Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Saturday, May 7, 2011

Berwangi-wangian


"Tak awa, ni ape ni? (Kak wawa ni ape ni?)" Adam bertanya sambil tangannya memegang sebotol kecil minyak wangi milik abah saya.

"Ni minyak wangi."

"Adam nak."

"Tu pergi suruh wak ani pakaikan." Saya membalas sambil tangan memegang DVD Hikayat Merong Mahawangsa yang aiin (kakak Adam) mahu tengok.

Pesan Si Kecil

"Wak Ani..pakaikan." Adam menghulur botol minyak wangi yang diambilnya kepada emak saya.

Emak menuruti, dicalit sedikit dan diletakkan di pergelangan tangan si kecil itu.

"Em, wanginya." Adam tersengih.

"Kakak, kakak tak boleh pakai tau, kakak perempuan." Dia menyambung kata sambil memberi pesan kepada Aiin.

Saya tergelak kecil, comel sungguh apabila si kecil itu berkata. Tapi sekali lagi keletahnya itu seolah-olah memberi satu pesanan yang amat bermakna....

Berwangi-wangian

"Eh takpe kak, takpe." Saya mengelak sewaktu kakak promoter minyak wangi mahu mencalitkan sedikit sample ke pergelangan tangan saya.

Cukuplah sekadar calitkannya di kertas, bukan saya allergic pada minyak wangi, tidak. Tapi saya masih ada banyak lagi tempat mahu berjalan dan teringat pada satu sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang amat kita kasihi dan rindui...

"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud, Tirmidzi)


Amat keras sekali pesanan Rasulullah s.a.w terhadap wanita yang memakai wangi-wangian.

Mengapa? Bukanlah asbab baginda cemburu atau apa, tapi percaya tidak, wangian yang keterlaluan mampu menghadirkan rasa syahwat dalam golongan Adam.

Perkara itulah yang akan menghampirkan diri manusia kepada penzinaan. Untuk apa memakai wangian yang berlebihan andai wangian itu mampu menarik perhatian manusia tetapi membuat kita jauh daripada Allah.

Kelak, di akhirat sana, perlindungan siapa yang akan kita pinta pada waktu tiada satu pertolongan pun selain dari Allah.

Haramkah Berwangian?

"Alamak... macam mana ni, takkan pakai minyak wangi pun haram?"

Sabar sabar. Jangan frust lagi.

Hakikatnya,setiap satu perkara itu asal hukumnya adalah HARUS selagi tidak ada perkara yang mengharamkannya. Contohnya pakai minyak wangi secara berlebihan dan menarik perhatian lelaki bukan muhrim, ha, menarik perhatian lelaki bukan muhrim itulah yang mengharamkannya.

Memakai minyak wangi adalah harus ketika sedang bersama suami, agar bauan itu menyenangkannya.

Manakala ia menjadi sunat tatkala kita ingin beribadah, ingin menyambut tetamu-tetamu wanita.

Mudahkan?

"Habis tu, takkanlah nak keluar busuk-busuk,badan berbau."

Ha! Sabar lagi.

Bukankah Islam itu bersih dan cantik? Maka jagalah kebersihan diri, jika kebersihan diri sudah tip-top, maka tidaklah ada lagi bau-bau badan yang kurang menyenangkan.

Tapi kalau memang semulajadi akan bau juga, maka pakailah yang sekadarnya, janganlah berlebihan sampai orang sehasta boleh bau.

Bersederhanalah dalam semua keadaan, itu lebih baik.

Ingat! Wangian yang dimaksudkan bukan sekadar minyak wangi, tapi deodorone dan yang sewaktu dengannya.

Jika wanita benar-benar sayangkan lelaki, maka janganlah memakai wangian yang melampau kerana hakikatnya jika kita benar-benar sayangkan seseorang, kita takkan mahu mencampakkannya ke dalam api neraka yang marak menyala.

Pilihan di tangan anda! :)

Wallahu'alam.

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .