Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Saturday, March 22, 2014

Semuanya kerana Allah.


Abu Dahdah. Seorang Dermawan.


Pada zaman dahulu ada seorang anak yatim yang memiliki sebuah kebun. Lalu, pada suatu hari anak yatim tersebut ingin membina tembok di sekeliling kebunnya.

Namun malangnya, tembok itu tidak dapat didirikan kerana terhalang oleh sepohon tamar milik tuan kebun sebelahnya. Lalu, pergilah si anak yatim ini berjumpa jiran kebunnya dan berkata,

"Wahai tuan, bolehkah kau memberi sebatang pohon tamar itu padaku agar aku boleh membina tembok di sekeliling kebunku secara tegak."

Dengan sombongnya, pemilik kebun itu menjawab "Tidak."

Lalu si yatim ini merayu lagi, "Wahai tuan, aku ingin membina tembok, tolonglah berikan sebatang pohon tamar itu padaku agar hajat aku terlaksana."

Tukang kebun itu berkata, "Tidak! aku katakan tidak!"


Lalu berjumpalah si yatim ini dengan Rasulullah dan mengadu pada baginda. Rasulullah pun berjumpa dengan si pemilik kebun.

"Wahai saudara, bolehkah diberikan sebatang pohon tamar itu kepada anak ini?" Tanya Rasulullah.

Lalu pemilik kebun itu naik berang. Dirasakan anak yatim itu mengadu domba kepada Rasulullah.

Sedihlah hati si anak yatim, sudahlah tiada ibu bapa...pada siapakah lagi mahu dia mengadu, siapakah lagi yang mahu bercakap untuknya?

"TIDAK!" jawab si pemilik kebun itu. Keras.

Rasulullah pun mengulangi pertanyaannya, "Bagaimana jika engkau memberikan sebatang pohon tamar itu pada si yatim ini dan Allah memberimu sebatang pohon tamar dalam syurga di mana jika engkau mengenderai kuda di bawahnya selama 100 tahun, engkau masih akan tetap berada di bawah redupnya?"

Namun si pemilik kebun tetap menjawab "TIDAK!"

Pada waktu itu, ada seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Dahdah mendengar tawaran Nabi lalu beliau bertanya, "Ya Rasulullah! Jika aku membeli pohon tamar itu dan memberikannya pada anak yatim ini, adakah aku akan mendapat tawaran yang sama?"

Rasulullah menjawab, "Ya."

Abu Dahdah yang memiliki kebun kurma tersohor dan terdapat sebuah rumah serta mata air di kebunnya seraya berkata kepada si pemilik kebun yang sombong, "Apakah engkau mengetahui tentang kebunku?"

Lalu pemilik kebun itu berkata, "Siapakah penduduk madinah yang tidak mengenali kebunmu wahai Abu Dahdah?"

"Mahukah engkau jika aku tukarkan kebunku itu dengan sebatang pohon tamar ini?"

Tercengang si pemilik kebun yang sombong itu. Biaq betoi Abu Dahdah ni. Hish betoi ka? sebatang pohon tamar dengan sebuah kebun yang mewah?

Tapi akhirnya si pemilik kebun itu pun bersetuju. Lalu Abu Dahdah pun berkata kepada Rasulullah. "Ya Rasulullah! Sudah adakah pohon tamar di syurga buatku?"

Rasulullah berkata, "Tidak! malah Allah menyediakan kebun-kebun tamar buatmu. Tak terhitung banyaknya."

Rasulullah mengulang-ulang kata-katanya sehingga Abu Dahdah berlalu pergi.

Setibanya di rumahnya di kebun mewah miliknya, dia memanggil isteri dan anak-anaknya keluar, "Wahai isteriku, ini bukan lagi milik kita. Aku telah pun menjualnya."

Isterinya bertanya, "Dengan harga apakah engkau menjualnya wahai suamiku?"

"Dengan kebun tamar di syurga yang mana jika engkau mengenderai kuda selama 100 tahun di bawahnya tetap engkau berada di bawah lindungannya."

Apa jawab isteri Abu Dahdah? Adakah dia marah dan berkata, "Hang ni biaq betoi?"

Tak. Malah isterinya menjawab, "Allah Maha Besar! sungguh berbaloi penukaranmu itu!"

Subhanallah. Manusia yang di hatinya ada Allah memang cukup menakjubkan. Sangat menakjubkan. Datanglah apa jua dugaan, pasti hatinya tidak terusik.

Mari kita ambil pengajaran, kita nak sedekah rm50 pun dah rasa besar kut?

jom upgrade diri!

Wallahu'alam

Read More......

Monday, March 10, 2014

Warkah ini buatmu...


"Akak.. tak layakkah saya mengecap bahagia?" Wajah itu ku pandang damai.

Air matanya ku usap perlahan.

Lalu saya tersenyum, moga ia dapat memberi kekuatan pada dirinya.


"Akak... kenapa saya ditinggalkan? Allah tak sayang saya ke kak? Kenapa Allah asyik biar saya derita, Allah asyik biar saya berduka?"

"Akak, kenapa dia mengkhianati saya kak? Akak, kenapa Allah tak jodohkan kami?

Persoalannya datang bertubi-tubi, Hingga saya memilih untuk berdiam diri. Memeluknya erat, rapi. Luahkanlah sayang, luahkan apa yang terpendam di hatimu..kelak bila kau tenang bolehlah kita berbicara indah..

Luahkanlah sayang.. diriku sentiasa mendengar, moga Allah memujuk hatimu selalu.

Dan buat 'adik' yang dinyatakan di atas.. Maaf akak tak mampu berbicara panjang saat dirimu memerlukan, lalu ku coretkan coretan ini kerana akak tahu adik sentiasa mengikuti perkembangan blog ini..

Adik,

Akak tahu betapa deritanya hatimu, ditinggalkan orang yang adik sayang, sudah mahu berkahwin, persiapan sudah tersiap semua... Tapi dik, untuk apa air matamu itu? Untuk seseorang yang tak tahu menghargai? Untuk seseorang yang menjauhkan diri? Untuk seseorang yang meninggalkanmu tanpa menoleh lagi? Dia sedang bahagia, sedang dirimu menangis duka..

Adik, Menangislah semahumu jika itu mampu melegakan hatimu.. Tapi dik, akak mohon sebaik tangismu reda, bangkitlah kembali, pasakkan dalam hati, tangismu hanya untuk Ilahi! Kerana DIA tak pernah tinggalkanmu sendiri, mencintaimu setiap hari, malah tak pernah bosan mendengarkan rintihan hati kecilmu...

Adik,

Saat dirimu berkata, "Akak...Mengapa Allah menguji ini pada saya? Terlalu berat dirasakan.." Sambil matamu merah kebengkakkan, entah sudah berapa hari kamu menangis dik.. Hati akak tersentap sendiri...

Adik, mahukah kamu percaya padaku.. Ada manusia yang lebih menderita... Kamu hanya kehilangan orang yang sudah tidak lagi mencintaimu, sedangkan ada saudara kita yang kehilangan orang yang sentiasa mencintai mereka..

Ya dik, bukankah di Syria, di Palestin, kanak-kanak kecil lagi sudah kehilangan ibu bapa mereka? Apakah kamu kira mereka tidak bersedih dik? Tapi tidak sekali mereka menuding jari pada Tuhan dan berkata "Mengapa Tuhan? Mengapa KAU ambil semuanya daripadaku?

Tidak dik. Malah mereka berkata, "Cukup Allah bagi kami, Allah bersama orang-orang yang sabar.."

Adik, Mahukah kamu digembirakan dengan kalam cinta dari Rasul?


“Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya”
(Hadith riwayat Muslim.)

Adik... Mahukah kamu percaya jika akak katakan kasih sayang Allah itu melebihi kasih sayang ibumu kepada dirimu? Masakan Allah tegar membiarkanmu derita, sedang DIA mengambil sesuatu dari kamu untuk membebaskan kamu dari perkara buruk yang kamu tak tahu, DIA mengambil sesuatu dari kamu agar kamu bebas gembira, DIA mengambil sesuatu dari kamu agar dapat digantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.

Percayalah dik, bersangka baiklah pada Allah....Bersabarlah menanti hikmahnya...

Sudah, Jangan terlalu fikirkan dugaan diri, fikirlah kesengsaraan saudara kita sendiri, fikirlah kesusahan manusia yang lainnya, kelak pasti dirimu tenteram, mensyukuri nikmat Tuhanmu.. Kita sudah tidak ada masa untuk berfikir hal yang remeh, bukankah kita punya misi yang lebih besar? bukankah hidup kita untuk menggembirakan pencipta?

Sudah, kesat air matamu, jika mahu menangis...bentangkan sejadah, Allah sentiasa menunggu!

Salam cinta kerana Allah..

Wallahu'alam.


Read More......

Sunday, March 9, 2014

PRAY FOR MH370

Hari ini,
Langit mendung lagi,
Dan aku masih menanti,
Kelibat besi terbang yang tak munculkan diri..

MH370,
Di mana kamu?
Berikan sedikit petanda,
Agar lega hati kami yang gundah..
Berikan sedikit petanda,
Agar kami tidak lagi bertelagah,
Mencipta cerita-cerita yang kami sendiri tak tahu,
Membakar hati-hati yang sedang merindu...

Berat hatiku,
Bertakung air mataku,
Di mana kamu?
Janganlah diam membisu,
Ramai yang mahu tahu,
Apakah selamat kamu di situ?

Hari ini,
Awan bergerak perlahan,
Matahari sekejap terik sekejap tidak,
Seolah tahu hati kami yang sekejap gundah sekejap gelisah,
Air mata... Berhentilah berlari,
Tetapkan hati,
Abdikan diri,
Berdoalah pada Ilahi,
Agar semuanya kembali lagi...

Ah,
Aku kembali mendongak ke langit biru,
Di mana...kamu?

Pray for MH370...



Read More......

Thursday, March 6, 2014

Nyata KAU tak pernah tinggalkanku...


Allahku,
Saat aku jatuh tersungkur,
Hingga kabur pandangan mataku,
Aku sangka aku tak akan bangun lagi,
Tapi nyata, Kau tak pernah tinggalkanku sendiri...

Allahku,
Saat aku menangis,
Menyesali nasib diri,
Aku sangka aku pasti tak mampu berdiri,
Tapi nyata, Kau tak pernah tinggalkanku sendiri...

Allahku,
Saat aku tewas pada dunia,
Lalu aku terduduk hiba,
Aku sangka, aku pasti selalu berduka,
Tapi nyata, Kau tak pernah tinggalkanku sendiri...

Allahku,
Kau hadirkan petunjuk saat aku meraba dalam gelap,
Kau hadirkan penyeri hidup tatkala aku tangis sendu,
Kau hadirkan sahabat yang mencinta saat aku rasa sendiri,
Kau selalu hulurkan cahaya,
Saat aku rasa luluh kecewa...

Allahku,
Biarpun aku hamba berdosa,
Izinkanku menatap wajahMu yang indah,
Kerana,
Teringin aku menemuiMu yang tidak pernah meninggalkanku saban waktu,
KasihMu yang satu,
CintaMu yang setia,
Abadi selamanya...

I love u, Allah.. :')

Read More......

Monday, March 3, 2014

Kahwin kerana apa?


"Mastura, apa pandangan awak kalau orang nak kahwin sebab nak elakkan maksiat?"

Saya tersenyum, termenung panjang.

Entah kenapa, tiba-tiba sahaja saya menerima banyak soalan begini. Mungkin Allah mahu saya turut sama berfikir.


Lalu saya memandangnya, "Begini, tujuan perkahwinan bukan semata-mata untuk mengelakkan maksiat, perkahwinan punya tujuan yang jauh lebih besar daripada itu.. Rasulullah dan para sahabat berkahwin bukan untuk mengelakkan maksiat, ia untuk melengkapkan Agama, menyebarkan dakwah, bukan kerana nafsu semata."

Lalu saya menarik nafas panjang, hembus dan tarik kembali.

"Bagi saya, berkahwin kerana mahu mengelakkan maksiat adalah alasan yang tidak utuh, Allah sudah menyuruh kita agar mengelakkan jalan-jalan zina.. orang yang berkahwin untuk mengelakkan maksiat adalah orang yang cenderung ke arah jalan-jalan maksiat.."

Dia memandang saya, menunduk ke bawah.

"Benar." jawabnya ringkas.

"Orang yang cenderung ke arah jalan-jalan maksiat, cenderung pula membina asas rumah tangga dengan perkara yang dimungkari Allah. Jika sebuah bangunan yang tinggi, asasnya sudah goyah, bagaimana mahu mengharungi cabaran yang lebih besar? Dan percayalah, cabaran sebuah perkahwinan lebih besar daripada cabaran mengelakkan maksiat.. Jika mahu mengelakkan maksiat pun sudah tidak boleh, bagaimana mahu mengharungi cabaran dalam rumah tangga?"

Kini matanya berair.

Saya memandangnya dan menyambung kata, "Begini sayang, jika sebelum berkahwin dia mampu bermaksiat dengan kita, pastinya selepas berkahwin dia mampu juga bermaksiat dengan orang lain. Kelak, rumah tangga akan penuh dengan prasangka yang tidak-tidak, bagaimana nanti bila angin bertiup pada bangunan yang asasnya goyah?"

"Mas, kite kena buat apa?"

Saya memeluk bahunya erat. kemas. menyalurkan tenaga, menyalurkan semangat saya yang tidak seberapa. "Sekarang ni fokus pada apa yang lebih utama... dan.. Bentangkan sejadah, Allah menunggumu!"

Salam cinta kerana Allah. :)

Wassalam.

Read More......

kita tak pernah rugi, bila....

Assalamualaikum.

Fuh, lama tak update blog. sebenarnya saya lupa password blog saya. hehe.

Macam-macam yang berlaku, sekarang dah kerja rasa masa semakin sedikit, sedangkan terlalu banyak perkara yang ingin dilakukan..

hm.. jadi ni macam random post je lah ye? ;)

Haritu saya ternampak seekor kura-kura,dia jalan-jalan, lepas tu terbalik.

Bayangkan seekor kura-kura, cengkerang di bawah, kaki meronta-ronta seolah-olah berkata "tolong, tolong selamatkan aku." Lama-lama dia diam, er saya memang takut nak pegang kura-kura tu, eh tak tak bukan takut, tapi kura-kura tu besar, so, hm..



ok sambung cerita..(tukar topik)

Tiba-tiba ada seorang lelaki, dengan gentlemannya terbalik kan kura-kura tu semula dan kura-kura tu pun berjalan-jalan, okay happy ending.

Tapi, di sebalik cerita tu ada sebuah cerita yang tersirat.

Masa kura-kura tu terbalik, macam mana tiba-tiba ada orang nak tolong letakkan dia dalam posisi yang betul semula?

Mesti kura-kura tu doa kat Allah supaya ada orang yang bantu dia, dan Allah hantarlah seseorang untuk tolong dia.. biar pun lama tapi akhirnya dia tetap boleh jalan semula.

So,

saya pun rasa,,,eh selama ni manusia pun berdoa, tapi ramai yang putus asa..sedangkan Allah tu Maha Mendengar, doa dalam hati pun Allah dengar jadi kenapa putus asa untuk berdoa? Doa, doa, doa dan percaya... Allah pasti perkenankan.

lagi satu, bila ada orang minta tolong dengan kita, seharusnya kita rasa suka, rasa happy, rasa teruja, sebab apa? Sebabnya... mungkin orang tu berdoa pada Allah supaya Allah mudahkan urusan dia, and know what? Allah pilih kita untuk tolong dia..

Dalam banyak-banyak manusia, Allah pilih kita... yes! we are the lucky one!


hamboih, tak bangga ke? kalau dapat nombor satu dalam kelas, atau terplih sebagai pelajar terbaik pun mesti dah kembang-kempis hidung tak tahan rasa teruja tu kan.. ni Allah pilih kita.. best kot!

Jadi, sukalah ye bila dapat tolong orang.. tapi ops, batas jangan lupa..kalau perempuan mintalah tolong daripada perempuan, begitu juga sebaliknya..kalau memang dah tak ada langsung orang sama jantina boleh tolong, maka jagalah batas-batas yang ada dalam berurusan dengan insan berlawanan jantina...

Kita pasti tak pernah rugi, bila kita letak Allah dalam hati...

nanti kita sambung lagi ye?

Wassalam...

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .