Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Friday, November 27, 2015

Dont judge


"Waa, buat air nak minum petang." Suara emak kedengaran nyaring. 

Saya bingkas bangun menuju ke dapur, teko diambil, teh uncang dicapai, air panas di dalam thermos dipindahkan ke dalam teko, uncang teh direndamkan, sedikit gula ditambah,

"Siapp makk." Balas saya bangga. 

Tak berapa lama kemudian emak tiba di dapur bersama abah. Air teh dituang ke dalam cawan,

"Wa, kenapa masin?" Berkerut mata emak menahan rasa.

"Eh ye ke?"

"Awak letak garam ke gula?"

"Gula lah.." Saya bingkas bangun mengambil bekas berisi pepejal putih yang saya isi ke dalam air teh sebentar tadi. Penutupnya dibuka, saya ambil sedikit, "alamakk garamlah!"

Saya tersengih. Darinya saya belajar sesuatu. 

Banyak perkara dalam dunia ini yang kita nampak sama. Yang kita rasa sesuai dengan apa yang kita fikir. 

Nampak orang tak pakai tudung -- tak suka ikut perintah Allah la tu.
Nampak orang cakap kasar -- memang tak sopan dia tu.
Nampak orang datang lewat ke masjid -- tu mesti pentingkan duniawi. 

Kita rasa begitu. Tapi mungkin yang berlaku adalah sebaliknya. Yang tak pakai tudung mungkin belum benar-benar faham tentang Islam, yang cakap kasar mungkin tekanan hidupnya terlalu tinggi, yang datang lewat ke masjid mungkin keretanya rosak di tengah jalan. 

Kita tak tahu. Yang kita tahu cuma bersangka-sangka, bermasam muka dan menyemarakkan api nestapa. 

Ah. 

Seperti saatnya Islam dihina, dicemuh kerana segelintir pengamalnya yang berbuat jahat, seluruh umat Islam turut diheret sama. Kita benci, kita tak suka, kita marah.

Tapi cuba duduk sekejap dan fikir --

Selama ini adakah aku juga sama seperti itu? Melabel manusia, bersangka-sangka,dan tidak positif. 

Entah. Moga dengan dugaan ini bukan sahaja dunia mencelik mata melihat bahawasanya umat Islam selama ini dipijak hina setiap hari, tetapi moga juga kita sama-sama memuhasabah diri --

Stop judging. Dont trust what you see, even salt looks like sugar!

Keep praying for the ummah.

Salam cinta :)

Read More......

Umpama matahari terbenam


"Mastura, awak pernah tengok matahari terbenam?" Begitu pertanyaan teman secara tiba-tiba bila saya nyatakan rasa terlalu rendah diri. Terlalu tak sempurna. Terlalu tak solehah. Terlalu lalai. Ah, terlalu. 

"Pernah." Saya senyum sendiri, terbayang kembali di benak fikiran akan keindahan matahari terbenam yang dilihat tempoh hari di Langkawi. "Kenapa?"

"Cantik?" 

Angguk. "Cantik."

"Ambik gambar tak?" 

"Ada. Kenapa?" Saya mengerutkan dahi. Pertanyaannya semakin aneh. 

"Sama tak cantik gambar tu dengan cantik yang awak tengok dengan mata sendiri?" 

"Er, mestilah tak. Saya ni dahlah bukan professional photographer" 

Kali ini giliran dia tersenyum. "Macam tulah apa yang awak rasa sekarang."

"Maksudnya?"

"Macam awak tengok matahari terbenam, tengok real lain, tengok gambar lain.. Guna kamera professional lain, guna kamera handphone lain.. Lagilah kalau guna kamera handphone cabuk macam saya ni, tengok terus rasa tak menarik pun matahari terbenam." Nafasnya ditarik dalam sebelum menyambung kata,

"Hakikatnya macamtulah awak tengok diri awak. Awak rasa awak terlalu tak bagus, sedangkan bukan awak tak bagus, cuma 'lensa' pandang awak yang tak bagus. Yang awak perlu tukar adalah 'lensa' tu." 

Saya termenung lama. Kata-katanya ada benarnya. Ah manusia, yang selalu dilihat bagus adalah manusia lainnya hingga acapkali terlupa membina potensi diri. 

"Tak ada manusia yang sempurna, mas. Jangan terlalu push diri sendiri, buat semampu, sedaya yang awak boleh. Kita ada tanggungjawab masing-masing. Kita saling melengkapi. Kalau semua benda awak nak buat, jadi orang lain nak buat apa? Tak acilah dapat pahala sorang sorang." Dia tertawa kecil, memberi sebuah tenang pada sekeping hati. 

"Tapi.. Saya selalu rasa saya belum beri cukup baik, masih ramai saudara yang susah, tak tahu nak bantu macam mana.. Agaknya Allah marah tak eh?" Dada mula sebak, terbayang-bayang anak-anak kecil di Syria dan Palestin yang kesejukan dan kelaparan. 

"Apa awak cakap ni? Awak nak cakap Allah tu tak memahami?" 

Ayatnya mudah. Namun cukup menyentap sebuah rasa. 

Kadang-kadang kita lupa, kita cumalah seorang hamba, kita mahu buat semua seolah-olah kitalah Raja alam semesta. 

Kita lupa pada had daya upaya. Kita lupa hakikat sebuah tubuh yang bernyawa. Kita lupa pada jiwa yang tak bermaya. Kita lupa akan sakit lelah yang bakal diterima. 

Ah, berehatlah wahai jiwa! Akukan hakikat seorang hamba. Sedut udara dan stabilkan minda. 

Kelak, kita berlari semula -- gagah perkasa. 

hati itu boleh menjadi letih dan penat sama seperti penatnya badan. Oleh itu carilah segi-segi kebijaksanaan untuk kebaikan hati. 
-saidina ali

Salam jumu'ah mubarakah.
Salam cinta :)

Read More......

Sunday, November 15, 2015

Jawapn istikharah?


"Mas, jawapan istikharah tu macam mana? Melalui mimpi ke? Hati rasa tenang ke?" 

Saya tersenyum mendengar soalan itu. Benarlah dunia ini ibarat roda. Dahulu, soalan yang sama inilah yang pernah saya tanyakan kepada seorang teman akrab. 

"Jawapan istikharah tu.. Macam mana? Aku dah istikharah tapi masih keliru, masih buntu, masih tak tahu." 

Teman saya membalas tenang, "kau sebenarnya silap bila kau bataskan kemampuan Allah pada tahap itu sahaja."

"Maksud kau?" Saya mengerutkan dahi.

"Mungkin kau masih rasa serabut, buntu, keliru, mungkin lepas istikharah pun kau rasa kau tak dapat petunjuk. Tapi kau silap. Petunjuk tu ada, contohnya bila kau nak buat keputusan tiba-tiba je ramai yang sokong, atau ramai yang bangkang, atau kau nak isi borang, kau nak tanda ya tiba-tiba kau tertanda tidak. Atau kau nak bagi jawapan, kau nak jawab tidak tapi yang terkeluar adalah ya."

Dia menarik nafas panjang sebelum menyambung, "kau benar-benar silap kalau kau bataskan kemampuan Allah pada tahap kemampuan diri kau sendiri. Cuba tanya diri kau, ada tak petunjuk-petunjuk dari Dia yang kau abaikan? Kau dah istikharah, kau dah berbincang dengan orang, kau rasa apa petunjuk yang ada?"

Saya diam, lama. 

Petunjuk dari Tuhan yang saya abaikan... Di mana? Istikharah yang saya lakukan, adakah sekadar mahu 'memaksa' Tuhan beri apa yang saya inginkan? 

Saya termenung panjang. Hakikatnya sebuah istikharah itu bukanlah medium kita menyedapkan hati memilih ikut kehendak sendiri -- tapi untuk kita yakinkan diri bahawa kita telah berusaha, dan dengan petunjuk Tuhan itulah jawapan yang kita pilih. 

Cuma kita -- kadang-kadang Allah beri kata negatif, kita degil cakap positif dengan dalil 'aku dah istikharah'. End up, semua kucar-kacir. Kita marah, kita lupa mungkin kucar-kacir itulah dorongan Allah buat kita yang telah beristikharah. Perkara itu tidak baik, kita tak mahu tinggalkan, maka Allah gagalkan.

Istikharah -- ia adalah tanda kebergantungan hamba kepada Pencipta. Sebagai tanda bahawasanya --

Aku tak hingin apa-apa pun selain daripada apa yang Allah tetapkan buat aku. 

Kerana cuma Dia yang Maha Tahu.

Istikharah -- bukan kad hijau untuk membenarkan segala perbuatan kita. Ia adalah sebuah tanda kebergantungan hamba kepada Pencipta. Ia sebuah tanda kita sudah berusaha, bertawakal dan tinggal berlapang dada dengan Allah.

Persoalannya --

sejauh mana keyakinan kita pada Dia yang mencinta?

Dont ignore the signs that God gives you.

Salam cinta, kerana Allah :)

Read More......

Sunday, November 8, 2015

Stress atau tidak?


Dah lama teringin nak main flight simulator, tapi ada je halangan.

Hari ini Allah izin perlu berlepas dari airport Subang, kebetulan sampai airport awal, pergi jalan-jalan ke tempat flight simulator, check slot penuh.

Tapi bila Allah kata ada rezeki kau -- adalah jua. Ada satu sahaja slot kosong, untuk durasi masa 20 minit, betul-betul pada waktu saya tiba. Alhamdulillah. 

Maka pilot yang baik hati pun menerangkan dengan bersungguh-sungguh, dari skrin sehingga ke pedal.

"Oh, saya kena tekanlah pedal ni nanti?"

"A ah."

"Tapi kaki saya tak sampai."

"Haha ke depankan sikit kerusi"

Kerusi di tolak sedikit ke hadapan.

"Okay are you ready? Anything to ask me before we fly?"

"Saya tak pandai bawak. Kalau crash macam mana?"

"Haha takpe it is my duty to guide you."

Simulator dilancarkan. Kapal terbang mula berlepas.

"Okay perhatikan bar tu. Maintain kat dot tu." 

"Ish ish susahnya." Saya merungut. Kapal terbang senget ke kiri kanan.

"Rileks rileks jangan stres"

"Memanglah stresss"

"Kalau stress tak boleh bawak, bawak flight kena rileks" Sang pilot memberi nasihat.

"Oh ye ke? Okay." Saya menarik nafas. Mula menenangkan diri.

Kapal terbang kembali stabil. "Yes good, very good. Kan dah kata jangan stres"

Saya senyum, terus otak mula menyamakan situasi itu dengan kehidupan sebagai seorang manusia. Hakikatnya kita memandu kehidupan kita di dunia ini. Stres, penat -- memang itu perasaan biasa di dunia yang kita sedar tak kekal selamanya. 

Untuk kekal stres dan jadi tidak mampu mengawal kehidupan sebaiknya, atau kembali tenang dan mengawal kehidupan dengan baik -- ia sungguh-sungguh terpulang pada kita. 

Kekal stres dan terhempas, atau tarik nafas, bertenang dan kembali jalan lurus -- ia tertakluk pada pilihan kita. 

Percayalah bahawa Allah tak pernah tinggalkan kau sendiri, hey sedangkan pilot ni pun bantu penerbangan hingga kapal terbang tak terhempas, takkan Allah begitu kejam biarkan kau lalui kehidupan sendirian hingga kau putus harapan? 

Bersangka baiklah pada Tuhan, ia tak pernah merugikan. Hingga sampai ke satu titik --

"Oklah overall you control the flight quite good cuma landing je tak smooth"

Hingga kita mendarat dengan selamat. Mendarat dengan penuh keazaman tersemat. 'Mendarat' di hadapan Allah dan berkata --

"Allah, terima kasih. Segala tekanan, luka, kecewa serta calar yang aku lalu dahulu membuatkan aku terus berdiri. Lebih matang. Lebih cinta. Lebih dekat dengan Engkau."

Hey, takkan nak pilih terhempas dan biarkan syaitan bersorak gembira? 

Er, entah. Pilihan sungguh di tangan kau sendiri. Pilihlah yang kau rasa baik. Dan aku harap kau pilih untuk sentiasa bersama dengan Allah Yang Maha Baik.

Thank you pilot for the guidance and teachings, i learned, a lot and most importantly thank you Allah for this opportunity.

Salam cinta. 

Read More......

Kau penjual minyak wangi?



"Tuan-tuan dan puan-puan, kita dijangka tiba di *** pada jam 2.20 petang, insyaAllah." 

Pengumuman bergema memenuhi seluruh pesawat. Namun, bukan itu yang menarik perhatian saya. 

Semenjak kebelakangan ini, setiap kali saya menaiki pesawat dan pengumuman di buat oleh juruterbang yang bertugas, ia pasti diiringi insyaAllah. Dengan izin Allah. 

Saya tersenyum, terkenang-kenang kedangkalan diri sendiri suatu ketika dahulu. Saya cenderung mengkategorikan seseorang dengan pekerjaannya. 

Oh pilot, mesti playboy. Yalah, banyak ceritanya begitu. Banyak drama dibuat begitu. Saya terpengaruh. Hinggalah saya melewati alam pekerjaan. 

Terdengar-dengar pula orang berkata -- janganlah kerja kat institusi kewangan, ramainya sosial. Ramainya jahat. Hingga sungguh saya jadi hilang semangat. Takut kalau-kalau saya tergelincir, bahkan sungguh bekerja di institusi ini merupakan pilihan paling akhir dalam senarai kehidupan saya. 

Saya jadi terfikir -- ironinya kita yang perasan baik ini selalu menjauhkan diri dari lingkungan-lingkungan yang kita rasa tidak baik hingga kita lupa ia adalah tanggungjawab kita untuk menarik mereka sama-sama masuk ke syurga. 

Maka jadilah geng tudung labuh dan geng kopiah. Geng-geng ini tidak mahu mendekati geng-geng rempit malah memandang serong pula pada geng-geng bertudung biasa dan berseluar jeans. 

Tak pernah terfikir ujian apa yang Allah beri pada mereka, tak pernah terfikir di pengakhiran kehidupan nanti adakah kita masih lagi baik seperti sekarang? 

Lalu berpecahlah antara dua geng ini. Tiada sekefahaman, ego dan saling membenci serta berkecil hati.

 Mensamaratakan semua manusia dan menjadi stereotype adalah perkara yang paling tidak bagus, kerana di mana pun kita, dalam situasi apa pun jua, pasti ada manusia yang jahat dan ada pula yang baik dan hakikatnya kita adalah magnet yang menarik orang-orang positif atau negatif untuk hampir pasa kita.

Ramai orang negatif di sekeliling? Muhasabahlah. Mungkin kita sendiri yang mengeluarkan aura begitu.

"Hei mastura! Bukan ke kita tak boleh kawan dengan 'si pembuat besi' nanti kita pun berbau besi." 

Kau kena pandai beza antara kawan dan sahabat.

Dan kau kena tahu -- kalau kau betul-betul wangi, bau besi itu takkan lekat pada kau, malah mungkin wangian kau yang terlekat pada si pembuat besi itu. 

Setiap kejahatan yang manusia lakukan pada kita, tuliskan sahajalah pada pasir, ia tidak kekal, sekejap lagi hilanglah ia. Untuk apa kau memendam segala, bukankah di dunia ini tiada yang kekal selamanya ~ 

Salam cinta :)


Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .