Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Monday, May 26, 2008

kenangan bersamamu, takkan ku biar ia berlalu..

"Mas, awk kat mane?"

itulah sms pertama yg saya dpt pada pagi Ahad-25 may 2008. Raudhah, nama itu tertera di skrin hp saya. saya tersenyum. hampir2 saya terlupa akan janji saya, nak pergi rumah baru raudhah kat segamat! itulah janji yg telah dimeterai antara kami, sebelum kami masing2 bertolak ke kampung kami di segamat..

"alamak! tak habis masak lagi, makan tengah hari pun belum" saya bimbang, perbuatan saya meninggalkan rumah nenek saya seblum makan tengah hari bakal mengecilkan hati sesiapa sahaja di dalam rumah itu..'Alamak Raudhah, xpergi kot..belum makan tengah hari lagi' saya cuba mencari alasan. Tapi disebabkan kesungguhan Raudhah menjemput saya ke rumahnya ditambah lagi dengan alasan iman ada sekali! saya tak mampu lagi nak menolak. Setelah meminta keizinan utk keluar, dengan pantas saya bersiap. Waktu tu dah pukul 1 lebih, Raudhah nak pergi hantar rombongan bertunang bagi pihak sepupu dia pukul 2. Alamak...Dah selamat

Iman ligat betul. Anak kecil berusia 3 tahun itu tidak putus2 ajak saya bermain bersama. erm, layan je la... "Mastura, ikut sekali la..nanti balik, pakcik hantar terus kat kg.Jawa" tiba2 ayah Raudhah bagi offer baik punya! "Ok jugak la tu.." sungguh! inilah pengalaman pertama saya ikut rombongan bertunang dari awal hingga akhir.. =) Perjalanan yang jauh dari segamat ke rumah pengantin perempuan membuat saya tertanya2.. 'kat mana sebenarnya rumah dia ni..' dengan penuh konfiden Raudhah jawab "area segamat jugak".. rupanya kat Pahang! aduh...selepas meletakkan barang2 hantaran di ruang tamu rumah pengantin perempuan, kami pun duduk. "Er, adik ni ikut sekali rombongan eh?" Seorang Pakcik bertanya. "A ah" Jawab Raudhah.. " er, adik, boleh duduk kat sana tak? bahagian perempuan..sini bahagian lelaki.." kami pandang sekeliling. Baru perasan, kami berdua je perempuan kat situ.. aduh! malu betul.. rasa nak lari pergi sorok muka dalam lubang jamban.. tapi takpe, muka maintain relaks, walaupun dalam hati dah rasa goyah...hurm...Selepas selesai acara sarung cincin, kami pun makan2 dan balik...tapi yang paling tak boleh lupa, dialog iman "Huu..cakit...darah....nak gi ospital.." setiap kali kene 'belasah' dengan Raudhah sebab 'terlalu baik'..


Rasulullah S.A.W bersabda : Tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya.

Read More......

Wednesday, May 21, 2008

Kertas itu bermakna..

Flyer, pamplet, kertas iklan. Lumrah kertas2 yg bakal kita hadapi sewaktu berjalan-jalan di mana-mana shopping complex. Salesman. Salesgirl. Dua manusia yg sering dilihat tegar berdiri di satu-satu sudut di shopping complex mahu pun parking lot demi mencari sesuap nasi untuk menjana kehidupannya. Menjana kehidupannya! itulah satu-satunya perkara yang kita,sebagai seorang manusia 'ter' lupa akan hakikat itu. Sering sahaja kita berlalu dengan muka sombong dan menepis kertas-kertas yang cuba dihulurkan oleh mereka, tanpa kita sedar, setiap kertas itu sungguh bermakna buat mereka...Sungguhpun kita tidak berminat dengan barangan yang ditawarkan, salahkah jika kita hanya menghulurkan tangan dan menghulurkan sedikit senyuman untuk menyambut kertas yang dihulurkan jika itu satu-satunya perkara yang mampu melegakan hati kecil mereka? Bukankah mengembirakan hati insan lain itu merupakan satu nikmat bagi insan yang berhati jernih... entahlah, mungkin saya terlalu emosi tentang perkara ini, mungkin juga saya hanya memikirkan kepentingan satu pihak sahaja. tapi itulah hakikat kehidupan sekarang, biarpun pahit, biarpun busuk, itulah hakikat sifat-sifat yang terpendam di sebalik nurani kita. sombong!
seringkali saya terlihat manusia-manusia yang sibuk ke sana-ke sini di bawah terik mentari demi mencari sesuap nasi dilayan bagaikan lipas di jalanan, bagai patung yang bergerak atau robot yang telah diset. dilayan dengan sungguh tidak berperikemanusiaan! bahkan, ada yang dimaki hamun.. Mungkin benar, ada segelintir manusia-manusia itu yang sering menipu orang ramai, tapi siapakah kita untuk menghukum keseluruhan mereka yang berpanas-terik, ke sana- kesini demi mencari rezeki untuk menjana kehidupannya, dan mungkin juga kehidupan keluarganya... Jalankanlah kewajipan kita-menjadi manusia yang memanusiakan manusia. Bukan menjadi Tuhan yang layak menghukum insan-insan lain yang sama sahaja tarafnya dengan empunya diri.Jika mereka tersilap,tegurlah dengan berhikmah, bukankah fitrah manusia itu melakukan kesilapan?..Berikan senyuman, layan mereka seadanya kerana anda mungkin tidak tahu bahawa senyuman itu mampu melegakan kepenatan mereka yang tidak duduk barang sesaaat pun. Janganlah jadi manusia yang mementingkan diri,"Alah, bukan masalah aku, dia punya kerja, dia punya pasallah" . Sesekali, letakkanlah diri anda dalam keadaan diri mereka, kerana di sebalik kepahitan itu, pasti akan terselit barang sedikit kemanisan....Kita bukan hidup secara sendiri dalam dunia ini, mungkin sekarang kita senang, esok, lusa, siapa yang tahu...

Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.(Al-Hajj:77)

Read More......

Sunday, May 18, 2008

Erti Sayang.. =)

Abg Adi,Kak Yah,Wawa,Ajim

"Wa...Janganlah!!!" Jujur, dulu,itulah ayat yang sering diigaukan oleh adik kecil saya,Mohd Hazim atau lebih senang dikenali sebagai ajim... Memang, saya suka menyakatnya, bagaikan ada satu kekurangan dalam hidup ni jika satu hari tak mendengar jeritan dari mulut kecil itu. Macam irama dan lagu. Memang tak dapat dipisahkan.hehe.Jesteru, rumah kami tak pernah sunyi dengan pekikan ajim..Emak dan abah naik risau. Sesekali kami dimarahi, namun sekadar di situ sahaja. Tapi, sekuat mana pun sakatan saya terhadap adik kecil saya, saya sangat sensitif jika ada sesiapa yang cuba mengacau atau membulinya. Badan adik saya sering sahaja luka2 akibat dibuli atau akibat kecuaiannya sendiri. Secara tidak langsung saya akan merasa sedih yang teramat dan akan cuba mendamaikan hatinya. Begitu juga dengan ajim, saya masih ingat, sewaktu saya demam teruk, dialah yang bertugas menampal 'koyok' di kepala saya dan memberi panadol. saya tersentuh.

"Wa, bile nak balik asrama, seboklah kat rumah" Itulah ayat yang sering ajim lontarkan kepada saya waktu saya pulang ke rumah dari asrama.. tension dengan assignment pun tak hilang lagi! "bluwek!!" saya gemar membalasnya begitu, siap dengan aksi menjelir lidah. Tapi,kalau saya telefon rumah dari asrama, sebok pula dia tanya"Wa, bila nak balik umah? ajim x rindu pon ngan wa" nak tergelak pun ada.budak2 hai budak2... bila kami adik-beradik dah mula bertelagah, kadang2 rasa nak tukar rumah pun ada! tapi, seburuk mana pon pertelagahan kami, kami sering 'back up' antara satu sama lain kalau ada sape2 yg cuba mengacau kami.. begitulah indahnya erti sayang dalam hubungan ini...tak terungkap dengan kata2, tapi terlihat dari perbuatan...
Gambar ini diambil sebelum Abg Adi ditumbuk bertalu-talu =)

menjengah usia dewasa, masing2 mula membawa haluan sendiri, seorang belajar di timur, seorang belajar di selatan.. hanya telefon lah menjadi penghubung kami, dan rumah ini tak pernah senyap dengan riuh rendah kami adik-beradik jika semua berkumpul sekali! lebih2 lagi hari raya! mungkin jarak semakin mengeratkan hubungan kami...Ada sahaja cerita yg nak diceritakan, dan yg selalu jadi mangsa sakatan saya dan abang saya,tentulah kakak saya! sebab dia yang selalu pot pet cerita pasal patient la apela..hehe..ampun kak yah! Sungguh, saya rindukan saat kecil dulu, biarpun sering bertelagah, tapi kami tetap bersama, di bawah satu bumbung... baiti jannati.. Mungkin ada betulnya pepatah 'people take things for granted' seorang manusia memang suka mensia-siakan apa yang ada di hadapannya, dan hanya menyedari kesilapannya sewaktu benda itu tiada lagi di hadapan mata. Mungkin itulah yang sedang saya alami sekarang...namun,saya tetap menghargai pengalaman sekarang, what by gone be by gone..
Membe semerayap...

"Wa, macam mane nak tulis surat ni, ajim tak tau la" Hazim pernah berkata begini sewaktu saya memaksanya lukis kad untuk mak, lukis dah lukis, tapi tak tau nak tulis pulak... aduhai hazim.. dengan muka tak bersalahnya tu, nak tergelak pun ada... terpaksalah saya ajar dia susun ayat.. hehe..dan sekarang ni, dia pula yang syok menyakat saya!
Member sepergaduhan

Buat semua yang masih berkumpul sekalian keluarga di hadapan mata,hargailah apa yg ada di hadapan kita, jangan sampai dah hilang baru nak menangis..dan ingatlah, sedangkan lidah lagi tergigit~

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.(Al-Imran:159)

Read More......

Mungkinkah aku yg salah..

"Kau nak sambung belajar kat mana ni? kenapa tolak matrik?" soalan pertama yang singgah ke gegendang telinga saya oleh 'dia'. Siapa dia? biarlah saya rahsiakan, cukuplah sekadar dia dikenali sebagai seorang wanita yg boleh dikatakan rapat dengan diri ini.
siapakah yang akan mendidik mereka?..
"Saya nak jadi ustazah, tak minat lah nak masuk matrik.. nak masuk kat ******, insyaAllah" saya cuba menjawab sebaik mungkin, "Hah? masuk situ? tak payahlah... baik kau pergi matrik je, situ orang dia dah lah mundur, nak terima pembaharuan menggeletar badan, kerja pun tak tau lagi" Jerkah si 'dia'. Astarghfirllah. saya beristighfar dalam hati, tidak menyangka akan dijerkah sebegitu. Rasa kesal menyelinap dalam hati.. Marah? mungkin tidak, namun sedikit kecewa tidak saya nafikan.

"Kau tau tak, orang2 kat situ, semuanya berfikiran macam zaman Rasulullah dulu, sekarang ni kita dah nak zaman kiamat" kata-katanya diikuti gelak ketawa oleh seorang rakannya. "Tapi, saya tengok ustaz kat situ ok je."saya cuba membalas. "Lahiriah oklah, batiniah dia tak ok" saya cuma diam, membantah tidak, menyokong tidak. Namun diamnya saya tidak bermaksud saya bersetuju dengan setiap bait kata-kata yang dilontarkannya, diamnya saya kerana saya menghormatinya sebagai seorang yang lebih dewasa dan mungkin lebih matang dengan arus dunia ini.
masjid ini, mungkinkah akan terus diimarahkan?

Saya berfikir sejenak. Ramai juga yang pelik dengan keputusan saya ini. Ramai juga yang mengatakan ini satu kerugian, mereka berkata kelulusan saya terlalu tinggi untuk ke arah menjadi ustazah(semoga ini bukan riak). Namun, saya persoalkan kembali " Yang nak jadi ustazah tu memang kena tak pandai ke?" mahu ke kita anak2 kita dididik oleh seorang yang kurang berpengetahuan? kita sekarang ni dah nak ke zaman kiamat. kata2 itu terngiang2 di telinga saya. Kita dah nak kiamat! jadi salahkah kita jika kita mengikut sunnah2 Rasulullah, salahkah kita jika kita mengelakkan maksiat, salahkah kita jika kita tidak terjebak dengan panggung2 wayang, salahkah kita jika kita tidak terjebak dengan masalah sosial terutamanya couple. salahkah kita untuk mendambakan secebis kasih Ilahi. salahkah?...


Betulkah kita jika kita mengikut arus persedaran zaman kiamat ini. Berpegangan tangan antara bukan muhrim, berpeleseran di sana sini, keluarga terabai, masjid lengang. Betulkah kita jika kita mengikut saje peredaran zaman? Sesekali, kita perlu menjadi 'pelik' untuk terus bertapak dalam keredhaanNya. itu yg saya fikirkan. Mungkinkah saya yg salah? Jika saya yang salah, maafkanlah saya kerana berfikir sebegini....Namun saya pohon kpd Allah agar dikuatkan hati ini untuk menempuh hari2 mendatang, saya tau ia bukan mudah...

kenangan di istana minang sebelum istana ini roboh akibat gempa bumi...

"Ah, setakat ****** kau lupakan je la" itulah kata2 terakhir dari si dia. saya tetap juga senyap, malas bertelegah. malas juga dikatakan kurang ajar.sedikit pilu memberkas di hati saya, namun saya kuatkan kerana saya yakin dengan janji Allah ;

Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa, (Al-Hajj:40)

Read More......

Friday, May 16, 2008

"akak,adik nak tny sikit boleh?.."

sewaktu saya sedang enak mentadabbur Al-Quran,dtg seorang anak kecil,saya senyum dan mengajaknya bersama-sama mentadabbur Al-Quran. kebetulan, saya sedang berhenti di surah An-nisa' ayat 134..

"dik, cuba baca ayat ni" anak kecil itu menurut....

" Barangsiapa yang menghendaki pahala di dunia saja (maka ia merugi), karena di sisi Allah ada pahala dunia dan akhirat. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." petah mulut kecil itu membaca. saya tersenyum.
"apa maknanya tu dik?" saya cuba menyoal. Dia cuma mengerut2 keningnya,petanda tak faham.

"maknanya...kalau kite asyik nak kejar dunia je, kita rugi sebab kita hidup ni sementara je, lepas tu kita hidup kat akhirat pulak..." "ha?!" belum sempat saya menghabiskan ayat, anak kecil itu mencelah. "Hidup? kan nanti kita mati? macam mana nak hidup balik?" saya senyum. kus semangat tiba2 disergah. "Memang nanti kita hidup balik, dengan kuasa Allah. lepas tu kita dikumpulkan kat satu padang tu, namanya padang masyar, kat situ ada skrin besar, die tayang apa yg kita dah buat kat dunia ni.." saya cuba menerangkan dengan seringkas mungkin "Oh..mcm wayang tu eh kak? tapi nanti malula,semua orang tau apa kita buat.."

semoga dirimu dirahmatiNya(gambar hiasan)


"Ha ah,mcm wayang..sebab tula, Rasulullah ada bersabda, kalau kita menutup aib orang lain kat dunia ni, Allah akan tutup aib kita kat akhirat nanti." anak itu mengangguk2kan kepala "tapi kak..." dia cuba menyambung kata, dalam hati saya muncul sedikit debar,saya tau sy perlu menerangkan apa yang akan disoal nanti dengan berhikmah agar terus meresap dalam hatinya.mudah2an.


"tapi, kalau orang tu selalu kacau saya, campak beg saya dalam longkangla,letak lipan dalam beg la, lepas tu dia mintak maaf, sy taknak maafkan dia, boleh tak kak?" gulp! saya menarik nafas, dengan lembut saya terangkan " Rasulullah dulu, macam2 cabaran dia hadapi, bahkan lagi teruk dari yg adik hadapi, pernah dibaling najis dan macam2 lagi. tapi baginda maafkan semua kesalahan orang2 tu. Allah pun sedia maafkan hambaNya, antara Allah dengan manusia siapa lagi mulia?"

"Allah" pantas dia menjawab " jadi, kita nih lagi rendah taraf dari Allah, kenapa kita taknak maafkan orang lain?" dia diam, mungkin sedang berfikir...

"Nabi tu baik eh kak?" saya cuma mengangguk dan tersenyum. "nabi2 yang lain tu semua baik jugak ke?" saya mengangguk lagi. "Habis tu kenapa orang2 kristian sembah nabi isa?" aduh! otak saya ligat mencari jawapan yg mudah. "erm, Allah tlg nabi isa waktu dia nak kena salib, Allah angkat dia naik langit..tp nanti hari kiamat, nabi isa turun, sambung ajaran nabi Muhammad" selepas habis menerangkan semua persoalan, anak kecil itu pergi 'menguruskan' urusan2 dia yang lain...



singgahlah sebentar di surau atau masjid

semoga Allah memberi hidayah kepada anak kecil itu, semoga dia menjadi seorang mujahid yang membela tauhid! insyaAllah..


Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.(An-nisa':149)

Read More......

Thursday, May 15, 2008

happy mother's day...

happy mother's day..selamat hari ibu..mungkin masih belum terlambat utk saya coretkan sedikit kisah di sebalik ungkapan yg sungguh bermakna ini..
saya hanya mencoretkan kembali apa yg ustaz sy pada ketika itu ungkapkan di kem pembangunan sahsiah pelajar tingkatan 4 MRSM Muar tahun 2006...insyaAllah.. semoga jadi pengajaran..

"ustaz ada seorang kawan, baik dgn ustaz...tp, mase djh 6, dia mula campur dgn budak2 nakal dan dia terpengaruh" ustaz sy memulakan cerita. Pada ketika ini, senyuman masih terukir dibibir mulus ustaz.. "ustaz cuba nasihatkan dia. Ayah dia dah xde, dia tinggal dengan mak dia," ustaz menyambung. Jelas, raut kebimbangan terukir di wajah ustaz pada ketika itu. mungkin sedang menahan sebak, xsiapa yg tahu. "Tapi...." konsentrasi kami yg pada mulanya mahu teralih kerana ustaz senyap untuk beberapa minit tertarik kembali untuk mendengar setiap bait yg keluar dari bibir ustaz kesayangan kami. "Tapi..dia xnk dgr..ustaz ajak dia pergi surau,dia xnak,dia dah mula merokok...waktu trial upsr da semakin hampir,tp dia xbelajar pon...ustaz tau, dia salah seorg budak terpandai kat skolah tu..."

ustaz menyampaikan amanat
"waktu keputusan trial keluar, dia dapat teruk. xde satu A pun, waktu dia balik rumah, mak dia dah masak sedap2 utk dia, semua makanan kegemaran dia, mak dia tny dan tny dia dpt berapa tp dia cuba elak, tp selama mana dia dpt elak, akhirnya dia bg mak dia slip keputusan tu.. waktu mak dia tengok...tiba2 mak dia jatuh pengsan...masuk wad.. mak dia kene serangan sakit jantung.. waktu tu, dia tersedar dari lamunan.." saat ini, suara ustaz sudah menggigil. Mungkin ustaz cuba menahan sebak, hakikatnya, kami juga seperti ustaz, menahan sebak yg bersarang di hati2 kami...

kene rendam sebab 'terlalu baik'


"waktu mak dia kat hospital, hari2 slps balik sekolah dia pergi hospital, suap mak dia makan, dia janji dgn mak dia, dia akan belajar sungguh2... nak jadi doktor, nak rawat sakit mak dia..." ustaz kesat mata dia yg berair.. meremang bulu roma saya pada saat ini. sy tersentuh. "Lepas tu, dia da berubah,pergi surau, lepas sekolah, kitorg blajar same2, dan lps tu dia naik basikal, pergi lawat mak dia kat hospital" ustaz menarik nafas, mungkin mencari kekuatan utk menyambung kisahnya... kami menanti dan kali ini, konsentrasi kami tidak beralih kemana-mana...

selamat berjuang sahabatku..


"waktu keputusan UPSR keluar, dia dpt 5a, ustaz dpt 4a jek, ustaz ucap tahniah kat dia.. tibe2 dia ckp kat ustaz.. zi, jom pegi hospital aku nk tunjuk kat mak aku... ustaz ikut die dan waktu sampai hospital, mak dia dah xde kat katil tu, doktor kate mak dia dah balik rumah. Betapa gembiranya hati kwn ustaz. Ustaz pun gembira. kitorg pon pergi rumah dia, waktu kat depan rumah dia, ramai org, hati ustaz da x sedap..kwn ustaz tny ustaz...zi, knape ramai org ni zi? ustaz senyap..ustaz cuma mampu suruh dia bersabar... dia terus masuk rumah, jumpa mak long dia, dia tny, mak long, mak mana? sy dpt 5a..nak tunjuk kat mak, mak long dia kata, mak dia ade kat bilik.. ustaz ikut je dia pergi bilik..." di saat ini, ustaz dah x mampu nk sembunyikan air mata ustaz lagi, setitik demi setitik, jatuh menyembah bumi..

sesi suap menyuap..

"waktu sampai bilik, mak dia dah terbujur kaku atas katil, dia meluru kat mak dia, dia ckp, mak bangun mak, saya dapat 5a..mak bangunlah, kan sy dah janji, nak jadi doktor, nak rawat sakit mak.. mak kenapa mak tak bangun ni..bangunlah mak, tengoklah keputusan ni.. bangunlah mak.. bangunlah.... " ustaz cakap ayat ni dengan tersekat2, dan bercucuran air mata ustaz jatuh, begitu juga dengan kami... waktu itu, hanya wajah mak yg muncul dlm kepala saya, sehingga lah ustaz mengakhiri cerita tu dengan ayat "tapi, mak dia tetap tak bangun.."





senangkanlah hati mak, hati mak, hati mak, dan hati abah sewaktu mereka masih hidup dan bernafas di muka bumi ini... jangan menyesal di kemudian hari.. bersyukurlah dengan nikmat yg Allah bagi pada kita yg masih mempunyai ibu dan ayah, yg dah xde, bersyukurlah, krn sekurang2nya, kita masih hidup, dlm jagaan Allah...

Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu-bapaknya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan(Al-Ankabut:8)

Read More......

manusia itu...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

sungguh, jiwa sy tidak tenang. sejak semalam memikirkan perkara ini dan hati sy membentak2 supaya segera menaip apa yg terselit di sebalik lipatan hati kecil sy ini.

manusia itu pentingkan diri! selfish! pasti kita tersentak jika tiba2 diterjah dgn ayat sekeras ini. namun itulah kenyataannya yg mungkin tidak kita sedari atau tidak mengambil inisiatif utk endah. susah utk sy ungkapkan dgn perkataan berkenaan apa yg sy coretkan, namun sy cuba utk kepentingan kita bersama.

"kau tgk mat2 rempit tu, buang masa betul, lebih baik pergi masjid, beribadah"
"betul tu"

ini antara perbualan yg biasa menerjah gegendang telinga sy. sy terpana. hati sy sebak. mengapa manusia itu cepat sungguh menghukum? kita bersaudara. seluruh umat islam adalah bersaudara.tidak pernahkah kita terfikir, di saat kita sedang beribadah di masjid, saudara kita sedang berpeleseran di tepi2 jalan, ketika kita sedang enak mengecapi kejayaan, saudara kita sedang hiba menempah kegagalan. ketika kita sedang enak menjamah rezeki halal, saudara kita menjamah rezeki2 haram yg menjadi darah dagingnya, ketika kita sedang diselimuti rahmat pernikahan, saudara kita sedang mencari kemurkaan Allah dengan mengadakan hubungan selain pernikahan. Mungkin perkara ini pernah terlintas di fikiran kita, namun tidak menetap di hati kita. Sebab itu kita seenak-enaknya memandang mereka dengan sebelah mata, malah mencerca serta memaki mereka. begitukah kita?...
Mungkin hati mereka tidak setenang air di laut..

mungkinkah kita terlalu lemah untuk menegur? tapi mengapa kita tidak lemah untuk mencerca? hinakah jika kita berdampingan dengan mereka? jatuhkah martabat kita di sisi Allah jika kita cuba mengubah mereka, memberi mereka sekelumit sinar utk mereka terus berjalan di jln yg bnr... mungkin dari lahiriah, mereka npk sungguh menyakitkan hati, tapi pernahkah kita sedar bhw mereka itu juga adalah manusia, yg punya sekeping hati... jika kita benar2 cuba menyelami hati mereka, pasti kita akan sedar, sebenarnya terselit seribu kepahitan dalam sejarah hidup mereka.. begitulah dunia dan bukankah kita khalifah yg seharusnya bersama2 memimpin ke arah kebenaran yg satu.. jdlah kita khalifah itu.....

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasehati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa" (Al-A'raf:164)

Alhamdulillah....terluah sudah segalanya...

Read More......

Wednesday, May 14, 2008

Sahabat...

Terkenang sebuah memori lalu, kisah persahabatan kita bersama, di dalam satu pengajian, menuntut ilmu dan pengalaman...mengingatkanku pengorbananmu..terpahat padu di kalbuku..

Masa tetap akan berlalu,biarpun kita cuba menghalang waktu daripada terus berjalan, namun hakikatnya, kita masih di sini dan masa terus berjalan tanpa hentinya... waktu malam begini, ketika sdg sendirian mengadap komputer, secara tidak langsung, memori bersama sahabat2 tercinta seperti wayang gambar berputar satu demi satu...

katakanlah, sahabatku, aku syg kamu..

Sahabat. satu perkataan yang paling saya geruni satu ketika dahulu. Mencari seorang sahabat tidak semudah membeli barangan di kedai runcit. Memilih seorang sahabat tidak semudah menekan2 keyboard utk menaip perkataan itu. Sahabat. Bahkan, untuk melupakan seorang sahabat juga tidak semudah yg disangka, untuk melupakan seorg sahabat samalah seperti untuk melupakan apa yg tidak pernah berlaku atau cuba untuk mengingat apa yg tidak pernah kita miliki. memiliki seorang sahabat adalah satu anugerah yg tidak terhingga kerana kawan senang dicari namun sahabat adalah permta di celahan kaca...begitulah..












sahabat seperjuangan di MRSM Muar
Mencari seorang sahabat bukanlah pada paras rupanya, juga penampilannya, namun lihatlah jauh di sudut hatinya, biar sejahat mana pun seseorang itu di mata masyarakat, dia tetap layak untuk menjadi seorang sahabat yg baik bg kita. mungkin. Mungkin jua sahabat yg elok pekertinya di hadapan kita serta molek penampilannya secara senyap menikam kita dari belakang dan itu pasti sungguh menyakitkan. Ingat, lihatlah hatinya kerana di situ terletak segalanya...Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadratNya krn ketika sedang menempuh onak duri dalam permainan pentas dunia, saya menemui sahabat2 yg sanggup memimpin saya di lorong sempit, malah sanggup menunggu saya untuk terus bertatih dan seterusnya berlari bersama mengejar impian nan satu.. inilah nikmat Allah yg tidak ternilai, terkadang menitis air mata saya mengingatinya. semoga ini bukan istidraj...


sahabat sepermainan dan sahabat seperjuangan di SSI,JB


Tidak saya nafikan, kdg2, sahabat sesama sahabat juga boleh bertelagah, namun, dengan akal yg bijaksana, sama2lah menyelesaikannya kerana setiap masalah itu ada jln penyelesaiannya jika kita benar2 berusaha ke arah itu. insyaAllah. saya juga pernah berselisih faham dengan sahabat2 saya, saya cuba melupakan mereka, namun seperti yg sy katakan, tidak semudah itu, dan sbg keputusannya, hubungan kami semakin erat setelah masalah itu selesai. Alhamdulillah. Ingatlah seorang sahabat itu juga manusia biasa, seperti kita, dia juga mempunyai sekeping hati yang mempunyai perasaan sedih,sayang dan kecewa, jadilah seorang sahabat yang baik, yang mampu menjaga hati sahabatnya yg lain, gembiralah di saat mendengar berita gembira mengenai sahabatmu, dan hiburkanlah sahabatmu di saat dia dirundung duka, begitulah lumrah dunia, punya turun naiknya, jadilah kita seorang permata di celahan kaca yang mampu menyenangkan hati insan2 lain, semoga dgn itu, hati kita akan selalu senang. mudah2an..
Semoga berkat kasih sayang sesama sahabat mampu menguatkan perjuangan kita... insyaAllah..

seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W:"siapakah yg menjadi sahabat paling baik bagi kami?" jawabnya : "seorang yang apabila kamu pandangnya kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari percakapannya pengetahuan kamu mengenai Islam bertambah,bila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kpd kehidupan akhirat"


zaman kenakalan di MRSM Muar

Read More......

Allah sedang berbicara...


"ah,aku x kuat nak menghadapi semua ni"


"kenapa semua nie berlaku"


seringkali sy mendengar ayat2 sebegini lahir dari insan2 sekeliling... bahkan, saya sendiri terkadang terlepas perkataan2 sebegitu, tanpa saya sedar, sebenarnya Allah sedang berbicara...saya tersenyum, mungkin krn pelik dgn manusia2 zmn sekarang yg gentar dgn ujian kesusahan, namun xpernah gentar dgn ujian nikmat yg Allah berikan...


pernahkah kita berfikir, di kala kita susah, apakah yg mampu dilakukan oleh insan2 lain yg jauh lebih susah dari kita, jika kita tidak makan satu hari, pernah kah kita terfikir akan insan2 lain yg terpaksa bersusah payah mendapatkan barang sesuap nasi utk satu minggu... Jika kita merasa susah untuk belajar, pernah kah kita fikir akan manusia2 lain yg terlalu ingin utk ke sekolah namun desakan hidup tidak mengizinkan... pernahkah? nasihat saya, berfikirlah dan sabar. Allah itu ada, dan setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..

ketika kita sedang selesa di rumah, mereka menempuh hidup di sini...



Sejujurnya, mungkin saya juga sedang diuji olehNya...duka kehilangan 2 insan terdekat dlm masa satu minggu cukup dalam... saya mencuba utk berdiri semula setelah saya jatuh tersungkur, kerana saya pasti, Allah sedang berbicara... mungkin inilah ujianNya.. semoga terselit kebaikan di sebalik dugaan ini.. InsyaAllah.. mudah2an... bukankah di dalam Al-Quran telah tercatat
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Al- Ankabut:2)


mengingat kembali semua kata2 saya yg terlalu lemah dalam mengharungi ujianNya, saya jadi malu, malu dengan Allah.. sahabat2 yg sy sayangi sekalian... bersabarlah jika ketika ini dugaan sedang menimpamu... bersabarlah krn Allah sedang berbicara....

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (Al-Baqarah:286)

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .