Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Sunday, September 14, 2014

Allah tu adil ke?

picture source : deviant art

"Mas, Allah tu adil ke?" satu ketika, saya 'diterjah' soalan begini. Kening saya berkerut,

"Mestilah, Allah Maha Adil. Kenapa?"

"Kalau Allah tu adil, kenapa perkara buruk pun berlaku kat orang baik? kenapa tak perkara buruk berlaku kat orang jahat je, perkara baik berlaku kat orang baik?"

Nafas saya hela perlahan. Persoalan begitu bukan lagi sesuatu yang asing.


Manusia, makluk terbatas.

Seorang manusia itu, meski punya akal.. Akalnya terbatas. Banyak perkara yang kita tidak tahu, tak terjangkau dek fikiran kita. Justeru, saya tidak hairan bila ditanya soalan begitu.

Allah tu adil?

Kalau Allah adil kenapa perkara buruk berlaku pada orang baik?

Suatu ketika dahulu, saya pun tertanya-tanya.. Hinggalah saya berjumpa jawapan yang pasti.

Ya. Memang Allah Adil. Memang perkara yang baik sahaja berlaku pada orang baik, begitu juga sebaliknya.

"Eh, sekejap.. habis orang baik tu hilang orang tersayang, jatuh muflis, apa yang perkara baiknya?"

Allah itu adil, cuma kefahaman kita sahaja yang salah.

Nabi Ayub

Ingat kisah Nabi Ayub? Satu-satu diambil daripada baginda, satu-satu anaknya pergi meninggalkan baginda. Tapi, Nabi Ayub marah-marah tak? Nabi Ayub putus asa tak?

Bahkan tidak! Nabi Ayub itu, tetap sahaja hatinya berpaut pada Yang Esa. Lalu Allah kembalikan segalanya dengan kuantiti yang lebih.

Hakikatnya, Allah itu adil. cuma kefahaman kita yang salah.

Bagaimana?

Senyum dulu, tarik nafas :)

Kita hidup di dunia ini sementara cuma kan? Matlamat kita yang satu cuma Allah kan?

Lalu bagi orang yang baik.. Meski sesuatu yang berlaku itu kelihatan buruk, meski musibah apa pun yang melandanya, asal sahaja perkara itu MENDEKATKAN lagi dirinya pada Allah, ia adalah sesuatu yang baik.

Bagi orang jahat pula, meski kita nampak dia hidup senang, harta banyak melimpah.. tapi dengan kesenangan itu MENJAUHKAN dirinya dari matlamat yang satu : Allah.. apakah kesenangan itu perkara yang baik?

Maka sebab itulah, saya amat suka pada doa istikahrah.. Satu doa yang menunjukkan pergantungan hamba sepenuhnya pada Yang Esa.

Satu doa yang mengiyakan kemampuan hamba yang amat terbatas, lalu berharap pada Allah Yang Maha Tahu. Jika perkara itu baik, dekatkanlah, jika tidak jauhkanlah... Terjauh dari perkara yang kita suka tapi mendekatkan diri kita pada Yang Maha Kuasa, adalah sebuah nikmat yang tidak terhingga.

Mari, buka hati kita, lihat dalam-dalam... segalanya yang berlaku, adakah mendekatkan atau menjauhkan kita dari Yang Esa? ketika itu muhasabahlah kembali... kita ini tergolong dalam golongan yang 'baik' atau 'jahat'?

Bersangka baiklah pada Allah, dan percaya semua yang berlaku cuma yang baik-baik.

Wallahu'alam

1 comment:

mizzleenaothman said...

Salam Mas,ini first time singgah blog ni.saya setuju dengan mas yang bersangka baik tu.Setiap apa yang jadi pada kita mesti kita bersangka baik Ar Rahman Ar Rahim.Suka blog u penuh dengn islamic info.
Jemput singgah mas at my blog.I baru jer berblog ni.dan i am on mission looking for working at home mom.Tq mas

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .