Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Saturday, March 22, 2014

Semuanya kerana Allah.


Abu Dahdah. Seorang Dermawan.


Pada zaman dahulu ada seorang anak yatim yang memiliki sebuah kebun. Lalu, pada suatu hari anak yatim tersebut ingin membina tembok di sekeliling kebunnya.

Namun malangnya, tembok itu tidak dapat didirikan kerana terhalang oleh sepohon tamar milik tuan kebun sebelahnya. Lalu, pergilah si anak yatim ini berjumpa jiran kebunnya dan berkata,

"Wahai tuan, bolehkah kau memberi sebatang pohon tamar itu padaku agar aku boleh membina tembok di sekeliling kebunku secara tegak."

Dengan sombongnya, pemilik kebun itu menjawab "Tidak."

Lalu si yatim ini merayu lagi, "Wahai tuan, aku ingin membina tembok, tolonglah berikan sebatang pohon tamar itu padaku agar hajat aku terlaksana."

Tukang kebun itu berkata, "Tidak! aku katakan tidak!"


Lalu berjumpalah si yatim ini dengan Rasulullah dan mengadu pada baginda. Rasulullah pun berjumpa dengan si pemilik kebun.

"Wahai saudara, bolehkah diberikan sebatang pohon tamar itu kepada anak ini?" Tanya Rasulullah.

Lalu pemilik kebun itu naik berang. Dirasakan anak yatim itu mengadu domba kepada Rasulullah.

Sedihlah hati si anak yatim, sudahlah tiada ibu bapa...pada siapakah lagi mahu dia mengadu, siapakah lagi yang mahu bercakap untuknya?

"TIDAK!" jawab si pemilik kebun itu. Keras.

Rasulullah pun mengulangi pertanyaannya, "Bagaimana jika engkau memberikan sebatang pohon tamar itu pada si yatim ini dan Allah memberimu sebatang pohon tamar dalam syurga di mana jika engkau mengenderai kuda di bawahnya selama 100 tahun, engkau masih akan tetap berada di bawah redupnya?"

Namun si pemilik kebun tetap menjawab "TIDAK!"

Pada waktu itu, ada seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Dahdah mendengar tawaran Nabi lalu beliau bertanya, "Ya Rasulullah! Jika aku membeli pohon tamar itu dan memberikannya pada anak yatim ini, adakah aku akan mendapat tawaran yang sama?"

Rasulullah menjawab, "Ya."

Abu Dahdah yang memiliki kebun kurma tersohor dan terdapat sebuah rumah serta mata air di kebunnya seraya berkata kepada si pemilik kebun yang sombong, "Apakah engkau mengetahui tentang kebunku?"

Lalu pemilik kebun itu berkata, "Siapakah penduduk madinah yang tidak mengenali kebunmu wahai Abu Dahdah?"

"Mahukah engkau jika aku tukarkan kebunku itu dengan sebatang pohon tamar ini?"

Tercengang si pemilik kebun yang sombong itu. Biaq betoi Abu Dahdah ni. Hish betoi ka? sebatang pohon tamar dengan sebuah kebun yang mewah?

Tapi akhirnya si pemilik kebun itu pun bersetuju. Lalu Abu Dahdah pun berkata kepada Rasulullah. "Ya Rasulullah! Sudah adakah pohon tamar di syurga buatku?"

Rasulullah berkata, "Tidak! malah Allah menyediakan kebun-kebun tamar buatmu. Tak terhitung banyaknya."

Rasulullah mengulang-ulang kata-katanya sehingga Abu Dahdah berlalu pergi.

Setibanya di rumahnya di kebun mewah miliknya, dia memanggil isteri dan anak-anaknya keluar, "Wahai isteriku, ini bukan lagi milik kita. Aku telah pun menjualnya."

Isterinya bertanya, "Dengan harga apakah engkau menjualnya wahai suamiku?"

"Dengan kebun tamar di syurga yang mana jika engkau mengenderai kuda selama 100 tahun di bawahnya tetap engkau berada di bawah lindungannya."

Apa jawab isteri Abu Dahdah? Adakah dia marah dan berkata, "Hang ni biaq betoi?"

Tak. Malah isterinya menjawab, "Allah Maha Besar! sungguh berbaloi penukaranmu itu!"

Subhanallah. Manusia yang di hatinya ada Allah memang cukup menakjubkan. Sangat menakjubkan. Datanglah apa jua dugaan, pasti hatinya tidak terusik.

Mari kita ambil pengajaran, kita nak sedekah rm50 pun dah rasa besar kut?

jom upgrade diri!

Wallahu'alam

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .