Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Friday, March 30, 2012

Jangan Berdendam, sayang..

Terima Kasih Pakcik Gugel.

"AKU BENCI KAUUU. siaplah kau nanti. Tengoklah apa jadi kat kau." Satu individu itu menjerit-jerit. Kecewa dengan apa yang berlaku. Kecewa ditikam dari belakang.

Sakit hati, geram, benci semuanya bersatu padu membentuk sebuah dendam.

Dendam, bukan dam. Kalau dam boleh main sama-sama dengan saudara-mara, tetapi dendam adalah satu perasaan yang tidak elok di dalam hati.

Hati dan Tangan

"ISHHH dia ni. suka-suka je cakap jangan berdendam. Awak ape tahu? selama ni saya buat baik dengan dia, dia balas macam ni, mana boleh tahan. MANA BOLEH."

Er, kalau saya senyum sekejap, awak berdendam tak dengan saya? Saya bukan perli, tapi tiba-tiba rasa geli hati. Maaf ya..

Begini sayang...

Memang lumrahnya hati manusia itu lembut. Macam daging lembu, bila kita ambil pisau, kita gores, maka calarlah ia. Tak pernah tengok daging lembu? Baiklah, lihat tangan sendiri, mesti pernah tergores dengan pisau kan, berdarah, sakit kan? Di hati juga begitu, cuma kita tidak nampak.

Setuju?

Setuju tak jika saya katakan, luka di tangan itu lama-lama akan sembuh. Kita ambil iodine, ambil minyak gamat, kita sapu. Tak cukup lagi, kita ambil plaster tampal. Dan akhirnya....Luka itu sembuh, terkadang hingga kita tak dapat kesan di mana luka itu dan kita pun lupa yang kita pernah luka di situ.

"Ah, itu tangan. tangan dengan hati berbeza. Tangan buat makan, hati mengandungi perasaan."

Pandainya... Orang pandai dia akan berfikir jauh..Tapi awak mungkin terlupa, tangan kiri digunakan untuk beristinjak

Sahabat,

Luka di tangan itu, kalau kita biar, kita tidak usaha letak ubat... dia akan sembuh jua, cuma tempohnya lama sedikit.
Begitu juga hati, kalau kita tidak letak ubatnya, kita biar dia terluka, malah kita tambah lagi kebesaran luka itu dengan mengingat perkara-perkara jahat yang pernah orang lakukan pada kita, bagaimana luka itu mahu sembuh?

"Eh eh, ni awak membebel apa ni, macam mana nak letak gamat ke iodine ke dalam hati? ish bosan."

Awak sendiri tahu, tangan dan hati adalah dua benda yang berbeza. Tangan buat makan, hati mengandungi perasaan. Jadi ubatnya juga berbeza. Tatkala hati itu terluka, ubatilah ia dengan mengingati segala kebaikan yang pernah orang tersebut lakukan. Ubatilah hati dengan beristighfar dan mengingati Tuhan...

Temui ketenangan dengan berzikir, bersama-sama alam yang sentiasa berzikir kepada Allah.

Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-Ra'd : 28)


Contohi Salahuddin Al-Ayubi

"Bunuh semua."

Suatu ketika dahulu, tatkala Jerusalem ditakluk oleh orang yang bukan beragama Islam, Ummat Islam telah dibunuh secara berjemaah. Maksud saya secara beramai-ramai.

Mereka disembelih, dari malam sehingga keesokan paginya.

Sehingga dikatakan mayat-mayat yang bergelimpangan, bertimbun-timbun sehingga mencecah ke paras lutut.

Selepas itu, Jerusalem berjaya ditakluk oleh Salahuddin Al-Ayubi. Adakah Salahuddin membunuh semua orang bukan Islam?

No. Tidak. Nehi.

Malah, Salahuddin meraikan mereka. Keesokan paginya selepas penaklukan Jerusalem, Salahuddin membuat pengumuman bahawa orang Kristian dan Yahudi juga bebas beramal di rumah ibadat masing-masing.

*tepuk-tepuk*

Cool tak Salahuddin? Itu baru awesome. Ummat Islam sentiasa cool.

Bukannya Salahuddin tidak merasa pedihnya keperitan saudara-saudara Islam yang telah dibunuh. Bukannya Salahuddin tidak merasa sakitnya saudara-saudara Islam itu.

Tapi... dendam, jika diteruskan sampai bila akan berakhir? Dengan kelembutan itulah ramaiii orang memeluk Islam. Sama seperti yang Rasulullah lakukan ketika pembukaan kembali kota Mekah, baginda memaafkan semuaaaaa orang.

Kemaafan itu indah sahabat.

Benar-benar indah.

Jangan berdendam, Sayang...

Jangan berdendam sayang,
Kerana dendam itu akan membuat hatimu lebih terluka,

Jangan berdendam sayang,
Kerana dendam itu hanya akan membuat hatimu gundah.

Jangan berdendam sayang,
Hidup ini terlalu singkat untuk dikau merasa begitu..

Berilah kemaafan, dengan itu hatimu akan tenang, sesungguhnya berbuat kebaikan itu adalah sedekah. Anggaplah kamu sedang memberi sedekah kepada orang yang berbuat jahat itu.

Kejahatan jangan dibalas dengan kejahatan... Jika tidak, apa bezanya kamu dan mereka?

Kita kan...ada ALLAH! ;)

Dia lah Tuhanku, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu semuanya)(Ar-Ra'd : 30)


Wallahu'alam

Read More......

Thursday, March 29, 2012

Ayuh Berbaik Sangka.

Ehsan Pakcik Gugel.

"Manaaa lah surau dia ni?" Saya berceloteh, ditemani seorang kakak yang ohsem ketika mencari surau di Universal Studio Singapore(USS).

Puas ke sana-sini. Oh, kami ke sana seramai 8 orang,dan saya bersama kakak ohsem tersebut adalah dua makhluk Tuhan yang tercicir kerana mereka berenam telah pun pergi dahulu ke surau.

Jalan punya jalan.. Alhamdulillah, Jumpa juga suraunya. selesa.

"Assalamualaikum..."Pintu dibuka, salam diberi.

"Mas! hang pi manaa?" Kecoh mereka melihat saya dan kakak ohsem. Rindu agaknya.

"Mas...nak tau takk.." Begitulah, apabila semuanya telah berkumpul, segalanya jadi riuh-rendah.

"Apeee..apee.." Saja saya mencucuh api.

"Tadikan, ada 3 orang solat berjemaah. Lepas diorang buka je telekung, seksii sangat rupanya diorang. Tapi memang respectlah." Mereka bercerita penuh semangat.

"Alhamdulillah. Alhamdulillah... sekurang-kurangnya masih ingat mereka terhadap Allah." saya menambah.

Mereka mengangguk. " A ah.. agaknya diorang baru belajar bab solat. Semoga Allah bagi hidayah lebih."

Saya tersenyum.

Berada di samping mereka yang solehah benar-benar membahagiakan. Setiap apa yang berlaku, pasti mereka menarik saya kembali mengingati kekurangan diri dan kebesaran Ilahi.

Berbaik Sangka

Tamat meronda USS, kami menaiki train dan ke beach station pula untuk melihat persembahan song of the sea.

Alhamdulillah, di sana juga ada surau. Selepas menunaikan kewajipan yang satu itu, kami saja baring-baring merehatkan badan sementara menunggu show bermula.

Tiba-tiba....

Pintu Surau dibuka.

Muncullah seorang wanita cantik.

To be continued...^^

Ok tipu je, jangan tipu-tipu ye kawan-kawan, Allah tak suka :)

Dan wanita cantik itu juga seksi, pakaiannya.. hanya seperti pakaian renang. Dia mengambil telekung, dan bersolat penuh tertib. Habis solat, dia kembali menuju ke pintu untuk berlalu.

"Assalamualaikum.." Sempat dia memberi salam.

Terkedu kami sebentar. "Waalaikumussalam wbt."

Dalam hati berdoa, moga Allah beri dia hidayah dan petunjuk hingga dia mampu menjadi seorang wanita hebat.

Panjang saya membebel. Dapat tidak point pentingnya di mana?

Setiap manusia ada buruk baiknya. sejahat mana pun manusia itu, pasti ada KEBAIKANNYA. cuma terpulang kepada kita untuk mencari dan melihatnya atau terus memandang kejahatannya.


Ada orang yang suka menghukum orang. Kata orang itu kafir, orang ini kafir.
Kata orang itu salah,orang ini salah.

Sahabat,

Anda gelar diri anda pendakwah, tapi tidak mampu melihat kebaikan orang yang didakwah?
Anda gelar diri anda khalifah tapi masih suka melihat kejahatan berbanding kebaikan manusia?

Renung kembali ke dalam diri.. sudah sempurnakah sebatang tubuh itu?

Benci Maksiat, Bukan Si Pelaku Maksiat

"Saudari, awak cakap apa ni? tak nampak ke diorang buat maksiat? Allah marah tu! bila Allah marah masuk neraka."

Sabar. sabar. Tarik nafas..

Ya saya setuju, maksiat itu tak bagus, Allah tak suka. Tapi si pelaku maksiat, mungkin dia melakukan kemaksiatan kerana tidak tahu. Benar Allah marah bila seseorang melakukan maksiat..tapi apabila dia bertaubat, mungkin sahaja darjatnya nanti lebih tinggi dari kita semua.

Saya ingat lagi ketika satu gambar si pelaku maksiat tersebar di facebook. Teruk wanita itu dicerca,dicemuh. Teruk dia dimaki hamun.

Allah..Mengapa tidak didekati, difahami dan diterangkan keindahan Islam padanya? Kutukan itu, hakikatnya semakin menjauhkan si pelaku maksiat dari Allah. Kelak, andai dia ke neraka... adakah kamu fikir kamu boleh senang-senang ke syurga?

Nehi nehi. Mungkin sahaja dia menarik kamu sekali ke neraka. Berpadalah, kawal hati. benci maksiat itu sahaja, jangan dibuat pakej benci sekali dengan pelaku maksiat.

Anda Pendakwah? Anda Khalifah?

Anda rasa best ke hidup dalam keimanan?
Best ke bermunajat kepada Allah?
Best ke jadi soleh/solehah?

Best? best kan? Jadi kenapa tak sebarkan ke'best'an itu kepada semuaaa orang.

Lihat sekeliling anda. Siapa yang berada di samping anda?

Wahai pendakwah wanita,
Adakah anda bergaul sama dengan wanita-wanita seksi,
Wanita-wanita yang tidak bertudung,
Wanita-wanita yang bukan beragama Islam?

Atau kawan-kawan anda semuanyaaa solehah seperti anda?

Wahai pendakwah lelaki,
Adakah anda bergaul sama dengan 'mat-mat rempit',
Dengan lelaki-lelaki yang rosak akhlak?
Dengan lelaki-lelaki bukan Islam?

Atau kawan-kawan anda semuanyaaaa soleh seperti anda?

Sabar. Baca sampai habis. Memang kita perlu bersahabat dengan mereka yang beriman. Tapi, berKAWANlah dengan semua orang. Saya tak suruh anda jadi seperti mereka.

Bimbinglah mereka, dekati mereka, fahami mereka. Jadikan mereka seperti anda atau lebih baik dari anda.Itu baru pendakwah. Itu baru awesome.

Nak masuk syurga, mana best sorang-sorang. ;)

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. (Al-Hujurat : 12)


Ingat, cari kebaikan manusia, abaikan kejahatannya. Berbaik sangka, berkawanlah dengan semua.. dekati, rapati, fahami mereka.

Kelak Allah sayang, Rasul sayang, semuaaaa sayang. <3

Wallahu'alam

Read More......

Wednesday, March 28, 2012

Palestin Is Waiting!


WE CALLING FOR FREEDOM

Anda pernah dengar nama negara Palestin?

Anda tahu sejarahnya?

Anda cintakannya?

Jika YA. Mari baca lagi..



Pada 30 Mac 2012, akan diadakan acara, GLOBAL MARCH TO JERUSALEM, atau perarakan global ke Jerusalem. Jordan, India.. ah, seluruh dunia bersatu padu berarak ke kordinat terdekat dengan Jerusalem.



Dan di Malaysia pula, untuk menunjukkan bahawa kita menyokong mereka, telah diadakan upacara di STADIUM MELAWATI. Bermula insyaAllah jam 5 petang dan berakhir insyaAllah jam 11.30 malam. Program-programnya subhanallah menyuburkan rasa cinta kepada saudara di sana.

Dijemput semua untuk hadir memeriahkan. Kita tidak mampu berjihad di Palestin, tapi kita mampu beritahu saudara di sana bahawa kita bersama mereka.

Yang berkelapangan, jommmm hadir. Yang tak berkelapangan, tembakkan doa berdas-das agar program ini berjalan lancar, ya? jangan lupa tengok TV. InsyaAllah ada liputan rasmi.

Dijemput juga untuk like page rasmi GMJ untuk tahu maklumat terkini : http://www.facebook.com/MalaysiaGMJ

Ayuh cakna!

Wallahu'alam

Read More......

Monday, March 26, 2012

Jangan Menyalahkan Takdir

Sumber : Pakcik Google.

Terkadang,
Angin yang lembut itu bisa berubah kencang,
Dan manusia yang sedang ketawa itu,
Terus menangis gundah....


"hahahaha" Satu hari, Adam seronok bergelak ketawa, sambil kaki berjalan mengundur.

Gedebuk!

Seperti nangka sahaja jatuhnya, semua yang ada terkejut.

Adam kembali bangun, menggosok-gosok punggungnya, "HAHA. tak sakit tak sakit." Katanya selamba.

Ah anak kecil ini...


Dahulu Kita Juga Sepertinya

Sahabat,

Dahulu.. Sewaktu kita kecil kita juga kuat. Banyak kali kita terjatuh ketika cuba hendak berjalan, tapi akhirnya kita bangkit kembali. Banyak kali kita 'dikecewakan' kerana tidak dapat menjamah semua makanan, tapi selepas itu kita ketawa kembali. Banyak kali kita bergaduh dengan teman sebaya, tapi selepas itu kita kembali bersapa dan berbual mesra.

Tapi.. Semakin kita menginjak dewasa, kekuatan itu semakin hilang.

Waktu ditimpa dugaan, kita asyik bersedih.
Waktu disapa ujian, kita asyik merungut.

Kita asyik menuding jari kepada Allah, sedang Allah telah pun memujuk kita dengan ayat-ayat cintaNya :

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Al-Insyirah : 5-6)


Terkadang ada manusia yang jadi malas beribadat, tidak lagi percaya kepada Allah... Sedang Allah setia menunggu, rintihan dan doa dari hamba yang amat dirinduiNya..

Sahabat,

Dahulu... seorang sahabat Nabi, ketika ujian tidak ditimpakan kepadanya, dia berasa gundah dan sedih, soalan yang sama diulang-ulang : Apakah Allah telah lupa kepadaku?

Sekarang sahabat,

Allah menguji..tidaklah sehebat ujian yang ditimpakan kepada ummat terdahulu.

Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Zainab puteri Rasulullah... yang terpaksa memilih antara suami yang masih jahiliyyah atau ayah tercinta.

Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Sumayyah... yang seisi keluarganya dibunuh di hadapan mata.

Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Bilal bin Rabah... dijemur, diseksa, dihempap batu...

Ah, sahabat...

Allah sungguh kasih kepada kita.... Tapi berbalaskah kasih itu?

Jangan Menyalahkan Takdir

Ada orang... yang usahanya sedikit, dan bila datang sesuatu yang tidak memuaskan, dia berkata : Ini adalah takdir.

Sahabat,

Kata-kata begitu hakikatnya seolah-olah kita menyalahkan takdir. Sesuatu yang belum berlaku tidak dinamakan takdir, bahkan kita masih ada peluang untuk mengubahnya.

Jika semuanya mahu bergantung kepada takdir, maka orang jahat tidak akan berubah menjadi baik kerana takdirnya sudah jahat.

orang miskin tidak perlu berusaha mencari duit, kerana takdirnya sudah miskin.

Pelajar corot tidak perlu belajar kerana takdirnya sudah corot.

Begitukah?

Mari kita baca satu cerita :

Ketika wabak penyakit berlaku di Syam, Umar Al-Khattab telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk tidak memasuki Syam.

Ada yang bertanya : Adakah engkau melarikan diri daripada Qadar Allah wahai Amirul Mukminin?

Beliau menjawab : ya, kita lari daripada Qadar Allah kepada Qadar Allah. Apa pendapat kamu jika kamu berada di atas dua jenis tanah iaitu yang subur dan kering. Bukankah jika kamu usahakan yang subur, kamu mengusahakannya dengan Qadar Allah dan jika kamu ushakan yang kering, kamu mengusahakannya dengan Qadar Allah juga?

Nak dengar cerita lagi?

Suatu ketika, seorang lelaki telah kalah dalam satu perbahasan dan berkata "Allah telah menentukan bahagianku."

Nabi SAW memarahinya kerana berkata demikian.Lahiriahnya kata-kata itu menggambarkan iman tetapi hakikatnya menampakkan kelemahan.

Sabda baginda:

"Allah membenci orang yang lemah, tetapi apabila tewas dalam suatu urusan kamu berkata: Bahagianku telah ditentukan oleh Allah."

Berusaha dan berusahalah dengan bersungguh, pilihlah takdir yang kita mahu... sehingga di pengakhiran usaha, ada sesuatu yang kita dapat setelah berusaha, barulah berkata : inilah yang telah ditentukan Allah buatku.

Tanya pada diri, apa usaha kita, dan jangan asyik berkata... "Ala..dah takdir..."

Jadilah kuat. Islam itu hebat, maka mari jadi hebat untuk Islam.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Ar-Ra'd :11)


Berimanlah kepada Qada' dan Qadar Allah ; berusaha dengan apa yang kamu termampu dan berserah dengan kekuasaan Allah. Bekerjalah tanpa putus asa.

Jernihkan fikrah kita... Islam itu amaaaatttt Indah.

Berusaha!

Fighting!

^^

Tatkala hujan yang lebat itu telah pergi,
Pelangi memuncul diri,
Dan manusia...
Terus merungut mengenangkan hujan yang telah pun berlalu.....





Read More......

Saturday, March 17, 2012

Assalamualaikum


Assalamualaikum.

Rasanya sudah agak lama blog ini dibiarkan sepi. Alhamdulillah, semalam saya baru sahaja dapat menjejakkan kaki ke rumah tercinta. Bermakna, telah tamatlah riwayat hidup semester ini, dan juga semester depan sudah masuk ke tahun akhir. Allah hu Akbar.

Hari ni nak cerita apa ya? Hari ini kita santai-santai sahaja ya...


Semester ini benar-benar mencabar. :) semester lepas pun mencabar tapi mungkin semester ini lebihhhh mencabar. Ditambah ujian-ujian tanda kasih dan cinta dari-Nya, alhamdulillah syukur.

Oh, ada orang yang menangis tatkala ujian datang menjengah, lantas dia bertanya "Salahkah? adakah itu bermaksud kita mengingkari Tuhan? Adakah menangis bermaksud kita tidak redha?"

Kawan,

Untuk apa Allah cipta air mata? Bukan perkara yang membahagiakan sahaja yang berada di dunia. Silakan menangis andai itu mampu melepaskan segala bebanan, tapi jangan terbawa-bawa kesedihan sehingga berlarutan memakan diri sendiri. Lihatlah di sekelilingmu... Masih ramai lagi insan yang menyayangi, melihat redup mata mereka... Mereka seolah berkata : Hei, kuatlah sahabat! Allah sayang kamu.

Kan?

Lepas menangis... ucaplah alhamdulillah. Kerana Allah masih ingat pada satu batang tubuh yang hina itu..

Suatu ketika dahulu, selepas kematian kedua ibu bapanya, Rabiatul Adawiyah sering ditimpa musibah. Sehinggalah pada satu hari dia diculik dan hendak dilelong menjadi hamba.

Adakah Rabiah terpekik terlolong atau meracau-racau menyalahkan Allah?

Tidak. Malah, Wajahnya sentiasa tenang dan bibirnya sentiasa mengucap Alhamdulillah. Si penculik berasa hairan. Ah, mengapa tenang benar anak kecil ini, tidakkah dia berasa walau sedikit takut atau kesal?

"Wahai budak. Kenapa engkau kelihatan tenang?" Tidak tahan dengan gelora di hati, si penculik itu lantas mengajukan soalan kepada Rabiah.

Rabiah hanya tersenyum, "Alhamdulillah... Allah timpakan ujian kerana Allah masih ingat pada saya." Balasnya, ringkas. Tapi cukup untuk merentap tangkai jantung si penculik.

Hari ini... andai hatimu terluka, andai hatimu terguris, tercalar... Tersenyumlah dan ucaplah Alhamdulillah kerana Allah masih mengingatimu...

Kita pula, marilah mengingati Allah dalam setiap helaan nafas dan setiap denyutan jantung.

Jom jom jom... angkat tangan dan berdoa, menangislah semahunya kepada Dia Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui segala sesuatu... berdoalah.

Kerana doa itu adalah senjata orang mukmin.

Dan ingatlah ;

kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya (Al-Imran : 159)


Usaha tanpa tawakal umpama manusia yang sombong,
Tawakal tanpa usaha umpama manusia yang jahil.

Ayuh gabungkan keduanya.

yuk!

wallahu'alam.


Read More......

Tuesday, March 6, 2012

Percaya dan realisasikanlah.

"Ahh Stres stress stress!!"

Ayat itu, ah ayat itu saya sudah biasa mendengarnya. Apatah lagi ketika saat-saat seperti sekarang, ya sekarang.

Ramai yang menjerit, tak kurang yang terkena histeria.

Mungkin lantaran stres yang melampau.


Pernah tak anda merasa sangsi dengan diri sendiri?

Atau merasa sedang berada dalam situasi yang sangat sukar sehingga tidak tahu mana jalan keluarnya?

Atau merasa segala-galanya telah tamat?

Atau anda ada idea tapi khuatir untuk direalisasikan?

Jika jawapannya ya, maka ketahuilah anda sekarang telah kurang kepercayaan. Percaya pada diri, percaya pada takdir dan yang paling penting anda mungkin sahaja telah kurang percaya kepada Tuhan.

Bukankah telah Allah ingatkan :

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(Al-Insyirah :5-6)


Percaya. Itu kuncinya. Apabila Allah telah berjanji, Dia tidak akan pernah memungkiri.

Saya berkejaran dengan waktu sekarang. Peperiksaan akhir, ditambah dengan tesis yang saya sendiri tidak tahu di mana punca awal dan akhirnya. Sebagai manusia biasa saya mengaku ada sedikit tekanan yang dirasa. Tapi sahabat, doakanlah saya menjadi manusia luar biasa yang sentiasa berfikiran positf.. dan sentiasa percaya.

Mari sama-sama kita ambil iktibar dari video di bawah.



hajat doa kalian selalu!

salam sayang.

wallahu'alam

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .