatkan tudung yang tidak terlalu labuh tapi masih mampu menutup aurat yang sebenar iaitu menutup dada dari hadapan dan juga tepi, tidak lupa juga zinnirah memastikan tudung yang dipilih itu jika ditiup angin tidak menampakkan dada.

“Terima kasih Zinnirah..”

Zinnirah senyum.

“Pandai awak berdakwah, awak tak pilihkan saya tudung yang labuh sangat… Kalau tak mesti orang yang baru nak berjinak-jinak dengan tudung macam saya ni tak selesa nak pakai”

“Khalida… labuh tak labuh tudung tu bergantung pada keimanan dan keselesaan. Kalau awak rasa pakai tudung bidang 50 ni selesa, dah tutup dada… pakai lah, takpe.. Islam itu tidak menyusahkan umatnya..”

“Awak selesa ke pakai tudung bulat yang labuh tu?”

“Alhamdulillah… rasa aurat lebih terpelihara”

“Zinnirah, terima kasih ya… Saya pergi kelas dulu”

* * *

Hari minggu itu Khalida pulang ke kampung meninggalkan Zinnirah keseorangan… Zinnirah redha, sms yang menjadi penghubung antaranya dengan Khalida sudah cukup menghiburkan hati..

Zinnirah, tunggu saya balik tau esok… Saya ada kejutan untuk awak

Sms itu sedikit sebanyak membuatkan Zinnirah berdebar-debar… Hari esok seakan-akan lambat untuk tiba…

* * *

“Assalamualaikum…”

Suara Khalida di muka pintu membuatkan langkah Zinnirah laju, tombol dipulas, pintu ditarik dan kelihatanlah wajah sahabatnya yang tercinta…

“Khalida…”

Air mata Zinnirah tidak mampu ditahan lagi untuk jatuh ke bumi… Deras ia mengalir lantaran terharu melihat Khalida yang cantik berjubah dan bertudung labuh..

“Zinnirah… kenapa awak menangis? Awak tak suka ye saya pakai macam ni?”

“Bukan… saya suka sangat, subhanallah… saya terharu”

“Zinnirah, terima kasih… awak banyak ajar saya, awak tak pernah marah, awak tak pernah malu berkawan dengan saya walaupun dulu saya jarang-jarang pakai tudung… Terima kasih sahabatku..”

Lantas, Khalida memeluk Zinnirah erat… Dalam hati, Zinnirah berdoa..

Semoga kau istiqamah sahabatku!



Read More......

Wednesday, April 29, 2009

Indahnya Sakit..


"Ouch, sakitnya!"

Terkadang tanpa disedari kite mengaduh kesakitan, sering juga kita memaki menyalahkan sesuatu yang lain sedang tanpa kita sedari semua itu adalah ujian dariNya sebagai penebus dosa...

Semester ini benar-benar menguji...

Ana seringkali juga ditimpa sakit sehingga kadang-kadang terasa ingin merintih, cepat pula ana teringat kata-kata seorang sahibah - Kalau kita susah, jangan bagitau orang yang kita susah tapi kalau kita gembira, berkongsilah dengan semua orang..

Allah.. pahitnya sabar, tapi ana tau buahnya pasti manis...

Sesuatu yang menyakitkan seringkali dipandang sebagai buruk, tak berguna dan kita sering takut untuk menghadapinya, sedangkan sakit yang kita hadapi sebenarnya membuatkan jiwa kita semakin kuat.. Sakit yang kita hadapi sebenarnya merupakan kafarah dosa.... Subhanallah, sayangnya Allah pada kita kan? Kita sering membuat dosa tapi sering pula Allah mengampuninya...

Oleh itu mengapa masih merungut?

Seringkah kita merenung ke dalam diri, apakah dosa yang telah kita lakukan sehingga Allah menurunkan sakit sebagai penebus dosa..

"Ahhh... Allah tak sayang aku!! Aku tak nak mati!!"

Astarghfirullah,jika kita pernah merungut seakan-akan ini ketahuilah saudaraku, bukankah mati itu pasti? Bukankah lebih baik kita beristighfar, berzikir serta bertahmid? Bukankah Allah menguji mengikut kemampuanmu?

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا
(Al-Baqarah :286)
ertinya : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Allah.. Allah.. Allah...

Subhanallah, indahnya sakit bagi mereka yang beriman kerana pada waktu itulah diri terasa hampir dengan Allah, pada ketika itulah bibir sentiasa menyebut namaNya..

"Allah, sakitnya..."

"Allah.. bantulah hambaMu"

Lupakah kira pada firmanNya dalam surah As-Syura ayat 30 ;

وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ
ertinya : Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).

Allah tidak mungkin akan memungkiri janji... Jika itu janji Allah, maka sudah pasti ia benar tanpa dapat disangkal lagi... Kita ini kan hamba.. Maka yakinlah pada janjiNya!

Indah kan sakit? Mungkin kerana itu sahabat nabi merintih tatkala tiada ujian yang ditimpakan kepadanya... =)

wallahualam..

Read More......

Friday, April 24, 2009

Ya Allah, Ambillah Nyawaku Sebelum Aku Menjadi Anak Yang Derhaka..



“Ya Allah.. ape yang aku belajar untuk semester 3 ni” Kadang-kadang, tanpa ana sedari keluhan itu keluar jua dari mulut yang berasal dari diri yang entah bila akan faham erti sabar dan syukur…

Tapi hakikatnya… begitulah… Ana sendiri bingung, masuk kelas umpama tak masuk kelas… masuk kosong, keluar kosong… mungkin itu yang ana rasa… Apa pun, ana cuba muhasabah kembali diri yang hina… Apa yang telah ana lakukan? Mengapa ana jadi begini? Puas sudah ana renung ke dalam diri, yang positif, yang negative.. Sehinggalah tadi….

Ana duduk di café, dan kebetulan lagu bila terasa rindu nyanyian Dafi berkumandang… dan subhanallah! Ana seolah-olah mendapat jawapan bagi setiap persoalan yang bermain di minda…. Masih segar dalam ingatan, lagu inilah yang ana tujukan buat bonda tercinta ketika ana sedang berperang dengan ujian mental dan fizikal ketika di MRSM dahulu…

Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan

Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya

Semasa kau tiada

Apa yang terdaya…


Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Jauh sekali hidup di sini berbeza

Beribu kali lagi ku selesa di sana

Tak sabar menantikan detik kepulangan

Namun hingga itu

Apa yang termampu…


Bila terasa rindu ku sebut namamu

Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan

Dan barulah ku terasa bagai disembuh


Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja

Semua pencarian di sini

Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar

Ya Allah..rupanya jauh di sudut hati ana terlalu rindukan umi.. Ana terlalu ingin menatap wajah abi… Air mata seakan-akan bergenang dalam kelopak mata ana yang sering melakukan dosa… Ya abi.. umi.. Ana rindukan kalian! Meskipun hampir setiap hari diri ini mendail no telefon umi, namun hati ini masih sarat dengan perasaan kasih,rindu dan cinta buatmu…

“Mastura mastura.. bukannya jauh pun johor bahru dengan Selangor tu!!”

Ana cuba menyabarkan diri… tapi apakan daya, rindu seorang anak kepada seorang ibu dan ayah mana mungkin dapat ditahan-tahan, perasaan rindu dan sayang kepada mereka itu fitrah dan ya Allah semoga fitrah itu tidak berubah menjadi fitnah…. Apatah lagi, mungkin sekarang ini ana sedang diuji dengan gangguan emosi tanda kasih sayangNya pada diri ini yang sering alpa… Terasa ingin ku genggam tangan umi buat peneguh semangat yang kian luntur, kecewa dengan sikap muslimin pelapis agama….

Terkadang terbit rasa hiba di hati melihat teman-teman pulang ke rumah bertemu ibu dan ayah, terkadang terbit rasa cemburu melihat senyuman ibu dan ayah sahibahku namun cepat-cepat ana buang perasaan itu..

“Mastura… bersabarlah… Allah sedang berbicara denganmu…”

Teringat ana pada kisah imam As-Syafie yang sangat suka menuntut ilmu, pada suatu hari imam syafie ingin keluar daripada Mekah untuk menuntut ilmu.. segera dikhabarkan berita itu kepada ibunya, namun ibunya menangis… Imam As-Syafie berkata “Wahai ibu.. andai dirimu bersedih pada pemergianku, tidak mengapalah biar saya belajar di Mekah sahaja” segera ibunya berkata “Tidak anakku… ibu menangis kerana tidak ada apa yang mahu dibekalkan kepadamu! Ibu telah berdoa agar engkau menjadi seorang yang mencintai ilmu”

Begitulah lebih kurang ceritanya..

Ayuh Mastura!!! Bangkit!!! Ya Allah.. izinkan diri ini berbakti kepada ibu dan ayahku…

Doakanku teman………

Read More......

Wednesday, April 22, 2009

Dunia Realiti Ini..



Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1.Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2.Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3.Zakat dijadikan hutang.
4.Suami memperturutkan kehendak isteri.
5.Anak derhaka terhadap ibunya,
6.Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7.Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8.Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9.Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10.Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12.Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13.Para artis-artis disanjung-sanjung.
14.Muzik banyak dimainkan.
15.Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

(H.R Termizi)


Ana mulakan kalam dengan hadith riwayat termizi disebabkan oleh situasi yg semakin hari semakin membimbangkan…

“wuu.. Sedihnya, artis aku tersingkir”

“Ish, apsal dia kahwin dengan orang ni, bukan orang tu”

“Cantiknya fashion artis ni pakai… nilah namanya up-to date”

Dan pelbagai lagi situasi yang amat dan sungguh membimbangkan… Rancangan reality TV tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, berbeza dengan rancangan-rancangan ilmiah berbentuk diskusi agama yang jika tumbuh pun kurang mendapat sambutan-khususnya buat golongan remaja, si pelapis agama….

Terfikir ana, apakah nasib Islam pada masa akan datang? Adakah masih seutuh zaman kegemilangan khilafah, segoyah zaman millennium kini atau sehancur zaman masyarakat jahiliah? Kita marah bila ada orang hina Islam… Kita melenting bila ada orang mempermainkan Nabi, kita sakit hati bila saudara kita dikhianati…

TAPI….

Kita sendiri yang menghancurkan imej Islam itu… Kita berpakaian seperti golongan kafir, kita berkelakuan seperti golongan jahiliah….Para ilmuwan Islam diketepikan.. Hukum Halal Haram yang ditetapkan Islam tidak diendahkan… Para artis dipuja dan disokong.. Perkara tak berfaedah gemar kita lakukan… Masjid sentiasa lengang tapi disko tidak pernah putus dengan kunjungan… Lantas siapakah yang lebih wajar dipersalahkan?

Bolehkah kita kata “Ini semua salah media massa… diorang yang asyik terbitkan kisah para artis, cerailah, kahwin baru lah apelah, kisah para ulama’, kisah-kisah agama.. alahai sikit bebeno!” Ya, memang boleh dan mudah pula untuk kita menuding jari kea rah perkara lain..

TAPI INGATLAH!!

Pada saat hari pengadilan, alasan itukah yang bakal diberi? “Ya Allah… semua bukan salah aku… semua salah media massa… diorang yang asyik terbitkan kisah para artis, cerailah, kahwin baru lah apelah, kisah para ulama’, kisah-kisah agama.. alahai sikit bebeno!”

Tahukah anda? Perbezaan manusia dan monyet hanyalah 2% dan 2% itu adalah akal yang dimiliki manusia… Oleh itu, jika kita tidak menggunakan akal yang diberi… apakah bezanya monyet dan kita? “Eh,monyetlah kau ni” Sering ana terdengar suara-suara yang memonyetkan rakannya… Dan mungkin mereka itulah yang telah ‘disumpah’ oleh rakannya sendiri lantas tidak mampu berfikir secara baik…

Entahlah…

Kita menangis tatkala artis yang dipuja besedih… tapi kita tak menangis apabila saudara kita disakiti… Kita sanggup berhabisan duit demi menaikkan nama artis, tapi kita lupa ada saudara kita yang masih hidup merempat… kita kutuk orang yang mengutuk artis yang kita sanjungi tapi kita tak sedar Allah sedang mengutuk perbuatan kita yang terkutuk…. Kita sanggup berjaga malam untuk menonton TV tapi liat sungguh untuk kita melakukan tahajjud kepada Allah….

Itukah kita yang mengaku… “Saya orang Islam”

Jika benar, buktikanlah!

Ayuh kita bersama-sama bangkit, dan bencilah… bencilah untuk kembali kepada kesilapan silam.. Bencilah untuk kembali kepada kekafiran… Ayuh kita bersama-sama menegakkan kalimah lailahailallah muhammadurrasulullah kembali di muka bumi ini!
Tapi bagaimana? Tuntutlah ilmu dunia dan akhirat… Kerana menuntut ilmu itu juga merupakan ibadah jika niat hanyalah kerana Allah… tuntutlah ilmu dengan bersungguh-sungguh, bukan dengan sambil lewa… Kerana, malas itu bukanlah sifat orang mukmin…! Orang mukmin harus bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukan… orang mukmin itu berilmu, orang mukmin itu berwawasan, orang mukmin itu tidak mudah berputus asa..

Maka..

Jadilah mukmin yang berilmu,beriman dan beramal….

Salam juang…

Read More......

Thursday, April 16, 2009

Wanita... Mutiara yang terpelihara...



Gadis yang solehah malunya mengatasi perawan, beraninya mengatasi pahlawan, cinta bukan pada gambaran, rindunya bukan pada pertemuan tapi hatinya tersirat takwa keimanan…

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fi sabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan..

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri Solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai penghulu wanita syurga..

Ketika aku marah
Inginku titip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah......

-mufakkiratul mukminah..

Read More......

Sunday, April 12, 2009

Tanggungjawab kita dan mereka....


"Wawa, ada dengar khabar berita dari kawan-kawan lama?"

Tegur seorang sahibah ana ketika ana melawatnya di UiTM Shah Alam...

"Adalah sikit-sikit, kenapa?"

"Sedih. Ramai dah 'rosak'"

Ana terkedu.

Betapa kerdilnya diri ini, betapa hinanya ana rasakan, sedang ana seronok mengenaliNya, berkejar untuk mencapai redhaNya, sahabat-sahabat ana masih leka dengan urusan duniawi yang telah dihias cantik oleh para syaitan laknatullah...

Allah...

Satu persatu cerita yang ana dengari merobek-robek hati kecil ana lantas membuat jiwa ana terseksa menderita...

"Ya Allah, apa nak jadi dengan kawan-kawan aku..." spontan, ayat itu yang terlafaz. Benar, apalah khabarmu wahai sahabat-sahabat lamaku...? Sihatkah imanmu...?

Terfikir ana... siapakah yang bersalah dalam hal ini? ibu bapa? guru? persekitaran? atau diri kita sendiri? 'Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkannya' itu yang sering kita dengar dan kita hadamkan dalam diri. Benar, ana tidak nafikan, ibu bapa yang mendidik anak-anak sama ada ingin menjadi yahudi,nasrani atau muslim sejati...

Peringatan untuk ibu bapa, jua bakal ibu bapa jua buat diri ana yang sering lalai dan alpa... Amanah itu sungguh, ia nampak ringan di dunia namun natijahnya berat di akhirat.. adakah nanti sewaktu nama kita dipanggil dan tersenarai sebagai seorang ahli syurga dan sewaktu ingin melangkah ke dalam syurga Allah yang mengalir sungai di bawahnya, terdengar suara si anak..

"Nanti dulu! ibu/bapa ku inilah penyebab kerosakan diriku! ibu/bapaku inilah penyebab aku dilontarkan ke neraka! Dia lah yang mendidikku agar menjadi seorang yang tidak solehah, dia tidak mendidikku dengan cara-cara Islam.. Ayuh ibu..ayah..ayuh bersama ke neraka"

Pada waktu itu, apakah yang mampu kita lakukan? sedangkan pada hari itulah hari pengadilan yang sebenar-benarnya.. Mampukah kita berbohong?

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

(Yasiin : 65)
Ertinya : Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan. (Yasiin : 65)

Kepada para remaja...
Dengarlah luahan sadaramu ini... Benar, mungkin ibu bapamu tidak memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada dirimu... Mungkin jua dikau cemburu dengan teman-temanmu yang mempunyai asas agama dan akidah yang kukuh.. yang mampu bergelak ketawa bersama keluarga setiap masa...

Namun ingatlah!!!

Pada zaman ibu bapamu dibesarkan, ilmu agama belum cukup meluas... para ustazah juga masih memakai selendang yang menampakkan jambul di hadapan... layakkah dirimu yang tecipta dari setitis air mani yang hina lalu membesar dalam perut ibumu yang membawamu ke mana-mana selama 9 bulan 9 hari lalu melahirkanmu sehingga hampir kehilangan nyawa menuding jari kepada ibumu "Ibulah penyebab segalanya!!"

Kecil hati ibu... setitis air mata ibu jatuh, selautan dosamu....

Mungkin tidak kau sedari.. ketika kau masih bayi, kau menangis di tengah malam yang hening.. IBU mu lah yang berjaga malam memastikan kelenaan tidurmu... Ketika kau semakin membesar, AYAH mu lah yang bekerja memastikan pakai makan mu lengkap semua.. Tapi apabila kau sudah dewasa.. ibumu berkata:

"Nak, kenapa result ni teruk?"

"Ah.. ibu sibuk apa?!" kita membalas..

"Nak, pakailah pakaian menutup aurat" Ayahmu bersuara, tapi dibalas pula dengan hentakan kaki dan dentuman pintu oleh kita...

"Ape pulak? mama papa aku tak pernah kisah pun aku nak pakai apa, nak buat apa" mungkin itu yang bermain di benak fikiranmu sekarang.. Namun ingatlah! Allah telah berfirman :

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْناً وَإِن جَاهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

(Al-Ankabut : 8)
Ertinya : Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu-bapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

Anda mempunyai akal bukan?
Gunakanlah akal itu sebaiknya....

Usahalah.... usahalah untuk mencari ilmu agamaNya, kerana itu fardhu ain! fardhu ain itu wajib, jika tak buat dosa...

Janganlah terlalu menuding jari kepada ibu bapamu.. Andainya dikau sudah mengetahui bahawa cara pendidikanmu ini bukan yang terbaik, maka lakukanlah yang terbaik untuk generasi yang akan datang... Itu amanah Allah bukan? Amanah Allah kepada kita sebagai khalifahnya...

Jadilah anak yang solehah.. yang membantu kedua ibu bapamu.. agar mereka jua beroleh syurga, bukannya beroleh neraka lantaran dirimu...

Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu kecilku.....

Buat para mujahid dan mujahidah fillah!!

Ingatlah.. Allah memberi hidayah kepada kalian agar membimbing mereka yang dalam kesesatan, agar membawa mereka bersama-sama menaiki bahtera penyelamat, bukan hanya menyelamatkan dirimu seorang... Di sana nanti akan ditanya:

"Apa yang telah engkau lakukan untuk Islam"

Apa yang bakal dijawab?

Sedang diri sering leka beribadat kepadaNya,melupakan insan sekeliling yang mendambakan insan sepertimu agar memimpin tangan mereka menuju jalan yang benar! menuju redhaNya!

Allah..ampuni dosaku jua sahabat-sahabatku...

Marilah kita saling ingat-mengingati.. saling tegur-menegur.. Semuanya itu kerana Allah.. Biarlah sepahit mana pun perjuangan, kita harus selalu yakin kemanisannya di 'sana' nanti.....

وَإِذَ قَالَتْ أُمَّةٌ مِّنْهُمْ لِمَ تَعِظُونَ قَوْماً اللّهُ مُهْلِكُهُمْ أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَاباً شَدِيداً قَالُواْ مَعْذِرَةً إِلَى رَبِّكُمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

(Al-A'raf : 164)
Ertinya : Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.

Semoga kita bersatu di syurga, yang mengalir sungai di bawahnya.... Semoga Allah lindungi hati-hati ktia dari sifat-sifat riak,ujub,takbur serta sifat-sifat keji yang lain...

sayang fillah..

wallahualam.. =)

Read More......

Wednesday, April 8, 2009

Bersabarlah saudaraku...



"Mas, macam mana nak kawal marah?" tanya seorang sahibah.

Ana diam berfikir. Ya, tidak ana nafikan, tinggal di asrama kolej dengan pelbagai jenis ragam manusia yang bukan semuanya berlatarbelakangkan asrama benar-benar menguji kekentalan jiwa,emosi,mental dan juga iman..

Bilik bersepah, tandas kotor, pinggan tak bercuci... Semua itu merupakan satu ujian untuk menguji kekebalan jiwa kita yang selama ini dirasakan sudah cukup beriman kepadaNya...

"Hm... terima rakan seadanya." jawab ana..

Sahibah itu kelihatan tercengang. Mungkin masih tidak faham dengan lafaz yang mengandungi seribu satu makna tersirat. Setiap orang memiliki persepsi yang berlainan, jika dilihat dari sudut negatif, mungkin itu salah satu sebab mengapa berlakunya salah faham namun jika kita teliti dengan baik, itulah merupakan salah satu tanda kebesaranNya menandakan bahawa kita sebagai manusia ini haruslah saling melengkapi.

"Kalau nak marah tu, ingatlah segala kebaikan yang dia dah lakukan... Mungkin kita juga ada lakukan kesilapan tanpa kita sedari, kenapa kita nak marah sedangkan kita sendiri masih tidak sempurna?"

"Maksudnya?"

"Macam ni... contohnya rakan anti tu lupa nak basuh pinggan, anti pun marah. Tapi anti ingatlah balik, selama ni bilik bersepah, dia yang sapu, anti lapar dia tolong belikan makanan, bila hujan, dia angkatkan baju."

"Oh..."

Hidup dalam dunia yang fana, yang dijanjikan tidak akan kekal abadi sungguh benar-benar menguji daya tahan diri, teringat ana pada firmanNya dalam surah As-Syams:

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا (8) قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا (9) وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا (10


maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. (8) sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, (9) dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (10)

nafsu cakap "MARAH..MARAH"
Iman cakap "SABAR...SABAR"

nafsu membawa kepada kekotoron jiwa sedang iman membawa kepada kesucian jiwa... yang mana satu kah yang selalu menjadi pilihan kita? Memang best ikut cakap nafsu... best untuk masa beberapa saat sahaja... Selepas kita marah, tanpa kita sedari apsti ada jiwa yang terguris, apabila ada jiwa yang terguris mungkin persahabatan kita tidak seindah dulu..

Tidak salah andai mahu menegur rakan, tapi berhikmahlah.... Jangan turuti hawa nafsu, kelak kita yang lesu!

Antara untung dan rugi, yang mana satu menjadi pilihan? Ingatlah! pada hari akhirat nanti, kita semua akan berada dalam penyesalan yang nyata...

"Oh.. kenapa aku tak beramal ketika di dunia"
"Oh.. mengapa aku tidak lebihkan sedikit amalan aku agar aku dapat menetap dalam syurga yang lebih baik"
Dan mungkin juga..
"Kalau aku tak marah kawan aku dulu, tentu aku ditinggikan darjat!"

وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

(Al-Imran:139)
Maksudnya : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

Untuk jiwa menjadi tenang, lakukan 4 perkara ini :
1) Lupakan keburukan orang kepada kita.
2) Ingat kebaikan orang kepada kita.
3) Lupakan kebaikan kita kepada orang lain.
4) Ingat keburukan kita kepada orang lain.

Peringatan buat diri ana jua yang sering lalai dan alpa....

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ

(Al-Baqarah : 44)
Maksudnya : Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berfikir?"

akhirul kalam..

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah : 286)

wallahualam..

Read More......

Friday, April 3, 2009

Mari mengenal Al-Fatihah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

1)Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

2)Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

3)Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

4)Yang menguasai di Hari Pembalasan

5)Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

6)Tunjukilah kami jalan yang lurus,

7)(Iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

***

Hari-hari, insyaAllah paling kurang pun 17 kali kita membaca Al-Fatihah, namun tahukah kita rahsia di sebalik Al-Fatihah itu? Suka ana untuk berkongsi sedikit kupasan mengenainya, moga dapat kita bersama-sama mengupgrade solat kita, insyaAllah…

Al-FATIHAH merupakan surah pertama dalam Al-Quran namun ia BUKANLAH ayat pertama yang diturunkan kerana ayat pertama yang diturunkan ialah surah Al-Alaq…

“Kamu dah hafal surah Alhamdu ?” Tanya seorang pakcik kepada anak saudaranya

“Ha? Surah Alhamdu? Mana ade, pak cik ajaran sesat ke ape ni, ape-ape jelah..”

“Kamu tak hafal? Macam mana kamu solat ni?”

“Pak cik, kat sekolah, ustaz tu ajar nama surah Al-Fatihah, mana ada surah Alhamdu”

“Owh, pak cik dulu ngaji ustaz cakap surah Alhamdu”

Maka berbalahlah kedua-dua saudara ini, sedangkan hakikatnya surah Al-Fatihah ada banyak nama.. antaranya ialah :

· الفتحة (pembukaan)

· أم الكتاب (ibu Al-Quran)

· السبع المثاني (7 yang diulang)

· الشاقية (penawar)

· الوافية (penyempurna)

· الكافية (pencukup)

· الأساس (asas)

· الحمد (pujian)

· الرقية (jampi)

· الصلاة (solat)

Ana cerita sedikit tentang asal-usul nama الرقية (jampi)…

Pada suatu hari ada pemuda yang sedang bermusafir singgah di sebuah kampung kerana pada zaman dahulu tiada lagi R&R mahu pun warung-warung tepi jalan untuk beliau berhenti duduk-duduk sambil bincang tentang politik negara mahu pun main dam sebentar…

Lalu, sebaik sahaja pemuda ini tiba di sebuah kampung, dia merasa terkejut kerana dia tidak disambut oleh sesiapa pun, sedangkan adat orang arab ialah mereka akan menyambut tetamu, menjamu tetamu makan percuma dan sebagainya… Jadi si pemuda itu sambil runsing memikirkan apa yang tak kena dengan kampong tersebut, perutnya pula berbunyi minta diisi..

Dengan izinNya, ketua kampung tersebut telah disengat oleh binatang berbisa, maka runsinglah seluruh kampong, pelbagai cara telah dicuba untuk menyembuhkan ketua kampong yang disayangi itu. Tiba-tiba muncul satu cadangan..

“Apa kata kita suruh pemuda yang baru tiba di kampong kita ni mengubati ketua kampong ni”

“Elok juga tu”

Setelah kata sepakat dicapai, maka mereka memanggil pemuda tadi untuk menyembuhkan ketua kampong. Pemuda yang terkejut itu dengan secara spontannya telah mengambil air dan membaca surah Al-Fatihah lalu menghembus ke dalam air itu dan kemudian diberi kepada ketua kampong (sama ada di sapu atau diminum ana tak pasti) dan dengan izinNya ketua kampong itu pun sembuh, maka gembiralah penduduk kampong lalu menjamu pemuda tadi sepuas-puasnya dan selepas itu membekalkan pula pemuda tadi dengan seekor kambing hidup untuk menemani perjalanannya.. huhu

Tiba-tiba, pemuda itu terfikir :

“Eh, boleh ke aku mengambil ganjaran ni?”

Dengan resahnya dia pun bertemu dengan Rasulullah dan berlakulah perbualan (lebih kurang)

“Ya Rasulullah, bolehkah aku mengambil ganjaran daripada surah Al-Fatihah itu?”

Rasulullah pun membalas “Wahai pemuda, bagaimanakah kamu tahu bahawa surah Al-Fatihah itu boleh dijadikan jampi?”

Secara spontan pemuda itu membalas “Lapar……”

Begitulah asal-usulnya yang diceritakan oleh ustaz kepada ana… Sewaktu surah ini belum diturunkan, Rasulullah dan orang Islam pada ketika itu bersolat dengan tidak membaca Al-Fatihah, selepas ia diturunkan, Al-Fatihah termasuk dalam rukun solat… Jika kita lihat, dalam surah Al-Fatihah, 2 kali disebut bahawa Allah s.w.t itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, perlu diingat, kasih sayang Allah adalah untuk hambaNya yang taat sedangkan sifat pemurahNya untuk seluruh alam..

Rasulullah s.a.w ada bersabda (mafhumnya) : Tidak ada seorang pun yang lebih sabar daripada Allah..

Memang benar, lihat saja situasi kita pada hari ini, kita buat baik, orang tak ucap terima kasih pun mampu membangkitkan kemarahan kita, tapi Allah s.w.t, tetap bersabar dengan hambaNya yang tak tahu bersyukur, melanggar perintahNya, sembah benda lain…

Allah hu Akbar…

“Waktu solat tu sebenarnya kita sedang bercakap dengan Allah”

“Ha? Ye ke, macam tipu je…”

Benar, ketika kita sedang solat dan membaca surah Al-Fatihah, Allah s.w.t telah menyahut kata-kata kita tanpa kita sedari… ketika kita membaca ;

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Allah berkata : Hamba Aku memuji Aku

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Allah berkata : Hamba Aku memuji Aku

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Allah berkata : Hamba Aku memuji Aku

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Allah berkata : Hamba Aku memuji Aku

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Allah berkata: Ini antara Aku dan hambaKu

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Allah berkata : Ini adalah untuk hambaKu dan untuk hambaKu apa yang dia minta..

Apa yang kita minta, mungkin Allah beri di dunia atau pun di akhirat, atau Allah tidak beri tetapi menggantikannya dengan lebih baik.. Allah memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu walaupun kita menyangka apa yang kita mahu itu yang kita perlu, namun Allah lebih mengetahui segala sesuatu… Sama sahaja bagi seorang anak kecil yang mahukan sebilah pisau, pasti tidak akan diberi oleh ayahnya sedang itu yang dia mahu, tapi bukan itu yang dia perlu..

Oleh itu wahai sahabat-sahabatku, apa yang kita tunggu lagi? Allah sedang menantimu, Allah rindu rintihanmu… Ingatlah, Allah menjawab doamu dengan 3 cara :

1) Dia memberi apa yang kamu minta
2) Dia kata tunggu dan memberi sesuatu yang lebih baik
3) Dia kata tidak! Dan menggantikannya dengan yang lebih baik…

Semoga kita bersama-sama berada dalam cintaNya.. Kita tidak kelihatan langsung dari angkasa, namun mengapa masih sombong dengan Allah…?

Wallahualam..

Read More......

Wednesday, April 1, 2009

Contohi Uwais Al-Qorni..



“Huh! Penat-penat je aku buat amal ibadat, tak dapat apa pun..”

“Ala.. kenapa orang lain ada keluarga kaya, mewah, bahagia.. Aku ni apa yang ada?”

Duhai saudara-saudaraku, pernahkah ayat-ayat di atas terlintas di benak fikiran kita?

Seringkali kah kita menjadi manusia yang kufur nikmat?
Selalukah kita menjadi hambaNya yang tidak tahu bersyukur?
Seringkah kita menjadi insane yang dahagakan pujian dan sanjungan?

Marilah kita bersama-sama menghayati kisah uwais Al-Qorni, seorang hambaNya yang tidak penah mengharapkan pujian, seorang insan yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit…

***

Uwais adalah seorang pemuda yang menetap di Yaman, selama hayatnya, dia tidak pernah bertemu dengan Rasulullah kerana Rasulullah menetap di mekah. Perjalanan dari Yaman ke Mekah mengambil masa 1 tahun (pergi dan balik) sedang uwais adalah seorang anak yang taat pada ibunya.

Seorang ibu yang lumpuh, masakan sanggup seorang anak yang taat seperti uwais tegar untuk meninggalkan ibunya bersama orang lain semata-mata untuk pergi ke Mekah.
Biarpun begitu, cinta uwais kepada Rasulullah tidak pernah berkurang malahan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Apatah lagi, sahabat-sahabatnya yang baru pulang dari Mekah sentiasa menceritakan kewibawaan dan keperibadian Rasulullah, rindu dan cinta uwais kepada Rasululullah sudah tidak terbendung lagi. Bahkan, ada yang mengatakan bahawa uwais mematahkan giginya sebaik mendengar berita tentang gigi Rasulullah yang patah dalam peperangan uhud.

Pada suatu hari, uwais telah pergi menyatakan hajatnya kepada ibunya yang tercinta..

“Wahai ibuku, bolehkah saya pergi ke Mekah untuk bertemu dengan Rasulullah?”

“Boleh anakku tapi dengan syarat, kau harus pulang sebaik sahaja tiba di Mekah.”

Hati uwais berbunga riang. Masakan tidak, hajatnya untuk bertemu dengan insan yang selama ini dirindui bakal termakbul. uwais meninggalkan bekalan untuk ibunya yang bakal ditinggalkan sengan jirannya selama setahun.

Namun, takdir Allah penentu segalanya. uwais selamat tiba di Mekah, apabila dia tiba di rumah Rasulullah, salam diberi dan kelihatan Aishah membuka pintu.

“Wahai isteri nabi, bolehkah saya bertemu dengan Rasulullah”

“Maafkanku saudaraku kerana Rasulullah sekarang ini berada di medan perang”

Bolehkah kita bayangkan bagaimana perasaan uwais pada ketika itu? Bertahun lamanya dia memendam rasa kepada Rasulullah namun tidak dapat bertemunya. uwais tidak mampu berbuat apa-apa melainkan bersyukur dan redha serta percaya Allah telah mengaturkan yang terbaik buat dirinya… uwais akur, dia harus segera pulang ke Yaman kerana itu adalah amanah yang diberi oleh seorang ibu yang lumpuh…

“Tidak mengapa, nanti sampaikan salam saya kepada baginda”
Ucap uwais sebelum berlalu pergi….

Setelah perang selesai (beberapa bulan selepas kedatangan Quwais), Rasulullah telah pulang ke rumah Aishah dan baginda mengatakan (lebih kurang) :

“Aku terbau Yaman”

Lantas Aishah teringat pada Quwais dan membalas “Benar Ya Rasulullah. Seorang pemuda dari Yaman telah datang dan berkirim salam padamu”

Bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, pada suatu hari ibu uwais menyatakan hajatnya ingin menunaikan haji. Mendengarkan itu, lantas uwais membeli seekor anak lembu (berat lebih kurang 20 kg) uwais membuat kandang anak lembu itu di atas bukit. Pada setiap petang dia akan mendukung anak lembu itu turun bukit untuk makan rumput dan selepas itu dia akan mengangkat anak lembu itu kembali ke kandangnya di atas bukit. Perkara itu dilakukannya setiap hari sehingga berat anak lembu itu mencecah 100kg(lebih kurang).
Orang yang melihat uwais mengatakannya gila namun uwais tidak menghiraukannya kerana dia mempunyai matlamat yang satu iaitu mahu mendukung ibunya dari Yaman ke Mekah untuk menunaikan haji!

Di Mekah, uwais dan ibunya berdoa di hadapan kaabah dan sebaik berdoa ibunya bertanya:

“Wahai anakku, apakah yang dikau doakan”

“Ibu, saya mendoakan kesejahteraan ibu, agar Allah menempatkan ibu di kalangan orang-orang yang soleh, agar ibu mendapat rahmatNya,” Semua yang didoakan adalah untuk ibunya.

“Apakah yang engkau doa untuk dirimu?” ibunya bertanya

“Tidak ada apa-apa, cukuplah andai ibu meredhai saya..”

“Wahai uwais, andai engkau mahu aku meredhaimu, berdoalah untuk dirimu..”

Dan selepas itu barulah uwais berdoa untuk dirinya…

Pada saat kewafatan Rasulullah, Rasulullah telah berwasiat agar jubahnya diberikan kepada uwais Al-Qorni. Rasulullah juga berkata (lebih kurang), “Andai engkau bertemu dengan uwais, minta padanya agar mendoakan engkau kerana doanya tiada hijab kepada Allah” Sahabat bingung. Mereka tidak pernah bertemu dengan uwais, namun begitu Rasulullah telah menyatakan tanda-tanda yang ada pada diri uwais termasuklah giginya yang patah.

Justeru itu, setiap rombongan dari Yaman akan ditanya oleh para sahabat adakah mereka mengenali uwais Al-Qorni. Namun hampa. Sehinggalah pada suatu hari, ada seorang pemuda yang menyatakan bahawa dirinya mengenali uwais dan Umar pun berangkat ke Yaman.

Umar melihat seorang pemuda sedang duduk di bawah sepohon pokok, bajunya lusuh, rupanya tidaklah begitu kacak, jika boleh dikatakan mengikut istilah hari ini ‘tiada siapa yang mahu menjadikan menantu’. Lantas, umar bertanya,

“Wahai saudara, siapakah kamu?”

“Aku adalah hamba Allah”

“Aku juga adalah hamba Allah. Siapakah nama sebenarmu?”

“Namaku uwais Al-Qorni”

Umar gembira, ada tanda-tanda yang dinyatakan Rasullah mengenai uwais pada diri pemuda tersebut dan Umar pun memberi jubah Rasulullah kepada uwais. Selepas itu, uwais menangis dan memeluk jubah Rasulullah seerat mungkin.

Selepas beberapa tahun, uwais pun meninggal dunia. Pada waktu dia meninggal dunia, kelihatan ramai orang berpusu-pusu datang untuk menguruskan mayatnya sehingga para sahabat tidak sempat untuk menguruskan mayat uwais. Bahkan jiran-jirannya merasa pelik kerana uwais bukanlah seorang yang terkenal. Sebaik mayat uwais dikebumikan, para sahabat pun mula bergerak pulang tetapi teringat bahawa kubur uwais belum diletakkan tanda dan sahabat pun berpatah balik… tetapi..

Sebaik tiba di tempat pengebumian uwais, tidak kelihatan seperti adanya kubur di situ. Barulah sahabat faham, yang menguruskan mayat uwais adalah penduduk langit dan uwais mengekalkan fitrahnya yang tidak mahu dikenali oleh manusia biarpun dunia sudah ditinggalkan….

***

Lihatlah saudara-saudaraku, betapa uwais amat menjaga hubungannya dengan Allah dan ibunya. Betapa rendah hatinya sehingga tidak mahu dikenali oleh sesiapapun, cukup hanya Allah yang mengenalinya… Contohilah uwais, ana akui, amat sukar untuk menjaga hati, mintalah pertolongan daripadaNya, Tuhan yang mampu membolak-balikkan hati-hati kita. Mintalah padanya agar iman sentiasa mendiami hati kita…

Salam Mujahidin wa Mujahidah…

Wallahu’alam.. =)


Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .