Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Sunday, May 18, 2008

Mungkinkah aku yg salah..

"Kau nak sambung belajar kat mana ni? kenapa tolak matrik?" soalan pertama yang singgah ke gegendang telinga saya oleh 'dia'. Siapa dia? biarlah saya rahsiakan, cukuplah sekadar dia dikenali sebagai seorang wanita yg boleh dikatakan rapat dengan diri ini.
siapakah yang akan mendidik mereka?..
"Saya nak jadi ustazah, tak minat lah nak masuk matrik.. nak masuk kat ******, insyaAllah" saya cuba menjawab sebaik mungkin, "Hah? masuk situ? tak payahlah... baik kau pergi matrik je, situ orang dia dah lah mundur, nak terima pembaharuan menggeletar badan, kerja pun tak tau lagi" Jerkah si 'dia'. Astarghfirllah. saya beristighfar dalam hati, tidak menyangka akan dijerkah sebegitu. Rasa kesal menyelinap dalam hati.. Marah? mungkin tidak, namun sedikit kecewa tidak saya nafikan.

"Kau tau tak, orang2 kat situ, semuanya berfikiran macam zaman Rasulullah dulu, sekarang ni kita dah nak zaman kiamat" kata-katanya diikuti gelak ketawa oleh seorang rakannya. "Tapi, saya tengok ustaz kat situ ok je."saya cuba membalas. "Lahiriah oklah, batiniah dia tak ok" saya cuma diam, membantah tidak, menyokong tidak. Namun diamnya saya tidak bermaksud saya bersetuju dengan setiap bait kata-kata yang dilontarkannya, diamnya saya kerana saya menghormatinya sebagai seorang yang lebih dewasa dan mungkin lebih matang dengan arus dunia ini.
masjid ini, mungkinkah akan terus diimarahkan?

Saya berfikir sejenak. Ramai juga yang pelik dengan keputusan saya ini. Ramai juga yang mengatakan ini satu kerugian, mereka berkata kelulusan saya terlalu tinggi untuk ke arah menjadi ustazah(semoga ini bukan riak). Namun, saya persoalkan kembali " Yang nak jadi ustazah tu memang kena tak pandai ke?" mahu ke kita anak2 kita dididik oleh seorang yang kurang berpengetahuan? kita sekarang ni dah nak ke zaman kiamat. kata2 itu terngiang2 di telinga saya. Kita dah nak kiamat! jadi salahkah kita jika kita mengikut sunnah2 Rasulullah, salahkah kita jika kita mengelakkan maksiat, salahkah kita jika kita tidak terjebak dengan panggung2 wayang, salahkah kita jika kita tidak terjebak dengan masalah sosial terutamanya couple. salahkah kita untuk mendambakan secebis kasih Ilahi. salahkah?...


Betulkah kita jika kita mengikut arus persedaran zaman kiamat ini. Berpegangan tangan antara bukan muhrim, berpeleseran di sana sini, keluarga terabai, masjid lengang. Betulkah kita jika kita mengikut saje peredaran zaman? Sesekali, kita perlu menjadi 'pelik' untuk terus bertapak dalam keredhaanNya. itu yg saya fikirkan. Mungkinkah saya yg salah? Jika saya yang salah, maafkanlah saya kerana berfikir sebegini....Namun saya pohon kpd Allah agar dikuatkan hati ini untuk menempuh hari2 mendatang, saya tau ia bukan mudah...

kenangan di istana minang sebelum istana ini roboh akibat gempa bumi...

"Ah, setakat ****** kau lupakan je la" itulah kata2 terakhir dari si dia. saya tetap juga senyap, malas bertelegah. malas juga dikatakan kurang ajar.sedikit pilu memberkas di hati saya, namun saya kuatkan kerana saya yakin dengan janji Allah ;

Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa, (Al-Hajj:40)

4 comments:

Anonymous said...

stahu sy, cita2 saudri ialah optometrist... hm....

Mastura Mohd Yusuf said...

maaf, siapa ni ye? erm, optometrist mgkin cita2 sementara lps spm.. huhu, jiwa sy bkn di situ.. =)

Anonymous said...

mybe sy sorg jer yg tau cita2 smntara awk tu...huhuhu. hm, sy al-mujahid.. awk knl sape sy...

Mastura Mohd Yusuf said...

owh...insyaAllah kenal (-.-")

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .