Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Wednesday, July 22, 2009

Mengapakah Dunia Yang Dikejari?


Kosong. Jiwa ana kosong. Ana melihat sekeliling, cuba mencari sesuatu yang mampu mengisi kekosongan, dan ana temui Dia.

Hanya Dia yang Maha Memahami, Maha Mendengar segala isi hati ana yang dhoif.Hanya Dia Yang Maha Mengetahui segala yang terbaik buat diri ini. Ya,hanya Dia. Titik.

Terkadang terbit rasa cemburu di dalam hati ini melihat warga tua yang beristirahat di hadapan pintu, menyaksikan kebesaran alam ciptaanNya, meniti hari-hari yang bakal tiba untuk berhadapan dengan pencipta.... Indahnya tanpa perlu memikirkan dunia yang berbisa ini... Indahnya menghadap Allah Yang Esa...

Terkadang terbit rasa kasihan jauh di lubuk hati tatkala melihat anak-anak kecil berlari girang, tertawa gembira tanpa mengetahui bahawa masa hadapan yang menanti kejam, tanpa mengetahui keperitan dunia yang menanti... Berlari di situ tanpa risau akan mehnah yang bakal dihadapi....

Ana terpaku di situ. Memandang si tua dan si kecil dengan dua pandangan yang berbeza. Gumpalan awan-awan berat terasa menghempap kepala. Berat. Terkadang ana terduduk, jatuh malah tersungkur. Terkadang merasa sangat tidak berdaya walau untuk mengangkat kepala melihat ke hadapan. Takut. Gerun.

Mujur, dalam kepayahan ana temui Dia. Dalam keperitan Dia sentiasa ada. Dialah yang membantu ana bangun, bangkit dan berdiri. Seterusnya bertatih,berjalan dan berlari atas jalan dakwah ini. Bukan sekali dua duri-duri tajam menusuk-nusuk tubuh ana sehingga ana merasa letih dan tidak bermaya, tapi ana sentiasa tahu, Dia ada di sana... Memerhatikan ana, dan ana kembali tersenyum.... I trust in Allah!

Justeru kini, ana bingung melihat manusia-manusia yang ‘gila’ mengejar dunia. Tidak salah mengecap nikmat dunia, tapi berpadalah. Jangan terlalu mengejar dunia sehingga sanggup melengah-lengahkan solat, mengambil ringan akan perihal tiang agama itu. Bahkan sanggup menghina dan mencaci Allah atas ujian yang datang melanda. Begitukah sikap manusia hina yang bergelar hamba? Lupakah kita bahawa satu hari nanti kita PASTI akan menghadap Allah kembali? Pada waktu itu, apakah yang bakal diperkatakan???

Tatkala diri dibelenggu api yang menyala-nyala, barulah kita sibuk berkata “Ya Allah... Jika dibenarkan aku kembali ke dunia, pasti aku akan beribadat kepadamu!!”

Tapi ketika itu.. semuanya sudah terlambat, tiada apa yang mampu dilakukan biar menangis air mata darah sekalipun..

Jadi wahai saudara-saudaraku, sedarlah sebelum terlambat. Ingatlah kembali bahawa kita ini tercipta daripada setitis air yang hina, yang jika terkena baju, kita basuh... Jadi mengapa kita masih mahu menjadi hamba yang tidak bertaqwa kepada pencipta kita??

Ingat ! syurga itu dibalut oleh perkara-perkara yang dibenci nafsu tetapi neraka dibaluti oleh perkara-perkara yang amat nafsu gemari...

~Mengapakah dunia yang dikejari, sedangkan ia kan ditinggal pergi~

Fikir-fikirkan... Renung-renungkan..

Wallahu’alam

Read More......

Saturday, July 18, 2009

Wahai Gadis Solehah..


Dari Jauh Ku Melihat Gerak Gerimu,
Tunduk Memandang Bumi,
Terselindung Di Sebalik Hijabmu,
Wajah Yang Penuh Nur,
Yang Sentiasa Mengingati Mati,
Yang Mencintai Allah Dan Rasul,
Yang Takut Azab Allah..

Kau Ibarat Permata Berharga,
Digilap, Dibalut, Dan Disimpan Rapi,
Wahai Gadis Solehah,
Jauh Di Sudut Hatiku,
Aku Bangga Dengan Imanmu,
Taqwamu, Akhlakmu, Amalanmu,
Jua perjuanganmu Menegakkan,
Kesucian Syariat Yang Ditetapkan Allah....

Wahai Gadis Solehah,
Kau Pertahankan Hijabmu,
Walaupun Dunia Memandang Hina,
Tetapi Allah Melihatmu Dengan Penuh Bangga,
Akhlakmu Kau Pelihara,
Maruahmu Rapi Dijaga...

Tutur Katamu Melambangkan Sifat Keibuanmu Yang Sejati,
Pabila Bertemu Dengan Muhrimmu,
Kau Tunduk Memandang Bumi,
Mengingatkanku.
...

Ukhtiku,
Dalam Riak Wajahmu Ada Pancaran Dakwah,
Dalam Tutur Bicaramu Ada Gema Tarbiah,
Dalam Gerak Langkahmu Ada Semangat Mujahadah,
Kita Tinggalkan Wajah Yang Layu,
Bicara Pilu,
Kita Kuburkan Langkah Yang Lesu...

Ukhtiku,
Bangkitlah Berjuang,
Tatkala Yang Hak Mendabik Megah,
Dan Kebatilan Akur Menyembah,
Allah Tahu Bahawa Kita Pernah Bersama,
Menyeka Peluh dan Air Mata Demi Islam Tercinta,
Moga Sinar Islam Sentiasa Terangi Hidupmu...

Uhibbuki Fillah :)

-Credit to Al-Azhar Members, Kuis

Read More......

Duhai Para Pendakwah


Dalam perjalanan...
Kadang-kadang kita diuji dengan dugaan yang berat,
Kita menangis,
Merayu agar difahami,
Meratap minta dikasihani...

Terkadang takdir tidak menyebelahi,
Terkadang teman memungkiri janji,
Terkadang maksiat menjadi santapan nurani,
Terkadang iman menjerit minta dijahit kembali...


Kita berjalan lagi dengan seribu kelukaan di hati..
"Oh Allah! mana janjiMu memberi rahmat bagi orang-orang muslim?"
Hati kita menjerit menyalahi Ilahi..

Mungkin kita lupa,
Allah itu Maha Mengetahui,
Jika tidak pasti Allah tidak hadirkan pelangi,
Jika tidak pasti Allah tidak menganugerahkan qolbi,
Namun jarang sekali kita terfikir bahawa apa yang berlaku adalah tanda kasih sayang Ilahi...

Duhai sahabatku saudara saudari...
Ingatlah, jalan dakwah itu sentiasa mencabar dan dipenuhi onak duri,
Terkadang kita terduduk dan menangis mencari kekuatan diri,
Bersabarlah kerana Allah telah menjanjikan syurga yang mengalir sungai dibawahnya.
Jangan gantungkan harapanmu kepada manusia,
Kerana mereka juga sama seperti kita,
Apabila mereka melakukan kesilapan, pasti dikau akan patah semangat.

Sebaliknya, gantungkan harapanmu kepada Allah yang kekal abadi,
Luahkan perasaanmu di kala malam yang sepi,
Menangis, mengadu kepada Ilahi,
Agar nanti dikau peroleh kembali kekuatan diri...

Jangan putus semangat!!
Jika kau merasa lemah, ucaplah lahaulawala quwataila billah....
Lihat insan di sekelilingmu,
betapa mereka mengharapkan insan sepertimu memimpin tangan mereka memasuki bahtera penyelamat...

Salam Perjuangan!

Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)Nya (Al-Hajj:40)

Read More......

Friday, July 17, 2009

Di Jalan Ini Kaki Melangkah..


"Meow...Meow..." Seekor kucing berlegar-legar di sebuah kedai makan yang dipenuhi oleh manusia-manusia yang sedang rancak mengisi perut yang berkeroncong.

"Ahh!! menyibuk aje!" jerkah lelaki berkumis tebal, memandang bengis pada seekor kucing yang menagih secebis simpati...

"Meow..." Kucing itu menggesel-geselkan kepalanya meminta simpati.

"Pergi!!" Serentak, terpelanting jauh kucing malang itu akibat disepak. Namun, dirinya masih tidak serik. Ia pergi pula kepada insan-insan lain biarpun dijerit, dijerkah, disepak terajang... Sehinggalah ada insan yang belas kepadanya.

Seorang pendakwah itu hatinya kuat berpaut pada Allah. Jiwanya sarat dengan rasa cinta kepada penciptanya. Tetapi bagi dirinya, nafsunya sentiasa lapar untuk mengajak orang lain bersama-sama di jalan dakwah.

Seorang pendakwah itu tidak mungkin akan penat di jalan tarbiyyah. Biarpun dijerkah, dimarah, disepak terajang, namun dirinya akan terus mara demi mencapai kasih Allah, demi memperjuang tugas Rasulullah, demi menyelamatkan ummah yang kian parah, sehinggalah perjuangannya berjaya.

Biar pelbagai mehnah terpaksa ditempuh, Biar pelbagai kejian terpaksa ditelan, Biar pelbagai onak dan duri menikan hati, Biar berendam air-mata berhari-hari, Biar bermandi keringat yang memakan diri,namun jiwanya tetap kental... Demi melihat kalimah LAILAHAILALLAH MUHAMMADURRASULULLAH kembali tegak di muka bumi!

Ana pernah kalah bermujahadah. Diasak dengan arus persekitaran yang membantut, membuatkan fikiran ana benar-benar berserabut. Kusut. Buntu. Ana lihat kanan, ada maksiat, kiri, ada maksiat, depan, ada maksiat dan ana takut untuk menoleh ke belakang.

Ana menangis berhari-hari.

Syukur, sahibah ana memberi satu ayat yang menyentap tangkai jantung ana, memulihkan kembali semangat yang kian hilang. Meneguhkan kembali iman yang kian malap...

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabut : 2)

Ana renung ayat itu. Lama. Titis-titis air mata yang kian kering kembali membasahi pipi... Allah.. ana terlupa untuk BAWA ALLAH BERSAMA
Betapa kerdilnya ana di sisiNya, tatkala dijentik dengan ujian yang hanyalah sezahrah cuma, ana sudah melatah.

Mungkin ana terlupa pada perjuangan Rasulullah tatkala dikelilingi masyarakat jahiliyyah. Ana asyik fikir bahawa ana keseorangan. Ana menangis, tercari-cari di mana sumber kekuatan, di mana insan yang mampu menolong?

Dalam jauh sebuah perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan, terimalah dengan kekuatan, kadang-kadang sakit yang mendatang, kadang teman tak sehaluan, kadang kecemerlangan gagal dicapai, namun itulah ujian, mencari iman yang teguh, semoga terus bersabar dalam perjuangan, kuatkan kakimu di jalanNya.


Tatkala diri di asak hiba, sahibah ana menghantar lagi mesej sebagai sumber kekuatan buat diri yang lemah. Subhanallah! Allah sedang menguji ana, bukankah ujian ini tanda kasih sayangNya??

Lantas ana mengangkat tangan memohon perlindungan daripada Yang Maha Mendengar, memohon kekuatan daripada Yang Maha Mengetahui. Subhanallah, satu kelegaan meresap di dalam diri. Rupanya Allah sekadar mahu menguji, sekuat mana keimanan ini...

Alhamdulillah... doakan moga ana dan rakan-rakan mampu berjuang dalam arus yang semakin parah... Moga syariat Islam kembali mekar mewangi...

Wallahu'alam..

Read More......

Sunday, July 12, 2009

Teguhkan Tiang Agama


"Eh, kau dah solat belum?" Amir bertanya sambil menjeling sekilas jam di tangan. 6.30

"Belum, ala relakslah, maghrib pukul 7.30, kang 7.15 aku pegila solat"

Entri kali ini,ana tidak mahu bercerita mengenai peristiwa isra' mikraj di mana Rasulullah menerima perintah solat yang pada awalnya sebanyak 50 kali tetapi telah dikurangkan sehingga menjadi lima seperti hari ini - Subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Itu sahaja yang dipertanggungjawabkan kepada kita umat akhir zaman.

Apa yang menjadi kerisauan ana adalah perilaku muslimin dan muslimat, yang meletakkan agama sebagai agama Islam di dalam kad pengenalan, juga terdapat bin serta binti di pertengahan nama. Apakah Islam yang dianuti hanyalah sekadar Agama turun-temurun, atau Islam hanya pada nama dan sebagai pelengkap kad pengenalan sahaja?

Solat itu tiang Agama.

Bolehkah kita hendak membina rumah tanpa tiang? Atau mampukah rumah kita bertahan lama jika tiang yang dibina pada awalnya goyah?

Secara relevannya kita pasti akan menjawab tidak! Mana mungkin satu bangunan itu berdiri dengan teguh andai asasnya sendiri sudah rapuh? Tapi kita tidak nampak perkara itu dalam solat yang menjadi kewajiban bagi setiap muslim. Sifirnya sama sahaja. Tiang itu adalah asas dalam pembinaan bangunan, solat itu tiang agama. Bermakna, agama itu diibaratkan sebagai bangunan. Maka, andai tiang itu tidak kuat, mungkinkah bangunan (agama) akan menjadi kuat?

Tak Mungkin.

"Mas, nanti bila dah pergi tempat baru, carilah kawan yang jaga solat" Suatu hari, sahibah ana menasihati ketika sedang rancak berbual. Ana mengangguk.

"Tapi, kalau solat Asar pukul 6.30, itu bukan jaga solat namanya" Dia menyambung. Ana tersenyum, memahami maksudnya.

Dewasa ini, terlalu sedikit insan yang menjaga solat di awal waktu. Mengambil keberkatan di awal waktu. Ada, tapi sedikit, terlalu sedikit dan ana semakin takut untuk berhadapan dengan hari depan..

Teringat ana pada kata-kata ustaz ana. Solat itu mampu mencegah daripada perbuatan maksiat. Andai dirimu sudah bersolat, tapi masih tiada perubahan dalam diri, itu maknanya solat itu tidak diterima. Mengapa solat tidak diterima? Salah satunya adalah kita sambil lewa dengan Allah.

Kadangkala, TV itu lebih bermakna daripada laungan azan yang memberi kesan dalam hati insan-insan yang bertaqwa. Pelik dan hairan ana tatkala berjumpa dengan insan yang sanggup melayan satu-satu rancangan di televisyen sehingga sudah hendak masuk waktu solat yang berikutnya...

Pelik dan hairan ana tatkala melihat insan-insan yang sanggup menghadap kerja sedangkan azan sudah dilaungkan.

Bertambah pelik ana apabila ada insan yang mampu berlengah-lengah biarpun laungan azan sudah menerjah gegendang telinga...

Allah.. Moga kita terhindar daripada ujian leka dengan dunia itu...

Rasulullah SAW telah bersabda, 'Akan terjadi
masa di mana umat-umat di luar Islam berkumpul di samping kalian, wahai umat
islam. Sebagaimana berkumpulnya orang-orang yang menyantap hidangan.' Lalu,
seorang sahabat bertanya, 'Apakah kami pada saat itu sedikit, wahai
Rasulullah?' Baginda menjawab, 'Tidak. Bahkan, ketika itu, jumlah kalian
banyak. Akan tetapi, kalian ketika itu bagaikan buih di lautan. Ketika itu,
Allah hilangkan dari musuh-musuh kalian rasa segan dan takut terhadap kalian
dan kalian tertimpa penyakit wahn.
' Sahabat tadi bertanya lagi, 'Wahai
Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan wahn itu?' Rasulullah menjawab,
'Cinta dunia dan takut mati.'

Ya, itulah jawapan kepada persoalan mengapa solat semakin diabaikan. Umat akhir zaman mempunyai kecintaan yang melampau terhadap dunia, Hingga terlupa langsung kepada akhirat yang dijanjikan berkali ganda lebih indah daripada dunia. Lupakah kita pada sabda Rasulullah bahawa dunia ini tidak lebih berharga daripada selembar sayap nyamuk, jika tidak pasti Allah tidak akan membenarkan orang-orang kufur untuk meneguk walau setitis air pun di dunia ini.

Renungkanlah, musuh-musuh Islam sudah tidak ada rasa takut lagi terhadap Islam, umat-umat Islam di seluruh dunia dibuli dan disogok semahunya. Lihat sahaja Palestin kini, berapa ramai saudara kita yang menderita? Mereka terlalu menderita dan kita di sini, suka mengabaikan solat. Islam apakah kamu?

Lihat sahaja di dada-dada akhbar, berapa ramai yang begitu lantang mencerca muslim? Pakaian-pakaian berteraskan Islam dihina dan dipandang jelik, bahkan mereka berani untuk menuntut sesuatu yang bakal merugikan Islam. Pengakuan-pengakuan murtad tersebar di sana-sini, ummah semakin parah dan kita pula berlengah-lengah dengan solat. Beginikah yang dikatakan saya sayang Islam? Im proud to be a muslim?

Khas buatmu pemuda harapan agama
... Mana keperkasaanmu? tatkala solat berjemaah di masjid setiap waktu pun mampu kau abaikan.

Khas buatmu bunga agama..... Mana kecantikanmu? tatkala bunga-bunga yang seharusnya kembang mewangi gugur satu-persatu bagaikan tibanya musim luruh sehingga tegar dikau berbual dengan muslimin sehingga berlalulah waktu solat yang amat berharga.

"Ah... apa kisah semua tu, janji duit banyak."

"Ya, nanti dalam kubur, bila ditanya marabbbuuukkaaa?!!! Silalah hulur duit kepada munkar dan nakir ya?"

Ingatlah, kukuhkan tiang agama itu. Ana tidak berkata wajib melakukan solat-solat sunat itu semua, jika lakukan baguslah. Tapi 5 yang fardhu itu, mantapkan dahulu. Rebutlah peluang untuk bersolat di awal waktu. Jika ada meeting kita sanggup datang awal, mengapa untuk berjumpa dengan Allah, kita melengah-lengahkan?

Siapa kita pada pandanganNya?

Renung-renungkan... Fikir-fikirkan..

Selamat bersolat di awal waktu! Moga rahmat Allah bersamamu...

Wallahu'alam :)

Read More......

Wednesday, July 8, 2009

Ayuh Saling Menguatkan


Ana berlari. Memejam mata. Buka kembali. Cuba mencari kekuatan yang kian malap. Cuba mencari sinar kebahagiaan yang semakin samar. Ana terhenti. Menarik nafas. Hembus kembali... Oh Allah, berikanku kekuatan..

Ana sedar, dahulu ana hidup di dalam zon yang selesa. Di bumi KUIS, ana berasa lapang. lega. Suasana yang tenang dan damai amat menenteramkan jiwa biar sekusut mana pun ia. Sungguh, satu suasana yang ana impikan selama ini. Hadirnya para sahibah yang solehah sebagai penguat semangat tatkala lemah pula benar-benar mengasyikkan. Ana terhibur, sehingga kadangkala terasa tidak mahu berhadapan dengan dunia luar. Takut. Gerun.

Namun kini, ana harus berdiri di atas tapak kaki sendiri. Ketika berjalan-jalan untuk membeli sesuatu, sesetengah orang akan memandang ana dengan pelik. Memakai jubah dan tudung labuh, mungkin sesuatu yang asing buat masa kini tatkala baju-baju direka dengan kadar kain yang minima sehingga tidak mampu menutup seluruh aurat para muslimah. Terkadang terbit rasa malu dalam diri ana kerana dipandang asing. Mujur, cepat pula ana teringat pada satu hadith ;

Rasulullah bersabda (ertinya), "Sesungguhnya Islam pertama kali muncul
dalam keadaaan asing dan nanti akan kembali asing sebagaimana semula. Maka
berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba')"

Ana pandang ke kiri. Kanan. Hadapan. Belakang. Oh Allah.. Siapakah yang mampu bersamaku di jalan dakwah ini? Terasa perit sehingga mencengkam segala bibit-bibit manis yang baru hendak berputik. Melihat ummah dalam keadaan yang parah sekaligus meletakkan ana dalam keadaan yang serba salah. Ya. Ana muslimah. Ana berseorangan. Ana manusia biasa yang terkadang gentar juga tatkala mahu membetulkan apa yang salah.
Justeru, pastinya ana amat memerlukan seseorang yang mampu menguatkan, seperti ketika di kuis dahulu. Tapi siapa?

Tatkala ana cuba menerangkan, ada yang membantah. Tatkala ana ingin menjelaskan, ada yang menjerkah. Tatkala ana menegur ada yang mempertikai. Terasa perit, sangat perit hingga tak mampu air mata ini untuk mengalir. Nafsu kuat menyuruh agar ana menjerkah balik tapi berbekalkan iman yang senipis kulit bawang ini, ana cuba bertahan, masih cuba melemparkan senyuman yang mungkin kelihatan hambar... Ana terfikir, bagaimana Rasululullah berdakwah dahulu? Tatkala dikelilingi dengan masyarakat jahiliyah...
Sabarnya baginda! Malunya ana pada baginda!

Oh Allah, telah kau kurniakan Rasulullah dengan sahabat-sahabat yang istimewa di pandanganMu, maka kurniakanlah jua aku sahabat seperti Umar, Abu Bakar, Ali dan juga Uthman agar aku mampu berdiri teguh di jalanMu biar apa jua badai melanda..

Ayuh para muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian... Lihatlah sekelilingmu.. Betapa ummah mengharapkanmu memimpin mereka masuk bersama-sama ke dalam bahtera penyelamat. Ayuh kita bersama-sama saling menguatkan, jangan biar yang lemah semakin lemah...

Media rancak memperbanyak rancangan hiburan, moga kita jua rancak memperbanyak aktiviti dakwah, namun jangan ditinggal tanggungjawabmu yang lain... Berusahalah seperti kamu mahu menongkat dunia dan beribadahlah seperti mati akan menjemputmu esok... Moga nanti Islam akan kembali gemilang....

Salam juang, salam mujahadah!

Wallahu'alam

Read More......

Tuesday, July 7, 2009

Cuti Yang Menyenangkan

"Mak.. stress lah, jom pegi jalan-jalan." Ana bersuara pada satu hari yang hening. Stress akibat belajar yang terlampau (alasan).



Tak sangka, umi dan abi mengambil serius dan berlakulah agenda lawatan ke Melaka pada 5 Julai 2009. Awalnya kami berhenti sebentar di Ayer Keroh untuk menunaikan kewajipan sebgai seorang Muslim dan terus bertolak ke Bandar Hilir Melaka untuk merealisasikan impian yang terbina! Hehe...

Saje ana shoot gambar akak ana ala-ala pengantin :)

Jam, sesak. Kereta berhimpit-himpit. Ketika dalam perjalanan nak cari parking memang amat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.. Mujur, tempat-tempat yang ingin dilawat dekat-dekat sahaja. Taklah kami lenguh berjalan.

Destinasi pertama adalah muzium... Melaka memang terkenal dengan muziumnya... Banyak sangat sampai ana pun tak larat nak jalan. Tak lupa melawat tapak gereja yang telah pun diruntuhkan. Ni tak boleh jadi, ni menambah stress bukan kurangkan stress ni...
Duit Zaman dahulu kala

Sultan berarak
Baca: abaikan wajah abi ana


Umi dan abi berposing-posing depan muzium


Maka, abi pun mencadangkan agar bersiar-siar di sungai Melaka dengan menaiki bot yang telah disediakan. Perjalanan menyelusuri sungai Melaka yang mengambil masa 45 minit memang seronok! Baca : Biawak ada di mana-mana.


Kincir air

Nampak tak? Baca : Biawak nak famous :D

"Jom lah naik eye on Malaysia" Umi mencadangkan tapi dibantah oleh akak ana "Ala, bosan eye on Malaysia.. Baik naik menara taming sari tu" Setelah bermusyawarah dan bertanya penduduk setempat. Nyata, menara taming sari itu lebih tinggi daripada Eye On Malaysia. Keputusan diambil dan duduk di dalam Menara Taming Sari selama 7 Minit amat menggembirakan hati yang lara.. Hehe..



Menara Taming Sari





Pemandangan dari dalam menara

"Wa, awak tak nak naik tu ke?" Tiba-tiba Umi ana bersuara. "Apa dia?" Ana bertanya kembali dan umi ana memuncungkan mulutnya ke arah objek hijau yang sedang dikerumuni kanak-kanak... Ni Dia!!


Hai,Umi...Umi....


"Bole jugak mak.. nak naik.. nak naik..." Spontan, ana membalas.

Cuma satu hasrat ana tak tercapai.. nak pergi night zoo melaka. Hari Ahad ditutup, maka ana tak mampu buat apa-apa.. Allah tahu yang terbaik untuk kami... Esoknya, terus bertolak ke institut perguruan raja melewar untuk ambil surat rawatan doktor dan ke MRSM Muar untuk ambil sijil SPM.. Alhamdulillah.. sgalanya lancar..

:)

Read More......

Sunday, July 5, 2009

Hentikan Rungutan Itu



"Aku tak puas hati betullah dengan lecturer ni, sepatutnya markah aku lagi baik" Rungut seorang pelajar.

"Entah, aku benci betul cara dia mengajar, bukannya bagus sangat pun" Sokong rakannya.

Manusia itu sentiasa mahukan yang terbaik untuk dirinya, itu adalah fitrah tetapi jangan lengkapkan fitrah itu dengan rungutan yang merimaskan.

Allah membebani seseorang dengan dugaan yang kita mampu untuk menanggungnya. Allah itu tidak kejam, tidak zalim, setiap dugaan yang menimpa merupakan tanda kasih sayang Allah dan sebagai pembentukan jati diri agar kita lebih bersedia untuk berhadapan dengan hari yang akan datang.

Tapi kita tidak sedar, malah sewenang-wenangnya menyalahkan itu, menyalahkan ini. Mungkin kita tidak perasan ketika kita sedang asyik menuding jari itu, kita sebenarnya sedang seronok mempersoalkan aturan Allah. Siapa kita untuk bertindak sedemikian?

Bukankah Allah telah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 159 bahawa apabila kamu telah berusaha, maka bertawakal lah kepada Allah.

Benar, kamu telah berusaha, hadir kelas, ulangkaji pelajaran, bagi tumpuan dalam kelas, berjumpa lecturer itu semua merupakan satu usaha yang baik. Tahniah. Tetapi kamu terlupa satu perkara.

TAWAKAL.

Tawakal bererti berserah diri kepada Allah setelah berusaha. Jadi andai kamu masih gagal setelah berusaha, tidakkah kamu nampak bahawa itu adalah aturan Allah? Pasti ada terselit hikmah di sebalik kejadian yang menimpa. Tunggu dan lihatlah.

Allah memberi kesedihan agar kamu tahu bagaimana untuk ketawa apabila kegembiraan dikecapi dan Allah memberi kegembiraan agar kamu tahu bagaimana untuk menangis apabila kesedihan menjengah.

Apabila kita asyik merungut kita akan menjadi seperti bangau.



Bangau oh bangau,kenapa engkau kurus?Macam-mana aku tak kurus,ikan tak mahu timbul.
Ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan,kenapa engkau tak timbul?Macam-mana aku nak timbul,rumput panjang sangat.Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput,kenapa engkau panjang?Macam-mana aku tak panjang,kerbau tak makan aku.Kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau,kenapa tak makan rumput?Macam-mana aku nak makan,perut aku sakit. Perut aku sakit.

Perut oh perut,kenapa engkau sakit?Macam-mana aku tak sakit,makan nasi mentah.
Makan nasi mentah.

Nasi oh nasi,kenapa engkau mentah?Macam-mana aku tak mentah,api tak mahu menyala.
Api tak mahu menyala.

Api oh api,kenapa engkau tak mahu menyala?Macam-mana aku nak menyala,kayu api basah.
Kayu api basah.

Kayu oh kayu,kenapa engkau basah?Macam-mana aku tak basah,hujan timpa aku.
Hujan timpa aku.

Hujan oh hujan,kenapa timpa kayu?Macam-mana aku tak timpa,katak panggil aku.
Katak panggil aku.

Katak oh katak,kenapa panggil hujan?Macam-mana aku tak panggil,ular nak makan aku.
Ular nak makan aku.

Ular oh ular,kenapa nak makan katak?Macam-mana aku tak makan,memang makanan aku.
Memang makanan aku......

Kalau ular tak mahu mengalah, mungkin lagu ini tidak ada penghujungnya dan kalau kita asyik mahu merungut, entah bila masalah akan dapat diselesaikan.

Seperti apa yang ana catatkan dalam entri ana sebelum ini - what you give,you get back Segala apa yang kita lakukan pasti akan mendapat balasan. Didiklah jiwa untuk lebih bersabar kerana buah sabar itu adalah manis. Rungutan tidak akan membawa apa-apa perubahan, jadi renunglah ke dalam diri apa sebenarnya kesilapan yang telah dilakukan. Mungkin Allah mahu mendidik jiwamu agar lebih tenang menempuh arus duniawi. Ingatlah, tidak ada satu orang manusia pun yang sempurna.

Maka, Hentikan rungutan dan bertawakallah kepada Allah.

~bila takwa pakaian kita
urusan kita dimudahkan
kerana kita sudah menjadi ahlillah
begitu indah hidup bersama Tuhan~
- Hijjaz, Indahnya hidup bersama Ilahi

Wallahu'alam :)

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .