Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Thursday, August 7, 2014

Berehat Hanya Di Syurga



Mak kata, orang kat Palestin bila ditanya tak penat ke siang belajar malam jadi tentera, mereka balas :

Dunia ini bukan untuk berehat.

Mak kata lagi, tapi manusia ni suka sangat berehat-rehat di dunia. Macam dah sampai syurga.

Teringat saya pada satu hadith, dunia ini ibarat penjara bagi orang mukmin.

Penjara. Ia bukan sekadar merasa 'payah' dengan segala haram dan halalnya. Malah ia mempunyai maksud yang lebih indah.

Seperti seorang banduan di dalam penjara. Tubuhnya di penjara, jiwanya tetap bebas keluar, hatinya mencari satu tempat yang paling indah dan selesa : Rumahnya sendiri.

Hingga satu saat dia dibenarkan keluar, gembiranya tidak terperi terbayang-bayang rumah di mana kegembiraannya infiniti!

Begitulah diri seorang mukmin, tubuhnya seolah-olah terperangkap di dunia, tapi jiwanya tetap tahu hala tujunya : syurga!

Dia sentiasa mengimpikan untuk pulang ke 'kampung' abadi, namun sabar menyelusuri hari di sebuah penjara bernama dunia.

Jiwanya tenang, sedar segala yang berlaku di dunia hanyalah ujian, ilusi, pada sebuah penderitaan abadi jika hatinya pergi jauh dari Ilahi...

Namun, bagi mereka yang sudah merasa dunia ini ibarat syurga abadi, merasa segala kegembiraan ada di sini... jiwanya tidak lagi mahu pulang ke kampung sebenar. Merasakan dunia ini sempurna, lalu seringkali dia terluka kerana mengharapkan kesempurnaan pada sesuatu yang tidak sempurna.

Cepatlah pula dia menuding jari pada Yang Esa, mengapa aku? mengapa begini? mengapa bukan begitu? banyak pula persoalan bermain di minda, kurang dia sedar, kiranya jiwa itu tahu hala tujunya... persoalan-persoalan itu akan bertukar menjadi,

"Apa yang perlu aku lakukan terhadap ujian ini?"

"Bagaimana aku mampu membuatkan ujian ini agar ia menjadikan aku lebih dekat pada Rabbi?"

Lalu manusia yang merasa dunia ini syurga, jadilah ia manusia binasa, berehat-rehat sahaja di dunia, sedangkan berehat itu layaknya di syurga!

~Deras arus dunia menghanyutkan yang terlaka,
Tanpa iman dalam jiwa kita kan terpesona~

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .