Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Tuesday, April 26, 2016

Future plan


"Mas, what is your future plan after you finish your studies?" Tiba-tiba soalan itu ditanya oleh bos saya, kebetulan hari itu saya pulang bersamanya.

"Er, i pun tak tau. I takde future plan."

"Ye ke? Normally orang further study ni sebab nak escape from work life, or ada future big plan yang lain." Katanya lagi.

"Erm, I takde, I study sebab I nak study." Jawab saya lagi, perlahan.

"U ni peliklah Mas." Katanya diringi sengihan. Saya diam. Tiba-tiba saya terfikir -- aku ni jenis yang tak ada cita-cita ke?

Saya fikir lama. Saya mesej kawan-kawan seorang demi seorang minta pendapat, lalu salah seorangnya membalas, "Mas kan nak belajar. Tu cita-cita Mas lah tu, cuma Mas just ikut flow." 

Saya diam. Entah, terkadang terasa perit bila ditanya apa plan lepas habis belajar? Sejujurnya, saya tiada plan. Saya belajar kerana saya suka belajar. Bukan kerana sekeping sijil. Bukan jua mahu dilihat hebat. Sama tatkala saya di peringkat ijazah sarjana muda dahulu, bila orang bertanya, "Apa plan lepas habis degree?"

Saya cuma tersenyum. Entah, saya tiada plan, saya belajar kerana minat yang ada. Lalu kemudiannya saya diasak lagi dengan provokasi-provokasi --

"Tak takut ke belajar kat kolej islam? Macam tak berapa bright sangat future tu."

"Rugilah tolak tawaran IPTA, kalau tak mesti cerah masa depan."

"Pakai tudung labuh ni tak takut ke tak dapat kerja? Orang tak nak ambiklah pekerja yang pakai tudung labuh ni."

Selamanya saya cuma diam. Meski terguris sedikit hati, saya sekadar diam. Malas melayan mungkin. Tatkala itu saya cukup percaya bahawa urusan hidup kita diuruskan oleh Allah, kita cuma berusaha, Dia lah jua yang menentukan segalanya.

Lepas habis belajar, alhamdulillah saya tidak sempat menganggur. Dapat tawaran bekerja di sebuah syarikat bertaraf antarabangsa. Saya ke temuduga bersama tudung labuh dan berbaju kurung jua tanpa secalit solekan pun di wajah. Sekadar bedak dan krim seadanya. 

Dan saat ini tatkala saya diasak persoalan yang sama, saya terkenang kembali 'cakap-cakap' orang suatu ketika dahulu, dan saya pasti ada antara kalian yang diasak persoalan yang sama.

Nasihat saya -- biarkan. Manusia takkan pernah berhenti berbicara. Selagimana kita percaya bahawa apa yang kita lakukan selari dengan apa yang Allah inginkan, maka teruskan, usah dihiraukan semua yang berkata nista. Rezeki kita bukan di tangan mereka. 

Teringat saya pada sebuah kisah. Tatkala Rasulullah sedang berehat di sebuah batu, datang seorang musuh bernama Da'thur menghunuskan pedang ke leher Rasulullah sambil berkata --

Siapa yang akan menyelamatkan kau?

Rasulullah dengan penuh keyakinan dan ketegasan menjawab, "ALLAH!"

Mendengarkan itu, menggeletar tangan Da'thur sehingga terlepas pedang di tangannya, lalu Rasulullah pun mengambil pedang itu dan menghunuskannya kembali kepada Da'thur. Baginda bertanya, "Lalu sekarang siapakah yang akan menyelamatkan kamu?"

Da'thur tergamam dan menjawab, "Tiada siapa."

Dan kita -- mahu meneladani keyakinan Rasulullah yang tetap yakin kepada Allah meski terhunus pedang di sebelah leher baginda, atau mahu mengikuti Da'thur yang cuma mampu menjawab 'tiada siapa' -- ia benar-benar terpulang kepada kita.

Saya nasihatkan, Pilihlah teladan Rasul -- 

Kerna selagi mana Allah di sisi, kita takkan pernah sendiri, meski dunia terasa sepi.

Salam cinta :)

Read More......

Stay strong


Believe me when i tell you this--

There had been days when i felt so weak. I felt so lost that i couldnt find my way back. I fell so deep that i didnt know how to climb out. I was in so much of darkness that i afraid to see the light.

Believe me when i tell you this --

I had been crying throughout the nights and faked a smile throughout the days. My chest felt like bursting that i didnt know how to control. I was in so much of pain that i thought i would die. I wanted to be alone that i hated anyone to come to my way. I walked, but my soul was not inside my body. 

Believe me when i tell you this -- 

Allah was the one who kept me going. With all His mercy, He helped me to climb, He helped me to walk, and He helped me to see the light. He sent me a lot of wonderful companions that patiently said -- it's okay Mas, take your time. We will wait here, right outside the hole that you dig. 

Believe me when i tell you this --

It takes time. I know, the test that you are facing now is not easy. I know how broken you are now, i know how much of strength it takes to create a smile. I know, but it takes time. For your heart to heal -- it takes time.

Believe me when i tell you this -- 

How much Allah had helped me previously, He will help you too, and one day you will wake up like nothing bad had happened to you. You will feel fresh like a newborn baby. You will realize how much Allah had saved you from danger. The broken heart that you thought was a bad thing, was actually something that saved you. 

Believe me when i tell you this --

Allah uses broken things beautifully. Broken clouds pour rain, broken soil sets as fields, broken crop yield seeds, broken seeds give life to new plants. So when you feel that you are broken, be rest assured that Allah is planning to utilize you for something great. 

Believe me when i tell you this --

It is just a training for you to become a better person. Allah is always there to help you, and the question is --

Will you allow Him to do so? 

Have faith, run to Him -- for Allah to abandon you is impossible. 

Much love,
Mastura. :)

Read More......

Saturday, April 23, 2016

Bertanyalah


"Sorry, but can you provide me with a praying room or maybe just a small clean area for me to pray?" 

Saya menyusun ayat itu satu persatu, berhati-hati bercampur gementar saat berurusan menerusi e-mel dengan orang yang akan menguruskan aktiviti saya kelak.

Waktu aktiviti bertembung dengan waktu solat, menyebabkan kelak saya mungkin tidak sempat bersolat di bilik sendiri. 

mulanya saya sekadar befikir -- ah sembahyang jelah nanti kat celah-celah mana pun. 

Tapi, tak salah bertanya dahulu. Lalu saya nekad, meski kelak jawapannya 'tidak', sekurangnya saya telah bertanya.

Keesokannya saya mendapat balasan e-mail --

"Sure, we will provide you with a praying room. I will put a note in my calendar."

Mata saya berkaca-kaca. Betapa baiknya mereka. Teringat pula peristiwa dahulu, saat saya perlu mengikuti training di sebuah negara bukan Islam --

"Excuse me, do you perhaps have a praying room here?" Saya bertanya kepada penganjur tatkala masuk waktu solat zohor. 

Masih saya ingat muka penganjur program bertukar cemas, "oh do you need to pray? Gosh we did not prepare any room for that."

Dia mundar-mandir ke sana ke mari, bertanya sini sana dan kemudian dengan wajah kesal kembali kepada saya, "im sorry, we do not have any room for your prayers, but you can just use that small area there." 

Dia menunjukkan sebuah tempat kecil yang sedikit tersorok. 

"Sure. Thank you very much!" 

"I'm really sorry but nobody ever ask about it before so we don't know." 

Nobody ever ask. Saya tersentap. Selalunya yang saya dengar cumalah marah-marah orang seagama dengan saya apabila mereka yang bukan beragama Islam tidak faham tentang Agama kita. Walhal, bila difikir kembali, kita sendiri pun bukannya benar-benar faham Agama mereka. 

Malah, kita sendiri tidak memberi faham kepada mereka. Tidak menerangkan dengan baik -- yang kita tahu cuma marah. 

"Bos aku tak bagi aku sembahyang!"
"Diorang tu tak hormat orang puasa!"

Look, if you never ask -- the answer will always be no.

Tak kiralah dalam situasi apa pun jua--tanya. Ia tak pernah merugikan. Kalau jawapannya tidak, takpe. Move on. Cari cara lain. 

Tapi kalau sebenarnya jawapannya 'ya', tak ke rugi kita tidak bertanya terlebih dahulu? Tak ke rugi kita rasa frust sendiri? Tak ke rugi kita marah-marah dalam hati, walhal sebenarnya tak ada apa pun, kita yang overthinking. 

Tanya. Dan kemudian amanahlah -- Kalau orang dah bagi sembahyang jangan pula ambil kesempatan pergi makan lah hisap rokoklah. Okay? 

And in the end, when you grow older, make sure you can say -- i chose my life. I did not settle for it. I chose it.

Kerana hakikatnya, hidup adalah sebuah pilihan. Pilihlah menjadi hamba yang berusaha sebelum menyerahkannya kepada Pencipta.

Dan --

Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan baginya jalan keluar.
(At-Talaq :2)

Salam cinta :)

Read More......

Wednesday, April 20, 2016

Niat


~Apa kau cari yang sebetul-betulnya,
Lama mana begini,
Bertelanjang jiwanya~

"Masss dah perbaharui niat ke belummm?" Terdengar-dengar suara teman sebilik berteriak memberi peringatan.

"Aaaa. Kejap!" Saya membetulkan tudung sedikit lagi di hadapan cermin, segera berlari-lari anak mendapatkannya yang sudah siap menunggu di hadapan pintu utama. 

Kami tersengih. "Sahaja aku pergi ke kelas kerana Allah Ta'ala." Serentak ayat itu meluncur laju. 

Teringat-ingat pesan murabbi tercinta ketika di bulatan cinta, katanya -- kata ibnu qayyyum al jauziyah, cinta itu mampu hilang bersama hilangnya sebab. Jika sebab kita mencintai rakan kerana dia boleh bantu kita buat assignment, kelak bila dia sudah tak mampu membantu, hilanglah cinta itu. Begitu juga, jika sebab kecintaan kita menuntut ilmu kerana inginkan sijil semata, kelak bila keinginan itu sudah samar-samar kerana susahnya sesuatu subjek yang diambil, maka hilanglah cinta kepada ilmu itu. 

"Massss keluar rumah kaki kiri, sarung kasut kaki kanan." Berceloteh lagi mulut si dia melihat langkahan kaki yang salah dari saya. 

"Ops sori." Saya melangkah semula ke belakang, keluar rumah dengan kaki kiri dan sarung kasut dengan kaki kanan. 

Ya, itulah yang akan kami lalui setiap hari ketika saya masih lagi seorang gadis polos berusia 18 tahun dan bergelar pelajar Asasi. 

Perbaharui niat, kerana bagi kami 'sebab' adalah benar-benar penting. Subjek yang diambil bukannya sedikit, tidak campur subjek-subjek hafazan dan usrah wajib universiti, bukan sedikit yang telah mengundur diri--Lalu andai sebab yang tercipta rapuh, kami khuatir kelak kami yang roboh. 

Carilah sebab yang teguh dalam setiap apa pun yang kita lakukan, dan sebab yang teguh itu selamanya terletak pada Tuhan. 'Sebab' atau niat, ia nampak enteng namun hakikatnya ia begitu penting. 

Tuntut ilmu kerana Allah -- nanti bila rasa malas  terus teringat Allah tak suka.

Pergi kerja kerana Allah -- rasa nak curi tulang terus teringat Allah tak redha, tak jadi lakukan. 

Beradab sesama manusia kerana Allah -- bila rasa nak berbicara dengan tiada adab dan tidak menghormati sesamanya, terus rasa Allah tak suka begini, maka automatik kita mahu bicara sebaiknya. 

Menyayangi sesama saudara kerana Allah -- kelak walaupun dideritai pedih, masih tetap mampu menahan jerih.

Carilah sebab apa sekali pun yang kau suka -- asalkan ia menjadi asbab untuk kau terus bergerak meski terluka.

Carilah sebab kukuh dalam setiap perkara yang kau laku -- kelak andai kau rebah, kau masih punya sesuatu untuk kau kembali berdiri teguh.

Dan tak kira apa pun sebab yang kau cipta, di pengakhiran sebuah cerita, yang tinggal cumalah kau -- dengan TuhanMu. 

Niat itu seperti surat.
Salah tulis alamat -- akan sampai salah tempat.

"Kalau hidup cuma sekadar hidup, kera di rimba juga hidup. Kalau kerja cuma sekadar kerja, kerbau di sawah juga bekerja" -Hamka

Salam cinta :)

~Kau selongkar bumi langit petala,
Sedang jawabnya lama kau ada,
Maka perlu apa kau bongkar gali,
Kalau cuma diletak tepi~

Read More......

Memaksa Bahagia


Makcik itu tersenyum sambil tangannya memegang sebatang penyapu, terbongkok-bongkok membersihkan kawasan meja saya. Tangannya pantas pula mengelap kawasan berhabuk di atas meja.

Saya mengalihkan kerusi, memudahkannya melaksanakan tugas.

"Terima kasih makcik." Senyum. Kasihan melihatnya bekerja keras, walhal mungkin sahaja umurnya sebaya dengan emak di rumah.

Dia membalas senyuman, "Anak makcik pun macam awak jugak kerja ofis." 

"Ye ke makcik? Kat mana?" 

"Kat KL, tengok awak ni teringat kat dia." Kali ini dia tersenyum lagi, semakin lebar, dari matanya saya lihat bahagia. 

Seolah-olah dia berkata -- makcik bahagia kerja begini, terubat rindu pada anak yang jauh di mata. 

Hati saya jadi hiba. Saya lantas berfikir-- selama ini kita meletakkan definisi bahagia kita pada orang lain. 

Kesiannya kerja tengah panas mesti tak best.
Kesiannya kerja sapu-sapu sampah mesti tak best.
Kesiannya rumah kecik mesti tak best.
Kesiannya duduk sorang-sorang mesti tak best.

Walhal mungkin sahaja mereka itu jauh lebih bahagia dari kita. Mungkin juga hati mereka itu jauh lebih besar dari kita. 

Tidak salah untuk merasa kasihan. Yang salahnya apabila kita memaksa orang lain mengambil definisi bahagia yang kita cipta.

"Weh kau ni cubalah duduk dengan orang ramai mana bestt duduk sorang."

"Weh kau carilahh rumah besar sikit mana best rumah kecik weh"

Kurang kita sedar saat ungkapan itu diluah segala, hati mereka yang bahagia mungkin timbul calarnya. Lalu kita pun berkata lagi --

"Weh kau ni cubalah senyum banyak sikit. Senyum tu boleh bagi bahagia tau tak! Tak tau ke senyum tu sedekah?"

Sedangkan--

Kita tak dengar keroncong perutnya yang kelaparan.
Kita tak sedar betapa banyak air mata yang dikeluarkan.
Malah kita tak tahu sudah berapa lama dia memalsukan sebuah senyuman.

Jadilah seorang yang peka -- meski tujuan hidup kita sama, cabarannya pasti berbeza.

Berhentilah. Berhentilah memaksa manusia lain menerima definisi bahagia yang kau cipta. Kau tak sedar yang kau laku cuma menambah luka. 

Berhentilah dan bersifatlah seperti manusia -- penuh belas. Penuh ihsan. Dan penuh cinta.

Salam cinta :)

Read More......

Tuesday, April 5, 2016

Kenapa nak kahwin?


"Kau ni memang taknak kahwin ke?" Soal seorang teman secara tiba-tiba. Saya yang sedang menulis terhenti seketika, memandangnya sekilas sambil kembali menghadap buku.

"Apa kau merepek?" Saya membalas ringkas.

"Yela, kau ni asyik busy je macam tak fikir pun nak kahwin, peliklah aku."

"Kenapa kau nak kahwin?" Pen saya letakkan sebentar di atas meja sambil mengurut-urut bahu sendiri. Penat. 

"So, betullah kau taknak kahwin?" Soalan saya dibalas soalan.

Saya senyum. "Aku pernah pergi satu talk tu, ada sesuatu yang ahli panel tu cakap yang buat aku berfikir sampai sekarang."

"Apa dia?"

"Kalau nak kahwin, bagi sebab nak kahwin dan sebab tu dibentangkan depan Allah dan Rasulullah, mereka boleh senyum dan suka maka kahwinlah." Saya menarik nafas, "Sebab tu aku tanya kau kenapa nak kahwin."

"Sebab nak elak maksiat?"

"Bagi aku, orang yang bagi sebab nak kahwin sebab nak elak maksiat adalah orang-orang yang jalan hidupnya penuh dengan jalan-jalan menuju kemaksiatan. Tak mungkin orang yang tidak mendekati jalan-jalan maksiat perlu khuatir akan terjebak dengan maksiat. Macam kau lalu jalan KL tapi khuatir sampai London." Saya ketawa sendiri, "Lagipun siapa jamin lepas kahwin kau tak mendekati maksiat? Kau tengok sendiri surat khabar berapa banyak kes-kes suami isteri curang."

Dia merenung jauh, "Sebab nak lengkapkan separuh Agama?"

Saya tersenyum, "Aku teringat kata-kata prof dr Yusuf Al-Qaradhawi. kau nak dengar?"

"Ceritalah."

"Katanya, semata-mata bernikah belumlah menunaikan makna melengkapkan separuh Agama, bahkan bernikah dengan wanita solehah, yang dapat membantu urusan Agama sang lelaki itulah dapat menunaikan maksud itu. Yang mengingatkan tatkala pasangannya lupa dengan urusan kepada Tuhannya. Yang mengingatkan apabila dia lalai dari kewajipannya, yang menguatkan pasanganya apabila dia lemah dari menunaikan tanggungjawab dakwahnya."

Saya berhenti, menarik nafas panjang, terasa sebak didada mengenangkan bait-bait kalimah ulama' tersohor itu, "Bahkan, boleh jadi nikah dengan pasangan yang kurang agamanya akan menjadi punca kemerosotan pasangannya. Dalam kalangan ikhwan, apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita lalu semakin susut dari dakwah dan tanggungjawabnya maka mereka akan berkata, semoga Allah merahmatinya, dia telah pun meninggal pergi disibukkan dengan isterinya!"

Dia diam lama, sebelum kembali bertanya, "So kau tak nak usaha ke? ke kau ni memilih sangat?"

"Aku tengah usahalah ni. Usaha perbaiki diri, kalau ada pasangan aku kat dunia pun aku harap dia sedang memperbaiki diri, bersabar dan bersangka baik dengan Allah."

"Kau tak takut ke orang cerca kau kahwin lambat."

"Aku baru 26 kot." Saya tergelak besar,"lagipun kahwin lambat tu subjektif, kat negara arab maybe 18 tahun dah tua, kat korea 30 tahun pun muda lagi nak kahwin, kat England takde cop too old to get married. Benda subjektif, kau nak fikir cakap orang buat apa, asalkan Allah tak marah sudahlah."

"Kau ni mas, ade je nak menjawab kan."

Kami ketawa bersama, "Yang aku pelik, baju pengantin atau kain kapan, yang mana satu aku akan pakai dulu takde siapa tahu tapi tak pernah pula ada orang tanya aku -- macam mana? dah ready ke nak jumpa Allah?"

Kami sama-sama diam. Cuba meneliti hati masing-masing. 

Yang paling penting -- menilik-nilik diri, siapalah aku di hadapanMu, Ilahi. Bernikah atau tidak, ia rahsia mutlak pemilik diri, maka fokuslah pada apa yang pasti. Agama ini. Jalan ini. Bukankah terlalu banyak masa yang kita buang pergi -- Sampai saudara-saudara kita pun kita tak peduli lagi...

Salam cinta. 

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .