Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Monday, May 30, 2011

Semua Orang Ada Masalah


"Mas macam tak ada masalah je. Bestnya jadi Mas." Sahibah bersuara ketika kami duduk berdua bersama.

Dalam kehambaran saya tersenyum. "Tak ada orang yang tak ada masalah." Ayat saya terhenti di situ. Terkenang hati yang tidak tenang, serta fikiran yang melayang.

Ah, andainya mereka tahu...

Hakikatnya, semester ini saya merancang untuk tidak memegang apa-apa jawatan sekali pun kerana saya hanya mahu fokus kepada pelajaran. Semester ini adalah semester padat dan tough bagi kami. Tiga projek yang harus dijalankan, tak termasuk dengan assignments yang secara puratanya 3 assignments 1 hari. serta presentation yang lain sudah cukup benar mahu membuat kami terduduk muhasabah diri.

Tapi takdir Allah adalah yang terbaik. Allah adalah pengatur yang terbaik.

Tanggungjawab yang saya pikul sekarang melebihi masa yang saya ada. Terkadang terasa berat di hati untuk menerima, tapi atas dasar Iman saya menerima. Mencuba untuk ikhlas, tapi entah kenapa sehingga sekarang hati bagai ditusuk sembilu.

Saya hanya mampu tidur tika jam menjejakkan jarumnya ke pukul 1.30 pagi. Itu yang terawal setakat ini. Badan yang penat, membawa kepada kesukaran untuk bangun di sepertiga malamNya yang indah. Di mana, di situ wujudnya ketenangan yang dicari manusia...

Hati saya menjadi gundah. Terasa diri yang penuh dosa tidak lagi dibasuh dengan bermunajat kepada yang Esa.

Apatah lagi ditambah hari-hari yang penuh sibuk.

"Mastura, bajet belanjawan macam mana?"

Kepala menerawang saat tangan elok memasukkan data nama pelajar ke dalam microsoft excel.

Sambil-sambil tangan menyelak-nyelak buku mencari idea apa yang mahu dibentangkan bersama para nuqaba' keesokan hari,..
"Pukul 8 ada meeting."

Saat mata mahu terpejam sebentar sebelum Asar, jam sudah berbunyi menandakan diri perlu bersiap untuk ke mesyuarat program yang lainnya.

Saya tidak kisah tidak punya ruang waktu untuk diri, tapi biarlah saya punya ruang waktu bersama sahibah. Merekalah penguat saya, pengingat saya tatkala saya lupa.

"Kenapa Mas ni suka sangat berahsia. Ceritalah. Suka sangat pendam-pendam rasa." Selalu benar saya menerima teguran sebegini.

Bukan saya tidak mahu berkongsi rasa... Tapi melihat sahibah sendiri yang sudah ada masalah tersendiri, mana mungkin saya sanggup membebankan lagi mereka dengan masalah saya pula. Biarlah saya senyum dalam kepahitan, atau ketawa dalam kepura-puraan. Atau bergurau tatkala hati masih berdarah.

Biarlah... Asal sahaja senyuman di wajah mereka tidak luput pada pandangan mata saya, kerana senyuman itulah menjadi semangat saya untuk terus bertatih di medan ini...

Dalam ketabahan yang cuba diselam, ada air mata juga yang hadir. Sungguh, saya hanya seorang insan biasa yang punya rasa. Indahnya jika air mata itu Allah hitung buat penebus dosa saya yang semakin menggunung. Acapkali saya merasa kerdil berada di samping sahibah-sahibah yang rata-ratanya hebat-hebat belaka. Saya ini siapa, insan kerdil yang penuh dosa.....

"Kita sayang Mas kerana Allah." Sahibah kesayangan memeluk saya.

Saya tersenyum menahan sebak di dada, ah air mata tolonglah jangan mengalir di hadapan sahibah yang amat saya cinta ini.

"Hebatnya ujian Mas. Moga Mas tabah." Di sebalik doa itu, hati saya semakin sebak. Cepat-cepat mulut meminta izin untuk pulang ke rumah. Cukuplah hanya diri yang menanggung semua ini..

Pulang ke rumah, teman sebilik tersayang pula bertanya, "Mas kenapa ni?"

Saya tersenyum, "Hanya Tuhan yang tahu perasaaankuu.." Saya menyanyi kecil, cuba berjenaka.

"Jom pergi ke satu tempat yang menenangkan." Akhirnya saya bersuara. Saya rasa saya masih terlalu lemah untuk berhadapan dengan semua ini. Mungkin saya perlu mentadabbur alam untuk menenangkan semula hati!

dalam dunia ni, siapa yang tak ada masalah? jadilah insan yang bijak. ambillah masalah sebagai penggerak anda untuk maju setapak lagi ke hadapan, bukannya penghenti deras kaki yang berlari....


Wallahu'alam

Read More......

Saturday, May 28, 2011

Beringatlah!


"Saya nak bayar yuran." Pelajar lelaki yang berdiri di hadapan kaunter bendahari di hadapan saya berkata perlahan.

Saya yang ketika itu duduk betul-betul di kerusi yang berada di belakangnya, memerhati sayu.

Bajunya terkoyak sedikit, begitu juga seluarnya.

Di tempat saya belajar, ada satu kawasan yang dipanggil one stop center. Di dalamnya ada semua jabatan, mereka bertugas di kaunter-kaunter yang berkenaan, pelajar kena ambil nombor dan tunggu sehingga dipanggil. Situasinya lebih kurang macam dalam bank.

"Ada berapa lagi ye baki?" Pelajar lelaki itu menyambung kata.

"Ada lagi RM1000 lebih." Pekerja di jabatan bendahari menjawab ringkas.

"Oh ye ke?" Si pelajar diam sebentar. "Cukup kot..." Tangannya diseluk ke dalam poket, mengeluarkan sebuah dompet usang, kad atm Bank Islam dikeluarkan dan diberi kepada pekerja di kaunter.

Lama dia menanti...

"Dik, tak cukup ni, ada kurang lagi RM300." Dan inilah jawapan yang diperoleh.

"Takpelah, nanti saya bayar lagi." Bicaranya sayu, entah mengapa terus menusuk ke dalam hati saya.

Air mata saya mula bergenang, sahibah tersayang di sebelah di pandang minta pengertian. "Sedih." saya berkata, sepatah.

Sahibah mengangguk.

Sukarnya Bersyukur

Peristiwa di one stop center tersebut mengingatkan saya pada suatu peristiwa yang pernah saya lalui dahulu. Ketika saya berada di satu tempat di mana para pelajar ditaja sepenuhnya... Ramai yang memberontak jika elaun masuk lambat, sedangkan jika berjimat cermat, elaun pada bulan lepas itu pasti akan berbaki sehingga ke bulan hadapan..

Ketika itu, saya merasa sayu...

Teringat semua yang pernah saya lalui bersama teman-teman yang hidupnya boleh dikategorikan susah. Hatta RM1 bagi mereka amat berharga.

Sungguh! tinggal di bumi kolej saya ini banyak mentarbiyah saya akan erti kehidupan... Bagaimana berjimat cermat, membuat bajet makan setiap hari, mengikat perut dan banyak lagi... Jika terlebih bajet sehari, maka akan susahlah di kemudian nanti.

Ah, kesusahan benar-benar adalah satu tarbiyah terbaik buat diri.

Ingin sahaja saya menarik mereka yang tidak tahu beryukur ke sini, menyaksikan sendiri apakah erti sebenar sebuah kehidupan....

Tapi saya akur pada suratan, apa yang saya impikan, sukar sekali menjadi kenyataan. Lalu, di ruang inilah jari berlari, menaip sepatah dua kata buat ingatan semua...

Beringatlah!

Ketika kita senang, ada yang susah.
Ketika kita susah, pasti ada yang lebih susah.

Maka beringatlah... Dalam dunia ini, Allah cipta insan yang dalam kesusahan adakah untuk dipandang sahaja?

Tidak! tapi lihatlah mereka sebagai peringatan dari Allah buat diri kita sendiri. Muhasabah kembali, kesenangan yang kita ada, adakah digunakan ke arah kebaikan? Atau menambah sakit kepada mereka yang di dalam kesusahan?

Beringatlah... Rezeki yang kita dapat, bukan semuanya milik kita, dalam peratusan rezeki itu, ada hak orang lain, yang Allah salurkan melalui kita.

Maka jangan kedekut dalam memberi, hakikatnya semakin kita rajin memberi, semakin banyak rezeki yang Allah bagi.

Dan ingatlah :

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguh aneh bagi seseorang mukmin itu, seluruh keadaan yang menimpa dirinya dianggap sebagai suatu kebaikan bagi dirinya. Keadaan seperti ini tidak akan ditemui pada sesiapapun kecuali seorang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan lalu dia bersyukur, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya. Jika dia mendapat kesusahan lalu dia bersabar, maka perkara itu akan mendatangkan sebuah kebaikan bagi dirinya.” (Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya)


wallahu'alam


Read More......

Thursday, May 26, 2011

Jom Ubah Paradigma

Sahabat semua... maaf yang teramat dipohon.

Saya selalu ingin menaip sepatah dua kata di sini, namun melihat segala kerja yang sedang 'beratur', hati saya jadi berat untuk menaip..

Tapi Alhamdulillah, Allah beri saya jumpa dengan 1 video yang menarik, untuk dikongsi buat sahabat semua.

Jom kita! :)

Aku melihat dunia hari ini,
orang-orang Islam ibarat digenggam belenggu orang-orang kafir,
akhirat mereka luput, dunia pun tercicir... budaya jahil tidak diambil peduli,
melampau-lampau dalam hiburan, khayalan keterlaluan,
luas.. luas membanjir.. teruk... tak tertaksir orang-orang yang karam...

Barus, Singkel, Pasai, Ranir, Cardoba, Baghdah, Andalus,
hilang...hilang ditelan zaman,
kita lupa semua jawapan persoalan kehidupan,
yang mahir dihafal, Mampukah kita nak jawab di depan Mungkar dan Nangkir nanti?

sesetengah orang kata sejarah ini ibarat pentas bermain wayang cerita-cerita lampau dihurai, dipanjang-panjangkan bila tamat, diulang.. dan diulang kembali itulah sejarah...
Kalau begitu, takkanlah mustahil untuk giliran Islam pula yan mendatang tamadun kita yang lama dahulu yang indah gemilang hidup semula, kembali segar bugar terbentang, didunia yang luas..





Jom ubah paradigma!

Islam itu datang dalam keadaan Asing, dan akan kembali asing, tapi beruntunglah orang-orang yang asing!

Read More......

Thursday, May 19, 2011

Selamat Hari Lahir Laili!


Video untuk Laili, haritu Laili tak sempat tengok kan?


"Laili balik bila?" Saya bertanya.

"Esok petang, hari Khamis pagi laili ada appointment dengan doktor." Dia membalas sambil tangan masih lagi menekan-nekan keypad handphone.

Mata saya terus beralih kepada Kak Faiqa, teman sebilik saya sambil mengisyaratkan, "Macam mana ni?"

Hari jadi Laili adalah pada hari khamis dan kami telah merancang untuk meraikannya pada hari Rabu jam 12 tengah malam.

Allah... Rosak plan.

Kami yang rata-ratanya pada hari itu baru balik dari Mydin Nilai (Cuti Wesak! ^^) terus merancang plan baru. Tak tentu arah kami ke sana-sini,

Buat puding kek.
Setting tempat.
Dan yang paling susah sekali adalah jaga laili!

Susah sebab Laili sangat aktif, tak suka duduk diam. Macam mana kami nak memasak kalau dia nampak? Jadi bilik yang didiami seorang oleh adik dalam rumah kami ni jadi mangsa. Di situlah kami memasak, dan menyiapkan segala benda!

"Laili,laili, jom main make up make up." Saya bersuara, saja mahu dia nampak seperti birthday girl malam ni.

Aduh, seribu satu alasan diberi, tapi akhirnya dia akur.

Malam Tiba

"Mas mas, cepatlah. Laili nak tidur dah tu." Kak Faiqa masuk ke 'bilik operasi' kami.

Allah.

Laili,laili.. nak tidur pula dia.

Bertungkus lumus kami menyiapkan semuanya umpama lipas kudung. Dan akhirnya.....

"Laili, meh."

Kami membawanya ke 'bilik operasi.'

Bilik itu sudah gelap, yang ada hanyalah nyalaan tiga batang lilin. Sahibah yang berada di dalam bilik sudah bersiap sedia dengan laptop dan lagu Allah selamatkan kamu.

Sebahagian dari makanan jamuan, yang selebihnya masih dalam bilik operasi,belum dibawa keluar...

"Eleh, sebenarnya laili dah dapat hidu dah, saja je nak jayakan rancangan korang." Laili tersengih.

Ok fine laili. -.-"

Apa-apa pun, selamat hari lahir sahibah yang amat kami sayangi. Moga usia yang meningkat,berlaku seiring dengan penambahan amal yang meningkat. Ingatlah, sia-sialah kehidupan seorang muslim itu andai hari ini adalah lebih teruk dari semalam.

Moga Allah kasih dan redha serta menemani setiap langkahan kakimu!

Wallahu'alam

Read More......

Monday, May 16, 2011

Palestin Tercinta



Sedih melihat paparan video si kecil berlari-lari,
Di tangannya batu tergenggam kemas,
Mata meliar mencari sasaran,
Melihat mereka tanpa rasa gentar,
Walau hingga saat peluru menembusi dada...

Si anak kecil itu berjalan dengan penuh berani,
Di dadanya hanya punya Allah,
Matlamatnya hanya untuk mempertahankan Al-Aqsa,
Ya, Al-Aqsa yang kian luput dari ingatan muslim seluruh dunia,

Para dewasa,
Melepaskan sang anak di waktu pagi,
Dan kemungkinan besar hanya akan menerima berita kesyahidan si anak,
Di waktu petangnya......

Hari ini...
Mereka makan bersama,
Esok mungkin tinggal berseorangan,
Hari ini...
Mereka berkongsi cerita itu dan ini,
Esok mungkin hanya mampu bercerita pada hati.

Ah,
Palestin.
Masihkah subur dikau dalam ingatan kami?



Tatkala anak-anak kecil disana,
Mengutip batu di malam hari,
Tanpa rasa gentar berlawan dengan tentera yang seolah tidak punya rasa,
Anak-anak kecil di sini,
Sedang enak bermain berkejaran,
Menonton video-video lucah,
Bahkan sering ditakutkan dengan hantu bukannya Allah Yang Esa.

Tatkala rakyat di sana,
Hanya makan sekadar mengalas perut,
Rakyat di sini,
Makan dan membeli barangan buatan askar yang mereka tentangi.

Dan..

Tatkala sebutir peluru itu menembusi dada mereka...
Si anak kecil itu!
Orang dewasa itu!
Warga tua yang tidak berdosa!

Kita di sini,
Berpura-pura sedih,
Sambil tangan masih menghulur sumbangan,
Buat membeli peluru yang merodok jantung saudara sendiri.

Ah,
Di mana perikemanusiaan?
Di mana kedamaian yang kita war-warkan,
Sedang hakikat yang jitu,
Kita adalah si penyumbang peluru itu!

Satu demi satu nyawa melayang,
Satu demi satu saudara kita hilang,
Satu demi satu semangat yang rebah,

Di mana kita,
Yang mengaku saudara seIslam?

Tatkala mereka kesusahan,
Di mana kita dalam memberi pertolongan?

Dari Abi Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan, dan janganlah kamu berbelakang-belakangkan, dan janganlah sebahagian kamu menjual di atas penjualan sebahagian daripada kamu dan jadilah kamu wahai hamba Allah yang bersaudara.

Orang Islam bersaudara dengan orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayainya, dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaannya), dan tidak boleh mendustainya, dan tidak boleh menghinanya.

Taqwa itu di sini *kata Nabi sambil menunjuk kedadanya tiga kali*
Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya yang muslim. Sekelian orang Islam atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya. (HR Imam Muslim)



Separuh daripada barangan boikot


wallahu'alam

Read More......

Saturday, May 14, 2011

Zuhud


"Kenapa markah kamu rendah ni?" Tegur Ustaz kepada seorang pelajar.

"Er, saya zuhud ustaz." Seloroh si pelajar yang mengundang hilai tawa teman sekelas.

Ustaz hanya menggeleng kepala. "Banyaklah kamu punya zuhud!"

Zuhud

Adakah zuhud itu bererti memakai pakaian compang-camping ke sana sini?

Adakah zuhud itu bererti manusia yang langsung tidak hiraukan dunia sehingga hidup miskin melarat?

Adakah zuhud itu bererti mengenepikan dunia dan hanya mengejar akhirat?

Jika anda menjawab ya, maka jawab persoalan saya...

Adakah benar Islam melarang umatnya menjadi kaya? Justeru mengapa Uthman bin Affan adalah seorang yang kaya dan khadijah isteri nabi sendiri adalah seorang wanita bangsawan.

Adakah benar Islam menyuruh umatnya hidup miskin melarat? Justeru pernahkah kita mendengar pepatah kefakiran mampu membawa kepada kekafiran? Nikmat di dunia yang banyak, mahu dibuat apa? Bagaimana mahu memandang dunia dari jendela akhirat?

Adakah benar Islam menyuruh mengetepikan dunia? justeru mengapa adanya ayat ini :

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).


Jika sahabat mahu tahu, zuhud bukanlah bererti kita meninggalkan dunia secara total, tapi zuhud adalah apabila seorang manusia itu mengaut segala nikmat di dunia tapi tidak meletakkannya di dalam hati. Dunia letaknya sekadar di tangan agar kita bisa menggenggamnya, bukan diletakkan dalam hati agar kita tidak dipengaruhi.

Jika anda punya wang yang banyak, tapi tidak bermegah-megah dan membeli apa-apa pun sekadar untuk keperluan, makan pun biasa-biasa tidak melampau, maka itu ya zuhud.

Meninggalkan dunia secara total bukanlah zuhud malah itu adalah satu kedangkalan minda yang nyata.

Mari kita selusuri sirah.

Kisah Saidina Umar dan Aisyah

Suatu ketika... Saidina umar singgah di masjid dan melihat sekumpulan manusia yang asyik beribadah tanpa pergi bekerja. Saidina Umar pun bertanya, "Mengapa tidak kamu keluar bekerja.?"

"Zuhud." Balas mereka.

Saidina Umar naik berang, lantas beliau berkata. "Apa kamu fikir emas akan turun dari langit?" Digesanya para pemuda agar bekerja untuk mencari nafkah diri dan keluarga.

Beribadah bukanlah sekadar di masjid, atau tatkala tangan memegang tasbih dan berteleku di atas sejadah. Jangan kita sempitkan pemikiran dengan berfikir ibadah hanya terhad di kawasan-kawasan tertentu.

Hakikatnya, ketika kita berjalan menuju ke tempat kerja atau kelas dengan niat kerana Allah, maka itu adalah ibadah. Memulakan pekerjaan untuk mencari nafkah, itu adalah ibadah.

Segala-galanya adalah ibadah jika semuanya dipasakkan hanya kerana Allah.

Itu baru kisah Saidina Umar. Bagaimana pula dengan seorang wanita Agung yang pintar, -Aishah.

Satu hari, Aisyah berjalan ke masjid. Dilihatnya ada ramai pemuda yang asyik berbaring, bergelimpangan di sana sini, Ustaz kata umpama kain buruk!

Aisyah menjadi pelik dan bertanya, "Apa kalian lakukan di sini?"

Mereka membalas. "Kami zuhud!"

Aisyah membalas tegas, "Aku mengenali Uthman yang lebih zuhud daripada kalian tapi dia adalah seorang yang kaya raya. Aku mengenali Umar yang lebih zuhud dari kalian tapi ketika berjalan dia berjalan dengan penuh ketegasan!"

Ya, kamu berjalan dengan letih seperti tidak bermaya, itu bukan zuhud.
Kamu hanya beribadat di masjid tanpa keluar bekerja itu bukanlah zuhud.
Kamu tidak ke kelas dan asyik dengan program dakwah di sana sini itu bukanlah zuhud.

Malah itu semua adalah fitnah nyata kepada Islam tercinta!

Zuhud itu apa kawan-kawan?

Apa? Mengaut nikmat dunia tanpa meletakkannya di dalam hati?

Pandainyaaa :)

Seorang Sahabat Yang Zuhud

Ramai orang yang tak kisah bab berpakaian, terutamanya ketika solat.

Ada yang berpakaian kotor dan berbau ketika mahu solat.

Di luar pula ada yang memakai baju tidak bergosok, tidak gosok tudung dan adakalanya berbau. Sahabat, itu semua adalah fitnah kepada Islam. Islam itu cantik dan indah dan suka kepada yang cantik dan indah.

Jadi mengapa berjalan dengan penuh fitnah?

Ketika mahu bersolat...Mengapa tidak menyediakan yang terbaik untuk Allah?

Ada kisah seorang sahabat, (maaf saya lupa namanya), dia adalah seorang yang kaya, ketika berjalan dia bersiap sedia berpakaian perang, tapi ketika mahu solat.. Dia menyalin pakaiannya dengan pakaian yang bernilai 1000 dinar.

Ya 1000 dinar! 1000 dinar bukanlah RM1000. Sekarang 1 dinar bernilai rm300++, jadi anda darablah sendiri dengan 1000.

Itulah nilai baju solatnya.

betapa dia memberi yang terbaik untuk Allah, sedang kita hanya memberi yang biasa-biasa sahaja. Jika tak mampu beli yang mahal-mahal, cukuplah pastikan pakaian yang dipakai itu cantik dan bersih... Hanya untuk Allah.

Ustaz saya kata, orang dulu-dulu pergi masjid pakai jubah putih bersih, serban, wangi-wangi... Tapi sekarang, pergi solat jumaat dengan kain pelikat dan t-shirt pagoda sahaja.

Apatah lagi jika solat bersendirian di rumah, mungkin ada lelaki yang hanya berkain pelikat!

Sedih kan, Allah bagi nikmat yang banyak... Namun jarang sekali kita mensyukuri malah terus-terusan membuat fitnah kepada Islam dan dengan bangga mengatakan,

"Saya zuhud!"

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan(Al-Qasas:77)


Wallahu'alam

Read More......

Monday, May 9, 2011

Result?


Dah boleh cek result.

Status seorang teman pada pagi ini cukup untuk membuat jantung saya berdegup lebih pantas daripada biasa.

Result? Allah...

Dalam gementar, tetikus dilarikan dan papan kekunci ditekan untuk melihat portal pelajar kolej saya.

"Alhamdulillah." Itu sahaja ungkapan yang mampu saya ucapkan. Apa-apa pun result, sama ada baik atau buruk semua itu adalah anugerah dari Allah bertitik tolak daripada usaha yang kita beri.

"Manusia ni tak pernah bersyukur... bila dapat 2.0 nak 2.5, bila dpt 2.5 nak 3.0, bila dapat 3.0 nak 3.5,bila dapt 3.5 nak pula 4.0!"

Ya betul, manusia itu hakikatnya sukar sekali untuk mensyukuri segala nikmat yang Allah beri. Tapi, menyedari hakikat kekurangan ini, mari kita sama-sama mengambil sikap itu untuk melonjakkan lagi semangat kita bagi memperoleh hasil yang lebih baik!

Tidak salah untuk menjadi yang terbaik, asal sahaja jauh di sudut hati kita terhindar daripada sifat-sifat yang tercela seperti ujub dan takbur.

Menjadi yang terbaik...Menjadi yang cemerlang, yang gemilang dan terbilang semuanya jika dipasakkan hanya untuk Allah maka akan ada kedamaian di hati, akan ada ketenangan di jiwa, maka berjalanlah manusia dengan kerendahan hati,disayangi oleh sekalian yang ada di bumi dan langit.

insyaAllah.

Anjakan Paradigma Untukmu Anak

"Sedihla, kita da usaha dah, tapi mak ayah tak appreciate pun."

Ya sahabat sekalian!

Pernahkah anda mengalami situasi begini :

"La... ape ni, 70, B? kenapa tak A?"

"Alahai, 3.0? kenapa tak 3.5?"

"Ish... ni apa ni gagal, kenapa tak lulus?"

Ya, secara jujurnya suatu ketika dahulu saya juga pernah mengalami ini. Memanglah, dulu bila semangat tunjuk keputusan kat mak abah, tiba-tiba mereka macam tak menghargai je, rasa kecewa ya amat.

Tapi... semakin saya menginjak dewasa, dan semakin saya berusaha mendapatkan yang terbaik supaya mak abah tak boleh lagi nak condemn, saya semakin mengerti..

Kata-kata yang diluahkan mereka bukanlah untuk menjatuhkan saya, apatah lagi untuk memandang saya sebelah mata. Hakikatnya jauh di sudut hati mereka hargai usaha saya, tapi mereka mahu saya dapat yang lebih baik, maka kata-kata itu diluahkan agar saya merasa tercabar dan juga tidak akan berhenti berusaha untuk mendapat dan menjadi yang terbaik!

Dan kini, mereka tidak lagi berkata begitu, malah hanya tersenyum gembira dan terkadang terlihat air jernih di kelopak mata yang ditahan daripada tumpah.

Sahabat, mungkin juga kata-kata 'saya' di atas boleh bertukar menjadi 'kita'.

Ingat tidak, banyak kali saya mengingatkan, setiap apa yang berlaku dalam dunia ini ada hitam dan putihnya, jika kita terlalu melihat pada yang hitam maka sampai bila-bila pun kita tidak akan bangkit.

Itulah pentingnya husnu zon (bersangka baik) dalam setiap keadaan. :)

Peringatan jua buatmu ibu dan bapa...

Cara pembesaran setiap anak adalah berbeza.

Ada anak-anak yang amat sensitif, sehingga apabila apa yang dituturkan oleh ibu-bapa yang seakan-akan tidak menghargai mereka mampu menjatuhkan semangat mereka menjadi lebih teruk.

Maka adalah lebih baik berkata :

"Alhamdulillah... ada improvement, nanti buat yang lebih baik ya!"

Puji dahulu dan kemudian nasihati mereka.

Apabila hati anak-anak gembira, maka mudahlah ibu bapa menghampiri mereka dan menasihati dengan yang sewajarnya.

Didik anak, bukan dengan cara yang diterima diri kita sendiri suatu ketika dahulu, atau pun meniru cara orang lain mendidik anak mereka, tapi didiklah anak-anak dengan cara yang sesuai dengan anak-anak itu sendiri, dengan cara pembesarannya dan keadaan sekeliling yang mungkin mempengaruhinya.

Mereka adalah sehelai kanvas putih, maka coraklah berhati-hati!

Wallahu'alam :)

*saya taip entri ni semalam, tapi tersimpan dalam draft, harini baru publish. maaf ya :)

*Buat sahabat-sahabat saya, tahniah atas apa jua keputusan yang di terima. Kalian semua bijak-bijak :)

Read More......

Saturday, May 7, 2011

Berwangi-wangian


"Tak awa, ni ape ni? (Kak wawa ni ape ni?)" Adam bertanya sambil tangannya memegang sebotol kecil minyak wangi milik abah saya.

"Ni minyak wangi."

"Adam nak."

"Tu pergi suruh wak ani pakaikan." Saya membalas sambil tangan memegang DVD Hikayat Merong Mahawangsa yang aiin (kakak Adam) mahu tengok.

Pesan Si Kecil

"Wak Ani..pakaikan." Adam menghulur botol minyak wangi yang diambilnya kepada emak saya.

Emak menuruti, dicalit sedikit dan diletakkan di pergelangan tangan si kecil itu.

"Em, wanginya." Adam tersengih.

"Kakak, kakak tak boleh pakai tau, kakak perempuan." Dia menyambung kata sambil memberi pesan kepada Aiin.

Saya tergelak kecil, comel sungguh apabila si kecil itu berkata. Tapi sekali lagi keletahnya itu seolah-olah memberi satu pesanan yang amat bermakna....

Berwangi-wangian

"Eh takpe kak, takpe." Saya mengelak sewaktu kakak promoter minyak wangi mahu mencalitkan sedikit sample ke pergelangan tangan saya.

Cukuplah sekadar calitkannya di kertas, bukan saya allergic pada minyak wangi, tidak. Tapi saya masih ada banyak lagi tempat mahu berjalan dan teringat pada satu sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang amat kita kasihi dan rindui...

"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud, Tirmidzi)


Amat keras sekali pesanan Rasulullah s.a.w terhadap wanita yang memakai wangi-wangian.

Mengapa? Bukanlah asbab baginda cemburu atau apa, tapi percaya tidak, wangian yang keterlaluan mampu menghadirkan rasa syahwat dalam golongan Adam.

Perkara itulah yang akan menghampirkan diri manusia kepada penzinaan. Untuk apa memakai wangian yang berlebihan andai wangian itu mampu menarik perhatian manusia tetapi membuat kita jauh daripada Allah.

Kelak, di akhirat sana, perlindungan siapa yang akan kita pinta pada waktu tiada satu pertolongan pun selain dari Allah.

Haramkah Berwangian?

"Alamak... macam mana ni, takkan pakai minyak wangi pun haram?"

Sabar sabar. Jangan frust lagi.

Hakikatnya,setiap satu perkara itu asal hukumnya adalah HARUS selagi tidak ada perkara yang mengharamkannya. Contohnya pakai minyak wangi secara berlebihan dan menarik perhatian lelaki bukan muhrim, ha, menarik perhatian lelaki bukan muhrim itulah yang mengharamkannya.

Memakai minyak wangi adalah harus ketika sedang bersama suami, agar bauan itu menyenangkannya.

Manakala ia menjadi sunat tatkala kita ingin beribadah, ingin menyambut tetamu-tetamu wanita.

Mudahkan?

"Habis tu, takkanlah nak keluar busuk-busuk,badan berbau."

Ha! Sabar lagi.

Bukankah Islam itu bersih dan cantik? Maka jagalah kebersihan diri, jika kebersihan diri sudah tip-top, maka tidaklah ada lagi bau-bau badan yang kurang menyenangkan.

Tapi kalau memang semulajadi akan bau juga, maka pakailah yang sekadarnya, janganlah berlebihan sampai orang sehasta boleh bau.

Bersederhanalah dalam semua keadaan, itu lebih baik.

Ingat! Wangian yang dimaksudkan bukan sekadar minyak wangi, tapi deodorone dan yang sewaktu dengannya.

Jika wanita benar-benar sayangkan lelaki, maka janganlah memakai wangian yang melampau kerana hakikatnya jika kita benar-benar sayangkan seseorang, kita takkan mahu mencampakkannya ke dalam api neraka yang marak menyala.

Pilihan di tangan anda! :)

Wallahu'alam.

Read More......

Thursday, May 5, 2011

Sometimes....


*sorry, i have no idea why this video does not display nicely, if you want to watch the full and nice display, you cant watch it here

Sometimes....
You asked Allah for LOVE,
But He gave you HATE and FRUST.

Sometimes...
You asked Allah for FREEDOM,
But He gave you LIMITATION,

Sometimes...
You asked Allah to be RICH,
But He gave you AVERAGE LIFE,

Sometimes...
You asked for LIGHT,
But what you see was DARKNESS,

Sometimes...
You asked to have a lot of FRIENDS,
But what you got was BETRAYAL,

You were down,
And you blamed Allah for that,
You were very sad,
And your trust in Allah gone with the wind.

Allah will always there,
To watch over you,
And to love you more than anyone do,

You scolded and cursed Him,
But He knows one day you will understand....

He gave you HATE and FRUST,
So that you would know how to really appreciate LOVE,

He gave you LIMITATION,
So that you won't go to the WORSE,

He gave you AVERAGE LIFE,
So that you won't be ARROGANT,

He gave you DARKNESS,
For you to SEARCH the real LIGHT,
And knows how to APPRECIATE it,

He let you felt BETRAYED,
So you would know how to find a TRUE FRIEND,

One day when you found out this,
And you did not even say THANK YOU ALLAH,
Nor FORGIVE ME ALLAH,

Allah is always there,
Watching over you,
Loves you,
Listens to you,
And...
Gives you what you NEED,
Not what you WANT.

Allah still guides you,
To the long path that you walk,
Eventhough,
Not even a word of thanks nor sorry come out from your mouth,
Instead, you keep on scold and curse on Him...

Do we really loves Him?
Or it is just a word to say?

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not. (Al-Baqarah : 216)


Wallahu'alam

Read More......

Tuesday, May 3, 2011

Selamat Hari Ibu


Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara Allah walaupun setiap hari ada saja dosa yang kita lakukan.

Hari ni, Hari ibu.. kan? ke semalam? Entah, pada saya hari-hari adalah hari ibu, cuma hari ibu yang dikhususkan tu mungkin lebih istimewa lagilah :)

Jadi sempena Hari Ibu ni, maka entri ni khusus untuk ibu saya yang tak pernah sesaat pun saya lupa untuk menyayanginya.

Ibu bapa setiap insan ada keistimewaan dan kekurangan masing-masing, jadi sebagai anak, ambillah keistimewaan yang ada untuk top-up kasih sayang terhadap mereka setiap hari. Orang kata, makin hari makin sayang, kalau makin hari makin benci tu ada something wrong somewhere lah tu...

Saya ingat lagi, waktu saya sakit, demam sampai tak boleh bangun..Emaklah orang yang paling risau. Bawa makanan ke bilik, ubat tu ubat ni, jamu tu jamu ni.. Sampai akhirnya saya sihat sebab tak mahu makin jamu lagi. -_-" Terima kasih emak, taktik itu sangat praktikal.

Waktu saya sedih, ada masalah..Emak selalu jadi telinga untuk saya cerita semuanya, kalau orang ada bestfriend, emak adalah atas lagi daripada tahap bestfriend. Oh, tapi emak tak suka tengok saya menangis, dulu saya ingat emak tak sayang saya, lebih suka tengok saya menangis daripada memujuk saya, macam dalam tv tu.

Selalu saya tengok cerita kalau anak merajuk nanti mak ayah datang kat bilik pujuk. Romantik kan? Tapi mak saya tak ajar saya jadi lemah sebegitu.

Pernah sekali waktu tu saya ada periksa hafazan kat sekolah Agama, entah saya rasa macam akan fail je lepas face to face dengan pemeriksa tu, saya lari balik rumah dan menangis, waktu tu emak tengah tengok tv. Emak tanya, "Kenapa?"

"Hafazan tadi, macam fail je." Saya menangis, yelah kalau fail satu paper tu fail semua subjek.

Tapi emak teruskan menacap matanya pada televisyen, saya stres sungguh waktu tu, rasa macam tak disayangi aje. Tapi rupanya emak tak mahu ajar saya jadi lemah, sikit-sikit menangis. Siapa kata emak tak pujuk? Emak masak sedap-sedap hari tu, mungkin untuk gembirakan saya kot.

Waktu saya ambil keputusan periksa, seringkali mata mak berkaca-kaca, terharulah tu tapi cover macho. :D Taklah, pernah satu ketika tu emak cium saya lepas tengok slip keputusan. Depan semua orang. Rasa tak tahu nak cakap apa waktu tu. Entahlah, tu semua berkat doa emak juga. Kalaulah emak tak doa, tak mungkin saya mampu belajar dengan baik.

Waktu saya masuk asrama, saya mula rindukan emak. Hari-hari lepas prep, sanggup tak makan malam, lari terus ke public phone kumpul duit syiling banyak-banyak sebab nak telefon emak. Sanggup juga beratur panjang-panjang sampai pukul 12 malam sebab nak telefon mak, waktu ni bila ada orang telefon pakwe rasa nak marah je, sebab sanggup dia lupakan emak yang dah besarkan dia bertahun-tahun sebab seorang lelaki yang baru dikenali. Apa-apa pun doakan mereka agar diberi hidayah.

Bila dah lama sikit, ada public phone yang guna kad tu, wah bahagia rasa! tak payah kumpul duit syiling lagi, setiap kali outing mesti beli kad telefon, telefon malam-malam buta yang rasanya mak pun dah tidur tapi layankan saja saya ni. Kenapa suka telefon emak? Entahlah,rasa macam bila dengar suara dia tu dapat tenteramkan hati. Hebatkan Allah yang ciptakan bidadari itu untuk kita semua....

Pernah saya teringin sangat makan kek coklat, bangun tidur esok pagi tengok dah ada dah kek coklat tu atas meja :')

Lagi, emak sanggup tinggal makan tengah hari sebab nak alter telekung saya. Ya, alter telekung lebih susah daripada jahit telekung.

Bukan sahaja saya, tapi kawan-kawan saya pun emak bahagiakan. Emak anggap kawan-kawan saya macam anak-anak dia juga..

Terima kasih emak, sungguh saya sedar sampai bila-bila pun saya takkan mampu membalas cinta emak pada saya. Cinta yang mak beri adalah cinta tanpa syarat...Walaupun susah,walaupun payah emak harungi juga. Harap-harapnya, dapatlah saya jadi anak yang solehah yang mententeramkan hati emak...

Hargailah ibu kita, selagi kita masih ada peluang untuk menghargainya... Jangan jadi seperti lumrah kebanyakan manusia, hanya menghargai bila sesuatu itu telah tiada...

Mahukah kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi?

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya : “Siapakah orang yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik-baiknya ?” Rasulullah menjawab : “Ibumu”. Dia bertanya lagi : ” Kemudian siapa ?” Rasulullah menjawab : “Ibumu” . Dia bertanya lagi : “Kemudian siapa ?” Rasulullah menjawab : “Ibumu”. Dia bertanya lagi : ” Kemudian siapa?” Rasulullah menjawab : “Ayahmu”



Oh, saya beli ini di heartbeat untuk ibu saya, simple, senang, dan mendarat di hadapan rumah anda! :)

Kalau nak beli juga, bolehlah tengok di :


Read More......

Sunday, May 1, 2011

How to face the problems?


"How to be strong? How to be tough?" I was being 'smashed' with this type of question for a few times.

People might think that I am tough,strong or anything else, but who actually knows, sometimes my heart was bleeding when i curved a smile?

Who said that i never shed a tear? In fact, my eyes always looked like a panda as i cried a lot.

Sometimes, you can't really judge a book by it's cover, I am not strong though to give people advices about how to be strong, but I agree that sharing is caring, so here are the tips.


1. Allah is always there

You know what, you are what you think and Allah is always there with your thought. So friends, when you are really down and you don't know what to do plus you dont know who to tell to, you can always put this in your heart, deep down inside...

Allah is always there, to calm your heart, to overcome your fears, to always be an ear for you to tell anything, He once said in the Quran :

"Call upon Me; I will respond to you." (Al-Ghafir :60)


"Why sister, I prayed to Him for hundred times but i can't see any of them is answered."

Yeah brothers and sisters actually Allah answers prayers in 3 ways :

1) He gives you what you want.
2) He says wait and gives you something better.
3) He says no, and gives you the best!

Sometimes, actually Allah had answered our prayers it's just that we are the one who didn't realize it. Just see this one thing; He still let us to breath His air eventhough we have made a lot of sins.

Seeeee... How generous He is! Just pray to Him and have a belief inside.

Think Positive

Always think positive. You know what, everything in this world has two sides which are dark and light. If you tend to look at the darker side of the world, nothing good is going to happen.

Why?

Because my dear friends... Once you think negatively, your mind will be corrupted, your mood will go down and your self esteem will get worse day by day. And the result is that you can't even improve yourself to be someone better.Let me give you an example :

When it is raining and you are going home, without any umbrella nor raincoat, you may feel stress, how to walk along the road.... But! if you think that it's okay, the rain is going to stop later, take a rest and realize that the rain will make the trees healthier and will not make the earth extremely hot, you will feel better.

The choice is yours, to look at the darker or lighter side. Just remember, you are what you think. The things that you are thinking is really going to happen.

Once a motivator said to the audience : " When you made a mistake and you think that your dad will scold you, that will happen, think that your dad won't scold you and that will happen."

You know what, it is proven. A wife who has negative thought towards her husband like her husband is having an affair or what, then one day she will find that her husband is really having an affair with someone else.

So friends... Just think positive and your spirit will boost up!

Search for the solution

Well well, after you have pray and think positively... remember one thing :

Do not THINK of the problem but THINK of the SOLUTION!

Things won't get better if you just keep your mind on it, it will be something better if and only if you take a single step to think of the solution. Remember.... a long journey begins with a single step!

So so and so my dearest friends.... Problems are normal, if you don't have any problems, you are not a normal human being. At least, keep in your mind that this is the only way that Allah can remind you to think and be close to him.

At least, you remember.... if you are in a bad situation, there is someone in this world who is in a worse situation. Be calm and cry to Allah...

He will never harm you, it is just that you are the one who harm yourself :)

So keep the smile on your face, make a step and keep moving on!

Best of luck friends :)

Wallahu'alam

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .