Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Thursday, August 7, 2014

Berehat Hanya Di Syurga



Mak kata, orang kat Palestin bila ditanya tak penat ke siang belajar malam jadi tentera, mereka balas :

Dunia ini bukan untuk berehat.

Mak kata lagi, tapi manusia ni suka sangat berehat-rehat di dunia. Macam dah sampai syurga.

Teringat saya pada satu hadith, dunia ini ibarat penjara bagi orang mukmin.

Penjara. Ia bukan sekadar merasa 'payah' dengan segala haram dan halalnya. Malah ia mempunyai maksud yang lebih indah.

Seperti seorang banduan di dalam penjara. Tubuhnya di penjara, jiwanya tetap bebas keluar, hatinya mencari satu tempat yang paling indah dan selesa : Rumahnya sendiri.

Hingga satu saat dia dibenarkan keluar, gembiranya tidak terperi terbayang-bayang rumah di mana kegembiraannya infiniti!

Begitulah diri seorang mukmin, tubuhnya seolah-olah terperangkap di dunia, tapi jiwanya tetap tahu hala tujunya : syurga!

Dia sentiasa mengimpikan untuk pulang ke 'kampung' abadi, namun sabar menyelusuri hari di sebuah penjara bernama dunia.

Jiwanya tenang, sedar segala yang berlaku di dunia hanyalah ujian, ilusi, pada sebuah penderitaan abadi jika hatinya pergi jauh dari Ilahi...

Namun, bagi mereka yang sudah merasa dunia ini ibarat syurga abadi, merasa segala kegembiraan ada di sini... jiwanya tidak lagi mahu pulang ke kampung sebenar. Merasakan dunia ini sempurna, lalu seringkali dia terluka kerana mengharapkan kesempurnaan pada sesuatu yang tidak sempurna.

Cepatlah pula dia menuding jari pada Yang Esa, mengapa aku? mengapa begini? mengapa bukan begitu? banyak pula persoalan bermain di minda, kurang dia sedar, kiranya jiwa itu tahu hala tujunya... persoalan-persoalan itu akan bertukar menjadi,

"Apa yang perlu aku lakukan terhadap ujian ini?"

"Bagaimana aku mampu membuatkan ujian ini agar ia menjadikan aku lebih dekat pada Rabbi?"

Lalu manusia yang merasa dunia ini syurga, jadilah ia manusia binasa, berehat-rehat sahaja di dunia, sedangkan berehat itu layaknya di syurga!

~Deras arus dunia menghanyutkan yang terlaka,
Tanpa iman dalam jiwa kita kan terpesona~

Read More......

Tuesday, August 5, 2014

Sangka Baik Pada Tuhan


"Alamakkk..." Saya mengeluh kecil. Kaki dihayun sepantas mungkin, dari jauh saya terlihat pintu lif terbuka.

Saya ingin bergegas. Harap-harap sempat masuk sebelum pintunya tertutup. Menunggu trip yang seterusnya? Saya kira ia satu kelelahan.

Namun, saya lambat. Pintu lif tersebut tertutup juga, benar-benar di hadapan wajah. Tercengang sebentar, sebelum otak tangkas mengarah tangan menekan butang lif. Ia kembali menyala.

Nafas saya tarik dalam-dalam. Hakikatnya kehidupan ini begitulah.


Seringkali kita rasa peluang kita dalam kehidupan tertutup. Kita terpinga-pinga di hadapan pintu yang tertutup. Sedangkan, jika kita berusaha dan yakin, ada banyak lagi pintu yang sedia terbuka untuk kita.

Sementelah, kita lupa adanya Tuhan.

Kadangkala Allah tutup satu pintu untuk menyelamatkan kita dari sesuatu yang lebih teruk. Allah tahu di balik pintu itu ada bahaya, atau jurang yang dalam, atau kita mungkin mati terbunuh. Lalu Allah tutup pintu itu.

Kita tidak bersyukur, malah menangis menyalahkan Tuhan.

Macam saya ketika kecil, suka sangat buat eksperimen bukan-bukan. Kloroks campur sirap, bakar tu bakar ni. Emak yang mungkin memikirkan sel-sel otak saya sedang berhubung hanya membiarkan. Sampailah satu tahap saya mahu bermain pisau dan api.

Emak melarang. Merampas pisau dari tangan saya. Saya? Menangis. Guling guling. Cakap mak tak faham.

Sedangkan apa yang mak cuba lakukan hanyalah menyelamatkan saya dari bahaya.

Anehnya, bila dah besar kita lakukan perkara yang sama pada Tuhan. Kita tahu Allah tutup satu pintu kerana Allah nak selamatkan kita. Tapi kita? Tetap tuding jari, tak puas hati.

Hei.. Bukan ke Allah lebih penyayang dari ibu kita sendiri?

Ucaplah, Allahku.. I love u!

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .