Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Monday, March 3, 2014

Kahwin kerana apa?


"Mastura, apa pandangan awak kalau orang nak kahwin sebab nak elakkan maksiat?"

Saya tersenyum, termenung panjang.

Entah kenapa, tiba-tiba sahaja saya menerima banyak soalan begini. Mungkin Allah mahu saya turut sama berfikir.


Lalu saya memandangnya, "Begini, tujuan perkahwinan bukan semata-mata untuk mengelakkan maksiat, perkahwinan punya tujuan yang jauh lebih besar daripada itu.. Rasulullah dan para sahabat berkahwin bukan untuk mengelakkan maksiat, ia untuk melengkapkan Agama, menyebarkan dakwah, bukan kerana nafsu semata."

Lalu saya menarik nafas panjang, hembus dan tarik kembali.

"Bagi saya, berkahwin kerana mahu mengelakkan maksiat adalah alasan yang tidak utuh, Allah sudah menyuruh kita agar mengelakkan jalan-jalan zina.. orang yang berkahwin untuk mengelakkan maksiat adalah orang yang cenderung ke arah jalan-jalan maksiat.."

Dia memandang saya, menunduk ke bawah.

"Benar." jawabnya ringkas.

"Orang yang cenderung ke arah jalan-jalan maksiat, cenderung pula membina asas rumah tangga dengan perkara yang dimungkari Allah. Jika sebuah bangunan yang tinggi, asasnya sudah goyah, bagaimana mahu mengharungi cabaran yang lebih besar? Dan percayalah, cabaran sebuah perkahwinan lebih besar daripada cabaran mengelakkan maksiat.. Jika mahu mengelakkan maksiat pun sudah tidak boleh, bagaimana mahu mengharungi cabaran dalam rumah tangga?"

Kini matanya berair.

Saya memandangnya dan menyambung kata, "Begini sayang, jika sebelum berkahwin dia mampu bermaksiat dengan kita, pastinya selepas berkahwin dia mampu juga bermaksiat dengan orang lain. Kelak, rumah tangga akan penuh dengan prasangka yang tidak-tidak, bagaimana nanti bila angin bertiup pada bangunan yang asasnya goyah?"

"Mas, kite kena buat apa?"

Saya memeluk bahunya erat. kemas. menyalurkan tenaga, menyalurkan semangat saya yang tidak seberapa. "Sekarang ni fokus pada apa yang lebih utama... dan.. Bentangkan sejadah, Allah menunggumu!"

Salam cinta kerana Allah. :)

Wassalam.

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .