Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Sunday, July 5, 2009

Hentikan Rungutan Itu



"Aku tak puas hati betullah dengan lecturer ni, sepatutnya markah aku lagi baik" Rungut seorang pelajar.

"Entah, aku benci betul cara dia mengajar, bukannya bagus sangat pun" Sokong rakannya.

Manusia itu sentiasa mahukan yang terbaik untuk dirinya, itu adalah fitrah tetapi jangan lengkapkan fitrah itu dengan rungutan yang merimaskan.

Allah membebani seseorang dengan dugaan yang kita mampu untuk menanggungnya. Allah itu tidak kejam, tidak zalim, setiap dugaan yang menimpa merupakan tanda kasih sayang Allah dan sebagai pembentukan jati diri agar kita lebih bersedia untuk berhadapan dengan hari yang akan datang.

Tapi kita tidak sedar, malah sewenang-wenangnya menyalahkan itu, menyalahkan ini. Mungkin kita tidak perasan ketika kita sedang asyik menuding jari itu, kita sebenarnya sedang seronok mempersoalkan aturan Allah. Siapa kita untuk bertindak sedemikian?

Bukankah Allah telah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 159 bahawa apabila kamu telah berusaha, maka bertawakal lah kepada Allah.

Benar, kamu telah berusaha, hadir kelas, ulangkaji pelajaran, bagi tumpuan dalam kelas, berjumpa lecturer itu semua merupakan satu usaha yang baik. Tahniah. Tetapi kamu terlupa satu perkara.

TAWAKAL.

Tawakal bererti berserah diri kepada Allah setelah berusaha. Jadi andai kamu masih gagal setelah berusaha, tidakkah kamu nampak bahawa itu adalah aturan Allah? Pasti ada terselit hikmah di sebalik kejadian yang menimpa. Tunggu dan lihatlah.

Allah memberi kesedihan agar kamu tahu bagaimana untuk ketawa apabila kegembiraan dikecapi dan Allah memberi kegembiraan agar kamu tahu bagaimana untuk menangis apabila kesedihan menjengah.

Apabila kita asyik merungut kita akan menjadi seperti bangau.



Bangau oh bangau,kenapa engkau kurus?Macam-mana aku tak kurus,ikan tak mahu timbul.
Ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan,kenapa engkau tak timbul?Macam-mana aku nak timbul,rumput panjang sangat.Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput,kenapa engkau panjang?Macam-mana aku tak panjang,kerbau tak makan aku.Kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau,kenapa tak makan rumput?Macam-mana aku nak makan,perut aku sakit. Perut aku sakit.

Perut oh perut,kenapa engkau sakit?Macam-mana aku tak sakit,makan nasi mentah.
Makan nasi mentah.

Nasi oh nasi,kenapa engkau mentah?Macam-mana aku tak mentah,api tak mahu menyala.
Api tak mahu menyala.

Api oh api,kenapa engkau tak mahu menyala?Macam-mana aku nak menyala,kayu api basah.
Kayu api basah.

Kayu oh kayu,kenapa engkau basah?Macam-mana aku tak basah,hujan timpa aku.
Hujan timpa aku.

Hujan oh hujan,kenapa timpa kayu?Macam-mana aku tak timpa,katak panggil aku.
Katak panggil aku.

Katak oh katak,kenapa panggil hujan?Macam-mana aku tak panggil,ular nak makan aku.
Ular nak makan aku.

Ular oh ular,kenapa nak makan katak?Macam-mana aku tak makan,memang makanan aku.
Memang makanan aku......

Kalau ular tak mahu mengalah, mungkin lagu ini tidak ada penghujungnya dan kalau kita asyik mahu merungut, entah bila masalah akan dapat diselesaikan.

Seperti apa yang ana catatkan dalam entri ana sebelum ini - what you give,you get back Segala apa yang kita lakukan pasti akan mendapat balasan. Didiklah jiwa untuk lebih bersabar kerana buah sabar itu adalah manis. Rungutan tidak akan membawa apa-apa perubahan, jadi renunglah ke dalam diri apa sebenarnya kesilapan yang telah dilakukan. Mungkin Allah mahu mendidik jiwamu agar lebih tenang menempuh arus duniawi. Ingatlah, tidak ada satu orang manusia pun yang sempurna.

Maka, Hentikan rungutan dan bertawakallah kepada Allah.

~bila takwa pakaian kita
urusan kita dimudahkan
kerana kita sudah menjadi ahlillah
begitu indah hidup bersama Tuhan~
- Hijjaz, Indahnya hidup bersama Ilahi

Wallahu'alam :)

2 comments:

irhafiz said...

Resah dan gelisah sahabat yang hatinya hampir dengan Penciptanya, apabila tiada suatu ujian pun yang menimpanya dalam suatu tempoh masa yang tertentu...
"Adakah Allah sudah melupakan aku?"

Mastura Mohd Yusuf said...

na'am... syukran atas komennya ya akh, moga kita semua mampu melapangkan dada atas ujian tanda kasih sayangNya...

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .