Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Sunday, November 15, 2015

Jawapn istikharah?


"Mas, jawapan istikharah tu macam mana? Melalui mimpi ke? Hati rasa tenang ke?" 

Saya tersenyum mendengar soalan itu. Benarlah dunia ini ibarat roda. Dahulu, soalan yang sama inilah yang pernah saya tanyakan kepada seorang teman akrab. 

"Jawapan istikharah tu.. Macam mana? Aku dah istikharah tapi masih keliru, masih buntu, masih tak tahu." 

Teman saya membalas tenang, "kau sebenarnya silap bila kau bataskan kemampuan Allah pada tahap itu sahaja."

"Maksud kau?" Saya mengerutkan dahi.

"Mungkin kau masih rasa serabut, buntu, keliru, mungkin lepas istikharah pun kau rasa kau tak dapat petunjuk. Tapi kau silap. Petunjuk tu ada, contohnya bila kau nak buat keputusan tiba-tiba je ramai yang sokong, atau ramai yang bangkang, atau kau nak isi borang, kau nak tanda ya tiba-tiba kau tertanda tidak. Atau kau nak bagi jawapan, kau nak jawab tidak tapi yang terkeluar adalah ya."

Dia menarik nafas panjang sebelum menyambung, "kau benar-benar silap kalau kau bataskan kemampuan Allah pada tahap kemampuan diri kau sendiri. Cuba tanya diri kau, ada tak petunjuk-petunjuk dari Dia yang kau abaikan? Kau dah istikharah, kau dah berbincang dengan orang, kau rasa apa petunjuk yang ada?"

Saya diam, lama. 

Petunjuk dari Tuhan yang saya abaikan... Di mana? Istikharah yang saya lakukan, adakah sekadar mahu 'memaksa' Tuhan beri apa yang saya inginkan? 

Saya termenung panjang. Hakikatnya sebuah istikharah itu bukanlah medium kita menyedapkan hati memilih ikut kehendak sendiri -- tapi untuk kita yakinkan diri bahawa kita telah berusaha, dan dengan petunjuk Tuhan itulah jawapan yang kita pilih. 

Cuma kita -- kadang-kadang Allah beri kata negatif, kita degil cakap positif dengan dalil 'aku dah istikharah'. End up, semua kucar-kacir. Kita marah, kita lupa mungkin kucar-kacir itulah dorongan Allah buat kita yang telah beristikharah. Perkara itu tidak baik, kita tak mahu tinggalkan, maka Allah gagalkan.

Istikharah -- ia adalah tanda kebergantungan hamba kepada Pencipta. Sebagai tanda bahawasanya --

Aku tak hingin apa-apa pun selain daripada apa yang Allah tetapkan buat aku. 

Kerana cuma Dia yang Maha Tahu.

Istikharah -- bukan kad hijau untuk membenarkan segala perbuatan kita. Ia adalah sebuah tanda kebergantungan hamba kepada Pencipta. Ia sebuah tanda kita sudah berusaha, bertawakal dan tinggal berlapang dada dengan Allah.

Persoalannya --

sejauh mana keyakinan kita pada Dia yang mencinta?

Dont ignore the signs that God gives you.

Salam cinta, kerana Allah :)

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .