Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Tuesday, April 26, 2016

Future plan


"Mas, what is your future plan after you finish your studies?" Tiba-tiba soalan itu ditanya oleh bos saya, kebetulan hari itu saya pulang bersamanya.

"Er, i pun tak tau. I takde future plan."

"Ye ke? Normally orang further study ni sebab nak escape from work life, or ada future big plan yang lain." Katanya lagi.

"Erm, I takde, I study sebab I nak study." Jawab saya lagi, perlahan.

"U ni peliklah Mas." Katanya diringi sengihan. Saya diam. Tiba-tiba saya terfikir -- aku ni jenis yang tak ada cita-cita ke?

Saya fikir lama. Saya mesej kawan-kawan seorang demi seorang minta pendapat, lalu salah seorangnya membalas, "Mas kan nak belajar. Tu cita-cita Mas lah tu, cuma Mas just ikut flow." 

Saya diam. Entah, terkadang terasa perit bila ditanya apa plan lepas habis belajar? Sejujurnya, saya tiada plan. Saya belajar kerana saya suka belajar. Bukan kerana sekeping sijil. Bukan jua mahu dilihat hebat. Sama tatkala saya di peringkat ijazah sarjana muda dahulu, bila orang bertanya, "Apa plan lepas habis degree?"

Saya cuma tersenyum. Entah, saya tiada plan, saya belajar kerana minat yang ada. Lalu kemudiannya saya diasak lagi dengan provokasi-provokasi --

"Tak takut ke belajar kat kolej islam? Macam tak berapa bright sangat future tu."

"Rugilah tolak tawaran IPTA, kalau tak mesti cerah masa depan."

"Pakai tudung labuh ni tak takut ke tak dapat kerja? Orang tak nak ambiklah pekerja yang pakai tudung labuh ni."

Selamanya saya cuma diam. Meski terguris sedikit hati, saya sekadar diam. Malas melayan mungkin. Tatkala itu saya cukup percaya bahawa urusan hidup kita diuruskan oleh Allah, kita cuma berusaha, Dia lah jua yang menentukan segalanya.

Lepas habis belajar, alhamdulillah saya tidak sempat menganggur. Dapat tawaran bekerja di sebuah syarikat bertaraf antarabangsa. Saya ke temuduga bersama tudung labuh dan berbaju kurung jua tanpa secalit solekan pun di wajah. Sekadar bedak dan krim seadanya. 

Dan saat ini tatkala saya diasak persoalan yang sama, saya terkenang kembali 'cakap-cakap' orang suatu ketika dahulu, dan saya pasti ada antara kalian yang diasak persoalan yang sama.

Nasihat saya -- biarkan. Manusia takkan pernah berhenti berbicara. Selagimana kita percaya bahawa apa yang kita lakukan selari dengan apa yang Allah inginkan, maka teruskan, usah dihiraukan semua yang berkata nista. Rezeki kita bukan di tangan mereka. 

Teringat saya pada sebuah kisah. Tatkala Rasulullah sedang berehat di sebuah batu, datang seorang musuh bernama Da'thur menghunuskan pedang ke leher Rasulullah sambil berkata --

Siapa yang akan menyelamatkan kau?

Rasulullah dengan penuh keyakinan dan ketegasan menjawab, "ALLAH!"

Mendengarkan itu, menggeletar tangan Da'thur sehingga terlepas pedang di tangannya, lalu Rasulullah pun mengambil pedang itu dan menghunuskannya kembali kepada Da'thur. Baginda bertanya, "Lalu sekarang siapakah yang akan menyelamatkan kamu?"

Da'thur tergamam dan menjawab, "Tiada siapa."

Dan kita -- mahu meneladani keyakinan Rasulullah yang tetap yakin kepada Allah meski terhunus pedang di sebelah leher baginda, atau mahu mengikuti Da'thur yang cuma mampu menjawab 'tiada siapa' -- ia benar-benar terpulang kepada kita.

Saya nasihatkan, Pilihlah teladan Rasul -- 

Kerna selagi mana Allah di sisi, kita takkan pernah sendiri, meski dunia terasa sepi.

Salam cinta :)

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .