Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Wednesday, May 21, 2008

Kertas itu bermakna..

Flyer, pamplet, kertas iklan. Lumrah kertas2 yg bakal kita hadapi sewaktu berjalan-jalan di mana-mana shopping complex. Salesman. Salesgirl. Dua manusia yg sering dilihat tegar berdiri di satu-satu sudut di shopping complex mahu pun parking lot demi mencari sesuap nasi untuk menjana kehidupannya. Menjana kehidupannya! itulah satu-satunya perkara yang kita,sebagai seorang manusia 'ter' lupa akan hakikat itu. Sering sahaja kita berlalu dengan muka sombong dan menepis kertas-kertas yang cuba dihulurkan oleh mereka, tanpa kita sedar, setiap kertas itu sungguh bermakna buat mereka...Sungguhpun kita tidak berminat dengan barangan yang ditawarkan, salahkah jika kita hanya menghulurkan tangan dan menghulurkan sedikit senyuman untuk menyambut kertas yang dihulurkan jika itu satu-satunya perkara yang mampu melegakan hati kecil mereka? Bukankah mengembirakan hati insan lain itu merupakan satu nikmat bagi insan yang berhati jernih... entahlah, mungkin saya terlalu emosi tentang perkara ini, mungkin juga saya hanya memikirkan kepentingan satu pihak sahaja. tapi itulah hakikat kehidupan sekarang, biarpun pahit, biarpun busuk, itulah hakikat sifat-sifat yang terpendam di sebalik nurani kita. sombong!
seringkali saya terlihat manusia-manusia yang sibuk ke sana-ke sini di bawah terik mentari demi mencari sesuap nasi dilayan bagaikan lipas di jalanan, bagai patung yang bergerak atau robot yang telah diset. dilayan dengan sungguh tidak berperikemanusiaan! bahkan, ada yang dimaki hamun.. Mungkin benar, ada segelintir manusia-manusia itu yang sering menipu orang ramai, tapi siapakah kita untuk menghukum keseluruhan mereka yang berpanas-terik, ke sana- kesini demi mencari rezeki untuk menjana kehidupannya, dan mungkin juga kehidupan keluarganya... Jalankanlah kewajipan kita-menjadi manusia yang memanusiakan manusia. Bukan menjadi Tuhan yang layak menghukum insan-insan lain yang sama sahaja tarafnya dengan empunya diri.Jika mereka tersilap,tegurlah dengan berhikmah, bukankah fitrah manusia itu melakukan kesilapan?..Berikan senyuman, layan mereka seadanya kerana anda mungkin tidak tahu bahawa senyuman itu mampu melegakan kepenatan mereka yang tidak duduk barang sesaaat pun. Janganlah jadi manusia yang mementingkan diri,"Alah, bukan masalah aku, dia punya kerja, dia punya pasallah" . Sesekali, letakkanlah diri anda dalam keadaan diri mereka, kerana di sebalik kepahitan itu, pasti akan terselit barang sedikit kemanisan....Kita bukan hidup secara sendiri dalam dunia ini, mungkin sekarang kita senang, esok, lusa, siapa yang tahu...

Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.(Al-Hajj:77)

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .