Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Friday, May 16, 2008

"akak,adik nak tny sikit boleh?.."

sewaktu saya sedang enak mentadabbur Al-Quran,dtg seorang anak kecil,saya senyum dan mengajaknya bersama-sama mentadabbur Al-Quran. kebetulan, saya sedang berhenti di surah An-nisa' ayat 134..

"dik, cuba baca ayat ni" anak kecil itu menurut....

" Barangsiapa yang menghendaki pahala di dunia saja (maka ia merugi), karena di sisi Allah ada pahala dunia dan akhirat. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." petah mulut kecil itu membaca. saya tersenyum.
"apa maknanya tu dik?" saya cuba menyoal. Dia cuma mengerut2 keningnya,petanda tak faham.

"maknanya...kalau kite asyik nak kejar dunia je, kita rugi sebab kita hidup ni sementara je, lepas tu kita hidup kat akhirat pulak..." "ha?!" belum sempat saya menghabiskan ayat, anak kecil itu mencelah. "Hidup? kan nanti kita mati? macam mana nak hidup balik?" saya senyum. kus semangat tiba2 disergah. "Memang nanti kita hidup balik, dengan kuasa Allah. lepas tu kita dikumpulkan kat satu padang tu, namanya padang masyar, kat situ ada skrin besar, die tayang apa yg kita dah buat kat dunia ni.." saya cuba menerangkan dengan seringkas mungkin "Oh..mcm wayang tu eh kak? tapi nanti malula,semua orang tau apa kita buat.."

semoga dirimu dirahmatiNya(gambar hiasan)


"Ha ah,mcm wayang..sebab tula, Rasulullah ada bersabda, kalau kita menutup aib orang lain kat dunia ni, Allah akan tutup aib kita kat akhirat nanti." anak itu mengangguk2kan kepala "tapi kak..." dia cuba menyambung kata, dalam hati saya muncul sedikit debar,saya tau sy perlu menerangkan apa yang akan disoal nanti dengan berhikmah agar terus meresap dalam hatinya.mudah2an.


"tapi, kalau orang tu selalu kacau saya, campak beg saya dalam longkangla,letak lipan dalam beg la, lepas tu dia mintak maaf, sy taknak maafkan dia, boleh tak kak?" gulp! saya menarik nafas, dengan lembut saya terangkan " Rasulullah dulu, macam2 cabaran dia hadapi, bahkan lagi teruk dari yg adik hadapi, pernah dibaling najis dan macam2 lagi. tapi baginda maafkan semua kesalahan orang2 tu. Allah pun sedia maafkan hambaNya, antara Allah dengan manusia siapa lagi mulia?"

"Allah" pantas dia menjawab " jadi, kita nih lagi rendah taraf dari Allah, kenapa kita taknak maafkan orang lain?" dia diam, mungkin sedang berfikir...

"Nabi tu baik eh kak?" saya cuma mengangguk dan tersenyum. "nabi2 yang lain tu semua baik jugak ke?" saya mengangguk lagi. "Habis tu kenapa orang2 kristian sembah nabi isa?" aduh! otak saya ligat mencari jawapan yg mudah. "erm, Allah tlg nabi isa waktu dia nak kena salib, Allah angkat dia naik langit..tp nanti hari kiamat, nabi isa turun, sambung ajaran nabi Muhammad" selepas habis menerangkan semua persoalan, anak kecil itu pergi 'menguruskan' urusan2 dia yang lain...



singgahlah sebentar di surau atau masjid

semoga Allah memberi hidayah kepada anak kecil itu, semoga dia menjadi seorang mujahid yang membela tauhid! insyaAllah..


Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.(An-nisa':149)

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .