Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Thursday, April 5, 2012

Mereka bukan Untuk Dicerca

Cantik Pakcik Gugel ambil gambar. Terima kasih :)

Dalam suram hati,
Dalam tandus Iman,
Mengapa hadir suara,
Yang mengontangkan segalanya...


"HOII.. APE NI TENGOK CERITA KAPIR NI KAPIR! TUTUPP TUTUPP!" Ada individu yang menjerit-jerit, hanya kerana rakannya melihat cerita Inggeris.

Sahabat yang 'ditegur' itu pun terus sahaja tak puas hati, berkecil hati dan menjauhi Islam. Bosan, ini tak boleh itu tak boleh.

Dan si penegur tadi pun terus terdetik, "Ala tak apalah... kat dunia ni kena hina, Rasulullah pun dulu dihina juga. Ala takpelah."

Senario itu berulang. Keadaan menjadi semakin parah.

Jangan Halang, Bimbinglah

Ini bukan cerita dongeng, keadaan ini adalah realiti. Jika tidak berlaku di sini mungkin di sana. Jika tidak di sana mungkin di situ, jika tidak di situ, mungkin di sini, jika tidak di sini, er er di..

Oh apa kita bincangkan tadi?

Boo tukar topik. Terdengar suara halus dibelakang

Jangan halang. Betul jangan halang. Cuba bayangkan, anda minaatttt sangat makan nasi ayam. Kalau dalam setahun, 365 hari makan nasi ayam sahaja pun tak apa. Tiba-tiba di saat anda mahu menyuap nasi ayam ke dalam mulut, datang seseorang dan berkata :

"Hoi! Jangan makan nasi ayam, kau tau tak. Ayam ni disuntik. Tak bagus untuk kesihatan. Nanti kau sakit terlantar kat hospital.." Pum pam pum pam dia 'tembak' kita tanpa henti. Malah lepas habis ceramah tersebut, dia dengan sukarela mengambil pinggan nasi ayam itu dan...

Puinggg..

Nasi ayam yang tadinya berada di atas meja telah pun selamat berada di dalam tong sampah.

Waktu tu,apa kita rasa?

Rasa gembira kah? Adakah kita akan bangun daripada kerusi dan berkata,"Eh kawan, terima kasihlah nasihatkan aku,kalau tak ni mesti aku kat hospital kan?"

Atau kita rasa nak bangun daripada kerusi dan pastikan kawan tadi tu berada di hospital?

Eh sabar. sabar. saya suruh bayangkan, jangan menjiwai.

Begitulah, apabila kita menghalang kesukaan mereka yang ingin kita dekati untuk menyampaikan Islam, mereka akan berasa jengkel. Contohnya dah 4 tahun mereka sukaa sangat tengok cerita Korea, tiba-tiba kita kata. No, tak boleh. Kau kena stop daripada tengok cerita ni, cerita ni tak soleh. Kalau kau tengok juga kau masuk neraka.

Atau kawan tu dah terbiasa gelak kuat-kuat, tiba-tiba kita pandang dia atas bawah, kita cakap. "Ish ish ish, solehah ke macam tu?" sambil geleng-geleng kepala penuh kesal.

Sahabat, bukan begitu caranya... Tak ada satu manusia pun yang suka merasa diri mereka dikongkong, tak ada satu manusia pun yang suka dikasari...

Jangan halang, bimbinglah.

Macam mana?

Kita ambil contoh di atas. Kes pertama, kawan suka tengok cerita Korea sampai lupa solat, sampai leka sungguh. Tengok cerita tu sama-sama dengan dia, tapi bila sampai waktu solat, kita minta diri untuk solat. Orang kata tingkahlaku kita lebih bermakna daripada cakap saja. Bila dah lama-lama buat macam tu, dah makin rapat.. Setiap kali nak solat, gurau-gurau cakap, "solat solat solat. Jom solat."

Tak adalah si kawan tadi tu terasa hati sangat. Perlahan-lahan tegur. Pendakwah perlu kreatif.

Kes 2, kawan suka gelak kuat-kuat. Bila bersama dia, kita gelaklah perlahan-lahan, lama-lama insyaAllah dia akan segan sendiri. Tak perlu cakap, buat saja.

Kalau kita tak suka sesuatu perbuatan tu, tegur dengan elok, kalau minat kawan tu kita tak suka, bimbinglah dia, jangan terus dihalang. Kalau kita tak suka, tinggalkanlah, jangan dikutuk mereka. Apa yang penting, mantapkan iman individu tu dahulu, apabila iman dah mantap, kelak mereka sendiri akan rela hati meninggalkan apa-apa yang melalaikan.

Cari Persamaan

Waktu saya kecil, saya dan kakak suka selak surat khabar sama-sama dan cari peraduan : cari perbezaan dalam gambar berikut.

Kadang-kadang ada tiga perbezaan, kadang-kadang empat,kadang-kadang lima. Tapi yang pastinya, perbezaan itu lebih sedikit berbanding persamaan.


Jumpa di gugel juga. Saya tak tahu ada berapa persamaan, tapi secara kasarnya nampak lebih banyak dari perbezaan, kan?

Begitu juga para pendakwah... Jangan terlalu melihat kepada perbezaan, carilah persamaan yang banyak. Kerana persamaan itu lebih menyenangkan, perbezaan pula melengkapkan.

Apabila kita telah menemui titik persamaan, maka orang yang didakwah juga semakin senang untuk didekati, disayangi, dikasihi juga dicintai.

Kelak, mungkin mereka juga berganding bahu menyebarkan Islam bersama kamu, siapa tahu? Pokoknya, kita jangan zalim kepada mereka jika tidak mahu Islam dizalimi....

Mudahkan?

Jom beramal!

Tuhanku lebih mengetahui siapakah yang membawa hidayah petunjuk dari sisiNya dan siapa yang akan beroleh kesudahan yang baik di dunia ini. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya (Al-Qasas : 37)


Dalam sendu iman,
Dalam kekontangan jiwa,
Mungkinkah akan hadir,
Mereka yang menghapuskan segala?


Wallahu'alam


No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .