Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Monday, May 26, 2008

kenangan bersamamu, takkan ku biar ia berlalu..

"Mas, awk kat mane?"

itulah sms pertama yg saya dpt pada pagi Ahad-25 may 2008. Raudhah, nama itu tertera di skrin hp saya. saya tersenyum. hampir2 saya terlupa akan janji saya, nak pergi rumah baru raudhah kat segamat! itulah janji yg telah dimeterai antara kami, sebelum kami masing2 bertolak ke kampung kami di segamat..

"alamak! tak habis masak lagi, makan tengah hari pun belum" saya bimbang, perbuatan saya meninggalkan rumah nenek saya seblum makan tengah hari bakal mengecilkan hati sesiapa sahaja di dalam rumah itu..'Alamak Raudhah, xpergi kot..belum makan tengah hari lagi' saya cuba mencari alasan. Tapi disebabkan kesungguhan Raudhah menjemput saya ke rumahnya ditambah lagi dengan alasan iman ada sekali! saya tak mampu lagi nak menolak. Setelah meminta keizinan utk keluar, dengan pantas saya bersiap. Waktu tu dah pukul 1 lebih, Raudhah nak pergi hantar rombongan bertunang bagi pihak sepupu dia pukul 2. Alamak...Dah selamat

Iman ligat betul. Anak kecil berusia 3 tahun itu tidak putus2 ajak saya bermain bersama. erm, layan je la... "Mastura, ikut sekali la..nanti balik, pakcik hantar terus kat kg.Jawa" tiba2 ayah Raudhah bagi offer baik punya! "Ok jugak la tu.." sungguh! inilah pengalaman pertama saya ikut rombongan bertunang dari awal hingga akhir.. =) Perjalanan yang jauh dari segamat ke rumah pengantin perempuan membuat saya tertanya2.. 'kat mana sebenarnya rumah dia ni..' dengan penuh konfiden Raudhah jawab "area segamat jugak".. rupanya kat Pahang! aduh...selepas meletakkan barang2 hantaran di ruang tamu rumah pengantin perempuan, kami pun duduk. "Er, adik ni ikut sekali rombongan eh?" Seorang Pakcik bertanya. "A ah" Jawab Raudhah.. " er, adik, boleh duduk kat sana tak? bahagian perempuan..sini bahagian lelaki.." kami pandang sekeliling. Baru perasan, kami berdua je perempuan kat situ.. aduh! malu betul.. rasa nak lari pergi sorok muka dalam lubang jamban.. tapi takpe, muka maintain relaks, walaupun dalam hati dah rasa goyah...hurm...Selepas selesai acara sarung cincin, kami pun makan2 dan balik...tapi yang paling tak boleh lupa, dialog iman "Huu..cakit...darah....nak gi ospital.." setiap kali kene 'belasah' dengan Raudhah sebab 'terlalu baik'..


Rasulullah S.A.W bersabda : Tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya.

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .