Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Friday, March 30, 2012

Jangan Berdendam, sayang..

Terima Kasih Pakcik Gugel.

"AKU BENCI KAUUU. siaplah kau nanti. Tengoklah apa jadi kat kau." Satu individu itu menjerit-jerit. Kecewa dengan apa yang berlaku. Kecewa ditikam dari belakang.

Sakit hati, geram, benci semuanya bersatu padu membentuk sebuah dendam.

Dendam, bukan dam. Kalau dam boleh main sama-sama dengan saudara-mara, tetapi dendam adalah satu perasaan yang tidak elok di dalam hati.

Hati dan Tangan

"ISHHH dia ni. suka-suka je cakap jangan berdendam. Awak ape tahu? selama ni saya buat baik dengan dia, dia balas macam ni, mana boleh tahan. MANA BOLEH."

Er, kalau saya senyum sekejap, awak berdendam tak dengan saya? Saya bukan perli, tapi tiba-tiba rasa geli hati. Maaf ya..

Begini sayang...

Memang lumrahnya hati manusia itu lembut. Macam daging lembu, bila kita ambil pisau, kita gores, maka calarlah ia. Tak pernah tengok daging lembu? Baiklah, lihat tangan sendiri, mesti pernah tergores dengan pisau kan, berdarah, sakit kan? Di hati juga begitu, cuma kita tidak nampak.

Setuju?

Setuju tak jika saya katakan, luka di tangan itu lama-lama akan sembuh. Kita ambil iodine, ambil minyak gamat, kita sapu. Tak cukup lagi, kita ambil plaster tampal. Dan akhirnya....Luka itu sembuh, terkadang hingga kita tak dapat kesan di mana luka itu dan kita pun lupa yang kita pernah luka di situ.

"Ah, itu tangan. tangan dengan hati berbeza. Tangan buat makan, hati mengandungi perasaan."

Pandainya... Orang pandai dia akan berfikir jauh..Tapi awak mungkin terlupa, tangan kiri digunakan untuk beristinjak

Sahabat,

Luka di tangan itu, kalau kita biar, kita tidak usaha letak ubat... dia akan sembuh jua, cuma tempohnya lama sedikit.
Begitu juga hati, kalau kita tidak letak ubatnya, kita biar dia terluka, malah kita tambah lagi kebesaran luka itu dengan mengingat perkara-perkara jahat yang pernah orang lakukan pada kita, bagaimana luka itu mahu sembuh?

"Eh eh, ni awak membebel apa ni, macam mana nak letak gamat ke iodine ke dalam hati? ish bosan."

Awak sendiri tahu, tangan dan hati adalah dua benda yang berbeza. Tangan buat makan, hati mengandungi perasaan. Jadi ubatnya juga berbeza. Tatkala hati itu terluka, ubatilah ia dengan mengingati segala kebaikan yang pernah orang tersebut lakukan. Ubatilah hati dengan beristighfar dan mengingati Tuhan...

Temui ketenangan dengan berzikir, bersama-sama alam yang sentiasa berzikir kepada Allah.

Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-Ra'd : 28)


Contohi Salahuddin Al-Ayubi

"Bunuh semua."

Suatu ketika dahulu, tatkala Jerusalem ditakluk oleh orang yang bukan beragama Islam, Ummat Islam telah dibunuh secara berjemaah. Maksud saya secara beramai-ramai.

Mereka disembelih, dari malam sehingga keesokan paginya.

Sehingga dikatakan mayat-mayat yang bergelimpangan, bertimbun-timbun sehingga mencecah ke paras lutut.

Selepas itu, Jerusalem berjaya ditakluk oleh Salahuddin Al-Ayubi. Adakah Salahuddin membunuh semua orang bukan Islam?

No. Tidak. Nehi.

Malah, Salahuddin meraikan mereka. Keesokan paginya selepas penaklukan Jerusalem, Salahuddin membuat pengumuman bahawa orang Kristian dan Yahudi juga bebas beramal di rumah ibadat masing-masing.

*tepuk-tepuk*

Cool tak Salahuddin? Itu baru awesome. Ummat Islam sentiasa cool.

Bukannya Salahuddin tidak merasa pedihnya keperitan saudara-saudara Islam yang telah dibunuh. Bukannya Salahuddin tidak merasa sakitnya saudara-saudara Islam itu.

Tapi... dendam, jika diteruskan sampai bila akan berakhir? Dengan kelembutan itulah ramaiii orang memeluk Islam. Sama seperti yang Rasulullah lakukan ketika pembukaan kembali kota Mekah, baginda memaafkan semuaaaaa orang.

Kemaafan itu indah sahabat.

Benar-benar indah.

Jangan berdendam, Sayang...

Jangan berdendam sayang,
Kerana dendam itu akan membuat hatimu lebih terluka,

Jangan berdendam sayang,
Kerana dendam itu hanya akan membuat hatimu gundah.

Jangan berdendam sayang,
Hidup ini terlalu singkat untuk dikau merasa begitu..

Berilah kemaafan, dengan itu hatimu akan tenang, sesungguhnya berbuat kebaikan itu adalah sedekah. Anggaplah kamu sedang memberi sedekah kepada orang yang berbuat jahat itu.

Kejahatan jangan dibalas dengan kejahatan... Jika tidak, apa bezanya kamu dan mereka?

Kita kan...ada ALLAH! ;)

Dia lah Tuhanku, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu semuanya)(Ar-Ra'd : 30)


Wallahu'alam

2 comments:

lebah Jakarta said...

Buzz Buzzz Buzzz
lam kenal

Nice posting, menyentuh sekali
terimakasih aku tambah ilmu

Salam Madu Juga sengat

Mastura Mohd Yusuf said...

terima kasih kembali kerana sudi membaca :)

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .